Friday, February 15, 2013

Tips. Do & Don't Buat Kad Kahwin

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Yay harini dah Jumaat. The ultimate and climax of the week! Thanks Allah its Friday Hihi.

Mentang-mentang majlis iols dah lepas kan? Jadi harini saya nak kongsi tips-tips untuk bakal perantin yang nak buat KAD KAHWIN. Tips lah sangat. Do and don't gitulah lebih kurang. *wahhh macam tak caya je aku nak buat tips ni ahaksss* Bear in mind, all are based on my experience. Lain orang lain caranya k :) 

Ok lets start.

1) Survey, survey and survey vendor! Ini paling penting. Terutama sekali survey vendor mana yang menawarkan harga yang sesuai dengan budget dan citarasa anda. 12 bulan atau 6 bulan sebelum majlis dah boleh survey. Apa pun depends pada orang jugak. Kadang kala bakal pengantin ada jenis tak kisah dan tak cerewet pun tentang kad kahwin ni sebab at last orang buang jugak kannnn. So tepuk dada tanya poket masing-masing hihih. 


2) Tentukan tarikh dan majlis kahwin. Penting sebab nanti vendor akan tanya. Kalau rerasa tak confirm, jangan buat kad lagik. Kang jenuh vendor nak re-design, re-print, dan segala jadah mak nenek tu lah. Plus, vendor akan bagi suggestion bila masa sesuai untuk print kad kahwin. Kebiasaannya design baru akan ambil masa lebih kurang 2 minggu. Printing ambil masa 2 minggu lebih kurang. So total keseluruhan kad kahwin siap 1 bulan. Contohnya kalau majlis uols bulan April, dah boleh start buat kad kahwin bulan Januari. Iyelah nanti uols mesti nak edarkan ada saudara mara, pos pada kawan-kawan. Kalau kad lambat sampai tak ke haru-an? Meaning sebaik-baiknya, cadangan ex-bride ini (ewahh) sila buat kad kahwin 3 bulan sebelum majlis. Lagi awal lagi bagus. Takde la asyik nak mengejar vendor je. Perantin stress, vendor lagiiiiiiii stress ohhh ;p


3) Stick to one design please. Sebabnya kalau uols asyik tukar-tukar design, vendor yang baik ini (ehhh) makin lama pun makin mual nak layan anda. Silap haribulan, terus beliau banned and ignore anda. Bertolak ansur lah sikit ok. Sekian hihi. 


4) Elakkan dari meletak gambar. Kadang-kadang orang akan campak atau pijak kad kahwin (tak ramai tapi tak mustahil akan berlaku). Tak sanggup hamba nak hadapi. Terasa henaaaa di situ. Mesti ramai tak setuju ni kan lalala. Apa pun kalau uols nak, boleh je. Hihi tepuk dada lagik sekali.


5) Peta rumah & Code GPS. Kalau boleh biarlah peta tu clean and clear. Banyak landmark takpe asalkan jangan crowded. Camne nak cakap eh? Pepandai la uols discuss dengan vendor ye hihi. Code GPS pun dah macam 'wajib' je letak. Maklumlah zaman sekarang dah semakin canggih. Ada banyak cara nak dapatkan code GPS ni. Salah satunya melalui Google Maps. Uols google jelah sendiri macam mana caranya hehe.


6) Elak guna ayat Al-Quran. Bukan takleh tapi kalau boleh elakkan ye. Cuba bayangkan lepas kita dapat kad kahwin, kad tu pasti akan dicampak-campak atau dipijak. Saya pun takut nak guna. Kad kahwin diri ini pun simple je. Takde ayat suci alquran. Takde tulisan jawi. Kalau nak sangat, buat maksud dalam rumi pun dah cukup. Apa yang saya paham, ayat alquran hanya boleh dibakar sahaja. Info lebih lanjut, JAKIM ada bagi penerangan tentang hal ini. Boleh klik sini. 


7) Harga setem terkini. Untuk standard size kad kahwin biasanya 60sen sekeping. Kalau sampul bercetak, boleh jadi 80sen sekeping dan ke atas. Bayangkan kalau nak pos 200 kad dengan sampul bercetak, kos dah jadi RM160. Takdelah mahal sangat kan untuk yang mampu kuikui. Kalau nak jimat kos, better mintak sampul kosong je pada vendor. Jimat  RM40 uols. Boleh rujuk pos malaysia untuk info lebih lanjut. Klik sini.




8) Bilangan kad kahwin. Bergantung pada jemputan. Kalau uols rasa nak jemput 1000 orang, kad kahwin haruslah 500pcs sahaja. Kalau uols rasa nak jemput 2000 orang, kad kahwin haruslah 1000pcs. Sebabnya yang datang biasanya berpasangan/couple. So darab je dua. Tapi macam zaman sekarang, kadang-kadang ada yang jemput melalui SMS, Facebook, Twitter, Blog, Instagram pun voley. Oleh itu, masa uols booking catering, minta pihak mereka lebihkan 200 atau 300pax. Takpun uols keluarkan $$$ sendiri untuk tambahkan bilangan pax tu. Makanan jika berlebihan takpe, jangan makanan tak cukup. Malu. Mana nak letak water face (air muka) keluarga. Haaa gito.


Okla rasanya itu sahaja tips, do and don't dalam membuat kad kahwin. Kalau rasa ada yang sesuai, sila gunapakai. Kalau rasa ada yang tak sesuai atau tak setuju, sila abaikan tulisan ini. Moga ada manfaat untuk bakal perantin yang comel molek cantik di luar sana hihih. 

Till then.

   

Wednesday, February 6, 2013

Bride Blogger Gathering

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***
Ok harini hari Rabu kan? Tapi malas pulak nak ber-wordless- Nak story sikit lah eh. Pasal gathering bride bloggers haritu. Nyum2 mari mulakan.

Event berlangsung di salah sebuah restoran exclusive di Hampshire Place, KL iaitu Restoran Flora Terrace. Wow nama segah tempatnya. Sebelah restoran ni ada luxury condominium uolsssss. Memang exclusive dan nampak mahal. Sesuai kalau nak buat private event seperti birthday party, bachelorette party ataupun baby shower pun boleyyyyy. Gito.

Sesampai nya saya dan husband, kami terus ke Surau sebab time tu dah pukul 2 lebih. Lewat sampai. Vvip lah katakan ahakssss. Tapi lastly, kata FY majlis start pukul 3. Jadinya lepas register dan ambil tag nama, bergosiplah kami dengan rerakan bloggers yang lain. Tengok booth vendors yang terlibat. Ada booth shawl, baju, ex bride blogger ash & ann wedding gallery, etc. Aku malu-malu meow sebenarnya. Tengok semua cantik-cantik. Mak yung jugak selebet ahaha. 

Jumpa dengan friends and bloggers; Renee, Ieda aurora, Dhiera, Dilla, Rina hamid, Lyana zamri, Alya Syaqiera, Huda Luna Atie, Sati dan tak dilupakan orang kuat event ni a.k.a event coordinator FY and the list goes on hehe. Sangat ramaiiii. Rilla pun hadir jugak dengan baby Zain tapi sekejap je. Sad tak dapat bergambar sebab tatau Rilla balik awal. (Gambar dengan yang lain ada dekat my personal fb atau boleh click sini. Malas nak tepek dekat belog nanti berat ;p)


Bahagian luar restoran. Looks exclusive!

Table deco. Cantik sangat @.@

Aktiviti : Sehati sejiwa. Alah games yang macam dekat Astro tu hiks. Inilah pemenangnya. Sati and husband. Congrats Sati!! :)

Tea break kononnya. Mak oi sedap gilos makanan. Especially popia, cakes, tarts, nasik goreng, roti jala. Eh senang cerita semua lah hihihi :p


Deco bahagian stage. Love everything about it. Bling-bling. Crystal chair (?). Bunting comel sponsored by Ieda Aurora :)

Aktiviti : Tak ingat sebab time ni sibuk bergosip dengan rerakan kahkah. Tapi yang tau pemenangnya Huda Luda, the best and creative dress. Ikut suka aku je bagi tajuk kakakah.

coming soon mak budak and bapak budak

mya from 4weddingku blog. awww ada orang tu menang awards ala-ala grammy.
pfttttt

the brown paper bag

 
gifts sponsored by Lurvering :)

gifts sponsored by Diba :) *muffin sedapppppppp. lembut-lembut gittew*


Gambar bercampur aduk. Ada dari yours truly camera dan ada daripada FUNthography. Yang tak berapa nak nice tu camera sdn bhd. Heh.

Ada banyakkkkkkkkk lagi gambar tapi mak tak larat nak upload dan tepek kat sini *femalas*. Sila ke facebook FUNthography the sponsored OP. Sekian terima kasut. Sinun lagi banyak gambar cantik-cantik.

Thank you so much to Farah Yasmin (FY) yang menjayakan event 1st ini. Bak kata husband "Dah boleh tubuhkan event management ni" Wink wink. We have so much fun! Tak kenal maka tak cinta. So masa tula nak berkenalan face to face. Selalu tengok di alam maya jeee :p Can't wait for next gathering. Katanya mid year ni atau next year eh FY? Jengjeng..

Till then :)

 

Monday, February 4, 2013

Tak Pernah Bermimpi..

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

...untuk mendapat award ala-ala retis.

Terima kasih kepada pemilik 4weddingku.blogspot.com Mya yang telah memilih belog ni menjadi salah satu pemenang award untuk; Most Inspired Bride 2012 *gosok-gosok mata kelip-kelip* Baru tahu ketika hadir ke Majlis Gathering Bride Blogger di Hampshire Place semalam. Later saya akan share pengalaman di sana :)

Menulis belog hanya untuk suka-suka. Sharing ideas about wedding preparations. Sharing thoughts, happiness, sad, reviews, everything lah pasal kahwin senang cerita. Hanya orang yang tengah prepare pasal wedding dan yang dah kahwin je paham perasaan ini.

Tak kusangka, ada 'mata' rupanya yang memandang. Tapi bukan itu yang kupinta. Cumanya mahu berkongsi sahaja niat pada mulanya. Syukur alhamdulillah pada sesiapa yang ter'inspired' daripada belog ini. Macam-macam kenangan manis dan pahit semasa menulis belog ni. Ada yang memuji,  mengutuk pun ada. Sedangkan artis terkenal seperti Siti Nurhaliza pun orang tak suka apatah lagi aku yang sekecil semut yang tidak punya apa-apa ini. Lumrah kehidupan :)

Daripada belog ni juga lah saya dapat macam-macam jenis kawan. Bloggers, silent readers, bride to be, vendors, etc. Memang tak rugi berbelog rupanya. Ada yang email meminta pendapat. Bagi yang tak terjawab tu, maaf dipinta. Kadang-kadang terlepas pandang. Memang saya cuba membalas setiap email yang masuk bertanyakan itu dan ini. Kadang-kadang boleh release stress semasa kita sedang membuat kerja-kerja rutin di ofis hehehe.

'Mungkin' dengan adanya penghargaan ini akan menjadikan saya lebih aktif menulis lagi dan lagi di sini. Kalau tidak di sini pun mungkin di tempat lain, siapa tahu? Di belog perniagaan saya yang lagi satu mungkin? ;p Doakan saya terus sihat supaya dapat menulis lagi dan mendapat ilham serta idea yang mencurah-curah untuk segala perkara berkaitan perkahwinan.


Ada something precious inside there. Cantik. Thank you 4weddingku :)


Terima kasih kerana menonton :) Take care. Ada masa kita ketemu lagi.