Tuesday, December 3, 2013

Dewan Pengantin : "Astana Era Mewah" Semegah Namanya

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

 Lama sungguh tak membebel di sini. Tentiba kali ni nak promote dewan pulak. Okla straight to the point!

Astana Era Mewah merupakan anak syarikat kumpulan Era Mewah Group yang menyediakan perkhidmatan pakej dewan perkahwinan, pakej pengantin, majlis, seminar dan lain-lain lagi.

Astana Era Mewah menyediakan Dewan Pengantin dengan kapasiti 2000 pax yang lengkap dengan peralatan seperti PA System, kerusi meja, penghawa dingin, pelamin, khemah & kawasan meletak kereta yg luas. Boleh juga disewa sebagai dewan seminar/serbaguna untuk pelbagai majlis.

Sebenarnya syarikat ini milik salah seorang sahabat saya semasa bekerja di ARB dahulu. Tolong kawan-kawan kata nya. Tak dapat komisen pun. Yang dapat komisen daripada Allah saja kot hahah pftttt :p. Baiklah marilah lihat pakej-pakej yang ditawarkan. Menarik sangat tau! Time saya kahwin dahulu dewan ni belum ada lagi. Tengok macam best je, macam nak je.

Ada 3 lokasi terpilih yang menyediakan khidmat dewan pengantin ini iaitu:-
Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor
Sg Merab Jaya, Bangi - Kajang, Selangor
Hulu Langat Nur Lembah Pangsun, Selangor












 
 Amacam mewah tak? Semewah namanya kau jah. Kena pergi dulu site visit baru tahu macam mana. Sebarang pertanyaan atau pakej boleh hubungi direct to my friend Fazrin 012-2140071

Sekian laporan dari ex pengantin a.k.a pengantin lama huhuhu.


 

1 comment:

  1. ooo...patutla...kalu ai lalu dok terfikir...opis aper nih... thanks zimie sudi share!

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)