Friday, February 15, 2013

Tips. Do & Don't Buat Kad Kahwin

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Yay harini dah Jumaat. The ultimate and climax of the week! Thanks Allah its Friday Hihi.

Mentang-mentang majlis iols dah lepas kan? Jadi harini saya nak kongsi tips-tips untuk bakal perantin yang nak buat KAD KAHWIN. Tips lah sangat. Do and don't gitulah lebih kurang. *wahhh macam tak caya je aku nak buat tips ni ahaksss* Bear in mind, all are based on my experience. Lain orang lain caranya k :) 

Ok lets start.

1) Survey, survey and survey vendor! Ini paling penting. Terutama sekali survey vendor mana yang menawarkan harga yang sesuai dengan budget dan citarasa anda. 12 bulan atau 6 bulan sebelum majlis dah boleh survey. Apa pun depends pada orang jugak. Kadang kala bakal pengantin ada jenis tak kisah dan tak cerewet pun tentang kad kahwin ni sebab at last orang buang jugak kannnn. So tepuk dada tanya poket masing-masing hihih. 


2) Tentukan tarikh dan majlis kahwin. Penting sebab nanti vendor akan tanya. Kalau rerasa tak confirm, jangan buat kad lagik. Kang jenuh vendor nak re-design, re-print, dan segala jadah mak nenek tu lah. Plus, vendor akan bagi suggestion bila masa sesuai untuk print kad kahwin. Kebiasaannya design baru akan ambil masa lebih kurang 2 minggu. Printing ambil masa 2 minggu lebih kurang. So total keseluruhan kad kahwin siap 1 bulan. Contohnya kalau majlis uols bulan April, dah boleh start buat kad kahwin bulan Januari. Iyelah nanti uols mesti nak edarkan ada saudara mara, pos pada kawan-kawan. Kalau kad lambat sampai tak ke haru-an? Meaning sebaik-baiknya, cadangan ex-bride ini (ewahh) sila buat kad kahwin 3 bulan sebelum majlis. Lagi awal lagi bagus. Takde la asyik nak mengejar vendor je. Perantin stress, vendor lagiiiiiiii stress ohhh ;p


3) Stick to one design please. Sebabnya kalau uols asyik tukar-tukar design, vendor yang baik ini (ehhh) makin lama pun makin mual nak layan anda. Silap haribulan, terus beliau banned and ignore anda. Bertolak ansur lah sikit ok. Sekian hihi. 


4) Elakkan dari meletak gambar. Kadang-kadang orang akan campak atau pijak kad kahwin (tak ramai tapi tak mustahil akan berlaku). Tak sanggup hamba nak hadapi. Terasa henaaaa di situ. Mesti ramai tak setuju ni kan lalala. Apa pun kalau uols nak, boleh je. Hihi tepuk dada lagik sekali.


5) Peta rumah & Code GPS. Kalau boleh biarlah peta tu clean and clear. Banyak landmark takpe asalkan jangan crowded. Camne nak cakap eh? Pepandai la uols discuss dengan vendor ye hihi. Code GPS pun dah macam 'wajib' je letak. Maklumlah zaman sekarang dah semakin canggih. Ada banyak cara nak dapatkan code GPS ni. Salah satunya melalui Google Maps. Uols google jelah sendiri macam mana caranya hehe.


6) Elak guna ayat Al-Quran. Bukan takleh tapi kalau boleh elakkan ye. Cuba bayangkan lepas kita dapat kad kahwin, kad tu pasti akan dicampak-campak atau dipijak. Saya pun takut nak guna. Kad kahwin diri ini pun simple je. Takde ayat suci alquran. Takde tulisan jawi. Kalau nak sangat, buat maksud dalam rumi pun dah cukup. Apa yang saya paham, ayat alquran hanya boleh dibakar sahaja. Info lebih lanjut, JAKIM ada bagi penerangan tentang hal ini. Boleh klik sini. 


7) Harga setem terkini. Untuk standard size kad kahwin biasanya 60sen sekeping. Kalau sampul bercetak, boleh jadi 80sen sekeping dan ke atas. Bayangkan kalau nak pos 200 kad dengan sampul bercetak, kos dah jadi RM160. Takdelah mahal sangat kan untuk yang mampu kuikui. Kalau nak jimat kos, better mintak sampul kosong je pada vendor. Jimat  RM40 uols. Boleh rujuk pos malaysia untuk info lebih lanjut. Klik sini.




8) Bilangan kad kahwin. Bergantung pada jemputan. Kalau uols rasa nak jemput 1000 orang, kad kahwin haruslah 500pcs sahaja. Kalau uols rasa nak jemput 2000 orang, kad kahwin haruslah 1000pcs. Sebabnya yang datang biasanya berpasangan/couple. So darab je dua. Tapi macam zaman sekarang, kadang-kadang ada yang jemput melalui SMS, Facebook, Twitter, Blog, Instagram pun voley. Oleh itu, masa uols booking catering, minta pihak mereka lebihkan 200 atau 300pax. Takpun uols keluarkan $$$ sendiri untuk tambahkan bilangan pax tu. Makanan jika berlebihan takpe, jangan makanan tak cukup. Malu. Mana nak letak water face (air muka) keluarga. Haaa gito.


Okla rasanya itu sahaja tips, do and don't dalam membuat kad kahwin. Kalau rasa ada yang sesuai, sila gunapakai. Kalau rasa ada yang tak sesuai atau tak setuju, sila abaikan tulisan ini. Moga ada manfaat untuk bakal perantin yang comel molek cantik di luar sana hihih. 

Till then.

   

11 comments:

  1. awhhhh
    semua tipss itu ittew apply dkt kad kawen ite dlu
    mih mih mih
    tp vendor la buat dajei

    ReplyDelete
    Replies
    1. huahua.tapi tengok kad kawen huda cunz je.pasti ada story behind that hoho.takpela benda dah lepas usah dikenang.ewahh

      Delete
  2. hihi gud tips for B2B.. sume zimie ckp ni da apply duluuuuuu~ :P Nasib da lepas..hahha

    ReplyDelete
  3. gelak berguling-guling baca tips zimie kat opis ni..setuju 440%..hehe..FY pun tak suka letak gambar kat kad kawen..hehe..tips yang amatlah bergona!

    ReplyDelete
  4. tips yang berguna..now pon masih svey2 design ape yg best..tak mahal tapi bebaloi ;)

    ReplyDelete
  5. tips dr zimie memang terbaik..maklumlaaa ex bride feymes amos..^_^

    ReplyDelete
  6. good tips! belom decide g psL kad kawen. hehe

    ReplyDelete
  7. yezaa..thanks for the tips..mmg tgh survey kad kawin skrg nih..berguna sgt tips ni

    ReplyDelete
  8. thanks sudi share tips....tengah dok sibuk design kad kawin jugak ni....simple2 je yang penting cukup segala info kan :)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)