Tuesday, December 3, 2013

Dewan Pengantin : "Astana Era Mewah" Semegah Namanya

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

 Lama sungguh tak membebel di sini. Tentiba kali ni nak promote dewan pulak. Okla straight to the point!

Astana Era Mewah merupakan anak syarikat kumpulan Era Mewah Group yang menyediakan perkhidmatan pakej dewan perkahwinan, pakej pengantin, majlis, seminar dan lain-lain lagi.

Astana Era Mewah menyediakan Dewan Pengantin dengan kapasiti 2000 pax yang lengkap dengan peralatan seperti PA System, kerusi meja, penghawa dingin, pelamin, khemah & kawasan meletak kereta yg luas. Boleh juga disewa sebagai dewan seminar/serbaguna untuk pelbagai majlis.

Sebenarnya syarikat ini milik salah seorang sahabat saya semasa bekerja di ARB dahulu. Tolong kawan-kawan kata nya. Tak dapat komisen pun. Yang dapat komisen daripada Allah saja kot hahah pftttt :p. Baiklah marilah lihat pakej-pakej yang ditawarkan. Menarik sangat tau! Time saya kahwin dahulu dewan ni belum ada lagi. Tengok macam best je, macam nak je.

Ada 3 lokasi terpilih yang menyediakan khidmat dewan pengantin ini iaitu:-
Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor
Sg Merab Jaya, Bangi - Kajang, Selangor
Hulu Langat Nur Lembah Pangsun, Selangor












 
 Amacam mewah tak? Semewah namanya kau jah. Kena pergi dulu site visit baru tahu macam mana. Sebarang pertanyaan atau pakej boleh hubungi direct to my friend Fazrin 012-2140071

Sekian laporan dari ex pengantin a.k.a pengantin lama huhuhu.


 

Thursday, November 28, 2013

ThePhotoBoothCorner & AzamHashimPhotography Promo

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

Repost from Diba (owner of TPC) *maaf takde masa nak karang ayat* :p

FYI again, TPC is my photobooth's vendor and AHP is my official photographer (OP) for nikah & sanding. 

........




Hey out there!!:) Great news to all! :) Love to have photobooth at your event plus great pictures of yours for future safe keeping? Or love to have both but over your budget? Search no more!! :) Lets grab this offer :) 

Just book any of AzamHashim Photography's package and save RM100 for your photobooth session!! :) 

Do contact azam_hashim@hotmail.com to grab yours!!:)

...

Cepat-cepat sebelum terlambat. Tarikh tutup lagi 3 hari. Haha baru harini lah nak post.


  

Wednesday, June 5, 2013

Spicy Curry Cornflakes As Your Doorgift

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Nowadays tuan rumah mesti bagi makanan as doorgift untuk para tetamu, kan?

Kali ni saya nak memperkenalkan satu benda terbaru di alam realiti dan alam maya hihihi. Tatau ada yang berminat ke tak haha cuba jaya jela. Kalau ada rezeki alhamdulillah. Kalau takde boleh cuba lagi :')

 SCC telah berkolaborasi dengan ADBZ untuk merealisasikan impian anda menjadi realiti. Its something yang unik yang orang lain belum pernah buat (hopefully hehe).  Spicy Curry Cornflakes (SCC) as your doorgift for any occasions. Boleh digunakan untuk sebarang majlis. Tak kisah lah majlis kahwin, majlis tunang, majlis aqiqah, majlis hari jadi, majlis kesyukuran, etc. Dan yang penting SCC ni boleh dimakan oleh semua lapisan umur i tell youuuu.

Rasa dia pedas sangat10x ke? TIDAK. Rasa macam makan Twisties perisa kari tu je :p jadi budak kecil pun sesuai makan. Cornflakes bagus sebab bukan sahaja sihat malah mengenyangkan. Daripada bagi gula2 yang manis tu baik bagi cornflakes berperisa sedap hehe.

Sedap sangat10x ke SCC ni? Anak2 buahku makan SCC macam makan nasik, cuba bayangkan sedap ke tak sedap. Addicted ok :p


VIP SCC DOORGIFT

*gambar merupakan contoh SCC doorgift*


Pakej 1 - SCC only. (Minimum order 500gram) 
Pakej 2 - SCC + small jar + ribbon. (Minumum order 50 jars)
Pakej 3 - SCC + small jar + ribbon + scallop shape stickers. (Minimum order 50jars)

Untuk lebih lanjut, boleh like fanpage Facebook : Spicy Curry Conflakes

Kami juga sedia menerima tempahan dengan kuantiti yang besar. Harga boleh dirunding :)

-----

update 1/7/2013 :) 

ECONOMY SCC DOORGIFT



Interested? Email to zme.ayd@gmail.com

 

Tuesday, May 28, 2013

Lace Inspired Ideas {2013}

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Lace atau doilies. Lebih kurang lah kot :p

Dulu masa kahwin, tak terfikir pulak nak buat konsep lace/doilies for wedding. Masa tu suka bunga2 gittew. Tak minat sangat lace hihihi. Tetiba dah ada anak sorang :p tengok "macam sweet pulak lace & doilies ni". Citarasa terus berubah lepas dapat anak hahah. FYI, dekat overseas diorang memang jadikan lace as bridal shower trend for 2013. Info boleh baca sini. {LINK}

Kat Malaysia ni tak ramai pula gunakan konsep bridal shower (if ada pun sikit je, saya pun tak menyempat merasa bridal shower :p). Tak semestinya lace tu dekat baju kahwin atau kad kahwin. Boleh juga digunakan untuk table settings, cakes design, decor, cupcake wrappers, kad kahwin, paperbag and etc. Mungkin idea dan inspirasi ini boleh digunapakai untuk majlis anda nanti.


Cake stand ni macam pernah nampak kat IKEA if tak salah la


 Doilies ni boleh beli dekat kedai bahan-bahan membuat kek. Boleh check kat Nora (si ratu doilies hehe) punya belog. {LINK}







Oh sangat-sangat banyak. Nak tepek gambar satu persatu pengsan iols.


DIY lace paperbag. Sweet. Teringin nak buat. Tatau mampu ke idok untuk beratus-ratus paperbag :p



Untuk cuci-cuci mata, boleh ke sini, ada banyak ideassssssss dan inspirationsssss menanti anda :)
 {LINK}.

Nak tengok lace wedding dresses for Spring 2013, klik ke Martha Stewards website. {LINK}

   

Monday, May 27, 2013

Rindu

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Selamat hari isnin yang suram suam-suam kuku.

Rindu nak buat preparation kahwin. Rindu nak berbelog. Rindu nak tinggalkan bekas tapak kasut dekat rakan2 b2b. Rindu nak meluahkan perasaan, berkongsi pendapat, idea dan ilmu baru. Rindu sangat-sangat!

..dan insyaAllah ada seseorang dalam ahli keluarga yang akan melangsungkan pertunangan dan pernikahan dalam masa terdekat (atau takla jauh sangat). Mungkinkah belog ini akan bernyawa kembali? Lalalala seronoknya dapat jadi ala2 'wedding planner' tak bertauliah untuk adikku yang tersayang hihhihi.

Doakan yeeeeee.

 

Tuesday, May 7, 2013

Review : Outdoor Photoshoot (Post Wedding)

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Iya saya tahu dah berkurun baru nak review (my bad). Harap ada yang sudi baca, jikalau tak sudi tak apa. Eh!

Outdoor photoshoot ni daku lakukan di tiga buah tempat. Buat start pagi sampai ke lewat petang. Phew sangat2 penat. Tapi photoshoot ni memang the best asbestos nancos. Sebab dah lepas majlis. We ols buat the next day after sanding. So boleh puluh sehari hihi plus dah nikah kan, jadi takde la aksi terlarang ke haram ke. Everything halal. Ikut kau la nak posing kepala kat bawah kaki kat atas ke, hantam sajalah. Takde sapa nak marah lalalala..

Tempat 1 : Taman Eropah, Persint 11 Putrajaya
Tempat 2 : Kompleks Kehakiman Putrajaya
Tempat 3 : UKM di hati

Photographer : AzamHashim Photographer

Taman Eropah tersangat lah cantik. Feeling duk londong gittew. Dengan pokok pine. Pastu cuaca pulak cantik je. Rerasa musim summer je kat eropah nun. Ahaks. Tak sangka putrajaya ada tempat secantik ni. Kalau tak salah pagi or petang ada yang berjoging berbasikal di sini. Best kan? Apa lagi. Kepada yang tercari2 tempat nak buat photoshoot, saya cadangan ini :)

Meh saya sajikan makanan untuk petang ini. 






















 



Aduh gambar banyak sangat hokeh. Tatau nak pilih yang mana. Ini semua poyooo hahah. Kla nanti ada yang muntah darah pulak tengok gambar2 mesra we ols ni. Da daaaa.

 Till then :D


 

Thursday, May 2, 2013

Update! Hello Bulan Mei Yang Indah

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

Sungguh lama belog kahwin2 ni bersawang. Tau2 je dah masuk bulan Mei. Maaf sesangat kepada sesiapa yang baca. Ada lagi ke tetamu hello hellooo? Btw, FYI currently I'm on my maternity leave. Curik masa juga nak update ni sementara si kecil tu tidur :')

Takde apa nak update cuma nak inform to all brides atau sesiapa ajelah, if you require any printing materials macam bunting, banner, signage, labels, wedding cards, road signage, yassin, stickers, welcome board, thank you tag, etc for your lovely wedding or any occasions, you may survey into my small little sweet blogshop Artdirector Byzimie (haha haha promote gittew). InsyaAllah saya akan buat, design dan customade mengikut apa yang pelanggan inginkan. Harga takyah cakap lah sebab nak tolong brides diluar sana, so harga insyaAllah termurah di pasaran :p



Sebarang pertanyaan boleh email terus ke zme.ayd@gmail.com

Do support me, bride turn to business :)

Friday, February 15, 2013

Tips. Do & Don't Buat Kad Kahwin

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Yay harini dah Jumaat. The ultimate and climax of the week! Thanks Allah its Friday Hihi.

Mentang-mentang majlis iols dah lepas kan? Jadi harini saya nak kongsi tips-tips untuk bakal perantin yang nak buat KAD KAHWIN. Tips lah sangat. Do and don't gitulah lebih kurang. *wahhh macam tak caya je aku nak buat tips ni ahaksss* Bear in mind, all are based on my experience. Lain orang lain caranya k :) 

Ok lets start.

1) Survey, survey and survey vendor! Ini paling penting. Terutama sekali survey vendor mana yang menawarkan harga yang sesuai dengan budget dan citarasa anda. 12 bulan atau 6 bulan sebelum majlis dah boleh survey. Apa pun depends pada orang jugak. Kadang kala bakal pengantin ada jenis tak kisah dan tak cerewet pun tentang kad kahwin ni sebab at last orang buang jugak kannnn. So tepuk dada tanya poket masing-masing hihih. 


2) Tentukan tarikh dan majlis kahwin. Penting sebab nanti vendor akan tanya. Kalau rerasa tak confirm, jangan buat kad lagik. Kang jenuh vendor nak re-design, re-print, dan segala jadah mak nenek tu lah. Plus, vendor akan bagi suggestion bila masa sesuai untuk print kad kahwin. Kebiasaannya design baru akan ambil masa lebih kurang 2 minggu. Printing ambil masa 2 minggu lebih kurang. So total keseluruhan kad kahwin siap 1 bulan. Contohnya kalau majlis uols bulan April, dah boleh start buat kad kahwin bulan Januari. Iyelah nanti uols mesti nak edarkan ada saudara mara, pos pada kawan-kawan. Kalau kad lambat sampai tak ke haru-an? Meaning sebaik-baiknya, cadangan ex-bride ini (ewahh) sila buat kad kahwin 3 bulan sebelum majlis. Lagi awal lagi bagus. Takde la asyik nak mengejar vendor je. Perantin stress, vendor lagiiiiiiii stress ohhh ;p


3) Stick to one design please. Sebabnya kalau uols asyik tukar-tukar design, vendor yang baik ini (ehhh) makin lama pun makin mual nak layan anda. Silap haribulan, terus beliau banned and ignore anda. Bertolak ansur lah sikit ok. Sekian hihi. 


4) Elakkan dari meletak gambar. Kadang-kadang orang akan campak atau pijak kad kahwin (tak ramai tapi tak mustahil akan berlaku). Tak sanggup hamba nak hadapi. Terasa henaaaa di situ. Mesti ramai tak setuju ni kan lalala. Apa pun kalau uols nak, boleh je. Hihi tepuk dada lagik sekali.


5) Peta rumah & Code GPS. Kalau boleh biarlah peta tu clean and clear. Banyak landmark takpe asalkan jangan crowded. Camne nak cakap eh? Pepandai la uols discuss dengan vendor ye hihi. Code GPS pun dah macam 'wajib' je letak. Maklumlah zaman sekarang dah semakin canggih. Ada banyak cara nak dapatkan code GPS ni. Salah satunya melalui Google Maps. Uols google jelah sendiri macam mana caranya hehe.


6) Elak guna ayat Al-Quran. Bukan takleh tapi kalau boleh elakkan ye. Cuba bayangkan lepas kita dapat kad kahwin, kad tu pasti akan dicampak-campak atau dipijak. Saya pun takut nak guna. Kad kahwin diri ini pun simple je. Takde ayat suci alquran. Takde tulisan jawi. Kalau nak sangat, buat maksud dalam rumi pun dah cukup. Apa yang saya paham, ayat alquran hanya boleh dibakar sahaja. Info lebih lanjut, JAKIM ada bagi penerangan tentang hal ini. Boleh klik sini. 


7) Harga setem terkini. Untuk standard size kad kahwin biasanya 60sen sekeping. Kalau sampul bercetak, boleh jadi 80sen sekeping dan ke atas. Bayangkan kalau nak pos 200 kad dengan sampul bercetak, kos dah jadi RM160. Takdelah mahal sangat kan untuk yang mampu kuikui. Kalau nak jimat kos, better mintak sampul kosong je pada vendor. Jimat  RM40 uols. Boleh rujuk pos malaysia untuk info lebih lanjut. Klik sini.




8) Bilangan kad kahwin. Bergantung pada jemputan. Kalau uols rasa nak jemput 1000 orang, kad kahwin haruslah 500pcs sahaja. Kalau uols rasa nak jemput 2000 orang, kad kahwin haruslah 1000pcs. Sebabnya yang datang biasanya berpasangan/couple. So darab je dua. Tapi macam zaman sekarang, kadang-kadang ada yang jemput melalui SMS, Facebook, Twitter, Blog, Instagram pun voley. Oleh itu, masa uols booking catering, minta pihak mereka lebihkan 200 atau 300pax. Takpun uols keluarkan $$$ sendiri untuk tambahkan bilangan pax tu. Makanan jika berlebihan takpe, jangan makanan tak cukup. Malu. Mana nak letak water face (air muka) keluarga. Haaa gito.


Okla rasanya itu sahaja tips, do and don't dalam membuat kad kahwin. Kalau rasa ada yang sesuai, sila gunapakai. Kalau rasa ada yang tak sesuai atau tak setuju, sila abaikan tulisan ini. Moga ada manfaat untuk bakal perantin yang comel molek cantik di luar sana hihih. 

Till then.

   

Wednesday, February 6, 2013

Bride Blogger Gathering

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***
Ok harini hari Rabu kan? Tapi malas pulak nak ber-wordless- Nak story sikit lah eh. Pasal gathering bride bloggers haritu. Nyum2 mari mulakan.

Event berlangsung di salah sebuah restoran exclusive di Hampshire Place, KL iaitu Restoran Flora Terrace. Wow nama segah tempatnya. Sebelah restoran ni ada luxury condominium uolsssss. Memang exclusive dan nampak mahal. Sesuai kalau nak buat private event seperti birthday party, bachelorette party ataupun baby shower pun boleyyyyy. Gito.

Sesampai nya saya dan husband, kami terus ke Surau sebab time tu dah pukul 2 lebih. Lewat sampai. Vvip lah katakan ahakssss. Tapi lastly, kata FY majlis start pukul 3. Jadinya lepas register dan ambil tag nama, bergosiplah kami dengan rerakan bloggers yang lain. Tengok booth vendors yang terlibat. Ada booth shawl, baju, ex bride blogger ash & ann wedding gallery, etc. Aku malu-malu meow sebenarnya. Tengok semua cantik-cantik. Mak yung jugak selebet ahaha. 

Jumpa dengan friends and bloggers; Renee, Ieda aurora, Dhiera, Dilla, Rina hamid, Lyana zamri, Alya Syaqiera, Huda Luna Atie, Sati dan tak dilupakan orang kuat event ni a.k.a event coordinator FY and the list goes on hehe. Sangat ramaiiii. Rilla pun hadir jugak dengan baby Zain tapi sekejap je. Sad tak dapat bergambar sebab tatau Rilla balik awal. (Gambar dengan yang lain ada dekat my personal fb atau boleh click sini. Malas nak tepek dekat belog nanti berat ;p)


Bahagian luar restoran. Looks exclusive!

Table deco. Cantik sangat @.@

Aktiviti : Sehati sejiwa. Alah games yang macam dekat Astro tu hiks. Inilah pemenangnya. Sati and husband. Congrats Sati!! :)

Tea break kononnya. Mak oi sedap gilos makanan. Especially popia, cakes, tarts, nasik goreng, roti jala. Eh senang cerita semua lah hihihi :p


Deco bahagian stage. Love everything about it. Bling-bling. Crystal chair (?). Bunting comel sponsored by Ieda Aurora :)

Aktiviti : Tak ingat sebab time ni sibuk bergosip dengan rerakan kahkah. Tapi yang tau pemenangnya Huda Luda, the best and creative dress. Ikut suka aku je bagi tajuk kakakah.

coming soon mak budak and bapak budak

mya from 4weddingku blog. awww ada orang tu menang awards ala-ala grammy.
pfttttt

the brown paper bag

 
gifts sponsored by Lurvering :)

gifts sponsored by Diba :) *muffin sedapppppppp. lembut-lembut gittew*


Gambar bercampur aduk. Ada dari yours truly camera dan ada daripada FUNthography. Yang tak berapa nak nice tu camera sdn bhd. Heh.

Ada banyakkkkkkkkk lagi gambar tapi mak tak larat nak upload dan tepek kat sini *femalas*. Sila ke facebook FUNthography the sponsored OP. Sekian terima kasut. Sinun lagi banyak gambar cantik-cantik.

Thank you so much to Farah Yasmin (FY) yang menjayakan event 1st ini. Bak kata husband "Dah boleh tubuhkan event management ni" Wink wink. We have so much fun! Tak kenal maka tak cinta. So masa tula nak berkenalan face to face. Selalu tengok di alam maya jeee :p Can't wait for next gathering. Katanya mid year ni atau next year eh FY? Jengjeng..

Till then :)