Saturday, November 10, 2012

Review : Kad Kahwin

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Ya Allah bila tengok kad kahwin, rasa rindu sangat nak buat preparation kahwin2. Seriously! Tak tipu. Dulu masa rerakan lain kahwin, diorang cerita la rindu itu rindu ini. Nak buat itu nak buat ini. Nah sekali aku pun rasai perkara yang sama hihi. Tak sangka rupanya every EX-bride akan alami feeling camni. Lagi-lagi if preparation tu almost 60-70% kita yang buat sendiri. Hasil usaha kita sendiri. Orang cakap DIY wedding. Tapi not every single things la saya nak DIY. Saya banyak DIY untuk nikah sebab itu small event. If sanding tu sikit-sikit je  DIY. Tak sanggup mak. Kang pengsan pengantin sorang2 kat situ haha.

Cerita pasal kad kahwin .Ya saya DIY sendiri. To those yang ikuti belog ni memang dah tahu saya memang buat kad kahwin sendiri lalalala. From design, printing blablabla. Alhamdulillah it worth! Memang puas hati sangat-sangat. But my tips, sila SURVEY dulu adakah DIY ini berbaloi atau tidak. Saya ada reason sendiri kenapa saya DIY kad kahwin. Kebetulan saya berada 'dalam' industri design dan printing ni. Kalau kad kahwin orang lain saya boleh buat, kenapa kad kahwin sendiri nak tempah pula? Ha gitula contohnya. Don't get it? Takpela abaikan je haha.

Jadi inilah rupa design kad kahwin ku.

Perempuan's side (konon2 nak turquoise and gold theme, tapi macam lain macam je warnanya haha takpela)




Lelaki's side (brown theme)



Dekat 2,3 kali jugaklah saya dan Bonda brainstroming idea untuk kad kahwin ni. Mula2 saya buat dia tak setuju. Bila dia bagi idea, saya pula tak setuju. Normal la tu hihi. Then after a few drafts, barulah bonda setuju. Phew. Rupanya gini taste omak aku yo. To me nice sebab kekonon nak English konsep lah gitu kan. Pastu Bonda nak ada bunga-bunga depan kad tu. Just fit into her taste! Legaaaaaa.

Perempuan side 500pcs
Lelaki side 1300pcs

Gitu? Kenapa belah husband banyak sangat kad? Biasalah duduk dekat kampung ni lain sikit. Semua orang nak jemput. Jiran tetangga, sebelah kampung sana, sebelah kampung sini. Kebetulan saudara mara belah husband memang 'agak ramai' jadi memang perlu print banyak. Kenduri memang 2 hari 2 malam lebih kurang. Sangat penattttttt ok. Sabau jela aku. 

Tapi yang penting memang seronok sebab dapat rasai suasana berbeza. Belah husband ni sebab rumah dekat dalam kampung. Jadi terasa 'kehijauan' gitu compare to bandar. Sesekali duk kampung best. Tenang je jiwa raga ini hehe. Lamanya tak balik kampung jumpa mak mertua. Husband ni pulak asyik busy je every weekend hurm. Miss my mother in law and father in law. Hope they are fine there.

Jadi itu je sedikit sebanyak kisah pasal kad kahwin ku. Alhamdulillah semua happy dengan hasil kad ni. Kalau ada yang design kad lebih kurang gini, just give me a call. Ewahhh. Drop me an email at zme.ayd@gmail.com atau boleh cari saya di sini Artdirector Byzimie. Wah wah wah sempat lagi promot.

K, take care. Happy weekend ols.

 

Monday, November 5, 2012

Review : Doorgift

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Dah masuk November pun. Tuan tanah masih hibernasi dalam gua. Masih fikir apa lagi yang nak direview. Rasanya banyak lagi tapi mood menulis macam hilang. Saya banyak fokus to kerja, rumahtangga dan business. Mohon maaf kalau terasa belog ni bersawang ke hape. Tidak sesekali nak abaikan dirimu wahai belog kesayangan.

What to review?

Terfikir pasal doorgift. Ok untuk nikah, saya serius lupa apa saya bagi. Hampir 5 bulan majlis, macam mana nak ingat ;p Sebab tetamu tak ramai around 100-200 orang gitu, saya beli paperbag (beli dekat Fah Lean), lepas tu isinya letak few cakes. Sumpah lupa haha. Gambar pun takde. Jadi sila abaikan je hihi. Lepas tu bagi bunga telur je (guna telur pindang). Memang sold out lah bunga telur tu. Suka sangat hihi.

Untuk majlis sanding, saya DIY sendiri Surah Yassin dan Paperbag.

Lepas tu order Bonda order Apam Polkadot dekat rakannya. Kekonon apam polkadot ni untuk kekanak yang datang time majlis. Maaf gambar takde hihi. Takpun boleh klik sini, Apam Polkadot. Rasanya dia order di sini :)

Surah Yassin

Paperbag. 

Isi dalam paperbag adalah surah yassin dan telur pindang. Mudah kan? Tapi nak buat surah yassin dan paperbag ni punya seksa. Nak DIY sendiri punya pasal kan haha. Telur pindang memang order dekat sini. Telur Pindang Berzaman.

I'm thinking of doing a promotional price for Surah Yassin since ramai sangat bertanya. Hihi if ada I will let you know. Anyway any enquiries regarding wedding printing thingy boleh klik my blogshop ye. Artdirector Byzimie. Tuan tanah tu memang dah lama buat part time business. Dah nak setahun dah. Thank you for all your support, love :)

Till then bye!