Sunday, September 23, 2012

Video Dah Siap!

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Syukur alhamdulillah video nikah dan sanding dah siap. Tak fikir pun seawal ni sebab dapat tau ada bau-bau kurang enak pasal my videographer ni. Saya taknak elaborate banyak-banyak. Itu antara dia dengan customer(s) nya. Mungkin yang dah pernah alami tau pasal ni. Sebab tu semacam dah redha dan pasrah if anything happen to my videos.

Seriously, saya langsung. Ya langsung takde sms/email abang azli, La Televisio. Sebab saya pun taknak video tu siap awal. Boleh lak gitu??? Huhuh. Bukan nak over ke hape tapi thats the truth! Kebetulan time dia nak bagi tengah bulan, gaji belum masuk oh. Siap sms semula cakap nak ambil akhir bulan/ awal bulan. Last sekali abg azli cakap "Takpe, boleh ambil dulu. Nanti boleh tengok dengan keluarga dan rakan-rakan. Bayar lepas awk dapat gaji pun boleh" Aikss ada jugak vendor macam ni. Kalau vendor lain mam*** taknak layan. Siap kena maki hado huehue. Agaknya dah rasa bersalah lah tu kepam video orang lama2. Ada baiknya juga. Ada hikmah gito.

So petang semalam my husben gi pickup hasil tangkapan di Bt Caves tapi bukan ambil dengan azli tapi ambil dengan abangnya. Azli shooting wedding di tempat lain. Its ok yang penting aku dapat video nye muahaha.

Serious tak sabar. Pulak tu husben gitu gini ulang alik pukul 10 malam baru sampai rumah. Meroyan aku nak tunggu hahaha. Then, sejam setengah melayan video tu. Dapat 3 video. 1 highlight nikah dan sanding. Lagi 2 raw videos. Nikah dan sanding. 

Seriously video best dan cantik editing. Sesuai dengan harga sebanyak RM800 itu. Berbaloi. Murah gila. Mana nak dapat tempat lain? Tapi itu dulu. Book pun last year. Now harga dan naik dan now aku dengar cerita2 yang tak best pasal abang azli tu. Hope dia dapat lah setelkan customer2 dia yang lain tu ye. Jangan kerana nila, rosak susu sebelanga.

Inilah cover video tu. Nak tunjuk video betul, tunggu jela abg Azli upload dekat Facebook. Katanya later akan upload sebab internet problem. Tunggu dan lihat jela.



Very the nice cover DVD tu to me. I loikeeeeeeee. Video dalam tu lagi best hihi. Masuk ni 3x aku tengok. Pengsan. Rabak mata ni. Setiap kali tengok mesti gelak-gelak. Kelakar tengok Bonda dan Ayahanda bagi ucapan. Dah macam ucapan pertabalan diraja pulak. Sekali ayat Dewan Bahasa dan Pustaka keluar daaaa kahkah. 

By the way, thanks to Syima sebab kenalkan abg Azli ni. So far, saya takde masalah bekerjasama dengan abg Azli. Yang penting dia tau apa nak buat. Just jangan push dia lah kot huhuh entahlah lain orang lain cara nak handle kot. Alhamdulillah selepas 3 bulan lebih, baru lah video kahwin siap. Tapi dah remind husben, kalau lebih 6 bulan tak dapat jugak, memang kan ku kejar abg Azli sehingga ke lubang cacing muahaha. 

Ok ni tengah burn masuk dalam DVD lain. Nak gi hantar/pos dengan orang kuat a.k.a saudara mara, kawan-kawan. Hiks. Till then. Bye.

 

Friday, September 21, 2012

Sponsor Ads : New NISSAN ALMERA

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

*sila klik untuk tumbesaran*

Antara sebab bagi anda untuk memiliki NISSAN ALMERA :-

1. Rekaan keseluruhan yang aerodinamik dengan gaya baru

2. Ruang kaki penumpang belakang yang LUAS

3. Ruang kargo yang LUAS

4. Penuh ciri-ciri terkini*
a) iKey untuk pengalaman tanpa kunci yang sepenuhnya
b) Butang tekan hidup
c) Kawalan penyaman udara automatik

5. Inovasi terkini

7. Menekankan aspek keselamatan dan keselesaan

*untuk varian tertentu sahaja

MENERIMA BAYARAN TEMPAHAN - DENGAN HARGA PENGENALAN ISTIMEWA
TERHAD UNTUK 3000 UNIT TERAWAL SAHAJA

Berminat? Hubungi
Hp/Whatsapp : Fayyadh 012-592 0952
 Email : fayyadh.nakhaie@gmail.com
Twitter : payid23


:)


p/s: ya Allah murahkan lah rezeki kami, amin ya rabal alamin..

 

Thursday, September 13, 2012

Review : Warna Tema Baju Family

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Ini pun nak share ka? Takpe benda baik, elok dishare. Kan kan kan. Nampak sangat insan ini sudah jarang update blog. So kepada yang ternanti-nanti, plus pembaca setia (errrrrr), saya update sedikit ya!

Saje nak cerita dengan uols, warna tema apa family saya pakai masa majlis haritu :) 

Semasa majlis nikah.
Is this dark pink? Tak tahu lah warna apa sebenarnya. Dark pink-maroon lah kot ;p
Suka gila tema ni, kenapa entah. Rasa macam sweet-sweet gitu.
Setuju tak?

Bonda tempah dekat our family tailor di Bukit Jalil kemudian beliau tempah jahit beads dan fabric flowers tu sama dengan saya jahit beads baju nikah dekat Cik Dila. Facebook : Meena Adila :) Recommended!

Baju melayu Bapaknda, Abangnda dan Adiknda semua tempah di family tailor jugak di MZ Tahir, Jalan Masjid India. Ini memang pelanggan setia MZ Tahir sejak berabad lamanya (sejak dari dalam perut). Ayahanda suka jahitan dan kekemasan yang ditonjolkan. Harga pun okla not bad. Orang kata 'harga KL lah' hehehe. Of course recommended! Kain samping songket tu semua dibeli di Terengganu (tak ingat pulak nama kedai tu sebab Bonda yang sponsor). Terengganu kan famous dengan songket murah2 :)


Bila bersanding, Bonda request warna dark brown. Katanya nak nampak exclusive-ness of the wedding. Kerlas bonda i tau. Tapi memang nampak nice sangatttttttt warna-warna 'boring' ni hahahah. Ampunkan saya bonda. Sesuai untuk majlis perkahwinan yang classy, exclusive yet 'golden'. Ok aku hentam je kenapa letak words golden. Maybe sebab warna tu nampak tua kot hahaha. Larik.


Keluarga belah lelaki. Green apple i should say??
Cantik jugak. Memula risau gak bila si dia cakap warna hijau. Janganlah pilih warna gelap2. Lega akhirnya mereka memilih warna sweet green atau warna hijau pucuk pisang hihi. Me like sangat. Nampak seragam je except my biras (ke beras) yang pakai different color. Mengapakah jadi begitu? Hanya mereka sahaja ada jawapannya kehkeh.


Okla nak balik rumah dah hihi. Till then!


 

Wednesday, September 5, 2012

Review : Pelamin

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Alhamdulillah Rabu menjelma lagi. Kali ni takde WW. Nak berstory panjang lebar sikit lah hihi since macam dah 'sihat' sikit. Heheh syukur 3 bulan pertama telah selesai. Eh hahaha.

Ok sambung cerita. Bawah ni gambar pelamin nikah ku dan sanding ku. 

Amacam cantik tak yang DIY nih? Bonda dan rakannya, Kak Liza yang tolong buat. Anaknya ni tolong gak tapi tolong tengok je kikiki. Aku bukan reti sangat nak kreatip2 nih. Kalau kreatip tempat lain boleh ;p

*Maaf la kalau gambar berulang-ulang kali bagi uols bosan hua hua*

Pelamin nikah buat sendiri aka DIY. Kalau nak sewa barang-barang ni pun boleh. Klik sini. Ahem2 


Yang ni suruh orang buat. Tak daya nak DIY hihih.

Pelamin sanding by Sonia Sofia Bridal. To those yang sewa dekat Dewan Gemilang, amek je vendor dari Felda ni. InsyaAllah eveything will be perefecto ;p Memula nak tambah sedikit warna turquoise tapi dia advise, if baju sanding dah kaler, say no to pelamin. So inilah hasilnya. Suka sangat!!! Thank you Auntie Sue. Tak sia-sia 'bergaduh' dalam butik dia haritu hahaha.

Suka yang ada cermin dekat tempat letak pasu tu. Pastu ada bling-bling dekat panel. Konon 'new' la kata Auntie Sue hehe. Tak kisahlah, yang penting cantik. Tak sia-sia menghabiskan ribuan hengget huhuh.


Side tepi.


Seriously memang jatuh cinta dengan pelamin simple. Yela lain orang lain taste kan but I prefer minimalis. Tak dulik la orang kata pe. End up ramai gak yang memuji both pelamin. Syukur semua suka :') Padahal simple je pun. Macam takde tema sangat pun hahaha. Tema white, classy and suci kot sebab semua pelamin putih and cream hehehe.

Okla till then :)