Tuesday, August 28, 2012

Review : Wedding Cake

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Okla harini saya macam rajin sikit nak mereview. Raya seminggu tapi postponed review bermingu-minggu huehue. Tetiba passions to wiriting tu macam hilang. Tidakkkkk.

Ok mari kembali ke jalan benar. Ini gambar my wedding cakes. Saya booked dengan my brother's friend, Ellie from Kekcawan.com.my. FYI, dewan felda memang ada bagi FOC kek kahwin tapi semua itu dusta belaka hahah. Diorang bagi dummy cakes. So me and parents pikir 88x jugak la wether nak ambil dummy cake atau booked cake yang REAL. Last-last, dengan hasutan abang, aku booked jugak lah REAL cakes ni ha. Duit pun tumbuh la sayap grrrrrr. Padan muka, siapa suruh makan dengan hasutan.

Cakes ordered from Kekcawan. Tak sempat nak merasa hua.

WEDDING PACKAGE 2 – RM330
Dua tingkat kek bertiang
6″ Vanilla Sponge Cake + 9″ Moist Choc Cake
Buttercream frosting +  buttercream roses deco
50pcs S size Vanilla cupcakes + buttercream frosting + buttercream rosette / swirl deco
Pisau kek dengan ribbon
** tidak termasuk cake stand
Sample Design: http://www.kekcawan.com.my/?p=484
Tema warna : Gold and turquoise



Amacam romantis tak weols?

FYI lagik, saya nak suggest if mana2 yang nak wedding cakes atau cakes makan saje2 (eh ada ke), boleh jugak order dari Kak Mun from M&M Cupcakes. Ini memang rela hati nak promote sebab cakessss situ lagi cute dan sedap pulak tu. My cousin pernah hadiahkan masa majlis bertunang haritu. Cupcakes sangat10x sedap dan lembut. Nak booked last minute, sekali fully booked pulak date tu sobsob.

Yang kekcawan ni, aku tak sempat merasa, memang la ada acara potong cake tapi cake yg disumbat dalam mulut tu bukan asalnya dari situ. Siapa entah letak cake lain. Huehue.

Tapi abang aku cakap kek tu sedap. Yela kawan dia buat kan, mesti la puji hohoho. Apa pun to me puas hati gak la sebab cakes tu cantik dan menepati citarasa. Even 2 tier je, cukup la tu. Banyak2 buat pe orang bukan makan sangat pun keskes. Last2 terbuang gitu je okkkkk. Sebab time tu aku dan suami dah kena balik hantar si pengapit. Jadinya taktau mana pergi cakes tu. Sadis ohhh sadis. Time tu memang dah takleh nak fikir pasal dewan. Everything lost sebab dah penat sangat88x. Sabo jela.

Okla tu jela serba sedikit pasal wedding cakes. Tetiba mengidam nak makan cakes. Err pavlova pun boleh kan? Kerryyyyyyyy!

 

Saturday, August 18, 2012

Bad News : Al-Fatihah

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***


Al fatihah kepada my MUA plus designer baju sanding ku. Terkezut gila bila my schoolmate, Nadiah wassap petang tadi (dia pun ambil khidmat Zul jugak). Dia cakap Zul dah meninggal dunia. Aku pulak tau lambat. Then selepas diselidik, her mom called Redzuan dan tanya sebab pe. Redz cakap meninggal sebab sesak nafas. Tapi aku jugak SMS LyanaMK, yana cakap dulu kedai Zul macam pernah ada orang buat dan Zul memang selalu sakit. Patutlah last sekali  (lepas sewa Veil untuk bertandang), aku tengok makin cengkung dia tapi Zul cakap dia tak sihat, demam. Mungkinkah itu petunjuk? ;'(


Sesungguhnya arwah sangat berbakat, baik, kreatif. Kalau tak, takdela semua dok puji makeup aku dan baju sanding itu. Aku memang tak pernah ada masalah dengan Zul. Alhamdulillah eveything went smooth. Tapi nak buat camne, dapat pulak berita buruk sebegini. Lagi2 di bulan baik, bulan Ramadhan. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin..






Daripada Nya kita datang, kepadaNya kita kembali. Al - fatihah buat arwah Zulkifli Bin Sulaiman.


 

Friday, August 17, 2012

Hadiah Rahsia Dari OP AzamHashim

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Hadiah rahsia la sangat ahahah. Propa je lebih.

Ok, saya tahu confirm tak ramai makhluk yang online pada ketika ini. I know semua sibuk balik beraya kan? Tapi aku jugak la tersadai dekat rumah ni huhuh. Nak buat camne parents tak balik kampung. Kebetulan 1st raya nanti apak dan mak mertua memang akan turun KL beraya rumah saudara maranya. So alang2 nanti diorang singgah la rumah kitorang kan? Elok gak tu, takyah la 1st raya kat rumah mertua (kes ngelat kahkah). Mesti next year kat rumah sana pulak huahua. Takpe, life must go on. Lalui jela dengan tabah ;)

Ok aku melalut lagik huahua.

Actually, saya nak share some of wedding pictures slideshow. Baru perasan abg Azam ni bagi selepas dekat 2 minggu kitorang collect softcopy ni. Taktau pulak ada video 'rahsia' dalam CD tu. Saje je abg azam rahsia kannnn, dush dushhhhhh.

Tapi memang best la video ni, lagu Ingrid tu bestttttt gila, to me at least ;) 

Ok enjoyyyyyyyyyy some token before korang gi beraya hihi


Amacam best kan kan kan?

Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI pada semua umat Islam tak kira di mana jua anda berada. Mohon kemaafan jika ada salah dan silap ketika berblogging, tapi rasa macam takde je kan? Ahaksss. Yang dah jadi isteri orang tu, mesti akan lalui pengalaman berbeza kan? Lagi-lagi dekat raya nih. Cakap macam orang dah 8 tahun kawen agaga.

Selamat pulang ke kampung halaman. Hati-hati di jalan raya ;)

Till then.

 

Saturday, August 11, 2012

Review : Pelamin Nikah

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Saya mempersembahkan cerita tentang pelamin nikah ;p

Oh hitam putih kehidupan. Kisah sebelum terjadinya makhluk yang bernama pelamin.

Bapak tengah DIY platform untuk mini pelamin nikah. Kanan tu tengah sangkut bunga artificial atas tempat sangkut langsir tu (taktau apa namanya). Terima kasih bapak sebab DIY kan pelamin anak kesayangan nya ini sobsob tetiba nak tacing :'|


...and after a while, pelamin berubah wajah jengjengjeng ;p

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tadaaa

My simple DIY mini pelamin nikah. Simple2 tapi nak buat nya berhari2. Pengsan. Tu pun mintak tolong kawan Bonda, kak Liza. Dia punya hasil tangan lah ni. Saya tukang tengok dan komen dan tukang kaknam kahkah.

Lampu chandelier sewa dari Puan Lindan. 2 biji. {LINK}

Sofa/kerusi pelamin beli dekat Mitaly. Harga boleh tahan gakla. Nasib ada diskaun. Now sofa tu bersemadi dekat ruang tamu rumahku. If ada sesiapa nak sewa, dipersilakan heheh $$$$$.

Pasu bnga kiri kanan ada kawan bonda tolong gubahkan. Aku sendiri taktau harga berapa sebab Bonda cakap "Yang tu takyah tau la" Sobsobb terharu sebab Bonda dah banyak spent duit. Ampunkan anakanda yang miskin nih.

Backdrop, bekas kotak letak bunga, kain bulu semua beli sendiri. Ada beli dekat City One Plaza, ada beli dekat Fahlean. If sesiapa nak sewa dekat saya pun boleh. Ecece promot pulak hahaha. Boleh pergi dekat my page rental ni keh. {LINK}. Bear in mind, kain bulu ni memang mendapat sambutan hangat macam goreng pisang panas!!! Phew ada tarikh yang dah fully booked. Siapa cepat dia dapat hehe.

Telur pindang dekat bekas pahar tu pulak, saya tempah dekat Akak Ennie. Lokasi di Shah Alam. Recomended. Service baik. Akak tu pun peramah. Siap poskan sample telur by poslaju free of charge. Tak macam sorang vendor tu hahaha jahat aku (kisah lama jangan dikenang). So if sesiapa perlukan perkhidmatan telur pindang, saya rekemen uols tempah dekat Akak Ennie. 

Telur Pindang Warisan Berzaman.  Website. Facebook.


Bekas bunga pahar pula sewa dekat Nora. Murah je. Serius jimat banyak. Kalau sesiapa nak sewa gak boleh  ke Facebook Nora keh. {LINK} Berbaloi-baloi i tell you. Selain tu, paper lantern dan easel pun sewa dekat Nora :) 
*macam dalam gambar atas nih*


Bantal nikah (bentuk bulat otomen rasanya orang panggil) ada dua sebenarnya. Satu atas buntut ku. Satu atas buntut suami hiks. Sewa bantal dengan Puan Lindan (takde kene mengena dengan lindan pemain badminton tu ye) Sesiapa berminat boleh ke blog Linda keh. To me harga murah compared to others ;p


Keluarga belah perempuan :')


Keluarga belah lelaki. Ok mama dengan abah je ada. Adik beradik suami mana entah menghilang hohoho.


Oh my besties. Rakan-rakan sekolah rendah! Best gila korang datang. Sungguh tak sangka ada gak yang nak datang time nikah ku :D Love ya all so much!!


Renee and hubs. Heh thank you for coming Renee. Susah2 je Renee datang bawakkan i lovely hb tuh ;p

Secara keseluaruhannya, saya puas hati dengan mini pelamin nikah ni. Walaupun nampak simple tapi ada banyak sentimental value di situ yang membuatkan saya teringat sampai sekarang. Thats the most important part. Cuma nak DIY ni kena pikir lah 100x kan hahaha. Sanggup dengan tak sanggup. Macam Bonda aku dia sanggup sebab tu dia tak kisah. Yang penting hasil tangan sendiri. Mintak tolong kawan sikit-sikit tu biasa la heeeee.

Apa pun, aku memang happy sangatlah sebab family, kawan-kawan serta musuh (eh tipu) hadir untuk majlis nikah tempoh hari. Kak Liza yang bertungkus lumus selama seharian stay dekat rumah dan sanggup ambil cuti nak design pelamin tu. Tak lupa jugak rakan yang baru aku kenal, Renee. You are such an inspired creature I've ever seen hahah peramah pulak tu. I doa bisnes u maju. U buat full time jela, habis cerita eh eh :p

Okla esok lusa nak cerita pasal hantaran pulak. Mentang-mentang softcopy dah dapat,kemain laju review hahahaha. Plus syukur sebab aku tak puasa ni sihat lah sikit. Boleh la menaip di papan kekunci nih hehehe.

Till then. Bye!


 

Friday, August 10, 2012

Review : Bridesmaids & Pengapit

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***


Okay harini nak berstory pasal Bridesmaids & Pengapit. Acapkali orang tanya. PERLU ke bridesmaids ni dalam wedding? Depends :) Dan biasanya orang confius antara Bridesmaids dengan Flowergirls. Saya pulak menggabungkan kedua-duanya. Jimat cost dan budget dan pada masa yang sama dapat both of them ;p

Idea ni timbul sebab mula-mula terasa kesusahan dan keperitan nak dapatkan Flowergirls yang biasanya terdiri daripada kanak-kanak kecil. We are alone here in KL. Cewah ayat sedih. Most of relatives berada di Johor dan Kelantan. Agak sukar nak arrange. Jadi saya buat keputusan veto dengan ambil Bridesmaids cum Flowergirls hihi. Hope uols don't mind ok. Its a worth experience kan my lovely bridesmaids? Hahaha

My bridesmaids memang bestttttttttt. Eventough Diba dan Jamme adalah insan yang ku kenal di dalam blog, tapi rasa macam dah lama kenal. Both of them sangat friendly. Besides my cousin dengan bff tuhla. Sarah dan Ila ;)














Tetiba kelu tak tau nak review dan start dari mana, cesssss! Zimie fokus!

Saya beli kain Bridesmaids di Jogjakarta. Masa tu bulan Sept 2011. Dah plan siap-siap sebab masa tu terfikir dekat-dekat majlis confirm BANYAK nak pakai duit. Memang betul pun phew. Jadi masa bercuti tu dah plan nak beli kat sana atau kalau tak jumpa memang nak beli dalam M'sia je heh. Cuma yang ralat, kain yang dibeli tak mencukupi so my bridesmaids ni terpaksa topap duit untuk beli kain. Tailor tu of coz lah tak support hikhik. Tapi rasa bersalah sangattttttttt. Blame orang kedai Jogja tu! Grrrrr memang redho habis lah time tu. Nasib bridesmaids aku ni memahami huehue.


Kain Pengapit - creamy

Kain Bridesmaids - white

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Inilah hasilnya. Kebabom tak bridesmaids saya? All in white. Tapi dah macam sama dengan pelamin pulak
-_-'
(l-r : Sarah, Jamme, pengantin lama haha, Ila, Diba)



Antara tugasan bridesmaids adalah tolong campak-campakkan fresh flower dekat walkaway pelamin :) Oh itulah bakul yang saya DIY sendiri tu. Alhamdulillah menjadi kenyataan. Last minute juga tu. Siap ada orang nak sewa uols ;p


Thank you so much my bridesmaids. Love you till max. Tanpa korang, mesti majlis takkan berjalan lancar jugak kan :') Xoxo!


...dan ini pula pengapit saya, bff Arina :)


Memang banyak isu masa nak jadikan bff ni sebagai pengapit tapi biarlah ianya menjadi rahsia kami berdua hikhikhik. Apa pun aku hargai sangat jasa dan pengorbanan beliau. Tanpa beliau, aku mesti kepanasan atas pelamin tu hahaha. Terima kasih sebab tolong angkatkan kain (yang menyapu lantai itu), tolong pegangkan hb (masa makan beradap), tolong call sana sini, macam-macam tolong lagi la yang aku pun dah tak berapa hengat ;p. Thank you so much my lovely friend. Lov u till the end :')


 

Saturday, August 4, 2012

Teaser Album Kahwin by OP AzamHashim

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Hai August, its good to meet you. Ada lagi 7 bulan lagi, ehhhh.

Ok short entry untuk harini. Mahap saya sudah penat berkata-kata. Tunggu mood hadir boleh? Huhuhuh.


Can't wait to pick up this tomorrow! OP abg azam cakap dah siap. Weeeeee.

So, boleh la tayang masa raya nanti ;p

Hurm, ada lagi 50% deposit tak bayar lagi. Adui time nak raya ni la duit disedut-sedut bagai siput sedut. Nasib ada lagi duit simpanan, memang dah siap-siap prepare untuk bayar OP dan OV. Phew kacing kacing. -.-''

Kena kerja keras ni, nasib ada business part time. Dapat lah menampung siiiiiiiikit. Suami pula dah tukar kerja dan hopefully commision dia banyak la next month. Boleh njoice hiks. Amin moga ada rezeki kami nanti.




Aik tadi kata short entry hahaha ok bye!