Tuesday, July 31, 2012

Review : Handbouquet Nikah & Sanding

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Ok agak lembab peng'review'an saya kan? Mahapkan saya. Rasanya seminggu sekali terhegeh-hegeh nak review. Momentum untuk menulis sudah kurang. Saya banyak tumpukan pada new baby. Eh tak tak. Maksud saya bisnes saya tu la. Oh ya, saya dah terbitkan pages dekat Fb. Kalau berminat singgah lah dan LIKE. Taknak sudah.

Facebook : Art Director (but kbbshoppe still running as usual, later lah tukar URL hehe). Konon gah lah nama tu, wekkk ;p

Baiklah harini saya nak review sedikit pasal handbouquet. Dah 50++ hari kahwin baru lah kau nak review? -.-'


We start with this!

Handbouquet Nikah. Lovely gorgoeus handbouquet!!!! 

 Disaat saya last minute nak DIY tetiba petang tu diSMS oleh Renee. Ehem renee nak buatkan bunga tangan / handbouquet untuk majlis nikah ku. Alhamdulillah rezeki okkkkkk. Tqsm. Semoga murah rezeki u renee!! :))


Curik picca dari Blogshop Renee Meow Wedding Works.
RMWW, suka gila dengan bird-bird tu renee. Cute macam renee, ehhhhh hahah.



Second handbouquet by RMWW jugak. Renee suruh bagi dekat bridemaids tapi sebab takde, so dipegang oleh my friend. Olok-olok bridemaids lah tu kan? Saya memang takde bridemaids untuk nikah, harap maklom. Semua kawan-kawan sekolah datang, yang tu lah saya panggil bridemaids hehehe.


Lastly,
Handbouquet sanding. Pakej dari Readzul. Zul buat simple je and I think its sweet!! Tak crowded maklomlah baju sanding dah full with beads. Just nice lah this handbouquet with my sanding outfit. Suite me well *perasan.

Thank you so much vendors yang terlibat dan terutama rakan blogger saya itu, Renee. Semoga kita dapat bekerjasama lagi di lain masa dan tempat. Ecece projek baikkkkk punya. Jom collaborate haha tetiba.

K, bye. Selamat berbuka puasa. Ada orang tu tak puasa. Larikkkkkkk



 

Thursday, July 26, 2012

Review : Bunting & Wedding signage

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Bunting welcome signage. Takdek gambo sebab 2 ekor tuh malas nak berPre-Wedding. Tengok gambar post wedding sudey hihi.



 Board welcome signage. Letak dekat pintu dewan. Tapi muskil betul ada pokok sebelah tu, dimana lokasi ini hohoh. DIY lagik. Bawah tu kan ada pantun, ingat tak saya pernah post entry ni LINK.

Pantun dia best:-
Bunga anggerik jual di pekan
Tumbuhnya rendang di atas para
Silalah tuan para jemputan
Sudi kiranya menjamu selera

Best kan kan kan :p



Guestbook Corner signage. DIY jugek. Penat jugak nak memikir design nye tu. 2,3 kali adjust. Last-last gini jadinya heh.



Ok yang ni Felda sediakan. Bukan saya DIY hiks. Suka lah tengok nama tu terpampang depan pintu lif hahaha. Raja sehari kan, haruslah. Kau hado?



Actually ada lagik road signage. Tapi malangnya gambo tak hado dan saya rasa saya dah buang kot. Hahaha takpela redho jela takleh nak buat review. Tapi sesiapa yang hadir MUNGKIN perasan akan kehadiran road signage tu agaknya ;p

Semua ni saya DIY sendiri. Design, hantar print, etc. Kalau ada sesiapa berminat nak order (sanggup promot padahal badan kurenggg sihat ni), takpe insyaAllah saya boleh tolong. Material yang digunakan adalah sticker with compress foam. Harga masih di bawah budget katanya ^_^. Feel free to email me keh atau pergi jela dekat my blogshop tu. Dah beroperasi kata tuan tanah hihihi.

Till then, selamat berpuasa! Eh dah puasa ke-6 baru lah kau nak wish ;p

Bye.



 

Wednesday, July 18, 2012

Review : Photographer Videographer

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Sudah lebih seminggu blog ini bersawang. Saya kehilangan kata-kata dan masa untuk menulis di sini. Baru tahu kehidupan selepas kahwin macam ni rupanya. Busy bee like heli -.-

Banyak rasanya review yang tertinggal. Boleh tak nak gabungkan 2 reviews dalam satu entry? Sebab saya rasa akan jadi tak bermaya selepas ni (tambah dengan rutin kerja lagi)dan kalau ada pun mungkin bukan dalam masa terdekat huhu doakan saya ya supaya aktif dan cargas dalam dunia ini. Kalau tiada di sini, saya mungkin berada di 'dunia' lagi satu membebel as always hahaha.

Harini just nak sharing my marvellous OP dan OV. Untuk sesiapa yang first time dengar, OP adalah official photographer manakala OV adalah official videographer. Terms2 ni kena belajar kalau nak jadi b2b kihkih. Slow-slow belajar bak kata orang puteh.

Actually OP saya ada 1 je iaitu Abg Azam dari AzamHashim Photographer. Tapi entah macam mana bila outdoor, abang azam bawa pembantunya. Untuk sanding, memang saya yang minta lebih daripada 1 OP. Beliau dibantu oleh Abg Ahmad dari Lembayung Senja Photographer (rasanya abg Ahmad ni buat promo gila-gila dalam bulan 5 @ 6 haritu, lupa hoho). Lepas tu masa outdoor, beliau dibantu oleh Heri rakannya juga. My OP ni hanya part time photographer sahaja tapi saya memang jatuh chentan dengan hasil karyanya. Tak kisah la  OP aku ni edit guna photoshop ke (yang mana aku tau ada), yang penting hasilnya kevavom :)


AzamHashim Photographer. Website. Facebook.

Lembayung Senja Photographer. Website. Facebook.


OV saya pula dari BIL syima iaitu Abang Azli dari La Televisio. Si famous amous tuhle. Masa tu abg azli buat promo gila-gila kau jah! 1 video dengan harga RM499 if not mistaken. Gila murah siapa taknak dia gila hahaha. Cepat-cepat aku book. Alhamdulillah abg azli tu offer baik punya, kalau 2 event jadi RM900 gitula. So lepas diskas dengan tunang time tu, terus setuju dan bayar deposit RM100 sahaja. Senang kan? Hehe abg azli pun baik orangnya. Nampak profesional sangat. Sebab dia ni photographer kalau tak salah, then berjinak-jinak dalam dunia video pula. Macam mana tak terorist kan? Saya doakan abg azli maju jaya ke hadapan! Video saya mana bang? Kehkeh takpe paham je mesti busy. Lagipun kitorang suami isteri tengah nak kumpul duit balance bayo ni, lambat-lambat sikit pun takpe yeee hihi ;p

Ini antara hasil karya my OP. Maaf la jika gambar-gambar ini sudah basi.




Ah sangat banyak lah. Tengok sendiri kat facebook abg azam jela ye :p 

.
.
.
.
.
.
.
.

Ok tetiba lepas taip bebanyak ni baru tau abg Ahmad dah published gambar-gambar ku dekat website nya. Saya baru je 5 saat tengok gambar tu dan saya dah pun curik gambar dan published di blog tak malu ni hihi.


Antaranya...










Banyakkkkkk sangat gambo nya. Klik sini sudey hihi --> Lembayung Senja Photography. Terima kasih pada kedua-duanya abg azam dan abg ahmad. Thank you again for the marvellous zellos famos amosss job!! Cantik sangat gambar-gambar semua!! Rasa nak makan je gambar-gambar ni, boleh?

Tetiba teringat kenangan sebulan yang lepas, ohhhhh indahnya. Hurm, stop berangan zimie :p

Till then, happy more words Wednesday!
*puan zimie excited menulis di hari rabu*


 

Monday, July 9, 2012

Review : Makeup

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Morning monday blues. Letak gambar je boleh tak? Tetiba jadik speechless. Layan gambar jelah yo ;p



Oh, i love the eyeshadow!


Majlis Nikah. Makeup by Kak Shaz (assistant Zul dari Readzul). 1st time kena tepek makeup tebal. Dan 1st time pakai bulu mata palsu. Masa ni rasa macam big bird. Kedip2 mata pun rasa janggal sekali -.- Masa makeup rasa macam hantu pocong je memula. Tapi bila dah selesai makeup, tetiba rasa cantik sakali. *Perasan* 



Majlis Sanding di Dewan Gemilang Felda. Kali ni makeup by Zul dari Readzul sendiri. Saje nak kelainan kononnya. Makeup tipis saja sebab dia tau buat dekat dewan kan. Just nice untuk muka ku. Semua orang suka makeup ini. Best lah makeup Zul. Recommended! :D



Outdoor Photoshoot pada keesokkan harinya. So kena someone makeupkan. Saya hire Amy dari Beauty Touch of Amy Zalini Sangat murah makeup by Amy! Sudah lah cantik pula tu. My cousin cakap makeup Amy lagi cantik dari Readzul. Tau dari awal hire Amy tapi apakan daya makeup tu in 1 pakej. Amy, next time nak makeup dinner ke hape ke, I contact you kay. Recomended! :)


Majlis Bertandang di Hutan Melintang, Perak. Time ni saya kureng sikitttt bab bulu mata palsu. Tebal dan panjang sangat. Dari awal sampai akhir majlis, bulu mata palsu tu tersekat ke hape, macam melekat gitu la, bila bukak mata pun terasa ada benda dekat mata sobsob. Redhooo jela. Makeup okla jugak dekat rate harga dekat kampung tu. Ape pun terima kasih pada mama (mak mertua) sebab booked kan rakannya itu yang-aku-tak-ingat namanya, ya ampun huhuhu. Muda lagi budaknya. Umur 24tahun gitu. Bebudak muda ni biasanya makeup pun nampak muda. You know what i mean kihkih.


Okla done part makeup. Apa pun I love my makeup for 4 events ni. Tak sangka 4 kali makeup dan hasilnya memuaskan hehe. Dulu masa dinner ke hape ke, pernah la makeup sekejap tapi takla tebal bebedil masa majlis kahwin. Alhamdulillah I love it to max. Terima kasih pada semua yang membantu menjadikan muka ku kurus (apakah) dan cantik pada hari tersebut haha.

Ok till then :)


 

Thursday, July 5, 2012

Review : Guestbook & Photobooth

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Gigih tak gigih, pukul 1 pagi update. Tak tidur ke dey? Mentang-mentang tadi dah membuta selama sejam haha. Kalau tengok gambar-gambar ni, mesti confius mana satu guestbook. Mana satu photobooth. Ok camni, sebenarnya guestbook dah digabungkan dengan photobooth corner. So hanya ada sebuah meja jela. Situlah tempat guestbook. Situ jugaklah adanya polaroid camera, etc.

Bahan-bahan memasak Guestbook :-
1) Sebuah album gambar 4R saiz. Beli murah-murah sudah. RM10 sebuah.
2) 50-100pcs cards bersaiz 4R. Design dan print sendiri. Yang habis guna hanya 40pcs je. Rugi print banyak-banyak.
3) Marker, pen.
4) Hiaskan album anda tadi. Macam saya guna crepe paper, letak bling-bling sikit. Reben. Siap!


Alah, simple je. Last minute punya kerja huhu. Penat juga hias benda alah ni.
Credit to Mommy Lijah ;p



Meja guestbook 
Before..

.
.
.
.
.

After....disaster. Dah macam ribut taufan plus tsunami dah meja nih (-.-')


My friend's camera. Time ni kenapa agaknya diorang tak masuk dalam album ya? Ni mesti tukang jaga guestbook tuang kerja ni. Nak kena my cousin nih ;p


Nasib baik lah ada polaroid camera nih. Cantik la sikit guestbook aku. Heh. Semua tu cousins dan sedara mara hokeh. Diorang lah habiskan filem. Kemain excited ok. Ruginyaaaaaa kalau la aku boleh join sekali lalala.
Credit to Mommy Lijah. Pinjam keeeeeeeeeejap tau hihi.


Suasana di hari raya. Eh, suasana di luar dewan. Perkarangan guestbook corner.


Team from Singap. Terharu diorang sanggup datang.Thanks bosses! :')


Credit to Dhiera. Curik jap tau picca awak hihi.
(l-r : Suria, Dhiera, meme, Renee)
Thank you for coming girlsss.xoxo!! :D

Photobooth corner. Setting simple je. Even photobooth ni orang sponsor (artis sangatttttt), tapi saya tetap request benda-benda lain. Contoh macam foam flower atas tu Kalau tak salah aku ada gak request bintang-bintang atau lampu disco liplap liplap hahaha. Tapi tak jadi sebab cost yang agak mengunung setinggi Gunung Everest. Jadi end up, saya request bunga sahaja. Bayar sikit jela dekat Diba. Siapa nak bagi free kan, kau hado?


Bersama owner  The Photobooth Corner, Diba.


Tips of the day:-
1) Guestbook corner buat yang simple-simple je. Tak kisah la jenis macam mana pun. Yang penting tetamu boleh jotted down something. Best sangat bila dapat tengok Bos aku dari Singap turun padang dan sign guestbook tu :')  Lepas majlis tu ada lah lebih 88x aku belek guestbook tu. Tak puasssssssssss hahaha over!

2) Guestbook corner tu aku sampai seawal 9 pagi untuk setup semua. The day before memang dah prepare siap-siap. Dah suruh cousins siapkan fresh flowers tu. Lebihan gubahan masa hantaran. Hiks berguna jugak aku beli banyak-banyak. Fresh flower sebagai hiasan. Lepas tu yang signage tu design dan print atas kad.

3) Photobooth corner ni memang highly recomended. Serious! Rasanya dekat dewan lebih sesuai sebab kawasan luas. Lepas tu, macam tetamu takde aktiviti sangat. So sini lah tempat 'permainan' mereka. Ingat taman permainan ka? -.- One of my uncle cakap "Eh baguslah photobooth ni,sekurang-kurangnya ada juga aktiviti nak buat". Haah lepas tu anak-anak kau yang banyak enterprem dalam gambo haha.

I never thought will receive such overwhelmed comments. Dia taktau aku dapat free. Mesti ingat aku bayor kan. Watever haha. Rasanya photobooth corner, polaroid thingy dah boleh diterima oleh masyarakat Malaysia. Rasanya jela. Even benda ni benda baru, tapi why not mencuba kan. Kebetulan saya ada benda alah ni. Tak sangka bagus juga benda ni. Highly recommended in wedding. Bukan nak tiru budaya luar pun. Its just something different. Plus terpulang pada budget sendiri. Kalau terasa budget berlebihan (gitu), please consider this and you would not regret it at all! :D