Friday, June 29, 2012

Hey, Dah Nak Pindah Rumah

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Serius saya tak boleh. Nak jugak update harini. Bunyi macam tak bekerjaya dan takde kerja dekat ofis kan? Dia taktau berlambak kerja dekat sini. T_T Ok ok kejappppppp je nak update hiks.

Kan haritu, saya ada bagitau weekend ni nak pindah rumah. Ada tak ada tak? Takde sudah.

Am so excited to the fullest!!! Rasa tak sabar nak pindah. Lagi-lagi dapat tau kebanyakkan kelengkapan rumah tu banyak dah ada. Some of it orang hadiahkan, orang sponsor (artis kan pffttt). Lepas tu, owner sebelum rumah ni jual mesin basuh, kerusi makan pada half price 50% atau i think 70% gitulah. Bayar lunsump untuk semua items yang ditinggalkan. Best sangat hokeh. Jimat duit nak beli barang-barang kelengkapan rumah. Syukur rezeki kahwin kami dipermudahkan. Alhamdulillah :')



Masa pergi tengok rumah last week. Owner tengah cat dan cuci rumah. Kerusi makan 4 orang. Siapakah insan yang berbuntut besar itu? *haih*



Our cribs kononnya. Bangi Idaman Seksyen 5 Bandar Baru Bangi.



Haritu dah kira-kira 6km je dari rumah ke ofis. Happy me hehehe. Cuma kasihan sang suami jauh travel. Dia di Banting. Sobsob. Cecepat lah minta kerja area-area sini. Boleh jadi geng bas sekolah pergi kerja sama-sama. Hihihi.

Antara barang-barang yang BELUM dibeli dan TAKDE orang sponsor (sad betul haha) :-

1) Seterika
2) Dapur memasak


Dalam banyak-banyak barang elektrik, ini je yang takde orang nak bagi. Berat agaknya nak angkut kehkeh. Yang lain-lain berat-berat macam tv, peti sejuk, microwave, blender, periuk, rice cooker, utensils, pinggan mangkuk semua dah complete. Tinggal dua ketul tu jek. Suami, nanti kita gi shopping kay heeee. Kang takde dapur, acane saya nak memasak? Seterika takde acane saya nak gosok baju abang? Lalala

Can't wait for weekends. Yeyy!




p/s: I should open a new blog about my OWN life. Lagipun kahwinbetulbetul kan pasal wedding preps. Rasa macam campur aduk sangat lah. Will surely think about it. Happy weekends ols!

 

Thursday, June 28, 2012

Review : Wedding Video Montage

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***


Harini dah Khamis, esok Jumaat. Lepas tu Sabtu dan Ahad dah masuk rumah baru insyaallah. Can't wait nak masuk rumah sendiri. Lepas ni pandai-pandai le kamu hidup ye? Baikkkkkk. Risau tiba-tiba rindu dekat rumah ibubapa. Perasaan tu PASTI. Tapi mak cakap "Nak balik nanti makan sedap-sedap, baliklah" Gitu my mom. Hopefully kerinduaan saya tak teruk sangat lah ye. Maklomla saya ni cengeng doplopatjam. Sabar ye suami.

Harini saya cuma nak membebel pasal wedding video montage. Biasa kan kalau majlis kahwin kan, ada video-video. Normally orang letak video nikah semasa majlis sanding. Sesuai jika dewan menyediakan perkhidmatan projektor. Macam Dewan Gemilang, memang disediakan 2 ketul projektor (kiri dan kanan) bersebelahan dengan pelamin. Ini termasuk pakej ye. So takde masalah lah nak tayang video, pre-wed video ke, atau apa-apa ajelah.

Macam saya buat growing up bride and groom gitu lah. Memang dari dulu nak buat sendiri hiks. Kalau yang jenis silent reader tegar, mesti tahu saya ada buat entry ni. Ehem. Alhamdulillah tercapai gak hasrat nak buat. Sebenarnya kan kan, disebalik video montage ni, ada banyak konflik yang terjadi tau hoho. Siap bertelagah gitu. Tapi konflik antara keluarga jela, takde libatkan orang luar. Biarlah ianya menjadi kenangan buat kami sekeluarga. Takyah tau pun takpe la hihihi.

Jom saya share video montage hasil nukilan adinda tersayang, Hazrool. Thank you adikku sayang. The one and only adik. I'm gonna mish you sobbbsobb (Eh tetiba air mata bergenang. Cengeng punya budak). Okla taknak cakap banyak, takut TERmenangis. T_T




Beliau buat sendiri guna Windows Live Movie Maker, sekian :)


p/s : Korang dapat tengok tak video nih?

Wednesday, June 27, 2012

Wordless Wednesday : Dancing King & Queen

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***


Outdoor Photoshoot
Putrajaya


 

Tuesday, June 26, 2012

Review : Dewan Gemilang Felda

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***
(Amaran : Entry panjang berjela. Sila besarkan bijik mata anda)


Mahap la. Saya terlalu rajin mengupdate. Tiba-tiba minggu ni penyakit R melanda. Kuasa kamekame ha menguasai diri agaknya.

Now masa untuk update dewan pula. Entry khas untuk my second twins, Fiza. Tq fiza sebab sudi baca belog zimie yang tak seberapa ini :) Hehe ingat Renee je my twins, rupanya raaaamai lagi bersanding dekat Dewan Gemilang nu. Kau hengat kau sorang je ke nak kahwin dokat situ?

Ehem *clear throat* Untuk pengetahuan semua (yang mana banyak kali saya tegaskan, tegas kau), saya bersanding di Dewan Gemilang Felda, Kelana Jaya. Ya dewan baru tu. Salah sebuah dewan baru under Felda.

Nak tunggu OP lambat sikit. Ni dapat dari my second OP, Salim dan ada a few curi dari vendors, keluarga dan rakan-rakan rapat. Biasa dah si pencopet ni. Mari. Lets cekidaut bebey.

Pintu Gerbang. Flowergirls mengiringi pengantin masuk dewan, lalu dekat karpet merah. Time ni semua mata memandang. Camera klik sana klik sini. Macam artis jemah rasa. Nervous gilos nasib kasut tu tak terpeleot ke hape. Tak biasa lah saya pakai kasut tinggi mengunung.

Naik dah atas pelamin. Perasaan masa atas ni bercampur aduk. Maklumlah 1st time naik pelamin ahaks. Time ni OP asyik suruh senyum sengih senyum sengih. Lenguh rahang tahu?

Kompang, selawat. Lama juga time ni dekat 10min. Masa ni baru kitorang rasa panas dan suruh pengapit kipaskan hehe. Tq bff arina xoxo!

Our MC merangkap team BPG (rakan-rakan Bonda)

Bonda dan ayahanda bagi ucapan terima kasih blablabla. Teks ucapan 8 mukasurat. Ayat kamus dewan macam biasa. Siapa entah yang makeup kan Bonda aku ni. Putih benor, kalah pengantin

Meja VIP dan meja beradap.

Suasana majlis. Nampak tak atas tu? Atas pun ada buffet juga tapi untuk keluarga dan sanak saudara je. Seronok sebab buffet diberi seawal jam 11 pagi. Jadi lepas dah kenyang, baru la boleh 'dera' mereka hahaha. Semua ada task masing-masing. Ada jaga doorgift. Ada jaga pintu masuk. Ada jaga lif. Ada jadi bendahari collect duit.

Suasana majlis. Macam biasa ni sanak saudara. Gelak sakan ayahanda. Apa agaknya dibualkan ye.

Bila dah makan beradap, masa untuk potong kek. Tema sudah tentu gold dan turquoise :) Tak dapat nak merasa cakes ni sobsob

Belakang tu disediakan meja untuk letak doorgifts. 

Guestbook corner. Seawal jam 9 pagi, saya dan keluarga tiba dan setting meja. Time ni Diba dan Sepol dari The Photobooth Corner pun tiba untuk setting photobooth sebelah ni. 

Berada di dalam jajahan Photobooth corner. Lentok manja lah tu ye?


Sebenarnya gambar adalah saaaaaaaaaaaangat banyak. Tapi saya review awal-awal sebab nanti dah masuk rumah baru, dah puasa, dah raya, confirm penyakit M menjelma hehehe. Apa pun, happy sangat dengan service di Dewan Gemilang Felda nih. Daripada makanan, operation site, setting dewan, pelamin thanks to Auntie Sue!! Vendors pun semua bagus-bagus. Before kahwin cuak jugak, jangan lah vendor buat pasal. End up, semuanya berjalan lancar. Senang cerita, saya puas hati sangat10x!! ;D

Memang nampak macam "Eh macam mahal je dewan ni" Actually time kitorang book iaitu tahun lepas, dewan ni tengah adakan promo. Pakej diberi masih under budget sebenarnya compare to dewan-dewan lain. Rasanya dewan dekat Putrajaya lagi mahal. Serius. Sebab tu lah kami pilih dewan ni. Dapat pula D'Saji yang tak boleh disangkal lagi kesedapan makanannya (eh ada ke words ni). Rezeki kahwin kot hihi. Thank you Allah.


Tips sebelum saya mengakhiri kata-kata:-

1) Jangan lupa sediakan plastik atau tupperware in case makanan tak habis, so boleh bawak balik. Macam kes saya, plastik dah beli tapi lupa nak bawak pulak. Rugi makanan yang berlebihan tu T_T

2) Lebih baik hire seorang Floor Manager untuk kelancaran majlis. Kawan Bonda, Syah ditugaskan menjadi FM. Beliau lah yang jadi runner, panggil pengantin turun. Ala-ala pandu arah gitu la. Nak kena naik pelamin pukul berapa, etc etc. Memang efisien, cepat dan tangkas serta tuntas!

3) Sila tambahkan items ini dalam pakej makanan anda; teh tarik. Orang kata sedap gila10x. Orang lah kata, sebab saya tak dapat merasa (-.-)



Untuk sesiapa yang takde dewan kahwin lagi, cuba la survey-survey dewan ni. Boleh masuk dalam list korang ye. Goodluck!

 

Monday, June 25, 2012

Review : Baju Sanding & Veil

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Sepatutnya nak review pasal pelamin nikah tapi gambo nye kelam kabur mata pemandangan. Jadi saya kansel. Kita review pasal baju dulu boleh? Heeee. Ya baju sanding kegemaran ku. Sangat sedih bila nak pulangkan baju tu huhuhu. Oh baju, kenapa cepat sangat kau nak meninggalkan diriku. Tapi kalau buat sendiri mahal pulak. Sebab tu sewa baru je. I love my baju sanding to the max!!! Tak sia-sia review positif dari a few ex- b2b bloggers Lisa, Cha. Diorang pun hire servis Readzul Creation. Pendek kata, Zul memang the best asbestos slurppppppp nyum nyum!!


Sebelum saya membebel tak tentu kalu, meh layan gambar ok :)

Gambar from my OP.

Second OP, Salim (kawan ayahanda)
Dari depan. Nak tonjok rupa baju lah ni

Dari belakang. Nak tonjok kain flowy itu hehe tak panjang sangat Zul buat. Takut menyapu sampah hagaknya.


Tema : Gold + Turquoise (Tercapai jugak impian Bonda dan saya nak warna baju camni hikss)

Baju sanding:  Mini kebaya (kata si Zul lah) + Baju melayu. Tak sure jenis material apa yang digunakan. Tapi untuk mini kebaya tu lace dan chiffon for sure. Sebenarnya kami nak buat konsep moden, last-last disuruhnya sang suami pakai tanjak dan keris. Plan changed last minute. Tak pelah, yang penting baju tu cantik di mataku.

Veil : Termasuk dalam pakej. Just a sweet and simple veil. Ada patching lace and beads dekat kain net. Mak jemah suka sangat simple-simple ni ok.



Zul bukan sahaja buat baju aku tapi dia juga yang tolong makeup untukku masa majlis sanding haritu. Ok later we talk about this. Nanti dah masuk review pasal makeup pulaks. Tungguuuu.

Kisah baju sanding ni pun 2,3 kali la diskas dengan Zul. Yang penting saya request 'kain flowy'. Itu paling penting. Bahagian atas saya tak hirau sangat hahah. Tapi ada jugaklah dia nak letak button dekat depan baju tu tapi saya cakap takmahu. So dia letak zip/button tu kat belakang. Sebab tu lah agaknya baju tu nampak kosong je kat depan. Agak sexay pun ye jugak. Nak buat camne, bahagian dada tu mengembang tak kena gaya. Gen keluarga memang gitu.

Dan alhamdulillah hasilnya memang best dan kevavom!!  Plus, suka gila dari baju, tudung, veil, kasut!! Semua buat baru kecuali kasut. I think rotate tuh. Takpe bahagian kaki bukan orang tengok sangat agagaga. Tu semua termasuk pakej. 

Baru paham perasaan orang lain yang dah kahwin "Nak sanding lagi sekali boleh?" Sebab perasaan nya seperti raja dan permaisuri. Dah nama raja sehari kan. Makan pun dihidang. Pendek kata semualah orang buatkan. From head to toe. Alhamdulillah inilah nikmat berkahwin agaknya hihi. 

Thanks a zillion to Zul and the team for making my dreams came true. Baju sanding yang Zul buat tu memang cantik sangat dan kemas. Makeup pun semua orang suka tengok. Ada tu yang tanya saya tentang ini. Memang terang-terangan lah saya promot Zul ;p Wah murah lah rezeki lepas ni. Kalau kita bagi servis terbaik pada orang lain, rezeki akan datang mencurah-curah InsyaAllah. Bak kata pepatah omputeh, benda baik dibalas baik. Ehhhhh :)



 

Sunday, June 24, 2012

Sewa Dari Saya

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Hola weekends :D 

Hari Ahad agak sppechless. Sejam mengedit gambo-gambo dan update barang yang boleh disewa kepada b2b di luar sana. Soooo, grab this opportunity girls!

Lets the pictures speak the words jela *malas nak tulis pepanjang haha*


Calon-calonnya adalah:-
1) Dulang hantaran
2) Kotak putih
3) Kain bulu
4) Bantal kecil
5) Backdrop pelamin


Untuk info lebih lanjut, sila klik sini. (List akan diupdate dari semasa ke semasa)

Sebarang pertanyaan, sila email kepada alamat diberi atau komen sahaja di sini. Banyak nak cerita dan ingin sekali mereview majlis saya itu tetapi masa amat mencemburui saya pada tika dan saat ini sobsob. 

Kalau tangan ini adalah sotong, senang sikit nak buat kerja. Nak buat kerja rumah lagi, layan suami lagi, update belog lagi. Oh berangan jelah kau jemah.

Itu sahaja dari saya. Later darl.

 

Friday, June 22, 2012

Review : Baju Nikah & Veil

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Hari Jumaat yang sepi dan boring. Malas kerja tauhu? Nak berhenti jadi housewife lah kalau gini. Pfttttt.

Disebabkan kebosanan melanda kehidupan, suka untuk saya me'review' salah satu perkara penting dalam majlis saya ini iaitu baju nikah. Kalau takde baju nikah, camno nak nikah kan? Hihi.

Seperti yang diketahui (boleh tengok sidebar kanan), baju nikah saya tempah dari tailor family, Kak Nur MYN Creation dari Bandar Tun Razak Cheras. Memang sejak kecik zaman sekolah jahit baju raya, baju tak berapa raya, blouse, baju tunang. Pendek kata semua buat dekat dia. Alhamdulillah puas hati walaupun agak mahal sebenarnya. Baju mahal-mahal, memang tempah sini pun heee. Tempah baju kurung moden chiffon beaded RM230. Itu pun sebab beads tak heavy. Kalau heavy, mau RM300 ke atas. Tak masuk harga kain lagik tu. Harga boleh refer link sini, berapa juta entah telah dihabiskan tsk tsk.

Veil pula memang beli sekali dengan kain baju nikah tu. Dia ni selendang hokeh. Tapi saya yang sesuka hati jadikan ia veil. Lepas tu, ada beads banyak-banyak lebihan atas kepala tu kan? Yang tu saya suruh ratu veil kita buat hiks, Puan Lijah. Sebab memang contest haritu, so dapat FOC. Hee happy. Rezeki kawen. Rasanya kalau nak tempah mau makan ratus-ratus. Tq mommy Lijah. Semua suka gila veil niiiiiii. Siap ada orang nak sewa uols (you-know-who-you-are). :)


Gambar dari my OP

Muka tengah frust menongeng sebab tak dapat dengar suami akad. Ni semua Ustaz (pendaftar nikah) punya pasal. Dah selesai akad, barulah panggil turun. Tu yang muka jadik gitu. Nasib aku hire orang video (OV). Bila lah dapat dengar akad ni. Encik OV sila buat secepat mungkin ye :D

Oh, oh lagi satu siapa ingat entry ni? Masa tu dekat lengan tu takde beads kan? Akhirnya last minute, saya jumpa jugak someone yang boleh tolong jahitkan beads supaya nampak baju nikahku itu kevavom. Yayyyy thanks to Dila. Canteks sangat beads yang ditambah. Kalau berminat boleh add beliau dekat Facebook. Meena Adila :)

Inilah hasilnya. Sweet sangat. Saya suruh dia buat lebih kurang sama dengan beads dekat veil :)


Mahu tonjok itu veil.

Tepek gambar ini sebab nak tunjuk betapa panjangnya veil T_T


Nasib Puan Lijah advice, dia cakap memang selendang aku panjang gitu. Dia suruh bergaya ala bidadari. Hohoho, do I look like one? ;p


Dah, tu je. Have a gr8 weekend everyone :)

 

Wednesday, June 20, 2012

12 Hari Selepas Itu..

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Macam tak sangka dah 12 hari bergelar suami isteri. Dulu tunang munang. Sekarang dah ada ikatan yang sah. Syukur sangat-sangat dipermudahkan jalan kami untuk mendirikan masjid. Bukan senang nak bina masjid ni tahu? Ikutkan hati bila dah confirm bencinta lagi nak kawen. Means 5 tahun yang lepas. Bak kat sang suami sekarang, "Kalau kahwin time tu, mesti anak dah ada 5" (-_-') Hamboi tetiap tahun ka aku nak beranak? Grrrrrrrr.

Rutin harian belum berubah sepenuhnya sebab duduk rumah ibubapa. Nasib rumah tu just nice. Tak kecik sangat tak besar sangat. Cukup-cukup la kami sekeluarga seramai 6 orang dalam rumah tu. Selesa gila-gila duduk rumah ibubapa. Bangun pagi sarapan tersedia sebab Bonda dah pencen. Makin gemuk la anak dan menantunya sobsob. Gemuk dah pun. Naik 1 kg sekian -_-'

Tapi demi keharmonian rumah dan tangga, saya dan suami fikir 88x jugak lah sebelum kahwin haritu. Memang nak pindah ke sebuah rumah. Tak kisah la rumah sendiri ke rumah sewa ke, yang penting ianya berstatus rumah dan bukan rumah api. InsyaAllah next month dah boleh pindah ke rumah idaman yang dinamakan Bangi Idaman. Rasanya dah banyak kali aku cakap pasal ni tapi tak pindah-pindah pun lagik. Sabar ye kawan-kawan.

Tadi dekat ofis. Ye dah masuk ofis okk. 1st day bekerja. Serius malas tahap cipanzi. Rasa blur gila. Dah 9 hari cuti, lupa dunia, maklomla abe kat sebelah sepanjang masa wakaka. Time ni la baru nak belek-belek kerja. Follow up segala jadah tu. Now pun masih tersadai dekat ofis. Bila nak balik jemah oi, suami dah menunggu huhuh (-.-)

Boleh pulak bos tanya tadi "Ada apa-apa perubahan tak selepas berkahwin?"

"Ada, badan saya semakin mengembang" Eh takla. Saya cakap "Belum berubah lagi sebab tak duduk rumah sendiri. Nanti bila dah duk, baru tau langit tinggi dan rendah"

Tiba-tiba rasa ngeri pulak nak duk rumah sendiri. Yela nak keluar dari comfort zone. Tula nak kawen sangat, hambek hohoho. Tapi realitinya saya bahagia dan gembira dapat mendirikan masjid. Memang seronok dan mencabar pada masa yang sama. Sekarang memang lah nampak seronok, tapi esok-esok macam mana pula kan? Yang penting kita kena sama-sama positif, optimistic dan apa yang penting..... kerjasama! ;p

Habis dah bebel, nak balik rumah jumpa suami hihi. Bye.

 

Monday, June 18, 2012

Review : Mas Kahwin & Batal Air Sembahyang

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Ok ok sekonon-kononnya semalam buat survey untuk review mana satu, last-last aku tak follow gak survey tu (=.=') Maap. Bila dah tanya, baru teringat gambaran banyak dekat OP hoho. Cuma teaser jela ada sikit. So kita review benda lain jela, boleh? Tak boleh sudah, bluwwek ;p

Kali ni nak review pasal majlis nikah dulu lah. Firstly mengenai mas kahwin dan batal air sembahyang. Suka lah part ni, lagi-lagi melibatkan emas wakaka. Bear in mind, aku tak suka emas hokeh. Tapi bila orang hadiahkan, of coz la berbunga-bunga je hati ni, lagi-lagi sang suami hadiahkan kehkeh.



Mas kahwin = dinar
Batal air sembahyang = rantai tangan


(l-r) dinar, rantai tangan



Mas kahwin ber'dinar' emas tu idea si suami tuhler, ingin benor nak ikut macam ahkak-ahkaknya. Dulu kakak dia kahwin, abang ipar bagi dinar. So kira warisan turun temurun lah ni. Idok kisah la kan, yang penting mas kahwin tu mesti melebihi jumlah kadar mas kahwin negeri Selangor yang bernilai RM300. Ikut harga pasaran sekarang, 1 dinar je dah dekat RM700++ hokeh. Dah macam zaman kesultanan melayu pulak bagi dinar. Selalunya orang bagi wang ringgit. Gituw, kau hado?

Dinar ni, suami beli dekat Public Gold Dinar di Sunway. Ada website rasanya, boleh gak Google ye sayangs-sayangs sekalian hehe. Dulu sang suami beli sebelum tunang lagi. Masa tu murah lagi. Banyak gak bezanya, beli akhir tahun 2010. Gila awal prepare! Maklumlah benda cepat naik ni, mesti la beli awal. Kami bukan anak orang berada. Semua benda nak prepare awal. Syukur alhamdulillah bila selesai sedikit demi sedikit, kepala tak pening sangat. Weeee ^_^ 

Dinar ni kecik je. Suami suruh buat loket rantai. Errrrrrrr rantai pun saya takde. Encik suami taknak hadiahkan ke untuk saya? *blink blink mata*

Batal air sembahyang pula, suami hadiahkan rantai tangan emas. Beli dekat Tomei PKNS Shah Alam. Curik-curik beli masa tu saya ada kerja luar di Shah Alam. Ya saya beli sendiri pada pertengahan tahun lepas sebab nak ikut design yang disukai heheh. Plus dia tu busy sangat, takde masa nak membeli. Plus masa tu emas tengah naik, so risau kalau lambat beli, harga emas lagi naik. Sekali tengok-tengok, harga emas tahun ni jatuh mendadak. Rugi huhu. Banyak gila beza. Sobsob takpela redho jela. Yang penting dapat design yang aku nak dan ikut budget suami tersebut. Dia bagi green light, kita proceed jela hihi.

Baiklah, setel review yang pertama heeee.

Ada apa-apa soalan? Eceh macam baru lepas buat talk pulak. Bye.




Info: Mas kahwin ni wajib ada masa majlis pernikahan sebagai tanda hadiah untuk bakal isteri. Mas kahwin setiap negeri berbeza. Sila rujuk kaunter pertanyaan berhampiran ;)

 

Sunday, June 17, 2012

Review : Sila Pilih

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Hoolaa I'm back. Seminggu sudah lah baru nak menulis di sini. Baru tahu kebusian menjadi seorang isteri. Eceh. Pssstttttt saya masih di rumah mak mertua okkkk. Mimpi ngeri telah bermula -.-'

Menulisnya saya di sini adalah kerana masih pening-pening lalat memilih mana satu yang nak direview. Macam nak jawab exam pulek. Lagipun, majlis bertandang baru je tamat secara rasminya sebentar tadi. Sang suami pulak terus berkata "Pasni banyaklah nak kena review sebab majlis dah habis" Apa kata survey? Sila jangan ragu-ragu untuk memilih ;p Piley piley wang besar wang besar.


  1. Baju Nikah & Veil
  2. Pelamin Nikah
  3. Baju Sanding & Veil
  4. Pelamin Sanding
  5. Baju Bertandang & Veil
  6. Kasut
  7. Handbouquet Nikah & Sanding
  8. Warna Tema Nikah
  9. Warna Tema Sanding
  10. Warna Tema Baju Family
  11. Photographer
  12. Videographer
  13. Dewan
  14. Catering
  15. Flowergirls a.k.a Bridesmaids
  16. Pengapit
  17. Entry Khas : BPG (orang kuat majlis)
  18. Hadiah Kahwin
  19. Kad Kahwin
  20. Guestbook Corner
  21. Photobooth Corner
  22. Bunting & Wedding Signage
  23. Honeymoon Trip
  24. Wedding Cake
  25. Outdoor Photoshoot
  26. Doorgifts
  27. Hantaran
  28. Mas Kahwin
  29. Batal Air Sembahyang
  30. Video Montage
  31. Make Up
  32. Bilik Pengantin
  33. Homestay

Yang mana satu idaman qolbu? Thank you for your support!!! Hihihi. K, bye nak tidur.



 

Monday, June 11, 2012

Alhamdulillah Majlis Dah Selesai :)

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

First update selepas berkahwin tempoh hari weeee. Syukur alhamdulillah majlis berjalan lancar. Saya dan suami sangat-sangat penat. Dah lama tak berblog, nak menulis pun kekok ;p 

Terima kasih kepada keluarga, sanak saudara, rakan-rakan, orang kuat majlis (BPG you-know-who-you-are) dan semua vendor yang telah menjayakan majlis perkahwinan zimie dan suami. Tak diluperkan warga bloggers a.k.a rakan di alam maya yang datang bersama-sama meraikan majlis ni especially to Adibah dan Jamme as my bridesmaidsssss (thanks a zillion girls, xoxo!!!), Renee, FY, Nabila, Lijah, Dhiera, Suria, SN Fariza, Erin. Susah-susah je korang datang dari jauh, really10x appreciate that. :)



Teaser sikit hiks.



Awesomeeeeeee pictures from AzamHashim Photography. Seriously I'll give positive review about this!!  Rasa nak makan je tengok gambar ni, ehhhhhhh ;p




Tapi, review later-later boleh? Nak out to somewhere else hihi. K, bye.


p/s: Tiba-tiba TERnampak Lijah, Dhiera dan Adibah yang dah review my wedding. {Link 1} {Link 2} {Link 3} Nak mengalir air mata haha tacing tau. Thanks girlssssss, xoxo!! ;) 

 

Friday, June 1, 2012

June

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Its JUNE already!

*gulp gulp*

Esok adalah weekend yang last buat saya bergelar single mingle. Lepas ni double triple trouble. Ehhhhh.

Bos aku ni jahat betul "Padan muka lepas ni dah ada suami, nanti masa majlis bertandang, zimie kena bermalam dekat umah mertua" Pfffffffft. Saje nak takut-takutkan aku kan, stay kat rumah mertua tu macam 'nightmare'. Terus merajuk manja ahakkkk. InsyaAllah everything will be allright. Positif positif hazimi heee.

We share alot of things today. Sebab tak jadi pergi lunch dekat sorang budak tu (you-know-who-you-are) hihihi, so saya pun lunch dengan bos. Sejam bos cerita pengalaman menjadi isteri selama lebih kurang 8 tahun. Mula-mula tak biasa langsung duduk rumah mertua. Tak kisah la isteri berada dekat rumah mertua, ataupun mertua yang datang ke rumah. Vice versa dengan suami. Blablba konklusinya, lebih best kalau ada rumah sendiri. Duduk rumah sendiri. Tak kisah lah sewa ke, beli ke, yang penting dalam rumah tu ada kite-kite aje. ;p

At first place kitorang nak menyewa rumah, lepas tu terfikir nak beli, end up terfikir nak menyewa semula. Urghhh berapa banyak kali dah plan bertukar huhu. Untuk siapa yang ingat entry Semenyih tu? Link here. I was thinking of saying NO at this moments. Lepas fikir tambah tolak bahagi, rasanya better menyewa dulu kot. Tunggu la setahun dua (kot) baru beli rumah. 

Orang lain berlumba-lumba beli rumah sekarang tapi I was planning to find new place, new house, new developer, everything new bahaha! Lepas tu harga rumah pun naik kan, padan muka sendiri. Takpela, setel one by one. Setel down slow-slow. Nanti takut stress duit takde, rumahtangga entah kemana. Kalau mampu, itu lain cerita. Ini cerita orang tak mampu lalalala.

Rumah sewa dah ada. InsyaAllah saya akan menjadi warga Bangi. Hiksss takleh lari dari UKM. Mesti nak carik dekat-dekat situ ;p Kitorang dah plan menyewa di apartment Bangi Idaman Seksyen 5. *Siapa nak geng dengan saya? haha. Harga menyewa so far masih dalam budget. Kalau boleh nak minta diskaun lagi kahkah.

Dah tengok rumah tu. Kebetulan my coursemate dah kahwin dan keluar dari rumah tu. Advantage untuk kami. Jadi kami sambung menyewa jela. Owner takyah cari penyewa. Dah booked rumah tu. InsyaAllah end of June dah boleh masuk. The best part is, dia siap jual separuh-harga mesin basuh, meja makan dan dapur. So takyah nak beli keperluan tu semua. Syukur alhamdulillah dipermudahkan semuanya. Tak sabar nak masuk rumah baru. Nak main masak-masak dengan sang suami hahaha ^_^

Weekend ni memang diri sendiri fully booked lah ;p Nak pick up barang. Macam-macam ada hehe. Rumah dah taktau apa cerita. Tongkang pecah plus kapal titanic dilanggar terumbu karang. Headache huhu. 

Lepas tu nak hias mini pelamin nikah lagi. Yang ni serahkan pada yang pakar hihi. Bonda minta tolong rakannya, Kak Liza untuk mewarnai pelamin itu. Ewah. I don't mind. Yang penting pelamin simple, sweet dan tak crowded. Heh tak sabar gilaaaaa. Lepas tu dah sewa last minute chandelier stand dengan Linda. Sewa 2 unit. Tq Linda sebab sudi layan kerenah i yang last minute ni hihihi. Taktau nak pilih hitam atau putih. Putih mahal sikit. Hitam jela kot sebab murah ;p Later to confirm.




Penat pulak membebel. Entah siapa nak baca agaga. Selamat datang hujung minggu yang terakhir. ^_^

Bye.