Thursday, May 31, 2012

Fit Fitting Fatty

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Tepat pukul 7 malam, barulah nak update gitu. Malam semalam penat nak update cerita plus takde mood. Rasa macam tak suka dengan bentuk badan sendiri sobbb *masih tak sedar diri ini kurus*  KURUS ker?

I hate that word. I am not kurus but I am fatty Mr Crabs, alah macam dalam cerita sponbob sekuair pen.

Cerita belum start lagi lah. Tadi mukadimah sari berita penting. Pfttt.

Semalam, saya angkut seisi keluarga untuk menemani fitting baju sanding di Readzul, Cheras. Tunang tak follow, dia dah entah ke mana hehe *kuarantin 40 hari*. Pulanglah awal saya dari tempat kerja. Tepat jam 5 kembali ke rumahku surgaku dan setengah jam kemudian, berdesuppppp ke Cheras!

Perjalanan ambil masa sekejap je, nasib Jalan Sg Besi tak jamban sangat. Lega jugak KL tak hujan semalam. Janji dengan Zul pukul 6.30 tapi saya berjaya sampai sana 10 minit awal. Ahakk mana janji Melayu-mu, hoho saya TER-Punctual.

Sampai sana je, ternampak seketul baju kahwin. "Eh warna macam aku punya je, tapi kenapa pendek je baju tu" Baiklah time ni tak sedar diri ini pendek, rendang, kecil serta kerdil (=.=')

"Haaa ni lah baju you" Zul bagitau sambil memuncungkan mulutnya.

"Ohhhhh" Lepas tu baru tersedar dari lamunan dan kembali ke alam realiti.

Baju tu abit 'melampau' sebenarnya. Penuh gila beading!! *Bling bling* Plus masa fitting tu a bit sexay maxy atau dengan bahasa mudah tuan punya badan gedempul. Gila malu masa tunjuk dekat Ayahanda dan adindaku hoho. "Ala takpe, nanti you pakai korset mesti longgar sikit" Yelah tu, dalam hati jela cakap haha. *Tak pepasal beli Spanx dekat Kerry. Esok baru jumpa nak jumpa bayar COD hikhik*

"So baju ni okla kan, tak payah alter kan"

"Ok dah tu, cuma ni belum siap beads lagi tau" Wah, pasni lip lap lip lap lah tubuhku. Ada rasa2 macam lampu disco kotttt.

Tiba-tiba Zul tanya "Ehhhhh mana cik abang?"

"Tak dapat datang la Zul. Postponed lah dia fitting next week boleh?" Padahal aku yang taknak jumpa dia.

"You suruh dia datang Selasa depan ok, 5 Jun sebab nak kena alter sikit baju, takut saiz dah tak fit blablbalabla"

"Baiklah" Ingatkan lelaki takpayah datang fitting sebab dia sewa baju sedia ada je. Masa 1st time datang haritu dah try fitting. Tapi tatau la kalau mamat tu pun dah mengempalkan diri. Opsss

Sempat la ber Q&A lah macam biasa coz mekap pun ambil dengan dia kecuali time nikah. Saya ambil dekat assistant perempuan Zul bernama Shaz. Tengok hasil macam ok gak. Saya nak makeup nikah natural dan ayu ye. Tanya Zul akan datang pukul berapa, tudung, veil jenis macam mana, aksesori, crown, kasut nak jenis macam mana. On the spot try dua bijik kasut dan terus on. Longgar tapi sebab dah berkenan sangat. Just nanti pakai padding jela kot.

See simple gila aku pilih. Padahal kalau duk dekat shopping compleks tu berejam nak pilih kasut. Cerewet mengalahkan sultan pilih kasut (??) Mungkin dah penat agaknya, tu yang nak cepat je. Ahakk, tak kisah la yang penting saya puas hati dengan hasilnya. Zul betul-betul buat ikut warna yang saya nak. Presenting to you..

....baju sanding gold-turquoise *baju dah siap, baru boleh reveal warna tema ececece ;p*

Handbouquet pun Zul bagi free jugak hihi fresh flower kauuu. Cuma bantal nikah je dia nak bagi FOC tapi masalahnya saya dah  TERmenyewa bantal otomen dekat Linda. Sobbb takpela, yang penting outfit ok, makeup ok. Kira okle tuuuuu *saida af*

Dah takde fitting-fitting lagi. Pasni terus ke dewan. Zul datang untuk makeup dan bawa baju dan segala mak nenek tuh. Dah suruh dia datang awal dalam pukul 10.00 pagi hehe. See you there!


p/s : Eh mana gambar? Taknak tunjuk! Badan fatty =.=

 

Wednesday, May 30, 2012

Wordless Wednesday : Floor Plan Dewan

Assalamualaikum lovelies B2B & silent readers ;)

***

Floor Plan Dewan Gemilang Felda, Kelana Jaya :)


..khas untuk my floor manager.

Motif letak sini? K,bye.


 

Tuesday, May 29, 2012

Hal Paling Penting Dah Selesai

Assalamualaikum lovelies B2B & silent readers ;)

***

Yeah dokumen nikah dah setel. Dah boleh kahwin. Ehhh eh ;p Orang lain dua bulan lepas dah setel, aku countdown 10 hari baru nak setel. VIP kan? Apa kena mengena entah.

Semalam, tepat jam 7.15 pagi dah keluar rumah. Tak pernah-pernah bangun pagi. Selalu Subuh pastu tidur balik, pukul 8 baru bangun dan siap-siap ke office ahaks. Sila jangan ikut contoh buruk bakal pengantin nih. Nak kena babab nih.

Saya bersama-sama seisi keluarga ke PAID Shah Alam. Nak setelkan borang nikah yang tergendala buat beberapa hari yang lalu huhuh.

Saya angkut wali (ayahanda) dan 2 orang saksi (abang dan adik) serta bonda tersayang ke tempat kejadian. Reason? Pendaftar nikah dekat kariah saya pergi Umrah dan balik 30hb Mei ni, jadi takde siapa yang nak sign borang tu. Begitu sadisnya kisah saya shroooot. Orang lain datang PAID nak submit borang dan dapat borang kebenaran nikah, tapi saya datang sana untuk dapatkan tandatangan wakil Pendaftar Nikah di sana. Sobbbbb.

Tepat jam 8.10 pagi sampai PAID Shah Alam. Berhadapan dengan Masjlid Shah Alam dan di dalam Bangunan Sultan Idris Shah. Sesat lah juga berpusing-pusing tapi kami gagahi jua nak ke sana. 

Nota : Sila buat rujukan awal-awal kalau nak ke sana. Macam aku ni ingatkan Ayahanda terrorist lah kawasan tu, rupanya dia pun blur-blur. Nasib aku cepat-cepat search online guna handphone. Berguna juga hp tak berapa nak baling anjing ni. OS Symbian pun jadi lah.

Kaunter OSC. Sunyi. Sepi

Nah, sampai sana, pintu pun tak bukak lagi. Saya sampai depan pintu pukul 8.15 gitu. Papan hitam tu tulis waktu operasi pukul 8.15 pagi. Tapi keadaan masih sunyi sepi. Apa taknak kerja kah mereka? 

Officer tu gi makan agaknya. Boleh pulak camtu. Masa kitorang sampai tu, ada lebih kurang 2 pasangan lain  jugak menanti. Intai-intai pintu kaca tapi kelibat seorang pun takde. Serius confuse, harini hari Ahad ke? (=.=) *siap bold merah, marah ker

Dalam masa tengah membebel tu, 10 minit lepas tu baru lah ada orang bukak pintu kaca tu. Abang aku dah start membebel. "Ini kalau kerja Bank, 3x lewat terus kena buang" *GULP*. Yela gomen kan lalalala.

Submit borang tu, officer cakap kena naik Tingkat 1 bertemu dengan Ustazah Rabiatul Adawiyah. Menapak lah kami ke atas sinun. Jadi empat ekor manusia ni tandatangan la borang tu depan Ustazah tu. Baik sangat pegawai ni. Beliau nampak sangat berkaki lebar berkaliber. Sempat juga berQ&A lah dengan beliau.

_____________________________________


Ini antaran Q&A yang berjaya aku hasilkan, ewah. Saje je nak share sini mana tau ada yang taktau. Yang tau tu senyap2 sudey hahah. (Tertakluk pada negeri Selangor sahaja)


1) Berapa nak bayar tok kadi dan saksi? 
RM160 (tak ingat berapa tiap sorang, belakang borang kebenaran nikah ada tulis) Pihak lelaki nak bayar boleh, pihak perempuan pun boleh. Tapi kebiasaanya pihak lelaki yang kena bayar. EF sila take note kehkeh.


2) Perlu ke 'display' duit hantaran pada umum, contohnya wang ringgit/dummy cheque? 
Tak wajib pun. Seeloknya dirahsiakan dari umum. Time ni Bonda menyampuk "Tak payah la bagitau pada semua. Cuba tengok macam Lisa dengan Yusry. Wang hantaran diorang senyap2 je. Tak elok menunjuk" Yang penting wang hantaran tu pihak lelaki bagi. yesh yeshh tak payah buat dummy cheque. ;p Jadi,  I langsung tak sama macam retis lah kan, wang hantaran dirahsiakan, muahaha. Lov u lah mom :'D


3) Kalau dinar dan emas batal air sembahyang boleh ke diakadkan time nikah? (Untuk Selangor sahaja. Negeri lain I have no idea) 
Boleh. Maknanya saya akan diakadkan dengan dinar emas dan emas batal air sembahyang. Barang-barang tu tadi mesti melebihi jumlah mas kahwin Selangor sebanyak RM300.


4) Kalau pendaftar nikah/tok kadi ada masalah pada hari pernikahan, boleh ke ganti dengan orang lain? 
Boleh tapi kena inform JAIS awal-awal, so that boleh arrange pengganti.


5) Ada banyak lagi soklan, tapi saya makan semut dan lupa segalanya haha. Later lah share, boleh? Agagag


_____________________________________


Lepas tu, kena turun bawah untuk dapatkan Borang Kebenaran Nikah di pejabat OSC tadi. Sementara menunggu tu, kami ke kafetaria. Melazatkan lah makanan ni. 


Makan macam tekak dinasor.

Kebulur punya manusia. So melantak nasi goreng cili padi. Sedap tau tapi saya tak tahan pedas la pulak. Hohoh.

Lepas makan tu, saya kembali ke kantor tersebut. Lebih kurang 15 minit menunggu, nombor giliran dipanggil. Saya isi nama dekat buku dan bayar RM10 sahaja. FINALLY, dah dapat Borang Kebenaran Nikah. Happy sangat100x. Rasa macam darah turun ke tempat asalnya, sebab selalunya darah naik kat kepala tak turun-turun. Stress latu.

Syukur dipermudahkan segalanya. 7 hari sebelum tarikh nikah, kena isi borang tu dan serahkan pada Pendaftar Nikah kariah kawasan. Tunggu ustaz tu balik umrah baru boleh bagi. Yeai.

Alhamdulillah (:


p/s: Dup dap dup dap jantung. Sembilan~

 

Sunday, May 27, 2012

Bunga Cintan Floristika

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Sekarang sibuk nak fikir pasal hantaran  Huwargh (=.='). Alah yang pasal gubahan hantaran tu. Mula-mula kan nak putih lah, silver lah, cream lah. Banyak betul cekedis hazimah.

At last, saya berjaya juga sampai ke Floristika yang orang duk sebut-sebut syurga fresh flower hehe. Pergi sorang-sorang sebab dah takleh jumpa EF selama 40 hari ececeh so far memang elak la jumpa. Kenduri pun tak pergi sama-sama. Ewah betul-betul ikut tradisi ni hiksss. Moga dipermudahkan semuanya Amin.

Ok sambung cerita. Saya sampai di Floristika tepat jam 2.30ptg gitula. Sg besi jamban lah pulak time tu. Mencik je tapi nasib tak teruk sangat, just banyak kereta berleluasa di atas jalan raya. Kalau tak mesti sampai lagi awal. Actually pagi tu mengukur jalan di Nilai dengan ibubapa. So bila petang, diorang tak larat nak jalan, ngantuk la blablabla. So balik dari Nilai, saya terus zrommm keseorangan ke Bangsar untuk bertemu dengan sang bunga cintan floristika. Megi cintan pun sedap gak ni malam-malam. Waaa lapaaaa.


Inilah rupa Floristika  Bangsar. Tak susah pun cari sebab masa zaman tok kaduk pernah pergi NST. Sebelah tu je. Tapi saya juga ada buat rujukan dari ex b2b jugak. Maklomlah kang entah sesat ke Surabaya tak dapek den nak nolon.

Address:
16, Jalan Liku, Off Jalan Riong, 59100 Bangsar, Selangor

Phone No.:
03-22876113 (before pergi call dulu tutup pukul berapa, rupanya tutup pukul 9.30 malam, hoyeahh)

Website : http://www.fareastflora.com.my


Akhirnya saya booked jugaklah rose. Mula-mula taknak rose tapi setelah dinasihatkan oleh my cousin, Doyok yang juga kerja dengan company bridal. Beliau yang sengal lagi gila suggest bunga yang senang nak hias mcm rose dan cyrsanthemum (aku dah tak reti nak eja dan malas google ngee). Iya saya hanya menurut perintah. 


Dah booked:-
1) White roses (yang ni saya booked BANYAK)
2) Red roses (beli sikit je in case nak guna, boleh gak buat handbouquet nikah nanti)
3) Peacock white (buat geli-geli je tepi bunga tu)
4) Nak beli kekwa jugak atau pom-pom ape ntah tu, tapi MAYBE beli on the spot bila pick up bunga


Saya deal dengan CS bernama Jenny. Sekali beliau bukak resit, beratus-ratus la kena. Pengsan! Takpe pengalaman dalam sejarah beli fresh flower. Doyok cakap fresh flower kat KL murah compared to JB. Bila cakap 20 kuntum roses RM24 dia cakap murah. Errrr kenapa aku terasa mahal?? Hahah ampun saya yang tak pernah membeli belah bunga, sekian. Lepas ni dera dia pulak gubah hantaran tu muahaha.


Deposit dah bayar. Hari Khamis,  7 Jun dah boleh pick up. Yay tak sabar. 


Sekarang ni tengah berprojek dengan beads/mutiara bulat gini. Kecik je. Nak buat rantai untuk letak dekat hantaran nanti. (^_^)



Konon nak buat gini.
Sumber dari Renee my twins, ok dah tak twins sebab Renee dah tawen ;p


Lepas tu mula la terfikir nak beli lampu Disco tu kan? Buat blink-blink dekat hantaran. Hwaaa mesti cantekkk. Melting pulak. Haritu saya nampak dekat KK Deco, SACC Mall ada jual lampu disco tu. *Korek-korek wallet ada berapa sen*


Oh indahnya dunia kalau dapat buat camni.


Erghh, nanti lah pikir. Semua kau nak letak, buatnya lepas kahwin makan pasir, lain lah kalau ada MANUSIA nak sponsor, hahah. Later sambung lagi, daaaa. Selamat malam semua, zzzzzzzzz.

 

Wednesday, May 23, 2012

Last Minute : 15 Hari

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Benda-benda last minute yang tak setel lagi. Sebenarnya saya malas nak buat kerja. Seriously takde mood. Nasib bos takde kekeke. Baru tahu macam ni rupanya perasaan bila dah dekat-dekat majlis. Bukan tak sabar nak kahwin, tapi banyak benda lagi tak buat. I wish I can stop/freeze the time! Bajet macam movie ape-entah-tu yang boleh hentikan masa, aku pun lupa haha.

Baiklah tanpa melengahkan masa, marilah saya update apa yang telah terjadi sehingga ke countdown hari ke-15 hari nih. Ada yang dah setel, ada yang masih pending, ada yang membencik-kan.



1) Borang nikah TAK SETEL lagi. Ok malas nak cerita sebab apa. Malas nak ulang tayang. Malam semalam aku dah menahan ombak di dada. Nasib tekanan tak naik di kepala. And I know, kena submit borang PAID, 7 hari sebelum majlis. Ya ya I know, EF dah bagitau haritu. Ok tarik napas, mari ke point kedua


2) Tiba-tiba kesedaran timbul bahawa tak booked cupcakes untuk hantaran dan kebanyakkan vendor dah CLOSED ORDER till 15 June 2012. Ada insan terpilih nak sponsor kononnya. Akhirnya insan yang kononnya terpilih tu akan bawak sendiri cakes tu dari jaybee. Cakes apa? Ada lah rahsia hihi.


3) Kena beli alat-alat dan perkakasan memasak untuk DIY hantaran. Ok baru teringat tak pergi Floristika lagi T_T Baiklah sabtu ni, saya berhasrat pergi. Lagipun nak kena booked fresh flowerssss lagi. Erghhhhh camne lah boleh lupa ni. Banyak makan semut. Nasib my cousin ingatkan tadi. Cepat-cepat masukkan dalam reminder huhu.


4) Binatang-binatang kecik macam bantal nikah, bekas pahar, lantern dah sewa dekat mantan b2b hihi suka sebab harga murah. Later lah saya share dekat siapa saya sewa. Oh ada lagi, kipas dan payung lace. Yang ni to be confirm whether perlu atau tak. Mangsanya si Faiz dan ada a few b2b bloggers haha.


5) Food tasting untuk majlis sanding tadi done without me T_T sekian terima kasut. Nak jugak,nak jugak *sambil hentak kaki


6) Dah apply cuti. I mean 'apply verbally' dekat bos semalam tapi borang tak submit lagi. Kira done lah tu. Total cuti kahwin termasuk sabtu ahad adalah 9 hari. Kalau boleh nak cuti 29 hari. *Kau ingat ini company bapak kau yang punya?


7) Video montage untuk dewan dah dera agong (adinda) buat kehkeh. Baru tau rupanya ada template untuk buat video montage tu. Guna software Windows Live Movie Maker ye. Confirm jadi macam pro. Plus senang gila buat. Cantik pulak tu. Budak tadika pun boleh buat. Serius. Tapi sebab aku dah suntuk masa, jadi suruh dia jela hihi. Yang aku ni pulak haritu, jenuh lah aku try guna windows movie maker la apela tapi hasilnya tak secantik yang diharapkan. Nasib ada manusia yang boleh aku dera haha.


8) Nak sambung buat spoon choc (doorgift for kids) yang tertangguh selama sebulan. Haritu dah buat testing 1234567, lepas tu terasa macam cun je wakaka tu nak buat lagi. Link entry di sini. Petang nanti nak singgah Yummie beli alat-alat memasak. Nak beli white choc compound Beryls, colourful beads. Yang lain-lain ada dah. Tadi nak pergi hujan pulak plus parking susah gila area tu. Grrrr.


9) Last sekali, saya hantar dah baju nikah untuk jahit beading. I reallyyyy appreciate your comments and thoughts :') Tapi saya mengejar masa sebenarnya. Jadi saya minta tolong kawan Bonda punya anak jahitkan beading 'sikit' dekat lengan dan bawah baju, yang penting tutup garisan tu. Apa entah hasilnya. Redha lagi sekalik hehe.





Sudah selesai membebel. Sekian terima kasih, ada rezeki, esok kita jumpa lagi. Bye.

 

Tuesday, May 22, 2012

Rasa Macam Nak Tunjuk Jugak Lah

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Mula-mula rasa nak buat teaser, pastu fikir balik 'baju tak cantik dan simple sangat' so just leave it. Lepas tu semalam fikir balik 'takpela, letak jela teaser' at least bebudak yang skodeng blog ni boleh la tengok baju nikah aku yang sesangat Mr Simple tu (SJ sangat *ambil hati budak arina yang jadi pengapit aku nanti*)

Sebenarnya macam tak suka sangat baju ni, boleh? Mengada lah kau zima (gelaran cous)

Baju nikah chiffon beaded with satin lining. Aku tak suka part tangan tu. Lengan dia macam tu, buruk (to me) Erghh. 

Semalam mintak advise dekat my schoolmate, Rabiah aka Ruby. She's one of the designer in the making. Rakan rapat, rakan gosip, rakan ajak ponteng class pergi kantin mentekedarah, ahakk. Tak sangka menjadi jugak impian kau nak jadi fashion designer. Eh eh sebelum tersasar jauh, aku sambung lagi.

Lepas tu, Ruby cakap gini (aku kopi paste bulat-bulat lah) kihkih dengan harapan dia tak bukak blog ni.
"Yela nmpk simple...ko mintak tlg budak yg wat bedding veil tu tambahkan beading same dgn veil....banyakkan bunga2 yg timbul2 tu..n kasi nmpk2 sikit colour pink yg cm veil....xdela pucat sangat......adela seri sikit kaler2 pink or peach or purple....light green pn okay......klau die xde mase ko bli bedding yg bakar tu..mintak die lekatkn.....n taruk bunga timbul tu tutup dua line kat hujung tangan tu..."

Lepas tu, aku pun SMS Lijah, siapa Lijah? Ehem. Beliau lah yang telah men'design' veil untuk nikah aku nanti. Alah cerita lama, yang menang contest blablabla tuh. Rupanya lijah dah tak ambil order sampai bulan 7 sebab dia pun dah nak berpantang nanti wuwuw. Sad. Rasa macam nak redha je. Takkan aku nak DIY sendiri? So not me.

Lagipun ada ke yang nak ambil order lagi untuk majlis lagi beberapa hari? I mean 16 hari lagi? Like herlow?

Rasanya just stick with that baju nikah jela. Bior lah simple pun. Macam dah nak pasrah gituw.


Saturday, May 19, 2012

Sabtu : Macam-macam Agenda ^_^

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

1) Ambil baju nikah dekat tailor. Semalam call Kak Nor MYN Creation, beliau cakap baju nikah dan tandang dah siap. Yay. Tak sabar. Baju simple je. Baju kurung moden. Saya sesimple mr simple je orangnya. Ahakkk.


2) Mak suruh singgah ke Fah Lean nak beli apa entah. Tak habis-habis lagi ke beli bunga ni mak? Huhuh udeh-udeh ler tu.


3) Kerusi pelamin (kerusi la sangat) sampai, begitu juga wardrobe untuk bilik pengantin. Alah yang beli kat Italy tu kehkeh. Entry sinin. Janji pukul 1.30 ptg lori tiba ke pintu rumah. Hurm we'll wait and see. Tak sabar nak punggah segala mak nenek dalam bilik tu. Pasni dah ada almari kecik. Yayyy


4) Tepat pukulan maut 5.00 petang ada set appointment tengok rumah di kawasan yang saya nyatakan di sinun hehe. Nervousnyaaaa nak beli rumah ni. Ya Allah permudahkan lah jalan aku nak beli rumah pertama ni.


5) Kemas rumah - bila entah nak selesai (-_-'')



Ok, sekian berita sukan pada harini. Selamat berhujung minggu. Zrassssss.


Eh,eh ada lagi la.


STILL..

couldn't believe its me... 


p/s : 19 hari lagi. Dah muncul nombor 1 la depan tu *Gulp* 

 

Friday, May 18, 2012

Pantun Berkerat-kerat

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Sebenarnya saya tengah melakukan satu projek. Tengah nak scan gambar-gambar lama. Sort gambar-gambar. Buang gambar. Edit gambar. Photoshop yang gelap jadi cerah. Ok itu tidak benar. Crop gambar. Boleh teka tak apa benda alah tu? Alah kamu ni, itu pun taktau ke? Pftttt.

Dalam masa yang sama, saya kumpul pantun dan puisi untuk pengantin baru. Ada banyak sebenarnya tapi yang nak dikongsi adalah seperti dibawah, direka dan ditolak tambah darab bahagi oleh Puan Zurinah. Mungkin korang boleh letak dekat guestbook, bunting, banner, atau apa aja lah hehe. Nice one I should say.


Pantun Untuk Pengantin
Sumber : Zurinah Hassan


Beli gula di pekan baru
Berbalut kertas merah kuning
Sila-sila pengantin baru
Dua sejoli jalan berganding

Di dalam dulang berisi sagu
Sagu dimakan burung merpati
Jangan bimbang jangan ragu
Hidup baru kini menanti

Mawar merah harum mewangi
Jambangan digubah berseri-seri
Doa restu kami iringi
Baik berpakat suami isteri

Kain songket halus tenunan
Dibawa orang masuk ke kota
Sudah bertemu dengan pasangan
Laksana cincin dengan permata

Laksamana cergas dan tangkas
Cukup berilmu dengan gurunya
Ibarat dakwat dengan kertas
Sudah bertemu dengan jodohnya

Padang temu konon namanya
Tempat kuda berlari-lari
Sudah bertemu dengan jodohnya
Bagai cincin lekat di jari.

Bunga manggar di kanan kiri
Bunga rampai hiris hirisan
Pengantin baru raja sehari
Tambah berseri dengan hiasan

Harum semerbak bunga rampai
Sekuntum mawar sudah disunting
Duduk keliling tetamu yang ramai
Melihat pengantin duduk bersanding

Bunga anggerik jual di pekan
Tumbuhnya rendang di atas para
Silalah tuan para jemputan
Sudi kiranya menjamu selera

Selendang mayang selendang batik
Batik dari Surabaya
Makin dipandang bertambah cantik
Naik seri dengan cahaya

Ikan gelama ikan tenggiri
bersama dengan ikan cencaru
Bersama-sama kami ke mari
Hendak meraikan pengantin baru

Buah rambai tumbuh dihutan
Dihujung ranting buahnya lebat
Mari beramai kita doakan
Semoga majlis mendapat berkat

Untuk santapan para tetamu
Lauk pauk nasi beriani
Sekali ini kita bertemu
Sudilah menjamah hidangan kami

Cantiknya burung cenderawasih
Terbang sekawan di hari petang
Kami ucapkan terima kasih
Kepada tuan yang sudi datang

Sungguh harum bunga rampai
Dibawa orang ke tengah balai
Sanak saudara sahabat handai
Datang meraikan dua mempelai

Yang jauh sudahlah dekat
Sudah dekat bersalam-salaman
Kami berdoa semoga berkat
Menempuh hidup di dalam aman

Sudah bersarang burung tempua
Sarangnya tinggi tidaklah rendah
Dahulu seorang sekarang berdua
Ikatan janji tertunai sudah

Sudah bersarang burung tempua
Sarangnya jauh tidaklah dekat
Dahulu seorang sekarang berdua
Baik-baik duduk berpakat

Kain baldu kain bertekat
Dibawa orang dari Melaka
Sudah berpadu kata sepakat
Kalau jodoh bertemu juga

Mawar merah di atas peti
Bunga melur saya kalungkan
Tuan rumah berbesar hati
Apa yang kurang mohon maafkan



Indah sungguh ciptaan Puan Zurinah, bukan? :)


p/s: Ok nak habiskan buat projek tu..hihi ;p


 

Thursday, May 17, 2012

Berangan Nak Beli Rumah Pulak

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Haritu kata nak menyewa, tapi last-last terfikir nak beli hahah biaserlah. Kadang-kadang plan asal lari sikit. (Bukan sikit tapi banyakkkkkk huhu)

Ada sesiapa kat sini menginap/beli/menyewa/pernah duduk area Semenyih, Selangor?


Tanda merah tu kawasan yang konon-konon menjadi perhatian saya : Taman Pelangi Semenyih, Bandar Rinching, Bandar Sri Kesuma


I was thinking of having one unit here selepas kahwin nanti. Masih angan-angan kosong lagi. Loan pun taktau lepas ke idok hahah tapi tak salah berangan kan? Daripada aku tukar kereta baru, baik aku beli rumah. Cewah berangan lagieh.

Sebab Semenyih? Oh sebab murah dan dekat dengan office (taklah dekat sangat-sangat tapi berbaloi kot). Plus, boleh dapat landhouse dengan harga below 200K dan sesuai dengan tangga gajiku.

Having said that kawasan ni akan dibangunkan oleh SP Setia, one of the famous developer. Jangan jadi macam Talam sudah, yang konon-konon bagus tu, sekali habuk pun takdak. Grrr. Malas nak ingat pasal tu lagi.

Setelah berfikir mana tempat yang anda ingini, haruslah dan WAJIB buat kajian terlebih dahulu. Oh sebelum tu, saya sudah pun mendapat green light dari my parents. Al maklomlah belum kahwin lagi, kena la mintak izin hahah padahal dah berkomplot dengan EF sebelum tu.

------------------------------------------------------------------------------------


Ini antara hasil kajian yang telah saya dapat:-

Pertama:
"Syarikat pemaju hartanah nombor 1 negara, SP Setia Sdn. Bhd (sumber: The Edge). semakin rancak membina empayar hartanah di Malaysia terutamanya di Lembah Klang. Dalam tempoh 2 bulan iaitu dari Ogos hingga October 2011, SP Setia telah membeli 2 tanah pertanian yang akan dibangunkan menjadi bandar baru (township) di Semenyih dan Rinching dengan keluasan berjumlah hampir 1,700 ekar. Kedua-dua tanah ini terletak berhampiran Bangi.

Projek Rinching
Keluasan tanah – 673.3 ekar
Lokasi – terletak di antara Pekan Semenyih dan Bangi Lama. Jarak lebih kurang 15 minit perjalanan ke stesen baru MRT Bandar Kajang
Pembangunan di jangka bermula hujung tahun 2012 <-- Bila dah membangun ni paham-paham ajelah harga rumah mesti naik mencanak. Baik beli sekarang.

Projek Semenyih 
Keluasan tanah – 1,010.5 ekar
Lokasi – terletak 5 kilometer dari Pekan Semenyih, 7 kilometer ke Bangi Lama dan 2 kilometer ke Beranang.
Pembangunan di jangka bermula awal tahun 2013
Spekulasi juga mengatakan kawasan Projek Rinching tersebut akan dibangunkan sebagai Bandar Baru Semenyih (BBS). Boleh check dalam zoning MPKJ"

Sumber : Bicarajutawan 



Kedua : Tips beli rumah I
1. pergi bank then tgk kelayakan loan
2. pergi tengok rumah
3. kalau berkenan.. bayar booking dengan tuan rumah/broker (biasa max 3% dari nilai rumah.. kalau direct ngan tuan rumah boleh bincang lain)
4. pilih lawyer untuk siapkan perjanjian Sale & Purchase (SNP.. pembeli yang pilih lawyer.. pasai kos lawyer ni pembeli kena bayar nanti.
5. dah siap S&P baleh la sains.. biasa time ni kalau ngan broker kena bayar balance 7% pendahuluan balance aritu.. kalau dengan tuan rumah boleh bincang lagi untuk tunggu withdraw akaun 2 KWSP.
6. loan Appove.. sains letter offer la kat bank..
7. tunggu lawyer buat kejer..( untuk dapatkan kelulusan dari pejabat tanah dan daerah.
8. dapat kelulusan pejabat tanah bawa surat kelulusan untuk memohon pengeluaran KWSP akaun 2.. (dokumen diperlukan boleh semak dengan KWSP) kalau dokumen lengkap 5 hari duit dah masuk akaun.. boleh la bayor balace deposit pada tuan rumah kalau ada lagi balance..
9. tunggu awyer buat kejer lagi.. masa ni lawyer S&P akan deal dengan Lawyer bank(loan anda).. kos lawyer bank pun pembeli yang tanggung..
10. dua2 lawyer buat kejer.. (jangn kacau time ni).. ketika ini proses pembayaran balance loan bank untuk owner rumah dari loan bank pembeli..
11. bila da siap bank anda akan kuarkan cek bayar kepada bank owner lama..
12. masa ni leh ambik kunci dah.. dan bulan depannya dah start bayar ke bank..
Sumber : Forum mana entah tak hengat huhu.

Ketiga : Tips beli rumah II 

Keempat : Survey2 rumah di Mudah atau Iproperty <--ada lagi ke link lain? mohon share (:

Kelima : Akan ditambah dari semasa ke semasa kehkeh, sebab baru survey2 lagi. Banyak lagi prosedur yang kena buat. *tarik napas*

------------------------------------------------------------------------------------


Oh btw, saya plan nak beli rumah 2nd hand. Plus, amaran ketat : Ini hanya angan-angan dan buah berangan. Jangan ingat saya tulis entry ni, saya betul-betul dah beli atau wutsoeva. Kata berangan kannn. Kalau dapat beli, syukur alhamdulillah.

Doakan ya hehe. 

Ni dah sms/call agent property ni tak reply pun. Bz lah sangat. Ok kalau ada lagi, akan ku update yah. Bye (:


   

Wednesday, May 16, 2012

Hai Hari Rabu

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Hai hari rabu. (Sebenarnya dah taktau nak tulis tajuk pe, sadis bebenor). Cepatnya masa berlalu. Tinggal beberapa puluh hari sahaja lagi. Tahu tak dokumen/borang nikah tak setel lagi. Gara-gara nak tunggu Agong balik dari us. Ayahanda ni nak jugak tunggu anak dia yang sorang tu jadi Saksi untuk dokumen nikah. Macam tak boleh je suruh orang lain, jiran ke, kawan ke. Humpp.

Takpe, kita tinggal dulu kisah yang menyedehkan itu. Harini just nak update tentang aktiviti saya hujung minggu lepas. Saya dan keluarga ke Ikea untuk memborong beberapa peralatan untuk bilik pengantin. Beli side table je pun (tu pun nak bagitau satu donia kan. aak hahaha) Mood : gembira gila dan senyum sampai ke telinga. Penat pasang perabot tu, sampai sakit-sakit pinggang dan buntut. Katil baru pun sampai dah. Yay lengkap. Cuma rotate almari dan meja solek je. Langsir baru pun dah pasang hehe lega segalanya selesai.

Lagi satu berita, my bridal tu (Readzul) SMS minggu lepas. 
"Salam Hazimi. Zul here. Nanti boleh datang fitting dalam 30 atau 31 may. Apa-apa nanti text I" 
Realitinya si hazimi nih, sengih sampai ke telinga. At the same time nervousa gila. Apa lah agaknya rupa baju aku tu kan. Rupa badut ke cinderela ke cinderelalala ke. Hopefully it turns out beautiful sebab semalam my friend pun texted, dia dah ambil baju kahwin dari Zul ni and she said cantik baju tu!! Omaigoat, ni yang tak sabar ni. My turn next!

Lepas tu kan, nak update lagi ni (macam minah kepochi bercerita), kelmarin Bonda dan Ayahanda cuti tau. Diorang pergi site visit Dewan kat Kelana Jaya tu. Sebab gini, kitorang tengah buat text untuk flow majlis tu. Jadi Ayahanda ni tak pernah masuk dewan, jadi susah untuk dia nak imagine. Bila dah dapat tengok Dewan tu, happy la sket. Jadi, Bonda pun terus pulun buat proposal kertas kerja kahwin untuk hazimi. Alahai ni sayang momy lebih ni hihi. Tenkiu mom :'D. Di samping site visit dewan tu, tengok juga lah bilik untuk pengantin bersolek, tandas, bilik solat. Bonda cakap toilet bersih blablabla. Ni juga memudahkan pengiring, keluarga atau tetamu yang hadir nanti. Senang cerita, memang positif lah dewan ni. Hehehe can't wait.

Lepas dah visit dewan, diorang ke Tabung Haji Kelana Jaya. Akhirnya dah booked la jugak tempat penginapan/homestay untuk saudara mara. Yay akhirnyaaaaa setelah bergaduh berpuluh minggu haha. Booked 15 bilik (hamboi banyak gilaaaaaa) tapi rasanya tak guna semua kot. 2 Jun iaitu seminggu sebelum majlis dah kena confirm berapa bilik yang betul-betul nak dan terus bayar serta dapat kunci. Yang ni Ayahanda uruskan. The best part is sebab government servant, so dapat diskaun. Bilik standard dapatlah harga RM108 sebilik. If not mistaken, harga asal lagi mahal. Hotel ni juga digunakan untuk para jemaah haji menginap. Yes the same building to those yang tak tahu heheh.

Yay banyak benda dah setel. Sabtu Ahad ni dah blur nak buat pe. Maybe kemas rumah kot. Rumah dah macam kapal titanic dilanggar todak tahu?

Bye.
 

Sunday, May 13, 2012

Saya Tercabut Pinggang Kerna Ini

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Siapa ingat angan-angan saya nak DIY basket untuk my girlsssssss? Tak ingat ke? Sampai hati shroooot.

 Haritu lah, ade buat entry ni.


Ehem.


Siap kesemua 4 bakul ^_^


Akhirnya saya berjaya juga nak DIY basket ni. Takdelah sama 100% pun macam yang aku nak tu. Ikut suka aku je, hantam sajalah haha.

Ok takleh cakap banyak. Dah kena bersiap. Nak pergi berjalan-jalan. Nak beli side table dekat Ikea. Nak pergi rumah rakan-rakan baik hantar kad kahwin. ^_^

Bye. Selamat berhujung minggu.

 

Saturday, May 12, 2012

B2B Wedding : Cik Helena

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Ok ini kisah minggu lepas. Saya takde mood sangat nak menulis masa weekdays tu. Hari ni baru lah mood ke langit. Hiyargh.

Haritu, Sabtu (5/5/2012), saya ke majlis Cik Helena (nama nak glamer je, dah mcm lagu helena my chemical romance ;p). Cik Helena ni one of b2b blogger jugak. Majlis beliau bertempat di Persint 9 Putrajaya. 

Memang tak janji pun dengan sesiapa pun. Hanya texted Faiz je, tanya pukul  berapa datang sana, etc etc. Akhirnya ketemu juga dengan Faiz dan beberapa blogger lain hehe. Hai selamat berkenalan, first time juga jumpa nora dan cik nuta  ^_^

(l-r): cik nuta, nora saniey, zimah, faiz )
Cik helena tak sampai lagi. Jadi bergambar lah kami di dalam dewan dengan rakusnya. Urgh tak suka muka nampak gelap. Macam mana nak muka nampak putih eh? Dah gelap tu gelap la jugak kan. Blergh.



Cik Helena dah sampai. Yay time berarak. Eee bebudak tu CUTE sangat tau. Geram lagi-lagi si kecik 2 ketul ni hehe. Suka tengok dress dan handbouquet crystal tu!! Maaf gambar tak berapa clear. Al maklomlah camera dicuri oleh EF. Grrrr. So terpaksa guna kamera cokia.


Cuba tengok betul-betul. Mr dan Mrs tu! Oh inilah projek tu rupanya ya. Baru tahu hikhik kreatif!


Giant flower dekat pelamin memang tengah IN kan sekarang? Heheh tak sempat bergambar di sana.

By the way tanya juga Faiz, kat mana nak dapat kipas bulu-bulu (semenjak dua menjak ni suka benor bulu-bulu). Faiz cakap dekat Nilai ada jual. Tapi haritu cari macam takde pun. I want it, I want it!


Makan beradap. Tapi telah dikacau oleh kitorang hikhik. Entah-entah aku pun camni jugak tak. Ok bersedia dari segi mental awal-awal haha. Tengok inner tudung tu unique je. Terserlah keayuan helena hiks.


(l-r): faiz, nora saniey, ciknuta, zimah
Geng b2b blogger belakang tu. Fewit. 
Thanks to kawan nuta sebab tangkapkan gambar ni hihi siapa namanya ya, Liyana kan.


Simple dan cute je doorgift Cik Helena. Love it. Saya memang suka gegula. Dapat 5 minit je terus habis. Tapi kalau 5 saat dah macam Majinboo pulak haha.


Dah tu je.

Selamat pengantin baru Cik Helena dan suami. :D


 

Thursday, May 10, 2012

Facial : Ya / Tidak

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Tinggal 28 hari sahaja lagi. Ikut kan hati ini malas sungguh nak berfacial. Orang lain dah start 6, 3 bulan sebelum majlis, saya baru terkedek-kedek nak pikir huhuh. Haritu lah TERcerita dekat my immediate bos. Saya bagitau yang saya dah buat spa, tapi tak buat facial muka lagi. 

Lepas tu dia cakap..

"Eh kenapa tak pergi facial. U pergi la"

"Kena ke?" Kerut-kerut muka macam tak setuju

"Yelah nak nampak berseri-seri. Nanti masa make up tu, tak nampak bertompok-tompok dekat muka tu. Bila buat facial, dia buang #$^&**(()%& (aku tak ingat benda alah apa) tu" Lebih kurang maksud dia, buang segala kekotoran dekat muka tu. Jadi bila kita makeup nanti, nampak cantik je. Smooth je permukaan muka ni. Betul ke? Tak tahu la hamba. Mohon jawab wahai pakar muka sekalian hihih.

Serius taknak kena tenyeh muka ni dengan benda-benda tajam T_T

Takut. Tapi nak juga merasa once in the lifetime (ewah mengada betul).

Sekarang berbelah bahagi. Dalam pada tu survey dalam diam juga la hikhik. Ada beberapa insan yang baik hati bagi suggestion (you know who u are hehe). Antaranya:-

1) New york skin solution Ketot my friend yang suggest ;p
2) Dermalogica Heriena yang suggest ;p
3) Clinique Az yang suggest ;p
4) Buat facial dekat spa.  Kerry suggest dekat pinkrose spa, subang jaya ;p
5) Entah lu pikir lah sendiri

Saya memang blur pasal kulit-kulit ni. Nak pergi tanya minta free consultation lagi laaaaaa. Kang kena paksa buat. Maklom la tak kuat iman kehkeh. 

Untuk pengetahuan, kulit saya kering seperti kulit biawak tu kot. Kering gitula. Bukan berminyak. Jadi saya kadang kala tak fikir sangat lah pasal muka ni. Konon pakai facial cleaser basuh muka hari-hari dah cukup lah kan. Termasuk lah pakai mask ke, ape ke, tu tak termasuk lah. Tu pun buat setahun sekali kahkah. Macam mana lah muka nak sihat kan, ayoooo. Oh lupa pulak, sekarang saya hanya pakai produk Garnier (alah yang Lisa surihani tu, bukan lisa surirumah ye ;p). Cukup kah? (-_-')

Tak pepasal saya kepeningan memikirkan hal remeh ini. Urghhh. Esok la pikir lagi.



p/s: Hai *sambil lambai-lambai* I'm back to track ;p


 

Wednesday, May 9, 2012

Terima Kasih Kawan :')

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Tak sangka lepas post entry yang tidak matang dan emosi itu, masih ada yang mencari. Padahal dalam blog dah disable comment. Konon nak membawa diri lah tu huhuh.

..but they still searching for me at Twitter, Fb, Whatsapp and email as well. Sobsob tergaru terharu. Semuanya my lovely friends, bloggers dan silent readers yang bagi nasihat dan kata-kata semangat. HUGS korang!

Bila baca tu rasa sayu sangat dan terfikir "Why should I sad, I am not alone in this whole world" Ya Allah besar sungguh rahmat Kau bagi pagi tadi. Aku dah tak sesedih semalam. Rasa lega sekejap walaupun sebenarnya tak sabar nak habiskan hal ini cepat-cepat. Cepatlah kahwin huhuhu.



This one that I want to share. Thanks for all your support. It really helps me alot eventough I didn't request for it. Lagipun, aku tak mau dicop sebagai attention seeker or wutsoeva. Aku hanya meluahkan perasaan apa yang terbuku di hati ini.


*kalau nak baca, WAJIB klik gambar rajah untuk tumbesaran*









*nama dirahsiakan dari pandangan umum. biarlah hanya saya seorang yang tahu*



Masih speechless. Terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan sebab concern pada saya. Saya hanya insan biasa. Banyak benda yang saya harus belajar.

Doakan saya supaya tabah hadapi semua ini ya :')



p/s: Semuga kita semua sentiasa di bawah lembayung Rahmat ILLAHI.

 

Tuesday, May 8, 2012

Not In The Right Track

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Aku malas nak balik rumah. Bukan sebab tak suka. Tak tak. Penat nak drive balik rumah. Kan best kalau ada driver datang pick up balik rumah hari-hari. Kerja aku kena travel pagi ke petang. Bila balik ofis, terus rasa penat nak tekan pedal kereta tu. I wish i have wings. So that I can fly like an angel bird. Aku mengimpikan husband duduk rumah (sebab tu aku suruh teruskan belajar habiskan masters), bila balik rumah semua dah tersedia. Demand gila. Baik upah orang gaji je T_T

Aku tengok je kirabawah countdown tu. Sepi. Kosong. Macam tak semangat je tengok nombor tu. Suddenly I hate my life. Miserable. Annoying pada diri sendiri. Memikirkan masa depan yang kurang pasti. We are sort of financially unstable. Tak macam orang lain. Bila kahwin atau sebelum kahwin dah ada rumah dah ada kereta. We are none of it. Itu pun kereta curik my moms. I hate to tell this tapi aku pun manusia juga. Have ups and down. Kadang-kadang rasa happy sesangat. Kadang-kadang rasa down sampai nak masuk muka bawah tanah pun ada.

Bukan setakat financially unstable, mentally pun unstable. People doesn't know, I always cried in the rain. Kadang-kadang tengah drive kereta pun boleh menangis. *gila ke hapa* But thats the truth. I am not sure whether I can cope with this situation or not. Aku banyak kali cakap dekat EF. Pls cancel the wedding. But he rationally pujuk dan tenangkan aku. Tau la kalau perempuan kan. Cakap ikut sedap mulut je tanpa memikirkan perasaan orang lain. My bad. I'm sorry.

Aku rasa apa yang aku lalui ni berbalik pada apa yang aku hadapi dan buat masa zaman muda dulu. Yela aku pun bukan baik sangat. Nakal. Degil. Mungkin ini balasan yang Allah beri. Aku redha dengan apa yang terjadi.

Kadang-kadang aku taktau kenapa aku nak kahwin. Adakah untuk memuaskan hati orang lain? Atau aku benar-benar ingin berkahwin. Benarkah aku dah bersedia?



Hopeless. Speechless. Heartless...





p/s: Aku tau post aku ni mesti memberi kesan pada 'orang-orang' yang membaca. I am okay. Doakan yang baik-baik aje ye..

p/ss: Ya Allah Kau tabahkan lah hati kami menghadapi dugaanMu. Permudahkanlah jalan kami. Amin.

 

Monday, May 7, 2012

Pertemuan Dengan Diba The Photobooth Corner

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Ini kisah Jumaat lepas (punya lah lama ambil masa nak update kan) Saya takde mood dan takde masa nak menulis time weekend huhu.

Jumpa diba. Siapa tu? Siapa budak ni entah jumpa kat tepi jalan je hahah. Taklah Diba ni lah si owner The Photobooth Corner. Diba merupakan the first blogger yang saya kenal dan jumpa dekat wedding Atia tahun lepas. Masa jumpa, ingat lagi diba cakap "MasyaAllah kecik nya kau". Dah kenapa. Nak suruh aku besar macam gajah ke huahua. Sampai sekarang ingat uols. Untung diba berkenalan dengan i tau. Boleh masuk muka dalam majalah i.

Cik gigi besi (wakaka) taklah ni lah Cik Diba yang sengal dan gila (sikit)
..tapi memang pun hahah


The Photobooth Corner merupakan offical vendor saya untuk photobooth corner dekat dewan nanti. Ye diba aku tengah promot kau ni. Terima kasih banyak-banyak sebab sponsor zimie. Nak buat camne kan, aku kan artis kan, harus lah sponsor-sponsor ni. Takkan awal scha je kau nak sponsor kahkah ;p

Jk. Sebenarnya buat pengetahuan semua (cewah), saya menang tempat kedua contest anjuran TPC haritu. Link di sini. Kerlas kau menang macam-macam termasuk rumah banglo. Eh salah. Saya menang instant camera, easel, prop box and 2 instant filem + gift certificate of kenny rogers (dah jadi zarah dalam perut dah)

Syukur alhamdulillah. Memang best menang contest haritu. Dapat sikit pun jadi lah. Plus, dah mintak diba buat sedikit backdrop. Hentam sajalah suruh dia buat simple-simple. Bintang-bintang berkedipan dan bunga-bunga sikit. Nak letak lampu disco pun boleh gak diba. La la la.

Jadi tetamu sekalian, di minta ye bergambar di Photobooth Corner tersebut. Tapi hanya ada 20 keping filem sahaja. Maklomlah kata 'sponsor' lain-lain kenalah bayar dekat diba hohoh. Siapa cepat dia dapat :)

Till then. Nanti saya share apa yang saya aktiviti hujung minggu haritu ye. *yang kekonon busy sesangat kan*

Pffft ;p


 

Friday, May 4, 2012

Kisah Seram Kad Kahwin

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Hai. Saya dah pos kad kahwin untuk kawan-kawan. Semalam buat. Padahal majlis lambat lagi. Sebulan lebih tapi sebab dah tak tahan dengan bebelan Ayahanda yang masuk bilik tetiap malam tanya "Kad dah pos belum" Tetiap malam okek! Tau lah dia punya dah lama pos iaitu minggu lepas huehue.

"Belum"

"Kenapa lambat hantar, nanti diorang susah nak plan masa, blablabla" Bapak jika sudah membebel. Mak pun tak membebel macam ni. Mak jenis sejuk cool.

"Nantilah hantar, takut diorang lupa, kena hantar dekat2 majlis"

Tapi akhirnya, sebab malas nak tengok kad tu menyemak dalam bilik, jadi saya pos jugaklah semalam. Keluar awal sikit masa lunch hour (matik kalo bos tahu hahah) pergi ke Pejabat Pos BBB.

 Kad kahwin sebelum letak setem. Setem 60sen je. Last year, hantar kad raya 50sen je. Naik harga ka?


Tapi ada lagi satu kisah kelakar seram.
Ini kad kahwin yang nak bagi by hand yang berjaya diselamatkan sebelum masuk ke dalam tong merah semalam T_T


HUH apa yang telah terjadi? Tengtengteng. Mari saya bercerita...

Bila masuk ke dalam pejabat pos BBB tu, posmen time tu tengah bukak pintu tong tu. Means dia akan masuk dalam karung gedabak tuhla  untuk sort dekat belakang. Bila tanya, brader tu cakap "Ha masuklah dalam ni" Sambil memuncungkan mulut ke arah karung guni emas nya itu.

Aku dengan kalutnya, keluarkan lah lebih kurang 60-70pcs kad tu, terus sumbat dalam karung emas itu. Cewah lepas say thank you, terus belah dari situ. Happy lah ni semua kad dah berjaya dihantar. Dalam pada happy tu, masuk kereta terus drive dengan lajunya ke PKNS. Nak jumpa member sorang ni untuk bagi kad. 

Tiba-tiba..

Carik dekat tempat duduk sebelah, kad tu TAKDE! Omaigoat. Rupanya aku lupa gila, aku pergi letak bersama-sama dengan kad yang nak dipos beserta setem itu. Waaaa semua kad tu kan aku dah masuk dalam karung tu. GILA GILA. "Aku tak peduli, by hook or by crook, aku akan carik brader tu" Hati kecil berkata.

Patah balik drive laju-laju. Yang member sorang tu dah call blablabla. Terus masuk dalam pejabat pos, gi tanya guard "Mana abang yang masukkan surat tadi" Lepas tu, dia panggil brader tu.

Bila brader keluar, dia pandang aku hairan agaknya 'budak ni nak apa lagi' hohoh. Terus aku cakap "Kad saya ada 2 keping takde alamat dengan setem. Saya nak kad tu boleh tak" Dah bagi lepas tu mintak balik. Saya yang buruk siku, sekian. Lepas cakap thank you terus blah. Takmo pandang muka brader. Malu. Huhuhu rasa macam nak masuk muka dalam poket seluar je.

Nasib baik, brader tu sorting kad tu dalam pejabat pos tu. Buatnya dia terus naik van ke langit hijau. Tak ke naya diri ini huhuh. Lepas dapat tu terus mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi. Yahoo kad berjaya diselamatkan. Happy sesangat. Nampaknya tiada kerugian lah pada kad aku tu hahah tu jugak dipikirnya. Let say tak berjaya diselamatkan pun, aku ada kad spare dalam kete. 

Tapi taknak lah guna, dah lah kad tak cukup. Boleh pulak jadi hal camni huhuh. Memang jadi pengajaran lah untuk aku. Sekarang ni mana-mana kad yang aku nak hantar/pos/bagi byhand, aku letak KLIP PAPER yang besar serta LABEL besar-besar. Maklomlah bila dah banyak-banyak, boleh jadi pelupa. Ke banyak makan semut? Mungkin la huhu.

Habis kisah seram. Kalau tak seram pun, buat-buat lah seram yo.


Jadi kepada sesiapa yang dah bagi alamat tempoh hari, kad kahwin anda akan sampai tidak lama lagi. ^_^ Dah dapat tu jangan pulak buat-buat lupa nak datang kehkeh. Yelah tapi kalau aral tu nak sangat melintang, apo nak dikato hehehe. Kang kata I ugut pulak ;p

Phew, setel one part.

Selamat berhujung minggu semua :)

   

Thursday, May 3, 2012

Hitam Putih Kehidupan

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Doorgift untuk majlis sanding nanti. Yang ni baru betul teaser. Warna dirahsiakan. (Gedik sangat)




Syukur hasil untuk doorgift dah selesai. Setel part cetak-mencetak yang memenatkan itu. Rasa nak give up i tell u. Dekat 3 bulan memerah otak buat. Boleh lihat entry terdahulu bagaimana saya bagai nak gila buat benda alah ni (nasib tak gila). Alhamdulillah hasilnya berbaloi. Suka. Cantik pulak tu hihi *Muntah puji dirik sendiri* Pffttt.

Bonda tentunya sangat gembira sebab urusan ini sudah selesai. Cuma sekarang tinggal nak masukkan telur pindang dan buku Yassin dalam paperbag tu. Bonda cakap "Ala buat last minute je, sekali dengan telur"

"Yang nak buatnya siapa" Aku bertanya

"Alah kan ramai sedara mara ciak miak kat rumah nanti. Dera je diorang"

"Ok mak" :D

Lega sesangat urusan dipermudahkan. Check jugak Yassin tu risau la tersalah print ke hape. Cuak gila mak noks. Cuma dari segi warna tu dapat sama 100% dengan paperbag dan kad. Dah kata print dekat syarikat berlainan. Jadi paham je kenapa warna tak boleh 100% sama hehe. So far memang takde lah error dari segi tulisan dan susun atur. Rasa jela tapi taktau la kalau ada tapi saya yang tak nampak. Hihihi ^.^


S.e.l.e.s.a.i...
buat masa sekarang.


Oh tak sabar, lagi 35 hari lagi :)