Saturday, April 28, 2012

Flower Girl Basket

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Cak. Tiba-tiba boleh muncul kan? Semalam cakap entry combo la apela. Pffttt ;p

Rasa macam takleh ditahan-tahan idea tu. Tangan ni merenyam je nak menulis atas papan kekunci.

Seperti yang diketahui (sesiapa yang rajin skodeng blog ni ;p), saya memang ada bridesmaids untuk majlis nanti. Tapi untuk majlis sanding lah. More to flower girls i should say sebab tugas mereka memang mengiringi saya dan sang suami masuk dewan nanti sambil pegang bunga atau tabur-tabur atas lantai (to be confirm later). Tak kisah la flower girl ke bridesmaids ke. Hantam sajalah hahah.

This is the idea.











Macam melting nya lah kan? Ni saya jumpa dekat Ebay tapi US punya. Tak kuasa la nak kirim dekat adinda yang study di sana. Setakat bakul cekeding gitu. Pengsan gak camne nak gayakannya. Nak DIY lah ni punya cerita.


Macam-macam ada. Nak semua kalau boleh! Cute gila @_@



Inilah bakul versi Malaysia hehe. Rasa macam dah tunjuk haritu. Ini minggu lepas punya cerita daa ;p


Doa-doalah DIY ini menjadi kenyataan ye hihi.

Bye.


p/s: Untung my bridesmaids kalau DIY ni menjadi kenyataan ;p

 

Friday, April 27, 2012

Membebel Bila Perlu

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***
Entry yang sangat kacang panjang. Combo untuk hari sabtu dan ahad. *perlu ke bagitau*


Alhamdulillah hari Jumaat tiba jua. Rasa macam cepatlah pukul 5.30 boleh tak? Malas sangat-sangat duduk dekat ofis ni. Bos pulak outstation. Rasa macam cakap dengan dinding je. Langsung tak berkembang minda. Rasa nak resign je jadi fulltime housewife tapi tak boleh. Dunia penuh dengan cabaran dan dugaan. Tak mungkin nak berhenti sekarang. Aku doa-doa la EF tu dapat kerja jauh-jauh ke aka berhijrah ke tempat lain. Boleh la aku berhenti kerja cari tempat lain. Errrrr (Boleh pulak fikir camtu kan) #emo-sio-nal

Sebab apa harini best? Sebab saya nak sambung cuti. 1 Mei (Selasa) hari Buruh. So dengan automatiknya buat cuti sendiri hari Isnin tu muahah. Nak balik kampung mak hantar kad kahwin kat sedara mara. Nak pusing-pusing JB. Waargg ramainya ahli keluargaku. Keluarga belah mak je 13 adik beradik. Tu belum yang sedara mara yang jauh bau-bau bacang. Pingsan!

Plan nak balik hari Ahad dan kembali ke KL hari Selasa. Nampaknya banyak la kerja-kerja ku yang tak boleh nak setel weekend ni. Ingat nak hantar kain bridesmaids dekat kengkawan dan a few blogger tu (you know who u are ;p) Tapi nampaknya tak kesampaian lah. Asyik busy je weekend. Hope korang sempat jahit la ye huhu.

Oh ya semalam dah call Zul pasal baju kahwin tu. Maklomlah tetiba rasa cuak dah 41 hari lagi tapi senyap sunyi sepi (bunyik cengkerik je yg ada). Takut la dia lupa jahit baju i kan? Tapi tidak. Dia cakap "Awal sangat tuuuu. Biasa fitting seminggu sebelum majlis" Erkkkk benarkah begitu? Kenapa orang lain yang majlis lagi lambat, dah siap fitting bagai. Vendor lain lah i mean. Rasa cuak baru 55% sebab maybe baru 41 hari. Agaknya lagi 21 hari baru cuak 99% kot lalala. So far masih rileks lagi haha. Adoi entahlah taktau nak cakap camne, sebab i truly trust Zul 100% kot sebab tu macam kurenggggggg cuak. And i know he will do the best for me (cewah).

Lepas tu, i tanya lagi pasal test makeup. Dan harganya mahal sama macam rate untuk makeup majlis tu semua. So cancel jela hoho. Memang my final MUA adalah perempuan. Tapi kenapa entah kepala mereng pergi mintak Zul as my MUA untuk sanding nanti. Zul cakap "So far, I free on 9 Jun tu " Lepas tu tiba-tiba i TERcakap "Kalau nak mintak Zul makeup kan boleh tak?" Bila dah cakap baru sedar, ok aku nak MUA perempuan. Inilah dia konflik dalam diri. Aku taknak la cakap banyak sangat sebab semua orang ada pendapat masing-masing. Tapi nak patah balik rasa macam segan. Takkan nak tarik balik kata-kata tu. Then end up, I booked Zul as my MUA untuk sanding. Patutnya I will be the happiest person in the earth! Tapi apesal semalam mood swing dan rasa macam bersalah pada diri sendiri. Haih takpela benda dah jadi pun. Lagipun a few commenters and bloggers cakap Zul makeup cantik. Ok thats the positive part heheh. Dahlah zimie. Baik fikir pasal benda lain. DIY pun tak habis-habis lagi kan.

Oh nak update lagi, haritu TERpergi ke sebuah spa ni di Bangi. Ingat tak entry ini. Ya saya pergi Ananaz MediSpa di Seksyen 9 BBB. Ok pergi untuk trial kononnya tapi end up ambil Pakej Pengantin. Sabo jela hahah. Terpengaruh dengan promo la kononnya plus recommended by my friend, Ketot ex b2b jugak. So bila ada orang recommend tu best lah sikit nak pergi kan haha. Aku ni suka sangat pergi/buat sesuatu atas sebab recommendation. Sebabnya malas nak survey tempat lain dan takut spa tu tak best hahah. Syukur spa yang saya pergi tu besttttttt gila. Saya buat 2 hari sebab tak cukup masa pergi pukul 5.30ptg. Lepas tu siap ambil MC esoknya sebab tak tahan kuat gila orang tu urut. Demam bagai esoknya. Sadis kan? Huhuh. The best part is their oil massage (walaupun MC tapi tetap suka cara urutannya), scrub and hydro bath (tak ingat nama sebenar). Oh rasa nak pergi lagi. *Kejap korek poket ada duit ke tak*



Sedikit gambaran spa. Tu bilik untuk facial. Kalau untuk spa tak sempat pulak ambil gambar hihi. Next time pergi, I snap picca keh hihi.



Banyak perkara best dan tak best berlaku seminggu nih. Macam harini rasa nak balik rumah sekarang jugak (-_-') Lambatnya masa berlalu. Si EF ni tak online pulak. Sibuk dekat ladang agaknya. Boring me. Rasa nak cepat-cepat kahwin dan cuti seminggu. Takde mood dah nak bekerja. *Sangat la hover*

Oklah tamat sudah bebelan saya. Esok-esok sambung membebel lagi. Bye.



p/s : Lupa pulak, nak berterima kasih pada Renee my twins sebab sanggup buat entry pasal hantaran fresh flowers tu. You're so sweet and nice. Inspired by you sangat10x. Rasa lega sangat dapat sedikit idea. Thanks babe! :)


 

Tuesday, April 24, 2012

Idea Please, Hantaran Putih/Silver/Cream

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Pening pulak fikir pasal hantaran dari saya kepada dia. FYI, barang hantaran EF ni kebanyakannya warna merah. From head to toe. Kemain kau semua nak sepesen mengalahkan tunang dia yang berwarna warni. Eh tak jugak, saya punya banyak warna pink,dusty pink hihi. Pepandai la dia buat hantaran yang semacam mana. Dia takpe, serah dekat kakak kesayangan bulat-bulat.

Yang menjadi persoalan sekarang, hantaran beliau banyak warna merah, takkan bunga/pokok/hiasan dekat hantaran kena warna merah jugak? Rasa macam pelik. So beliau request hantaran putih. 

Bila Googling, tengok jarang orang buat putih. Cream banyak lah T_T. Idea pun kurengggg.

Yang ni antara inspirasi warna putih/silver/cream gitula. Jadilah daripada takde.


Macam cream je tu. Nice juga buat gini. Senang nak beli bunga nanti. Takyah kalerful sangat. One tone colour is enough hehe.


Cedok idea hantaran kahwin Lisa Suri rumah hani 


Hantaran Ana Rafali kepada Aznaim. Putih silver. Tak guna fresh flowers ye uols. Banyak guna bunga dip. Nampak exclusive dan mahal.


Hantaran Dira Abu Zahar. Hantaran helmet kau jah! Memula si EF ada terfikir idea ni. Tapi dah dipakainya helmet tu dulu. Tak dapek la nak letak untuk hantaran nanti huehue. Cantik kan box putih tu. Kalau la dapat buat begini. Oh buah berangan~




Hamboihhhh banyak pulak artis yang buat hantaran warna putih ni kan?? Kalau buat gini, dapat tempias retis tak? Kahkah

Tapi nice kan putih ni, nampak suci gebu je. Lepas tu senang takyah fikir nak gabung dengan bunga warna apa, etc etc.

Bila entah nak pergi survey dekat Floristika Bangsar tu. Nak try buat hantaran olok-olok. Orang kata practice make perfect. Agak-agak hari Sabtu Ahad bukak tak kedai tu? Help plsssssss.


 

Monday, April 23, 2012

Tips Memilih Makeup Artist (MUA)

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Sebenarnya saya bukan lah orang yang sebetulnya bercerita tentang make up. I am truly not makeup lovers. Tapi I started make up since my university year. Roomate aka bff Bunnie yang ajar sebab dia suka makeup ni. Kalau makeup mengalahkan orang pergi dating. Pergi kelas, etc. Tebal makeup berapa inci entah haha. Aku pakai compact powder baru sekali, dia dah bertukar berkali-kali. Plus she have taste on makeup. Suka tengok dia makeup walhal diri sendiri tak suka makeup pun. Natural lah kononnya. Pftt

Tapi sebab sejak berbf, ber'tunang', dah mula involve sikit2 pasal makeup hihi. Perkembangan yang positif lah tu kan? Kalau masa kecik-kecik dah start makeup pun susah gak. Kang jadi macam my cousin, kecik-kecik dah bertepung gomak, bergincu mengalahkan opera cina. Padahal baru tadika tu. Bebudak sekarang kan. Jadi, normal lah tu saya dah  tua besar suka makeup ;p



1. Tempahan awal - Pastikan tempahan dibuat awal agar anda mendapat Mak Andam atau Make-up Artist yang diingini. Buat perbandingan agar pemilihan anda adalah bertepatan dengan kehendak dan budget anda. - tempah dah pun since last year, bulan October 2011, maknanya 8 bulan sebelum majlis, advance grand prix ;p

2. Test make-up/pre-wedding makeup - Cubalah melakukan test makeup/pre-wedding makeup dahulu dengan Mak Andam atau Make-up Artist yang dipilih. - macam mana ni, saya takde pun buat trial make up. Should I proceed for trial make up? Terasa macam malas nak spent duit bebanyak. Duit oh duit muncul lah dikau.


3. Hanya anda seorang - Pastikan agar Mak Andam/ Make-up Artist anda tidak menerima tempahan selain diri anda pada tarikh majlis anda. Ini adalah bagi mengelakkan Mak Andam/ Make-up Artist anda terkejar-kejar menatarias anda untuk ke tempahan seterusnya. Akibatnya anda yang akan menanggung hasil solekan yang kurang teliti dan tidak memuaskan. - I already booked Zul assistant from Readzul Creation, (sebab nak MUA perempuan) If not mistaken nama dia Shaz (will confirm later). Hopefully si mua tu takdelah buat 2-3 kerja dalam satu hari.


4. Berbincanglah – Pastikan anda dan Mak Andam/ Make-up Artist anda berbincang terlebih dahulu. Terus terang tentang apa yang anda suka dan apa yang anda tidak suka. Ini akan memudahkan Mak Andam/ Make-up Artist menatarias anda. Kedua-dua pihak (anda dan Mak Andam/ Make-up Artist) pasti akan berpuashati dan kegembiraan anda akan terpancar di wajah anda! - Taktau bila timing nak berbincang dengan mua. Tak pernah lagi bertentang mata. Just ambil berdasarkan kepercayaan si Zul tu. Kata Zul, nak bagi the best mua. Rasanya less than 1 month, dah kena jumpa si Shaz tu. We'll see..


5. Cerewet biar kena tempatnya – Dalam menentukan solekan pengantin yang diingini, anda bolehlah bersikap sedikit cerewet. Anda berhak bersuara sekiranya solekan yang dikenakan tidak memuaskan hati anda. Tapi pastikan anda juga mempunyai sedikit pengetahuan tentang solekan. Bincanglah secara baik; anda dan Mak Andam/ Make-up Artist anda pasti akan mencapai solekan yang diingini. - Aku bukan lah orang yang cerewet sangat-sangat-sangat. Kalau boleh makeup tu, biarlah tak tebal sesangat. Kalau boleh nak makeup yang tahan lama. Sebab duduk dekat situ berjam-jam lamanya kan. Kalau makeup pecah sana-sini pun susah juga. Kesian pengapit nak kena touch-up kan muka ku yang bertepek itu. 


Tips make up tahan lama: 

1. Tepek/letak/gomol (macam mana nak buat entah) ais dekat muka sebelum makeup. InsyaAllah makeup tahan lama.

2. Basahkan span powder dengan air atau renjis-renjiskan muka dengan air sebelum makeup.

Ada sesiapa nak share tips lagi? ;))


My future MUA insyaAllah :)

1. Nikah - Zul Assistant dari Readzul
2. Sanding - Zul Assistant dari Readzul
3. Post Wed photoshoot (a day after sanding) - Amy Zalini
4. Bertandang - Kawan mak si tunang. Belah ni suruh mak dia handle dekat kampung nuh. Nak makeup simple je. Sebab bertandang ni, majlis simple, pelamin pun takde. Jimat kos gituw.


Info dari Google. Ampun kan saya penunggu Google sebab curi info ni semua.




p/s : Tak makan dek puji, tak mati dek keji. Senyum tak perlu kata apa-apa :)

   

Sunday, April 22, 2012

Hasil Tangkapan Hari Sabtu

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***


Berada di Tewah pagi tadi. Seawal 10.30pagi gerak dari rumah. *Excited*
Atas : Kain Langsir bilik pengantin *wink*
Bawah : Kain langsir ruang tamu dan ruang makan
Pinkish colour hokeh. Tapi i punya macam a bit dark pink. Akhirnya dapat warna yang diidamkan :)


Artis tandatangan autograph.
(Bonda tolong sign resit)
Setel one part, lega sangat. Suka kain langsir tu hihi.


Kad kahwin berbunga-bunga sebunga hati tuan nya. Setelah berpuluh-puluh hari buat, akhirnya siap jugak. Lega sangat. Rasa macam tak sabar nak menulis nama-nama tetamu ;p


Petang pulak jejalan dengan mamat tu. Hasil dari Romantika, Kedai Reben di Sek 17 Shah Alam dan Ikea seperti yang plan haritu. Rasa nak beli semua yang ada. Tabahkan hati dan duit. EF kata "Jangan ikut nafsu tu" Baekkk. Takpe esok-esok pergi lagi. Kehkehkeh. Nak beli candles lagi. Entah kenapa tak beli yang panjang tu. Adoi padahal nak candles panjang tu. Dah petang-petang kepala mereng kot.

Okla now pun dah mereng. Sangat penat. Harus tidur sebab esok nak kenduri kendara makan nasik minyak. Nyumeyy.

Bye goodnite owls.


 

Thursday, April 19, 2012

Langsir Dan Sebagainya

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Planning aktiviti hujung minggu.

Nak :-


1) Pergi kedai langsir. (Langsir untuk ruang tamu dan bilik pengantin *wink*). Mungkin ke Tewah, The Mines Shopping Centre atau Nilai 3. Subject to change. Punya lah malas nak ke KL. Tapi saya suka Jalan TAR. Banyak pilihan. Tapi mak pulak taknak huehue.

Langsir untuk tingkat bawah (ruang tamu dan ruang makan) nak combination warna lembut. Tak sure colour apa. Maybe light red. Light tu pink lah kan errrrr entahlah tapi lebih kurang gitu. 

Langsir untuk bilik pengantin mungkin light pink atau dark pink-marroon-red (tiba-tiba berangan nak langsir warna gelap pulak *dushdush*) Tengok la macam mana sebab beli yang dah siap punya. So kalau kedai tu jual warna yang best, rembat jela hihi.


Info I Google and found this:-
"Ni kalu bajet ciput boleh gi kedai2 ni...so kalu rajin boleh gi survey tengok kedai mana yg bersesuaian dgn bajet... 
1) Kedai kain Tewah - ni kedai yg murah compare to Nagoya & Kamdar
2) Nagoya - ni plak murah lagi dari Kamdar
3) Kamdar - mahal skit dari Nagoya & Tewah
4) Nilai 3 - tp yg ni I nasihatkan lah pada sape yg nak beli fabrik kat Nilai 3 ni compare harga ngan kedai2 yg 1, 2, 3 kat atas tu...sbb I dah tengok fabrik, corak, bunga, kaler yg sama jual kat kedai kain Tewah rege RM13.50 semeter tp dijual dgn harga RM28 semeter lepas diskaun dpt RM18 semeter kat Nilai 3....
& kalu prefer fabrik yg mahal boleh tengok Elyza, Macy, SSF"

Phew. Makin bertambah excited nak ke Tewah hahah. Dah boleh jadi Duta Tewah nih.



2) Beli kain satin/kain shining2 berkilat (taktau nama pe huhu) Tidak, tidak. Ini bukan DIY. Ini nak suruh orang lain DIY hahah. Kegunaan kain satin adalah untuk buat sarung bantal kecik-kecik. Nak letak dekat tepi pelamin nikah. Bantal dah ada. Rotate yang dekat rumah punya. Tinggal nak jahit kain untuk bantal kecik tu. Jahit tu suruh orang tailor Tewah buat. Upah around RM8 per piece if not mistaken. Murah ke mahal eh? Huhu dah taktau siapa lagi boleh jahit. Nak jahit dalam 8-10 pcs gitula. Nak jahit sendiri, tak mahir dan at the same time mesin jahit problem. Dan-dan jugaklah kau nak rosak kan.



3) Pergi Romantika. Ini suggestion daripada one of my schoolmate (you know who you are. hello hai. hahaha) Reason pergi romantika? Sebab haritu aku bebel-bebel nak cari hiasan untuk bilik pengantin. Actually nak cari frame gambar, lilin, pasu atau deco yang cantik-cantik sket, etc. Haritu masuk Memory Lane pengsan tengok harga. Nak cantik tapi murah. Hado? Takdo. So member ni suggest pergi Romantika PJ di Amcorp Mall. Katanya banyak barang ala-ala english style yang affordable dekat situ. First time nak pergi, so tiada gambar rajah nak digambarkan. Tapi tengok-tengok website, macam menarik. Link LINK SINI. Nak pergi AM kena ajak la mamat tu. Aku mana reti area PJ ni. (Sebenarnya malas nak drive kan?)




Nota : Romantika ada banyak gila cawangan. Cawangan paling besar dekat Ampang 26,000 sg ft. Phew.



4) Pergi IKEA (kot). Ini pun yang my friend suggestkan. Benda yang sama nak beli decoration untuk bilik pengantin. Sebelum pergi tu, elok bonar lah godek-godek magazine dulu. Untuk Year 2012 ye. Lepas tu boleh godek secara online. LINK SINI. At least dapat plan nak beli apa, blablabla. Selepas beli tingkap (kalau tak jumpa barang yang nak lah), elok lah ke meatballs. Confirm EF takkan menolak punya kahkah. 






Ya Allah tiba-tiba rasa banyak nya nak buat hujung minggu ni. Dah la ada kenduri kahwin nak kena attend. Maybe attend kenduri dulu baru hunting benda alah tu hoho.

Can't wait nak settlekan semua benda ni this weekend. Hopefully.


 

Wednesday, April 18, 2012

Wordless Wednesday : Bukan Kasut Saya

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***



Kenapa cantik sangat kasut ni!!! 


 

Tuesday, April 17, 2012

Pencarian Spa Sekitar Bangi

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Sekarang dalam mood nak survey tempat-tempat nak men'spa'kan diri. I suka gila spa!!! Dulu start berspa masa 24thn muda trang tang tung. Tapi takla spa sangat sebab more to body treatment. Rasa best sangat lah masuk sauna. Jakun a.k.a rusa masuk bandar ke kampung? (haku pun confuse lalala). 

Sekarang bila dah dekat2 kahwin, mula la survey spa dan pusat rawatan kecantikan. Ada pulak rakan sevarsiti yang nak join. Best sikit kalau ada gang nih. Takkan sogan bebenor. Budak tu pulak memang kaki spa. So bila ada gang, panjang langkah lah jawabnya hihihi.


Tujuan pergi spa sebelum kahwin:-

  • Menambahkan keyakinan diri
  • Menaikkan seri wajah pada hari persandingan
  • Mengembalikan tenaga tubuh selepas penat seharian (wow!!)
  • Masa nilah rasa nak merasa mandi bunga, facial, sauna, lulur, manicure, pedicure, etc etc (tengok pakej mana yang anda pilih tapi biasanya dah ada 'Pakej Pengantin' ;p)


Haritu dah pergi spa (hadiah kemenangan). Tapi itu bulan lepas. Review sini. Tapiiiiiiiii nak pergi lagi dan kalau boleh pergi setiap bulan! (budget banyak duit dan anak datuk). Kalau EF tu kaya, dah lama  I suruh je mamat tu sponsor. Oh sugar daddy~~ 

Sebenarnya memang cari spa yang dekat dengan rumah (sebelah rumah lagi bagos, ada ka :p) Dan kalau boleh spa muslimah lah :)) Tapi kebanyakkan yang telah diri ini survey berdekatan dengan ofis di Bangi. Adeh takpela, memana jela. Lagipun member nak ikut tu duduk Kajang. So kalau spa di Bangi tu okla rasanya.

Ada beberapa spa yang menarik minat dan harga berpatutan dan servis maybe ok kot (yela tak pernah pergi dan main agak-agak tengok baca review orang hehe). Antaranya:-

1) Anjung Jelita Spa. Tak berapa nak Bangi la sebab spa ni dekat Kajang hoho nak jugak cerita sebab one of my friend dah pernah pergi. Menurut sumber, spa ni baru dibuka bulan Mac tahun ni. Biasa kalau baru-baru ni, environment best sikit gahahah sebab 'baru' kot. Jadi semua barang-barang baru. Konon. Mari lihat review dan bintang-bintang yang diberikan.

Tribute gambar rajah daripada Shu dan Madam
Review 1 daripada si kaki spa, Shu merangkap rakan sevarsiti pada zaman tok kaduk
Review 2 daripada Madammondoq

2) Seputeh Kapas Spa
Saya up kan cerita ni sebab ada one of the b2b pernah pergi. 

Bridal package  = RM170 ;p

Ada dalam grup cakap, try buat diamond peeling. Benatang apakah? Katanya keluarkan black nose dengan white nose tanpa rasa sakit. As I know, memang nak buat tu sakit gila!!! Orang cakap sampai muka merah-merah. Huwargh scary. Even tak pernah rasa, tapi bila member tu cerita ouchhhhh meremang bulu roma dan ngilu-ngilu. Kalau diamond peeling boleh buat benda yang sama dan tak sakit, why not? ;p



3) Ananaz MediSpa. Ia merupakan spa terbaru di Bangi. Terletak di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi. Yang ni terang-terang dekat dengan ofis hahah senang la. First branch dekat Cheras. Kiranya yang ni second branch la kot. One of my bff dah pernah cuba dan dia cakap best. Best tang mana taktau la mak kan.

Haritu spa ni buat promo tapi now taktau ler ada lagi ke dak. Rasanya kena jugak walk-in dan terjah. Ingat nak try dekat sini dulu lah. Hihihi nak ajak si kaki spa tu minggu ni tak free pulak. Kang ada yang pergi sorang-sorang kang.

 
Jangan teripu. Ni gambar dekat branch Cheras if not mistaken. Tapi cantik dan moden gitu. Haih nak kena survey nih dan buat apointment. Nak try body lulur dengan body massage. Harga macam affordable hehe.

Review 1 <--so far belum ada review dekat website/blog. Biarlah saya menjadi orang first yang review. Ahem.

4. Qalesya Spa and Beauty. Terletak dekat Seksyen 3 Bandar Baru Bangi. Spa baru rasanya nih. Tapi sebab ianya bercirikan muslimah, so rasa macam nak lah cuba. Cuma tang Sauna tu dalam kotak lah pulak. I'm a bit errrrr. Kalau boleh dapat dalam bilik lagi best lalala. *Demand* 

Pakej pengantin murah = RM150 sahaja ;p


Atau ada sesiapa nak share spa menarik dekat Bangi atau berdekatan dengan harga yang berpatutan?

Dipersilakan. The stage is yours :)

 

Sunday, April 15, 2012

Senarai Calon-Calon DIY

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Kalau nak cakap pasal DIY, masing-masing pasti ada kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Allah kan bagi pancaindera dan kreativiti kepada setiap makhluk-Nya. Cuma kita je kena pandai gali dan terus gali. Kak ogy uols. Plus, semua tu terpulang pada kerajinan dan semangat nak melakukannya dengan cara tersendiri.

Aku pun bukan la kreatif bebenor. Tangan kejung kalau gubah bunga tu (hate this). Nampak sangat memang tak dikurniakan bakat ke situ. Tapi tapi....jangan bersedih, tak semua yang kurang tu teruk sangat. It was not that bad actually sebab Allah mesti jadikan sesuatu tu bersebab. Nak pandai semua susah la jugak kan. Kalau semua orang nak jadi doktor, siapa nak jadi jurutera, akauntan? Gitula perumpamaan nye. Cewah cik zimie berhujah.

Ok ok back to topic uols. Sebenarnye aku ni nak update pasal checklist DIY yang konon-konon dah confirm nak buat la tapi apesal ntah tadi penceritaan melalut ke laut.



Calon-calon DIY:-

  1. Kad kahwin (Done sent for printing. Yahuuuuuu *happy*) Teaser sini.
  2. Paper bag (Masih draft)
  3. Surah Yassin  (Masih draft)
  4. Bunting & Banner (Satu habuk belum start buat draft. Tunggu gambar Jogja. Hint to EF haha)
  5. Welcome and Guestbook signage (Masih draft)
  6. Pomander ball (Ini tiba-tiba terfikir sebulan lepas. Nak decorate dekat backdrop pelamin nikah. Bebola api polistrin dah ada. Bunga kecik-kecik je nak kena beli dekat Syarikat Bunga Riben/ Jalan TAR)
  7. DIY Corsage (Konsep dah ada, tapi tak terbuat. Boleh rajin sikit tak Hazimi? *sigh*) Link sini.
  8. Homemade Spoon choc (Done trial. Nanti dekat-dekat majlis dah boleh buat lagi heheh) Link sini.
  9. DIY hantaran (Masih belum fikir konsep.Masih stress akan hal ini huhu)

Anything left? Kalau ada, later update lagi hehe.



Yang dekat atas ni memang insyaAllah dan confirm akan DIY oleh air tangan sendiri. Ewah. See takde pun nak DIY handbouquet ke, DIY baju nikah ke, DIY veil ke hape. Sebab? Memang tak pandai pun dan takde bakat  ke situ. Baru aku perasan mine was more to the design and cooking. It was my passion sebenarnya. Tapi takla sehebat di luar sana. Masih amateur -.- 

Memang sejak dari dulu I am more to computer literate and suka gila tengok rancangan Asian Food Channel (AFC) dan Food Network Asia!! Lagi-lagi kalau tengah lapar (konon tengok diorang masak-masak tu boleh kenyang la ye?;p) Tapi tak pandai pun masak sebenarnya. Nak menyepahkan dapur pandai la. Lalala.

Okla till then. Can't wait to settle all of this. Oh 55 hari lagi ~~

   

Friday, April 13, 2012

Terpaksa Upgrade Pelamin

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Ingat tak konon-konon nak cerita pasal banyak perkara dah setel tu? Dah seminggu lebih berhutang entry tu dengan anda semua, cewah.

Jadi harini saya nak membebel pasal kisah tu.  Perkara yang dah setel tu design pelamin sanding-ku. Tempoh hari cerita pasal pelamin nikah kan? Kali ni pasal pelamin sanding yang dekat dewan nuh. Al kisahnya jumpa Auntie Sue (dari Sonia Sofia Bridal) pada 3/4/2012 hari Selasa. Ye sangat lama nak cerita!! Tapi tak menyempat nak buat karangan :p

Ok kita teruskan penceritaan. Secara ringkasnya, WARNA taman TEMA genting BERTUKAR. Oh no, apa akan terjadi pada tema idaman-ku? Sebenarnya, saya memang tak pernah reveal apa warna tema impian tapi harini nak cakap jugaklah sebab dah tak jadi pun huhuh. Pada zaman dahulu kala, impian nak buat gold-turquoise. Tapi end up lepas jumpa Auntie Sue ni, dia cakap warna yang aku pilih ni tak sesuai. Grrrr. Dia suruh pilih warna lembu-lembut gitu. Sebenarnya kan, Bonda lah nak sangat warna Gold. Lepas tu pikir punya pikir punya pikir, aku yang miang gatal pilih turquoise tanpa memikirkan sesuai ke tak. Psssst nak warna ala-ala tiffany blue tapi macam dah ramai yang buat so takpela. Ikut jela cadangan wedding planner tersebut hihihi.

Kesimpulannya pelamin sanding tu TERPAKSA diupgrade daripada basic (yang Felda bagi) kepada tidak basic lah kot haha, di mana melibatkan sedikit wang ringgit malaysia (-_-'). 

Ini antara bahan-bahan yang akan berada di dalam dewan nanti yang kononnya dah diupgrade :-

1) Upgrade panjang stage pelamin kepada 28feet (before this kecil sikit. tak ingat berapa tapi memang kecil gila hohoh)
2) Stage pelamin - warna dark brown
3) Flower - menggunakan gabungan warna Peachy-brown dan Yellow (tengok dekat kain contoh, cantik juga, nampak exclusive lagaknya)
4) Kerusi love chair
5) Flower arch - 2 unit. (Satu letak dekat pintu masuk, satu lagi dekat tangga pelamin)
6) Kain backdrop - warna ivory
7) Cermin dekat flower stand - 2 unit kot (tak ingat)
8) Lampu disco kecil-kecil dekat backdrop
9) Chandelier -  1 unit
10) Crystal berjuraian sikit-sikit dekat backdrop

Bukan setakat buat lakaran, Auntie Sue cerita jugak setting meja beradab, apa yang ada di situ, berapa meja, etc etc. Oh lakaran nya ada tapi tak complete sangat, tu macam malas nak attach sini. Tengok jela di hari persandinganku nanti ye, supriseeeee. hihihi.

Masa nak bayar deposit tu, Ayahanda tak pulak mintak kurang. Geram. Banyak kali tanya. "Dedi, betul ke harga ni" Sebenarnya maksudku supaya beliau buat la tawaran dua setengah dua setengah. Nampak nya gagal. Grrrrrr. Bila balik dalam kereta bapak cakap "Tak sampai hati nak mintak harga murah sangat takut dia buat tak elok" Redha jela lagipun fikir Auntie Sue ni 'menjaga' reputasi. Dah biasa buat untuk orang-orang korporat. Takkan la nak buat teruk-teruk untuk customer pulak kan. Positif zimie positif.

Moga hasilnya bagus-bagus aja yah. Nanti maybe nak buat reheaseal dulu sebab taktau flow majlis camne. Aduh banyak nya nak kena pikir. Hua hua.

Okla nanti berstory morry morning glory lagi ye. Selamat berhujung minggu!



p/s: Ya Allah kau permudahkanlah jalan aku nak bernikah ni. Lately dekat- dekat majlis, lagi banyak sangat benda happen lagi-lagi melibatkan emosi. Tetapkan lah iman ku ya Allah.


 

Wednesday, April 11, 2012

Wordless Wednesday : DIY Spoon Choc

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***


Projek semalam dan harini. DIY doorgift untuk kekanak. Hihihi. Inspired by teacher Dyll.

 

Saturday, April 7, 2012

Pelamin Nikah Anganku Musnah

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Memang dah musnah pun.

Tau tak sebab pe? Kelmarin ikut Bonda dan kuncu-kuncu nya ke sebuah kedai perabot. Memang tegar la lepas balik kerja terus shoot ke kedai perabot. Lepas maghrib jam 8 malam terus ke sana. Nasib perjalanan hanya mengambil masa 5 minit, jadi takdela rasa penat sangat. (Ya, kedai perabot dekat dengan rumah je hihi) Kedai tu bersebelahan dengan Pasar Borong Selangor.

Pergi Italy dalam masa 5 minit je uols. Ahaks. Tak. Nama kedai perabot tu Mitaly. Masuk-masuk kedai mak tanya budak tu "Dik, kenapa nama Mitaly. Dari Italy ke?"

"Sebab Malaysia, sebab tu depan tu M. Memang perabot semua import dari Italy"

Dalam hati terdetik, mesti harga pun mahal. Jadi macam masuk kedai dan macam kurengggg excited sebab tau budget rendah tapi konon nak sofa idaman yang macam ni. Boleh cekidaut entry terdahulu di sini.


Huwaaaaaaaaa.


Dah la zimie. Nanti lepas kahwin beli ye ;p

Perabot-perabot dalam kedai tu kebanyakkanya menggunakan konsep moden dan warna putih. I loikeee kehkeh. Tapi untuk sofa nikah, tak pulak aim warna putih. Nak cream kononnya. Tapi end up beli warna putih jugak. Ya baca betul-betul, TERbeli (-_-'')

Dah bayar deposit sebanyak tuuut tuuut. Terpedaya dengan mak yang malas dah nak survey tempat lain dan kebetulan kerusi tu ada diskaun. Tak beli sofa pun. Nampak gayanya tak dapat lah bersaudara dengan sofa idaman tu. Mak cakap "Takyah la sofa cleopatra tu, mami tengok mahal, kau nak kahwin lagi banyak guna duit, beli murah-murah sudah" Yang hairan nak bayarnya aku, dia pulak berceramah depan kedai tu. *Shrooooot* keciwa sekali tapi demi Bonda ku turut kan juak. Ada benarnya jugak tapi masa tu meronta-ronta geram dan tarik muka masam. Nakal ini budak. Dah nak kahwin pun degil jugaks.



Inilah teaser kerusi tu. Dipanggil relax chair. Memang relax habis lah. Duit yang mengalir je tak relax. Asal display kat kedai memang warna merah tapi nanti kulit tu akan ditukar warna putih. Ada a few colour from black, cream, red, etc. Katanya kulit leather 100%. Jangan bagi kulit 'lain' sudeyy.

Tapi memang sedap tu duduk atas kerusi ni. Lembut gitu. Dan mempunyai permukaan yang agak luas. Sesuai la diriku dan dirimu melenyek kan buntut di situ.

Agak-agak boleh tak transform jadi macam ni? Hihihi. Kerusi dah sama tapi kaki kerusi je hitam. Saya punya kaki putih. Berangan english theme gitu.


Tapi awal-awal bila bagi idea, mak dah pesan "Zimie tak payah masuk campur urusan pelamin. Baik fikir hal lain" Hmmm. Sedih pulak. 

Rasa macam urgh, kenapa, kenapa. Stress ok. Takpela dah tunjuk kat mak, harap dia bagi la buat macam ni. Lepas tu planning nak hias dengan paper lantern dan bantal kecil-kecil sebelah platform tu. Nasib la yang ni nak buat senyap-senyap muahaha. Paper lantern dah sewa dengan Nora dekat Anaztasia Tie The Knot. Yeai. Bantal kecil-kecil tu taktau nak beli mana. Maybe beli dekat Nilai atau DIY kots. Tengok la kadar kerajinan macam mana hehe.

End story pasal pelamin yang termusnah tu (kononnya). 




Lepas tu sempat lagi beli majalah ni. Satu pasal pengantin, satu lagi pasal kesihatan. Dah dekat-dekat kahwin ni, haruslah menjadi kesihatan dan penampilan. Ewahhhh



Esok-esok update pasal pelamin sanding pula. Draft untuk konsep dewan dan pelamin sanding dah ada dalam tangan hehe. Ok bye.

 

Thursday, April 5, 2012

Drama Tok Kadi

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Banyak benda dah setel sebenarnya tapi i couldn't find time to blogging!! Bos ada je dopan mata ni ha sejak dari tadi. Ok now sebab after 5.30pm sebab tu bos dah lari dan saya pulak masih tercongok depan pc semata-mata nak update blog. Macam kat rumah tak boleh kan? Errrrrr

Ok disebabkan saya agak terlebih rajin, suka untuk saya berstori tentang what-is-happening-and-things-have-been-done sejak dua tiga hari lepas. Kali ni betul-betul punya lega i tell u lah.

1st,

Saya dah berjaya booked jurunikah/tok kadi. Menci gilak sejak sebulan yang lalu. Sebab? Setiap kali ayahanda pergi masjid nak bertemu dengan ustaz, ustaz tu takde MIA (bukan mia insurans tu ye) ni betul-betul missing in action. Kami sangat lah curious mana ustaz tu pergi. Booked pun sebab ada jiran tu yang mencadangkan. Memang ustaz tu yang akan menjadi jurunikah di kawasan rumah ini. Dan bila call banyak kali tak pernah nak angkat nya. Masa tu aku dah hangin. Kalau takde jugak, next week aku sendiri akan call. Dah cakap dekat mak "Kalau ustaz tu takde jugak, zimie terus call ustaz tu sendiri, by hook or by crook!"  Jantung berdegup kencang menahan kesabaran. Serius. 

Bila cakap dekat EF, memang stress gila la sebab family dia kena tau bila time nikah tu. Senang la nak plan siapa yang nak hadir blablabla sebab kami plan nikah hari Jumaat which is time orang bekerja huhu. Akhirnya semalam ayahanda berjaya jugak bercakap dengan ustaz tu. Waaaa rasa macam happy sangat2. Cepat-cepat message budak tu dan bagitau akan hal ni. Yeai setel. Tarikh dan masa nikah dah pun ditetapkan pada hari 

Jumaat 8 Jun 2012. Jam 5.30ptg

Harap takde la perubahan sebab ustaz tu dah booked tarikh tu siap-siap. Psssst jurunikah tu muda dan hansam tau hahaha. Tak caya, tengok sini cari Ustaz Reza, Jurunikah Kariah Taman Equine.

Lepas tu dah paksa-secara-halus supaya Ayahanda sendiri nikahkan kami. Tak dulik. Anak perempuan sorang kot. Kalau bapak taknak, aku nak lari dari rumah sambil membawa kain-kain baju. Drama lah sangat.

2nd,

Nak tau jugak ke? Esok-esok la cerita. Penat dah, nak balik rumah. Tehehee. Bye!

 

Tuesday, April 3, 2012

Save The Date Versi Zimie

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Lagi 66 hari merangkap 2 bulan 5 hari. *Gulp*

Rasa cepat sangat masa berlalu dan diri ini masih terhegeh-hegeh lagi dengan wedding prep tak habis-habis. Cuma yang ketara sekali, ada a few things dah selesai (kononnya) iaitu:-

Dah booked doorgift telur pindang. Tak habis lagi kan, jangan orang yang baca ni bosan sudehhh. Kahkah. Dah booked tu means dah bayar deposit dan confirm ambil dengan vendor second tu. Ok lemme reveal jela vendor tu, malas nak berahsia lagi. Nanti ramai pulak yang tanya dan jenuh nak menjawab katanya. Untuk telur pindang, saya order dari Telur Pindang Warisan Berzaman  aka vendor second hehe, berpangkalan di Shah Alam, Selangor. Boleh check website dey ols di sini. Ingat tak saya ada mention pada entry terdahulu? Takmoh tulis panjang-panjang nanti korang buring laks ngeheh. Baca je sini. Happy mood. Hope diorang boleh realisasikan impian ini untuk bertelur pindang pada majlis nanti hahaha.

Lagi satu, ahem, nak presnt to uols, our Save The Date version.Boleh tak ni first time reveal muka-muka. Sebenarnya saya ni pemalu dan low profile orangnya (serius). Tapi untuk peminat setia blog-ku ini, ku pamer jugak lah.


Orang kata Mei la Jun la tarikh pilihanraya. Tapi dah kitorang memang plan sejak last year, so takde tukar-tukar. Stick to decision. Orang islam cakap istiqamah hihi. Aku anggap jela kalau tarikh pilihanraya betul-betul jatuh time 9 Jun, pasti ada hikmah disebaliknya. Yang penting, tetamu sudah diajak dan pandai-pandai la yang nak datang tu arrange masa keskes. Tak pepasal, aku dan sang suami pakai baju sanding pergi mengundi nanti hohoh mintak dijauhkan, amin.

STD ni DIY sendiri je. Design 90% tiru dekat internet haha saya malas nak fikir design baru. Hantam sajalah. Yang penting ado. Tema ala mat salleh (does it look like one?) Lepas tu nak spread kan dekat kawan-kawan di Fb dan Group. Blogger @ silent reader nak datang jugak ke? If yes, sila tinggalkan nota dan alamat di ruangan komen ye supaya senang untuk penghantaran kad kahwin. Ada minimum jemputan, pat-pat siku lipat, siapa cepat dia dapat. Hahaha ada ke yang nak kad kahwin saya yang tak seberapa tu?

Hohoh.