Saturday, March 31, 2012

Idea-Idea, Silalah Hadir (Guestbook Corner Deco)

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

 Rasa macam dah lama sangat tak menaip di papan kekunci. Serius. Genap 7 hari tak update belog. Did someone missed me? Ngeh ngeh siapalah saya kan. Hanya seranggan di hutan belantara.

Dah dah membebel kang melalut pergi tempat lain. Macam ni, sebenarnya kan saya memang tengah berada di dalam mood yang kurang enak. Mood rasa nak marah je. Why why sobbbb. Sebab tu lah suka fikir pasal idea, deco dan perkara indah-indah tentang majlis hihihi boleh release stress ouhh.

So currently, i memang tengah survey-survey untuk deco Guestbook Corner. Untuk materials memang dah ada lah contohnya album gambar, cards, pens, blablabla. Teaser di sini. Cuma yang masih pending adalah Guestbook Signage. Dia lebih kurang macam welcome signage gitu la tapi ni khas untuk guestbook hihi. Yang welcome signage belum   lagi plan. Gambar pre-wed pun takde hohoho.

Jadi untuk guestbook signage ni, masih fikir-fikir nak buat canvas photo atau sticker with compress foam. Ok yang menjadi trend sekarang adalah canvas photo. Tapi tengok harga dekat RM100 untuk saiz yang seperti di bawah ni :-

Ni contoh canvas photo. Mengikut ramalan kaji cuaca beta, saiz yang atia bergambar tu MUNGKIN 20''x30''. Bila check harga dekat 3d canvas photo, RM110 untuk sekeping. (-_-'')
Sumber : Puan Atia

Lagi contoh canvas photo. Sumber : Puan Uya


So fikir balik macam nak buat guna sticker+compress foam. Its somethings looks like a dummy cheque untuk majlis akad nikah. Got it? No. Susah jugak nak bayangkan tapi korang pandai-pandai la imagine sendiri yek kehkeh. Plus harganya tak mahal sangat. Less than RM50 lebih kurang.


Design plan nak buat gini. 

Mana entah aku curi dekat Google ;p I want to do something like this hehe. Cuma kena beli/sewa wood easel la supaya boleh sandarkan pada kenangan.

Dah jumpa a few vendor dan sekarang menanti diorang reply my email hihi. Okla meh saya share vendor-vendor yang menyediakan perkhidmatan beli/sewa wood easel.


Signage dah ada. Materials dah ada. So at the end, my guestbook corner should be something like this.

Nak yang simple-simple jelah. Malas fikir dah haha.

Oh dan lagi satu, nak beli artificial kelopak-kelopak bunga tu dan tabur atas meja. Nak bunga rose kot. Mesti cantik kan. Bunyik macam romantik tak agak-agak?

Can't wait nak setelkan cepat-cepat. Doa dipermudahkan ya hehe. Amin.


p/s: Tengah-tengah menaip mak masuk bilik, tanya "Bunting/banner dah buat belum?" Errrrr.

 

Saturday, March 24, 2012

Checklist Hantaran Kahwin Setel :)

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Yeyey checklist hantaran kahwin dah setel. Sebenarnya saya dan bonda baru selesai bershopping di Semua House tadi. Lega sangat100x okkkkk. Sampai 100x lega gitu kan? Ok tipu. Tak la lega sangat pun sebab majlis belum habis. Selagi tak habis, selagi tu tak boleh duduk diam. Grrrr. Tapi ada sikit itu lega lah. Dalam 5-8% gitu hihihi.

Macam hantaran, memang saya dan si dia plan 9 dulang berbalas 11 dulang. Banyak sikit lah berbanding dengan tunang dulu 5 balas 7. Dah nak kahwin kan, harus la banyak-banyak sikit dapat pressie. (Padahal beli sendiri-sendiri pun. Bwek)

Ok inilah dia perkara yang termasuk di dalam hantaran-ku kepada si dia. Just the normal and ordinary items in the Malay wedding :) 

No gadget-gadget, handphone, tablets, pil or wutsoevah. Terasa macam klasik sangat majlis saya ini. Back to basic and fundamental. Ewahhhh tak mampu, tu pasal cakap klasik kan. Pfftt


Hantaran (saya kepada dia) - tema Merah dan Hitam (tema Ferari katanya lah)

  • Kasut
  • Jam tangan
  • Hantaran rahsia <--ok inilah dia rahsia yang dia tak tahu. Since kami beli hantaran sendiri-sendiri, yang ni, let it to be SUPRISE. Jengjeng. Thanks to Deby. Lots of thanks okkk. Oh lagi satu kat Dhiera sebab bagi cadangan ni. Korang memang best lah!! :-*
  • Toiletries
  • Seluar & Baju kemeja
  • Set tali pinggang & Wallet
  • Alquran & Tasbih - Inilah yang tadi tu. Beli gift set dekat Semua House. Yang ni pandai pulak belah perempuan belikan. Yang lain-lain tu sdn bhd lelaki lah heee. Takpelah lagi pun memang dah niat nak beli pun. Nanti nak pakai sama-sama :)
  • Chocolate - assume done aje lah :p
  • Buah-buahan - sama seperti di atas
  • Cakes/Cupcakes - sama seperti di atas
  • Sireh junjungsama seperti di atas - nak DIY jugak. kena bukak balik majalah/buku hantaran (-_-')



Sekarang tinggal nak fikir idea dan deco untuk DIY fresh flower (kononnya) untuk hantaran ini. Macam mana agaknya rupa hantaran. Tak pernah guna fresh flower sebelum ni. Masa hantaran tunang dulu pun DIY guna artificial flower. Buat sebulan sebulan majlis, punyalah gementar kan ahahah. Nak tengok hasil? Di sini. Ya saya tahu ia biasa-biasa aja. Takpelah ikut creativity sendiri dan yang penting puas hati :)

Ramai cakap dekat Floristika, Bangsar ada banyak pilhan dan bermacam-macam jenis fresh flower. Harus pergi tengok. Tak dapat gambaran nak guna bunga apa huhuhu. Ingat nak guna bunga kekwa sebab tahan lama. Seminggu pun tahan. Harus checking-checking di sana. Oh weekend, cepat lah hadir. Esok macam nak pergi tapi si dia tu ajak pergi tengok F1 kat Sepang. Mana satu nak buat ni? Nak pergi kenduri kendara/melawat rakan yang baru dapat baby/pergi tengok F1/hantar correlle dekat kawan. Rasa macam nak belah badan boleh tak? Semua nak buat dalam satu hari. Okla tiba-tiba terasa dah membebel tak tentu pasal.

Apa pun, hari yang happy sebab dah selesai pasal hantaran nih. Serius lega. Yang kecil-kecil tu anggap lah dah setel hihihi.

Till then. Bye.


 

Thursday, March 22, 2012

Sampel Doorgift-ku Jengjeng

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Ada sesiapa remember tak entry pasal telur pindang tu? Yang macam-macam hal tu? Zimie, kau ni tak habis-habis dengan telur pindang kan.

Huhuhu nak buat camne. Part tu je tak setel lagi.

Apa yang boleh saya katakan, saya happy terima sample telur pindang ni dengan kadar free of charge, FOC. Terima pos laju petang semalam. Memang marvelous  la vendor ni. Baru mintak sampel, belum order betul-betul lagi tau. Tak macam vendor lagi satu tuh pffftttt. Dah malas nak cakap pasal vendor tu. Nih ha nak cakap pasal vendor second. Ahaks tunggu ye bila dah bayar deposit, baru boleh reveal siapakah gerangan insan tersebut.


Telur pindang yang telah selamat dikebumi ke dalam perut-ku dan perut bonda-ku. Nyummeh.



Dapat sepasang telur pun dah cukup bersyukur sangat-sangat. Mak cakap "Sedap, boleh la terus order"

Yahuuuuu akhirnya selesai penantian selama ni. Yang bestnya vendor ni dia siap SMS bila dah pos laju sampel ni. I love notification. At least customer aware lah kan. Plus vendor ni nampak TAK BERKIRA aka kudukut. Yang hairan, vendor lagi satu tu (gosip) siap nak courier dengan harga berbelas ringgit. Whadehek. Guna jet pejuang ke sampai mahal sangat?

Vendor second ni dah email harga dan tengok harga dia bagi pun ok jugak. Tak mahal sangat pun dan ada pelbagai gred telur daripada gred C to A (paling besar).Plus yang penting beliau area Klang Valley. Jadi, kos pengangkutan RM30 sahaja dan masih di bawah budget lagi ;p. I am so happy dapat vendor yang best macam ni. Macam ni la baru customer sayang. Ok belum order betul-betul dah pujian melampau. Baikkkkk (-_-')

Harap sangat vendor second ni dapat bekerjasama dengan baik. Janganlah ada kes-kes yang pelik-pelik lagi. Doa-doa dipermudahkan ya. Amin.

 

Wednesday, March 21, 2012

Tips Dari Saya Untuk Anda (Bakal Pengantin)

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Mayday-mayday. Sesiapa yang dah nak dekat kahwin tu, elok bonar la amalkan tips ni ye. Untuk kesihatan dan kecergasan yang berpanjangan. Tak semestinya sibuk dengan 'material' untuk majlis perkahwinan, tapi perkara-perkara yang berkaitan dengan kesihatan dalaman dilupakan, ye dak?

Tips ni di ambil khas dari google.
 
 
Beberapa nasihat kesihatan dari orang tua untuk bakal pengantin sebelum tiba hari perkahwinan:

Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.<--belum cukup 40 hari. nanti dah countdown boleh coba ngahaha

Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis. <--dah lama tak minum!

Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama. <--ada la jugak terkucil mengidam makan ais-krim secawan huhu what to do.sedap sangat!

Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.<--erkkkkk takleh, saya suka mandi malam.sobbbb

Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir. <--sesiapa yang bernama lelaki, sila ambil perhatian kehkeh.

Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.<--saya tak suka seafood. cambest pulak movie SeeFood tu ya?

Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga. <--urutan macam mana tu ya?*confuse seketika

Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin. <--ini saya gagal. uwaaa tak suka halia.

Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai. <--ok softcopy dah ada di tangan.muahaha gelak evil

Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri. <--say no no no.

Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari. <--masih belum cukup. selalu nya 6 jam sehari.huhu

Elakkan minum minuman keras dan merokok. <--N/A

Elakkan dari selalu terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri kulit akan gelap dan tidak berseri pada hari perkahwinan. <--susah sebab kerjaya-ku adalah keluar dan bertemu dengan client. terfikir nak beli sabun cerah kulit dari Irene lah.

Amalkan makan herba supaya malam pengantin tidak mengecewakan.<--green tea consider herba tak?heeee

Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit. <--baikkkkkk

Jangan makan fast food <--ini direka oleh tuan punya blog. tak makan sebab nak diet kah kah


Kesimpulannya, sila jaga kesihatan diri anda sebelum majlis. Orang cakap 'darah manis'. Entah manis tang mana taktahu la. Tak pernah rasa darah sendiri hahaha. Ok tak funny. Jadi rasanya tips di atas sangat sesuai untuk bakal pengantin yang dah hampir nak mendirikan rumah dan tangga. Macam saya lagi 80 hari okkkkkk. Neves gilers. Okla akhir kata, mana yang baik tu boleh jadi ikutan.Yang jahat tu jangan di ikut. No no no fifi tak sukaaa (tetiba hotfm). Ok bye.


p/s: Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.


 

Tuesday, March 20, 2012

Wedding Corsage Idea

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Corsage? Pernah dengar tak before this?

Corsage - a flower or small bunch of flowers worn pinned to the lapel, bosom, etc.

Maksud dalam Melayu bunga kecil yang selalunya di pin di baju. Untuk majlis perkahwinan orang Melayu, biasanya ia dipakai oleh kaum keluarga. Ini juga untuk membezakan antara ahli keluarga, tukang penanggah, saudara mara, etc etc.


Tradisional corsage. Still unique dan penuh dengan tatasusila Melayu (?)


Kebanyakkan orang Melayu lebih suka menggunakan semacam gambar atas ni iaitu menggunakan duit RM1 dan dilipat menjadi bunga serta dipin pada baju keluarga. (Kira duit RM1 tu upah untuk mereka la if I not mistaken) Namun pada zaman sekarang, trend dah berubah. Lebih ramai menyukai sesuatu yang moden, fresh dan nampak sophisticated. Contohnya dengan menggunakan material dari bunga, badge button, brooch,  ribbon, fabric dan felt. Oh sangat kreatif anak muda sekarang. Saya termasuk tak? Kahkah


Ini sangat cute, simple dan mudah  untuk DIY. Hanya perlukan kain net, kad dan seketul bunga. Untuk orang yang tiada masa dan sibuk mengalahkan menteri, saya cadangkan ini. (Termasuklah saya pftttt)

Sumber : SabSabby



Ribbon corsage. Sekali dengan tutorial pun ada. Lawati je blog tersebut.
Sumber : Anas Fadilah



Ribbon corsage. Cute jugak dan ada sediakan tutorial di link bawah ni.




Sumber : Google 


Ribbon corsage. Untuk sesiapa yang inginkan kelainan, boleh cuba ini :) Actually this is my first choice tapiiiiii terasa akan menggunakan benang dan jarum, jadi terpaksa lupakan hasrat itu. Boleh buat tapi leceh hahah. Nak, tapi malas buat pftttt.



Sumber : Lijah 

Button badge corsage. Dah pernah mencoba tetapi gagal. Grrrrr. Bukan senang nak buat tau. Even ada sumber button badge kosong pun, tapi kalau tak reti nak buat pun tak guna jugak. Hoho. Sesiapa nak DIY dan nak beli button badge, saya cadangkan beli button badge kosong di sini.



Felt corsage
Sumber : Intan


Fabric corsage




At the end, saya bercadang nak buat yang simple dan senang je. More to the sabsabby's idea yang first tadi. Sebab senang dibuat, hanya print atas kad dan letak pin di belakang hahaha. InsyaAllah doakan DIY ini menjadi yek. Byebye :)


 

Monday, March 19, 2012

Review Spa : Neutrosense Face and Body PJ

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***
(Awas: Entry ini sangat panjang. Sila lakukan regangan otot sebelum mulakan pembacaan)


Ok inilah janji diriku pada belog. Kan semalam (siapa yang baca la kan), saya nak review pasal spa di Neutrosense Face and Body. Ingat tak, ingat tak? Tak ingat takpela. Pfft.

Alhamdulillah syukur sangat-sangat bila Nora cakap saya menang sebuah kereta. Rasa melonjak lebih tinggi ke bintang (semalam langit, harini bintang). Bila Nora email voucher tu, 5 minit lepas tu (ewahhh hover excited aku) dengan sepantas kilat call orang tu buat appointment. Dan tarikh luput pada 18 mac. So saya buat appointment pada 17 Mac. Motif buat tarikh tu? Saja suka-suka dan sebab sabtu. Taktau motif apa jugak ni. Pendek kata main hentam je book dan akhirnya menyesal sobbbbb. 

Alkisahnya gini, saya lupa 17 mac tu time tengah Matta Fair. Yang kita pulak book pukul 11 pagi. Sepatutnya pergi Matta Fair dulu baru pergi Spa kan? Lepas dah lenguh2 satu badan baru la bermassage berurut bagai kan? Silap!! Nak tukar masa, Spa tu tak bagi. Yela paham, mana nak layan pertukaran last minute kan? Takpela redha je. Means pergi spa dulu, petang baru ke Matta Fair. Ok stop sampai sini. Nanti TERcerita pasal matta fair pulak keskes.

Tiba- tiba baru perasan mukadimah panjang gilers. 

****

Jadi, bergerak lah kami (kebetulan menang 2 voucher, so angkut EF sekali) ke Neutrosense Face and Body ini di Seksyen 19 Petaling Jaya. Tempat ini merupakan sebuah spa yang menyediakan perkhidmatan body massage, body detox, body scrub, steam bath, jakuzzi, facial treatment & slimming program.

Tapi yang saya menang ni, dapat pakej:-

Steam bath  - 30 minit
Body detox - 30 minit
Body massage - 60 minit <--yang ni sangat best! serius!

Total spend time = 2 hours
Total spend money = FOC of coz hikhik (worth RM320)


Sesampai di sana. Katanya depan Jaya 33. Siapa duduk PJ dia tahulah. Kalau tak tau guna je GPS bukan guna pun sesat ke? Teettt. Memang sesat pun kahkah. Last-last kena call orang spa tu tunjuk jalan. I always have a bad feeling about GPS. Grrrrrrr



Tempat cozy dan mendamaikan.  Saya rate bintang 9 untuk kebersihan dan interior design. Modern I should say.


Bila dah sampai sana, WAJIB isi borang pasal identiti diri. Lepas isi, bagi voucher tu pada admin tu. Tak ingat nama!! Huhu. She's person in charge a.k.a frontline dekat sana. Baik orangnya. So okla lepas tu, dia suruh kami ke dalam. Terus ke lorong yang disediakan untuk ke bilik. Namun, saya sangat10x terkezut kambing pabila melihat hanya satu bilik disediakan? WHAT? Gila apa aku nak ber'spa' ber'naked' depan tunang aku? No no no!! Aku dengan sepantas kilat tanya kat dia "Takde bilik lain ke"

"Bilik lain fully booked" Then aku tengok bilik lain kosong je. Confius disitu

"Sebab ni bilik untuk couple" Katanya lagi. Couple kalau dah kahwin takpe jugak kot. I am sensitive about this. Sorry.

Jadi saya soksek dekat tunang suruh dia tunggu luar dulu dengan kata lain saya 'halau' tunang tersebut. Kahkah sorry tunang. Dia pun dengan muka blur keluar dulu. Suruh dia buat sesi selepas saya selesai iaitu 2 jam selepas tu??? Dah tu bila nya nak pergi Matta Fair?? 

Sobbb takpe sambung cerita lagi..

Firstly, saya dikerah untuk Steam Bath with Steam Room dulu. Yay I loike. Setengah jam sesi ini. Lama gila tak bersteam. Last pun tahun 2008. Masa tu dekat celebrity fitness kat OU. Konon jadi member. Last-last sekali tu je pergi. Membazir je bayar bulan-bulan hahaha serve me right, siapa suruh malas. Cuma saya hanya bertahan selama 25 minit sahaja sebab rasa oxygen tersekat di hidung tak boleh bernafas padahal dia dah provide towel untuk tutup muka. Tu pun dah try bernafas ganti-ganti dengan hidung dan mulut hahaha semput mak!

Second, Detox Slimming Machine Session selama setengah jam. Yang ni detox dia 'lembut' je. Pernah ada experience yang teruk dari ni. Rasa nak tercabut tulang. Kira kali ni better la. Dengan alunan muzik yang enak menjadikan saya mahu melayari bahtera berangan indah-indah. Memang best sangat part ni. Cuma lama sangat detox nya, sampai intai-intai mesin tu tinggal berapa minit lagi hahaha lenguh baring lama-lama katanya.

Lastly, Lymphatic Drainage + Cellulite Body Massage. Yay part ni excited sebab this is my first time ber fully body massage. Selalu massage kaki aje lah, tangan ajelah. Yang ni fully habis la hehehe Wait, tetiba baru perasan takpe ke before kahwin, berurut bagai? Tak elok kan? I am not sure about that huhuhu. Dah pergi pun kan?(-_-') Tukang urut perempuan datang dari negara Cambodia. Namanya unik sedikit. Terbelit lidah nak sebut. Urutan sangat marvellous I tell you. Marvellous tu sebab saya merintih-rintih kesakitan akibat diurut point-point banyak toksik bak kata EF huhuh. Dia urut dengan minyak ginger. Ok jugak bau minyak ni. Tak kuat sangat. 

Rupanya tanya budak Cambodia ni, dia baru lepas body massage si EF. Oh ok, means ada pulak bilik kosong? Ayooo tadi cakap takde. So sesi kami selesai bersama-sama. Yay boleh ke Matta Fair lepas tu heee. 

Tepat jam 2.30 petang, tamat sesi dan kami diberi minum Ginger Drink semangkuk. Ewww me don't like. Pedas hahaha tapi akhirnya berjaya habiskan. EF suka. Katanya dah biasa minum teh tarik halia huhuhu.


Pendek kata saya sangat suka spa ini. Kalau lah duduk dekat PJ memang nak pergi lagi. Nak try jakuzzi pulak. Katanya sekarang ada promotion RM688 untuk 10 sesi yang sama macam saya menang tu. I think it's a bit cheap. Like seriously. Mana ada spa nak bagi promo macam tu (rasanya lah).

Kesimpulannya saya boleh bagi  :
  • Facilities - 9 star
  • Staff performance - 10 star 
  • Environment - 10 star
  • Cleanliness  - 9 star
  • Room comfort  - 10 star
  • Service - 9 star
Min,median,varians  = 9.5 <---Waw ini menunjukkan saya betul-betul happy berada dalam spa itu ^_^

Even kita taknak teruskan service dekat situ, takdelah di paksa-paksa macam tempat lain. Menyampah kalau pergi spa/pusat kecantikan lain. Siap paksa keluarkan any card yang kita ada semata-mata nak up kan sales diorang. Dekat sini, good manner I think. Kalau rumah dekat, dah lama teruskan buat spa di situ. Budak situ pun baik-baik belaka hehehe.

Amacam korang semua? Puas hati dengan karangan saya pada hari ini? Hambek sekali buat karangan tak ingat dunia. 

Dah boleh tidur sekarang. Selamat beradu :)

 

Saturday, March 17, 2012

Perkara Yang Dah Selesai :)

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

I am so happy today. Rasa nak melompat ke langit. Banyak perkara yang dah setel . Boleh tarik nafas lega dan proceed to kerja-kerja lain yang tergendala pula. Orang kata one by one. Now I can feel it. Soooo relief ;)

Sebenarnya siang tadi saya dan si dia ke sebuah pusat kecantikan before ke Matta Fair tadi. Ehem siapa ingat lagi my contest Spa Giveaway 2012? Tak ingat? Sampai hati. Link sini. Alhamdulillah saya menang tau!!! Hikhik dan Nora pun dah email voucher tu iaitu Spa di Neutrosence Body and Face. Thank you so much Nora muahhks. Sangat bestttt service di sini tapi opsss later i review keh. Banyak sangat nak update nye pun ;p

Firstly saya saja nak hebahkan kepada dunia apa yang saya dah selesaikan sehingga harini, chewahhh.

1. DIY kad kahwin - Design dah sampai final stage means bonda ayahanda dah approve setelah beberapa kali reject shop! (Jangan ditukar-tukar lagi) Entry sebelumnya di sini. Akhirnya sekarang tinggal nak print je. Yeay akhir bulan ni lah print. Nervous at the same time ;p Tak tau rupa kad camne in reality. Haritu print guna laser print. Kalau print guna offset print, colour a bit different. 


Ok a bit teaser sebab I takut nanti lepas kahwin malas nak review kekeke. Original and fully hearted DIY from me and my mom's idea. Hope it turns out well :)

Saiz lebih kurang kad raya biasa, bentuk segiempat sama. 150x150mm. Boleh imagine tak? Jika boleh, syabas bete!


2. Dah booking pakej untuk honeymoon di Matta Fair petang tadi. Mungkin ada yang bertanya di mana, di mana? Di Malaysia tanah air terchenta aje. Ingat entry ini? Ya saya bagitau jela, malas nak berahsia hahaha (gedik sungguh). Jawapannya di Terengganu. Reason sebab dah booked tiket firefly 0 sen last month. Itu yang termampu antara kami but as long we are married and happy, honeymoon dekat mana-mana pun best. Even dalam bilik dekat rumah je pun dah boleh kira best kakaka. Dah pandai zimie sekarang kan, tegur seorang rakan ;p Nanti kalau mampu, boleh pergi luar negara pula. Rezeki masing-masing kan :)


A little bit teaser jugak. Boleh teka tak? kah kah.

Tak sabar nak berenang-renang di situ.


3.  DIY Yassin untuk doorgift- Design dah siap. Arabic dengan terjemahan dah siap. Yeyey. Now tengah tunggu approval dari my little brother dekat us dan roomate kat ukm dulu, ustazah siti fatimah untuk spelling check hehehe. Takpe yang penting dah buat sikit, altering tu semua last minute pun boleh.

4. DIY Guestbook materials - Dah siapkan design. Ok idea saya senang je. Siapa ingat entry tempoh hari? Hahaha link sini. Yang perkara no. 2 tu. Ok saya bagitau nak design kad saiz 4R, yang macam selit dekat album gambar tu. Design dah siap. Tapi belum finalize lagieh. Hope lepas la kali ni. Album dah beli tapi taktau nak deco macam mana. Later lah fikir hehehe.

A little bit teaser kad kecil-kecil saiz 4R.
(Tiba-tiba terasa banyak pulak teaser harini)


Dah la, cukup kan untuk harini? Combo update untuk hari-hari yang lain. Hihihihi.

Bye.

   

Friday, March 16, 2012

Reminder : Matta Fair 2012 (PWTC)

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

 ***

InsyaAllah saya akan pergi petang esok, Sabtu. Jom serbu jom heeee. Agak-agak ada tak pakej domestic yang best-best? Nak cari pakej honeymoon je pun. Tak pernah pergi. 1st time nih.

Jangan lupa sediakan wang ringgit yang banyak untuk pembayaran deposit. Taknak guna wang, swap je kad. Tak kisah la kad debit ke kad kredit ke jangan kad matrik sudah. Tq Tatie for the info. I sangat malas nak bawak cash takut kena rompak. Mintak dijauhkan.

Ini flyers dan sedikit details. Cekidaut bebeh..

 Website : Matta Fair
 
Exhibition : MATTA Fair 2012
Tarikh : 16-18 Mac 2012
Tempat : Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur
Masa : 10pagi till 9malam.

Sila hubungi 03-9222 1155 untuk lebih lanjut.


Bye. Selamat berhujung minggu :))

 

Thursday, March 15, 2012

Berangan Nak Sofa Pelamin Nikah Macam Ni

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Ok time for Pelamin Nikah. Memang Bonda dah buat keputusan nak DIY sendiri pelamin nikah. Tempoh hari dia ada lah bagi idea, etc. Ok to me memang bagus la idea beliau tapi agak old school. I need something 'fresh' cewahh. Tapi mengenangkan beliau berkeras nak jugak buat, so I just handle the sofa/kerusi part. Lain2 Bonda yang buat. Goodbye my not-so-dream-come-true Pelamin. Ikut kan hati, nak hire vendor luar sebab saya pemalas dan banyak benda lain nak kena fikir hahah.


So inilah dia hasil-hasil sofa/kerusi yang menjadi idaman qolbu. I'm not sure weather I can afford it or not huhuh mesti mahal kan?

Antara hasil yang dapat dalam Google. Yang sofa  warna purple tu ada dalam mag pengantin. Nice pulak tengok. *Melting* Dengan $$$ sekali melt agaknya.
At the bottom tu Pelamin Rilla (kiri) dan Pelamin Atia (kanan)



Sumber : Yaty

Apa ke nama makhluk tuhan paling sexay ini? Nampak dekat komen entry yaty tu, Rilla cakap Chaise Lounge. Banyak pulak nama kerusi-kerusi ya? Dulu panggil Sofa Cleopatra je. Mak memang tak khatam benda-benda ni lagi (-_-')



Google kat mana entah. I love the colour!!!!! Macam masuk je dengan tema nikah. #Perasan



Tiba-tiba TERgoogle benda lain and found this!! Mana dia beli ye sofa tu? Geram sangat tau. Tapi tengok tak lembut je, nak yang comfort-comfort gitu. Sakit punggok ;p

Sumber : Ren-da Belleza
 Nak sewa tapiiii T_T, better beli jelah, sebab plan nak letak dekat rumah baru nanti. 2 in 1 gitu.


Dah kalau susah sangat, beli bantal nikah, DIY sikit dan duduk macam ni je, without kerusi. Jimat weh jimat.

Ini saya tidak kenal. Saya pinjam dekat Uncle Google.


Dah la zimie. Nanti weekend kita pergi tengok-tengok sofa kay. Bebel sorang-sorang itu perkara biasa. 

Ok later. Night owls.


   

Tuesday, March 13, 2012

Kes Telur Pindang

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Seperti diberitahu sebelum ni, saya memang berangan nak ada telur pindang as door gift. InsyaAllah hampir-hampir menjadi kenyataan hihi. *happy* Pernah post entry di sini.

Sekarang saya tengah menunggu sampel dari seorang vendor second tu. Al kisahnya macam ni, haritu kan, ada la sebuah vendor tu. Tulis vendor first jela ye. Mak uih kekwat sungguh. Malas la i nak mention nama tu. (Siapa rajin cari dan mengikuti, dalam post-post yang lepas ada sebut) Buat i sakit hati je. Eiiii masa kita mintak quotation punya la cakap boleh hantar sampel kat rumah. Siap mintak alamat rumah. Tup2 bila kita follow up tanya, dia cakap ada hal. Ok saya tak kisah la kalau dia busy, paham vendor memang la tak pernah tak busy. I realy-really-really understand you. Orang business kan. TAPI tapi, REPLY ELOK-ELOK sikit boleh tak? Stress gila si vendor reply 'macam tu'. Malas nak cakap kat sini. Biarlah ianya tersimpan terpatri dalam hati. 

Ikutkan hati  dah agak 51% confirm nak ambil dengan  vendor first tu, (nasib belum bayar deposit), so apa lagi 'angkat kaki' la. Nasib ada beberapa list vendor Telur Pindang dalam gengaman. Cepat-cepat la pergi mintak quotation dekat vendor second yang SANGAT LA BAIK HATI. Dah lah dekat area sini jugak. I mean Klang Valley. Takde la nak charge mahal. Jimat di situ. Jadi sekarang ni, ah-kak tu katanya nak hantar sampel ke rumah ku. Nasib la telur pindang ni jenis tahan lama. Ikut suka dia je nak pos laju kan kuikui kalau telur biasa, mau busuk dalam bungkusan pos laju.

Gambar rajah telur pindang idaman. Yummeh

I am so sorry vendor first. Ingin saya tegaskan di sini, jika saya tak mendapat layanan sewajarnya dari anda, memang saya mempunyai hak untuk mencari vendor lain. Ala ape la sangat setakat order 1000pcs telur pindang kan? Entah-entah lepas ni anda dapat order lagi banyak kan? Order saya ni hanya setakat celah gigi. I don't mind as well. I've found another vendor and much more better than you lah! *aku pun tak paham kenapa aku nak kena emo-emo macam ni* Errrrr

Takpela, anggap jela ini semua pengajaran untuk diriku. Mesti ada cabaran dan dugaan dalam menempah dan memilih yang 'terbaik'. Saya doakan supaya pemilik vendor first jaga la customer service, public relations or wutsoeva yang berkaitan dengan sales & marketing which is important and the main reason why customer hire you!

Ok la tu je nak membebel. Tak sabar nak tunggu sampel telur pindang tu sampai. Siapakah gerangan vendor second tu kan? Kalau telur tu best dan kebabom, baru boleh review. Deal? lol

Dah, nak tidur. Selamat malam.

 

Tuesday, March 6, 2012

Hal DIY dan Baju Sanding

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Rasa malas sangat nak update story. Penat dan banyak kerja tergendala nak kena buat heehee. Ni pun curi-curi masa kat ofis. Kat rumah confirm tak sempat. Nak jenguk blog pun tak sempat. Dengan kerja rutin nya, nak buat buku yassin nya, nak buat orang lain punya lagi, attend enquiries. Pendek kata masa berlalu sangat pantas! I can't breathe! Nasib design kad kahwin dah siap, tinggal nak print je. Phheww. Kalau tak lagi banyak 'pending' huhuhu.

Ok now updating current project :-

1) DIY buku yassin - ada lagi beberapa pages untuk arabic. Itu belum letak terjemahan bahasa melayu lagi tuh (=,='')

2) DIY guestbook done - Dah beli album gambar (200pcs) dan buat kad kecil-kecil (saiz 4R). So lepas tetamu sign the card, mereka akan slop in the card dalam album. Macam letak gambar album gitu. Senang nak dibawa lepas habis majlis. Wink. Cuma tinggal nak deco luar album tu je. Later, I will update cerita pasal ni. Teaser ke? Hehehe

3) Design baju sanding dah confirm! Yay hari Sabtu haritu pergi Readzul. Tukar design dekat bahagian kain (bebudak group mesti tahu hihihi) and i request for the flowy-flowy kain gitu. Takde garis-garis khatulistiwa tu lagi. Nasib si Zul tu setuju. Mula2 dia cakap "Oh i bagi garisan tu sebab i nak bagi effect tinggi dekat u" i macam buat muka confius and terus said no and cakap taknak garisan tu. Dia pun okla cuma last sekali boleh pulak dia bagi ayat sadis  ni "Dah pendek, tak boleh nak buat apa" I rasa tertusuk ke dalam jantung dan hati sanubari ini , rasa macam boleh kan cakap baik-baik? What the. Agaknya dia malas nak layan aku kot. Ok fine. Agaknya lelaki ni memang lepas cakap je kan. Rasa macam geram pun ada. Grrr. Btw abaikan je hal hati dan jantung itu kerana yang penting design dah confirm. Dah bayar pun antoher deposit RM500 sebab katanya nak cari kain di Medan. Setel~

4) DIY save the date - Design untuk Save The Date pun dah siap. Si EF paksa aku buat cepat-cepat. Boleh dia uar-uarkan pada kawan-kawannya. Tak rasa macam awal sangat ke? Reason : Supaya kawan-kawan dia boleh simpan tarikh kami awal-awal. Siapa cepat dia dapat. Will display it soon!! Tunggu la bulan depan ke? ;p


Ok itu je la nak update pun. Heeehee. Bye.