Tuesday, February 28, 2012

Pelamin Sonia Sofia Bride Ideas

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Perjalanan masih jauh lagi. Tapi kenapa rasa macam semput nih. Petang tadi skip 1 hour balik rumah siap-siap dan pergi tengok pelamin dewan di bawah vendor Sonia Sofia Bridal Ideas. Butik dalam Hotel Dorset Subang Jaya  uols (known as Sheraton Hotel). Rasa macam anak tan sri mana yang kahwin kan. Realitinya tidak. Masuk-masuk je hotel rasa macam gah nya. Mesti pelamin dia buat mahal-mahal. Tapi sesiapa yang booked dewan under Dewan Gemilang Felda mesti kena ambil vendor ni, or else hire vendor luar. Yang tu syarat dah lain pulak.

So saya dan bonda terjah la hotel tersebut. Parking RM6 per hours. Dah macam rate Pavi je. Mak cakap "Takpela bukan mahal bebenor pun" Errk.

Lepas parking tu heading to dalam hotel tu. Mencari concierge yang memberi tunjuk arah ke butik tersebut sebab sudah mulai sesat. Mula-mula dia blur. Dia tanya lagi "Is it wedding planner?"  I said "Yes"

Berjalan la kami ke destinasi dituju. Butik Sonia Sofia ni terletak sebelah salon rambut. Cuma terasa ke'eksklusif'an nya itu. Maklumla butik dalam hotel kan.


Jumpa-jumpa je, terus mak bilang "Assalamualaikum" Ok dah macam masuk rumah (-_-') Kelakar la mak. Then Aunty Su (saya panggil la) cakap dia nak attend customer lain. Sambil2 tu belek-belek koleksi album. Tengok dewan mana yang menjadi pilihan hati ini. Lepas tu perhati sekeliling butik. Sangat eksklusif!!!! Siap terfikir berapa agaknya dia sewa huhuh.


Lepas tu Aunty tu baru attend kami. Punya la cakap tak henti-henti. Memang terlebih peramah orangnya. Sesuai dalam line business. Nampak macam datin-datin. Adakah beliau datin? Tak kuasa nak tanya kan. Yang penting dia boleh mencantikkan my pelamin hehe. She said dapat nama Sonia Sofia daripada nama her late daughter, 7 months old. Sampai sekarang teringat okkk. Masa bercerita bergenang air mata tau. One and only daughter katanya. Sayu pulak dengar.

Ok sambung cerita


Discuss-discuss dengan bonda sebab taktau nak design yang mana. Ada 6 pilihan basic pelamin dewan. Aunty Su pun cakap dewan basic yang diberi tu kecil dalam 16kaki. Kena tambah lagi menjadikan 24kaki kalau nak lagi cantik dan nampak pelamin besar. Yes, upgrade and require some money. (-_-') Dulu Renee cakap tambah RM1.5K untuk upgrade her pelamin. I punya taktau la.


Aunty Su on the scene heheh.


Lepas tu i mention about my theme colour and she said "Oh I also love that colour" What colour is that? Jeng jeng jeng hahah nanti la bagitau.

Nak confirm design, kena la confirm BAJU SANDING dulu sebab nanti takut pelamin tak sesuai, etc etc. Sudahlah design baju takde lagi. So Aunty Su inform suruh datang mid of March untuk confirm jenis baju sanding tu semua. Then, baru dia akan suggest pasal pelamin. Ok fine, pulang la kami dengan hati yang hampa.

By the way puas hati la dapat jumpa my vendor pelamin ni. Nanti si Renee asyik duk tanya bila nak datang tengok pelamin hahah. Ok later i will update tentang design baju sanding. Ingat nak pergi butik Readzul jumpa Zul Sabtu ni. Dah wassap dia dan dia suggest design baju-yang-tak-best dan agak tak sesuai bila discuss dengan bebudak grup. Saya rendang ye, mintak perhatian. Susahnya nak design baju yang best-best. Semua tak kena. Huhuh haritu masa booking, dah bagitau nak 'design' tu, agaknya dia lupa kot. Sobbb.

Okla nanti dah dapat hasil, akan diupdate dari semasa ke semasa. Time to sleep zZzZzZzz//

 

Wednesday, February 22, 2012

Wordless Wednesday : Cuba Teka

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***






Sumber : {LINK}


Comel kan?

Ini betul-betul word less. Bye.

 

Tuesday, February 21, 2012

Site Visit Dewan

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***
Di kesempatan Majlis Bertandang Faqar & Renee pada Ahad lepas bertarikh 19/02/2012 (Ahad), sempatlah saya dan EF site visit dewan kami di Dewan Gemilang Felda, Kelana Jaya. Ini merupakan pertama kali bagi EF dan kali kedua bagi diriku amat berharga. Ala-ala food tasting gitu la.

Mula-mula plan memang pukul 3 sampai sebab kami nak ke Banting dulu menghadiri majlis kahwin rakan sekerja EF, tetapi tak sangka tepat jam 2 petang dah tercongok di dalam dewan ini. Memang tak susah nak pergi sini sebab saya amat hebat dengan jalan sepanjang LDP ni. Dewan ni betul-betul sebelah Pos Malaysia dan Kastam Diraja Malaysia. Belakang bangunan ni ada Tabung Haji ye (tapi tak nampak pun tabung haji tu)

gambar halus sebab nanti komputer berat.sila klik one by one.haip jangan malas!

Welcome board. Ok sebelah board ni ada lif sebenarnya. Sambil-sambil tunggu lif, sempat la snap gambar seketul kan?


Guestbook atau Guestguitar? Me confuse hehehe. First time menulis atas gitar!! Selalu menjahanamkan guitar my brother. Unik nya Renee & Faqar punya idea ni. Love it so muchie!!

Sebelah kanan tu nasi minyak yang sangat sedap. Ikan tu (yang belah kiri bawah) adalah the best!! Time majlis I ingat nak request la ikan sweet sour ni. Nyummmm!

(kiri) Kawasan dewan. Atas tu pun ada kerusi-kerusi jugak. Kalau family atau sedara mara sesuai je nak humban mereka di atas tu hihihi

Makan beradab. Masuk-masuk ingat pengantin tak sampai lagi. Rupanya2 mereka tercongok di situ sambil menikmati hidangan. Time ni la saya dan FY menganggu ketenteraman hidup Renee dan say hi hi.

(kiri) Kawasan buffet. Nampak tu ada slide projector di atas dewan. Ada 2 slide (satu kiri, satu kanan)

(kanan) Pelamin yang sangat sweet. Theme white-green. Sweet sangat10x!! Saya yang agak gempal bergambar bersama FY dan pengantin tersebut.

(kiri) Renee dan saya mengambil berkat orang kahwin katanya.

 (kanan) Me me, M2B Raden, B2B FY

Again bergambar tak habis-habis. Si FY layankan aje. Hehehe rupa-rupanya parking kereta pun sebelah-sebelah. So time to say bye to FY. Sobbbb till we meet again. Kata FY bulan March ni ada gathering lagi. Yay

Tips untuk dewan:
1) Rata-rata menyatakan agak sukar nak sampai ke sini. I mean kalau orang tak biasa tu, harus meletakkan banner @ bunting @ road signage sebesar-besar alam sebab bila lalu jalan LDP, lepas Pos Malaysia tu (paham-paham aje la kereta laju) dan mungkin tak berapa nampak kawasan dewan di kiri jalan. Take note, dewan berada di dalam Asrama Bakti Felda.

2) Sila buat banner @ bunting @ road signage untuk memudahkan pencarian. Sila mintak kebenaran majlis perbandaran jika perlu.

3) Felda dah menyediakan pasukan Rela (rasanya) untuk menjaga parking dan dan tunjuk arah laluan. Orang tu akan bagitau mana nak parking, etc etc. Tak susah pun. Parking pun luas. (Lupa nak snap gambar huhuhu)

4) Anything to add? Tunggu review dari Puan Renee Meow-meow kita aje lah ye ;p


Apa pun saya puas hati la dengan keadaan dewan. Surau, toilet semua lah ada dekat sini. Tak ada masalah untuk kami. Dalam dewan tu pun ada bilik untuk pengantin bersiap. Oh tak sabar nak berada di dalam dewan ini bersama suami tercenta. Doakan semuanya berjalan lancar ye. InsyaAllah :)

Till then. Sehingga kita berjumpa lagi..

 

Sunday, February 19, 2012

Review B2B Wedding : Kerry

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Harooo! Rasa macam terlambat sangat-sangat nak review wedding budak ni. Ampun Puan Kerry. Camera  dicuri oleh encik tunang untuk dibuat pekasam dan jeruk. Heheh. Nama Kerry aka Khairiyah nama sebenar memang tidak asing lagi dalam dunia bloggers brides tau. Kerry juga mempunyai side business yang membolehkan wanita-wanita diluar sana berubah menjadi kurus iaitu dengan menjual produk Spanx di dalam laman blogshop nya, BlogshopKerry. Ewah aku ni jadi sales person atau review wedding dia ni?Kan?

Sebelum saya melangkah lebih jauh, mari saksikan gambar-gambar yang berjaya ditangkap oleh official photographer saya pada hari itu (tq sayangku intan payung.ilu lah)

Majlis Perkahwinan Khairiyah & Mirza
Tarikh: 12 / 02/ 12 ok tarikh memang cantekss, tak dinafikan!
Tempat : Dewan MBSA, Subang Bistari, Selangor


Actually kan macam comel sangat bunting ni sampai saya terasa ingin bergambar berdua bersamanya. Comelnye. I just love the birdies atas tu!



Another deco. Good idea la Kerry. Nampak la surrounding dewan tu tak kosong sangat heee.



 As usual sebagai artis terkenal, kena sign ye.



 Pelamin garden - english theme (rasanya la) Penuh dengan rumput hijau di sekeliling panel. Vendor mana ni Kerry? Cantik sangat tau.






Bebudak bloggers brides two thousand and twelve!



Me me, Jamme, Tya
Jamme yang friendly dan Tya si leaopard garang hihihi ;p



 Sempat jugak jumpa bakal ibu muda dan blogger brides yang terkenal tu, Kina. Ok 'perut' belum nampak. Katanya nanti dah nak fly ke Bintulu. Mesti tak dapat datang wed zimie kan? Sobbbb jaga diri ye Kina!



Ok overall yang nak cerita, makanan sangat sedap!! Ok blame me, sebab lupa nak tangkap gambar. Segan dengan orang sekeliling plus lapa sangat-sangat time tu heheh. Yang paling special adalah udang halus goreng tepung dan perlbagai masakan kampung yang lain. Ish susah nak cakap. First time dapat makan banyak sebegitu. Lauk sangat lah banyak. Catering mana ni wahai Puan Kerry sebab takde pulak brochure ke hape? Ke masak sendiri? Heheh marvellous i tell you.

Pergi wedding Kerry memang tenang je. Angin sepoi-sepoi bahasa. Jemputan tak ramai rasanya. Ada meja di dewan dan ada meja di luar dewan. Just nice la kan. Cuma yang kesal tak dapat jumpa Kerry sebab dah kena ke destinasi yang lain. Ada appointment di tempat lain. Hua inilah dia memang takde rezeki. Tapi dapat jumpa mak Kerry dan bersalaman di aidilfitri serta memberi sedikit cenderahati. Yang menjadi tanda tanya, mak Kerry tanya "Dah ambil doorgift belum?"

"Dah makcik"

"Eh masuklah dalam lagi, ambil banyak-banyak"

"Takpe makcik, cukup la ni" sambil tersengih kerang-kerang busuk. Macam confuse kenapa nak ambil lagi? Hihihi ikutkan nak ambil lagi tapi tak baik tamak haloba.

Apa pun, saya suka majlis Kerry tu!! Macam 'comel-comel' gitu heee. Okla tu je nak review. Lepas ni nak review pasal majlis bertandang Renee pulak. 

Bye selamat bermonday blues esok!

 

Saturday, February 18, 2012

Yang Tak Buat Lagi

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Tiba-tiba malam ni macam double cuak dan rasa nak membebel banyak-banyak. Mengapa.

Check balik list yang belum setel lagi. Ok memang sepatutnya gelabah sket sebab ada a few things belum buat:-



1) Design baju sanding tak confirm lagi. Fine saya bukan tak follow up Zul from Readzul. Dah ok. Siap wassap bagai. Masa tu last month. 23 January to be exact. Sebab masa awal-awal book dulu, Zul siap cakap untuk first fitting adalah on February 2012. So bila tanya untuk bulan January tu memang just nice la kan. Maybe dia akan prepare apa yang patut untuk next monh nya. Now tarikh sudah 18 Februari 2012. Macam senyap je. Last wassap saya tanya "Bila agak-agak boleh first fitting ye" then dia reply "Nanti i bagitau" Ok means dia nak takes time. Tapi sekarang mcm dah nak end feb je. Camne ye? Nak senyap atau follow up? Kang kalau asyik tanya dia boring lak huhuhu. Ok lagi 3 bulan 3 minggu, design takde. Is that normal?? Orang lain lagi 6 bulan kahwin pun dah siap baju tau. Waa camne tak cuak. Ke sebab saya tak bayar balance tu, dia taknak proceed? Confuse. Rasa esok juga nak kena follow up dengan dia, tak boleh jadi nih!



2) Pelamin dewan untuk sanding tak confirm lagi . Haritu tanya orang Felda tu (si Irwan, PIC untuk booking2 dewan ni) cakap nanti terus je pergi butik tu, Sonia Sofia Bridal. Dia cakap a month before wedding pun boleh start jumpa vendor. Sempat ke?huhuh. FYI, vendor yang sama digunakan untuk majlis bertandang Renee esok di Dewan Gemilang Felda Kelana Jaya. Last month masa jumpa Renee dekat wedding Rilla, siap tanya lagi "Zimie, u dah tengok pelamin belum" dengan tenangnya menjawab "Belum" Lepas tu muka Renee peliks peliks. "Yeke, nape tak pergi tengok?" Maybe muka dia macam lambatnya zimie ni pergi confirm design pelamin. Masa tu tak cuak lagi sebab terpesona dengan keindahan majlis Rilla, so rileks lagi hahah. Tapi now dah 111 hari bak kat Shura dan saya masih tak tahu apa rupa my pelamin dewan ye. Baiklah boleh start cuak.



3) DIY paper flowers tak menjadi. Rasanya tangan ni memang kejang kejung kot. Rasanya dah buat dekat 10x fail. Saya guna crepe paper. Dah la beli mahal. Benci bila tak jadi. Bajet nak letak paper flowers atas pasu dekat pelamin nikah. Tapi apakan daya. Haritu dah mintak tolong Emi Honey Sakura. Dia bagi advise. Ok dah try buat tapi better la daripada yang dulu tapi still saya tak puas hati. Stress. Rasa nak suruh je orang buatkan pelamin nikah tu, tapi mak pulak nak DIY. Jadi saja la nak bantu apa yang patuts. (Padahal boleh je nak beli bunga artificial tu pun, diri sendiri pun ye gak gedik nak tunjuk kepakaran la konon nye kan) Tengok dekat bilik Renee haritu, dia guna tissue paper. I think beli from IKEA if not mistaken. Perlu ke pergi ikea semata-mata nak paper tu dan hasil macam deco dekat bilik Renee tu?



Ok saya sudah blur. Nak pergi makan buah-buahan untuk menenangkan fikiran (Apa kena mengena entah). Bye.


 

Tiket Berbulan Madu Di Awan Biru

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

 ***

Topik seterusnya yang menjadi favourite pasangan yang baru berkahwin adalah DESTINASI BERBULAN MADU. Tak gitu?

Baru-baru ni AirAsia (AA) dan Firefly (FF) (bukan farah fauzana ye) buat promo. Dua-dua destinasi pilihan telah dibooked dengan jayanya tanpa memikirkan wang ringgit yang telah hangus dibayar gara-gara mengikut kata-kata emosi. Mula2 booked tiket Firefly, lepas tu semalam gatal tangan bukak website AA dan TERbooked tiket lagi ;p 

Pergi ke destinasi pertama menggunakan FF pada bulan Jun sejurus selepas Majlis Bersanding. Bukan tak sabar tapi tu je yang 0 sen untuk dua-dua hala. Pergi ke destinasi kedua menggunakan AA pada bulan Oktober. Yang ni main hentam booked. Doa-doa sangat takde apa-apa masalah sebab jauh lagi nak countdown ke bulan October hehe.

Persamaan kedua-dua kisah cinta ini, ianya berhadapan dengan Laut China Selatan. Destinasi di mana? Malaysia tanah tumpah darahku sahaja. Ceteka ceteka hahah bebudak grup mesti tau dah. Shhhhhh! Dah selesai berbulan madu di awan biru, baru boleh review hikhik.

Akhir kata, cepat2 book AA dan FF. Promo AA tamat esok 19 Februari 2012!!


Gambar rajah berbulan madu hiasan semata. Ngeri pulak dinner atas tasik hihihi buatnya jatuh, tak pepasal panggil Ambulans.

Bye :)


 

Friday, February 17, 2012

Ujian HIV Selesai

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

 ***

Selamat pagi jumaat. Saya suka sebab esok sabtu ahad hihihi. Who doesn't?

Alhamdulillah saya just nak inform kepada semua, cewahh bahawa saya dah selesai menjalankan UJIAN HIV dekat Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi tempoh hari. Syukur saya dan pasangan disahkan NEGATIVE HIV. Yayy boleh kahwin. Ehh?hahaha. Bak kata EF "Ada jugak benda negatif yang baik" Kalau positif tak ke naya? (-_-') Tapi tak sempat nak buat ujian Talasemia sebab kekangan masa lepas tu pembantu kesihatan tu tak friendly, cakap macam nak taknak je. Grrrrrr. Ke sebab dia lelaki segan nak berbual dengan aku? Tak suka tau. I ni makan nasik, tak makan orang pun. Jangan la segan2 hikhik.

Dipendekkan cerita Talasemia, MAYBE nak buat hari lain. Tunggu si EF tu amik cuti dulu. Saya takpe, boleh cuti ikut suka bajet ceo kepada company tersebut hahaha. Takla saya senang sikit cuti, dia tu la. 

HIV Test ni dia ada banyak step2 yang perlu diikuti. Ok mari saya cerita. Tadi tu mukadimah je ;p

1) Sila booking dan buat appointment di Klinik Kesihatan Kerajaan yang terhampir. Mana2 pun boleh. List klinik kesihatan boleh dapatkan di entry terdahulu. {Link} Untuk Selangor, ujian HIV valid 6 bulan, jadi boleh buat appointment start bila dah countdown 6 bulan tu ye ;p

2)  Macam saya, buat appointment pada 13 Februari 2012 (Isnin). Ujian HIV start jam 2 petang ye. Jangan pulak datang pagi, nanti akan dihalau seperti kucing kurap. Ok tipu. So bila sampai2, dekat pejabat pendaftaran tu, insan tu mintak tandatangan. Jadi saya sebagai artis terkenal haruslah sign ala-ala guestbook tu. Lepas tu, insan tu akan tanya "Nikah kat mana?" dan saya jawab "Selangor". Lepas tu baru dia bagi borang sehelai dan suruh isi apa yang patuts.

3) Dah isi tempat kosong, disuruh bayar pula. Maka ke tempat bayaran la kami. Hanya RM1.00 dikenakan. Kalau nak bayar lebih pun boleh tapi wang lebihan akan dipulangkan. Paham kan setakat ni?

4) Lepas tu, dia akan suruh cari Bilik Nombor 7 yang khas untuk ujian darah sahaja. Kami yang agak-agak blur ni pergi la cari bilik 7 tapi menghairankan ada 2 bilik bernombor 7. Huhuhu sudah la tersalah masuk bilik, buat malu je! Grrrr. Lepas tu, letak borang atas bakul dan tunggu nama dipanggil. FYI, hanya 10 orang sahaja (maximum) yang akan menjalani ujian HIV untuk 1 hari. Tapi yang hairan, hanya kami 2 ketul yang menjalankan ujian HIV pada hari tu (-_-') Memang la tak ramai tapi campur dengan pesakit yang buat ujian darah yang lain membuatkan kami terpaksa menunggu dekat sejam! Huhuhu.

5) Nama dipanggil dan bersedia untuk main cucuk-cucuk hahaha.

6) Keluar bilik dan bersedia untuk merasa sengal-sengal ubi di bahagian jari dicucuk.

7) Doktor panggil nama di bilik yang lain dan mengucapkan "Tahniah, anda negatif HIV" sambil memberi salinan surat berwarna biru dan saya dan EF mula melonjak keriangan taman tema genting. 

Setel part Ujian HIV. Lega sakali. Happy dah boleh kahwin hahaha. Lepas ni nak setelkan borang nikah pulak. Tunggu mamat tu setelkan dulu borang permastautin tetap ke hape (tak ingat).Heee


Entry seterusnya mengenai destinasi berbulan madu. Yang tu pun dah setel gak hikhik. Ingin tahu? Nantikan...


 

Tuesday, February 14, 2012

Official Photographer Saya Adalah.....

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

AzamHashimPhotography


Tentu semua tertanya-tanya, siapa AzamHashim ni? AHP adalah photographer freelance di area Klang Valley ni. Memang sukar sangat2 nak buat keputusan. Dengan kawan ayahanda nya lah, dengan kawan tunangan nya la. Lihat entry sini. Last-last saya buat kuasa veto, pilih AHP dan booked. 

Camne nak cakap ye? Susah sebenarnya nak cakap kenapa saya pilih beliau. 

Actually, ada beberapa insan terpilih yang dishorlistkan tapi memandangkan bila tanya pada sorang member ni, dia cakap dekat 6 bulan tunggu album baru dapat! So rasa macam okkk lebih baik elak padahal harga to me ok je. Takde rezeki la nak hire insan tersebut huhuh. Kemudian survey2, check2 semula quotation, tiba2 terjumpa email Encik Azam ini. Rasa macam instinct gitu. Bila tengok gambar-gambar yang dihasilkannya memang cantik. Terang. Ke beliau Photoshop semua gambar-gambar tu? Itu saya tak dapat pastikan. My friend cakap AHP guna kamera Nikon. Errr entah betul entah tak. Nanti try tanya. Hikss

Bila beremail dengan dia, rasa selesa. Serius tak tipu (isk kalau abg azam baca ni, malunya guaaa). Lepas tu saya suka dengan cara dia melayan customer. Dia mempunyai customer serivce yang baikkk. Sanggup melayan segala persoalan yang diajukan. Soalan memang macam-macam jenis ada. Itu belum campur bila face to face hahah ampun abg azam. Ok saya taktau beliau abg sehingga la dah face to face. Mula2 panggil encik azam je. Rupanya dia lagi tua dari kita sebab muka tak nampak tua. Macam umur 25tahun ;p

Bila beremail tu, nampak la 'cara dia berbisnes' waaaah siap boleh nampak tu hahah. Bahasa yang digunakan masa dalam email memainkan peranan untuk kami-memilih-anda semua wahai vendor. Well saya kerja dalam bidang yang memerlukan skill customer service even bukan secara direct. So saya tahu dan boleh detect orang yang pandai layan customer atau tidaks. Hahaha Bila kita selesa, confirm kita nak 'pergi' dengan orang itu even orang itu menawarkan harga yang tinggi. Tapi untuk AzamHashim ni, saya merasakan harga yang diberikan adalah harga-mampu-milik (dah macam rumah pulak)

Ok melalut panjang pulak. Jomla saya bagitau pakej apa yang ditawarkan dan apa yang saya ambil. Saksikan!


Pakej Akad + 1 Sanding RM1XXX.XX
4 hours coverage for akad
5 hours coverage for sanding
1 x 8"x12" custom album, 20 pages
2 x 8r enlargement
1 x 8r frame
Complimentary slideshows
Unlimited photos burn in soft copy
FREE Outdoor (same day)


Namun, disebabkan Outdoor Post-Wedding saya buat hari yang lain, iaitu keesokkan harinya, saya terpaksan menambah RMXXX.XX dan bagi saya masih berbaloi dengan apa yang saya dapat. Saya memang nak harga-yang-mampu-milik dan under budget!

Deposit pun dah bayar. So no turning back! Hopefully hasilnya seperti yang diharapkan. InsyaAllah. Abg Azam, I trust u :)



p/s: Teringat kata-kata si Raha Azit dalam group haritu "Segah mana, semewah mana majlis kawin kamu, sekaya mane kamu, itu semua tak menjamin kehidupan bahagia kamu lepas kahwin nanti, semua boley berubah dalam sekelip mata saje" Rasa macam takut nak spend duit lebih-lebih sangat. Ke kau tak mampu?

Sunday, February 12, 2012

Review B2B Wedding : Renee

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Morning weekend sunshine!! Ada sesiapa tak bangun lagi ke ni? Amboi mentang2 hari Ahad kan, tidur tak ingat donia ;p But I'm up early as usual. Padahal semalam tidur lewat hue hue. Excited nak update blog okkk.

Saya sangat banyak progress  this week dan sangat busy attend wedding sana sini. Wah budget wartawan gituu. No la. Saya hanya jadi 'orang penting' a.k.a bridesmaids untuk majlis someone tu aka my twins, Renee Meow (muka tak sama tapi ada hati kan cakap twins hikhik)

Ok here's the pictures by my so-blur-camera huhuh.






And a little bit teaser from Detik Indah Wedding Photography. FYI, Pemilik DIWP ni jugak tunang kepada Cik Rai. Winkwink.

All of us are bride to be bloggers!
(l-r shura, syira, zimie, amy, renee, faqar, aliza, raden, emi honey sakura, atifi)
not in the picture : tatie (sudah pulang ke pangkuan jalan)


Oh Rilla the coming-soon-designer in the house!  Rilla, kau jadi ketua nasyid ye ;p

Renee bukan sahaja sponsor kain tapi beliau juga sponsor makeup by Kak Wanie, The Makeup Lover. Best jugak kene tenyeh2 dan ini kali pertama saya bertepung-gomak dan saya rasa sangat pelik. (-_-'')

I feel blessed and overwhelmed to be part of Renee's Solemnization. Thank you so much Renee for trusting us! May Allah bless you on your effort and hospitality. Melayan kitorg, bagi kain, bagi bilik untuk bersiap dan makeup yang cun melecun!

Congratulations again and again. Tak sabar nak tengok gambar banyak2 dan video dari La Televiso pulak. Macam aku pulak yang kahwin ;p

Ok till then. InsyaAllah off to Kerry's Wedding lepas ni. 

Oh dan saya ada banyak benda nak update pasal wedding progress. Ngee esok la update. Penat nak taip ;p

Bye.

 

Tuesday, February 7, 2012

Bumi Fah Lean Floral

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Saje nak update tentang sesuatu. Tentang pengembaraan ke bumi Fah Lean Floral Trading di Balakong, Selangor semalam. Hikss. Konon nak survey sekali borong SIKIT. Tu pun jenuh diri ini memarahi Bonda dengan mengatakan "Takpe mumy, next week/next month kita datang lagi" Padahal malas nak rushing beli itu beli ini, kang tak pakai naya. Ikutkan hati nak beli satu kedai tu! ;p

FYI, Fah Lean Floral Trading ni sama je macam kedai2 borong kahwin yang lain macam di Nilai 3 yang fames tu tapi sini menjadi tarikan kepad we ols sebab dekat dengan rumah. Dalam 30 minit gitu kalau tak jem depan Mines + kampung cina tu (-_-'') Nasib semalam cuti sempena Maulidur Rasul, jadi jalan jem suam-suam kuku je.

Ni semua perihal Bonda yang last minute cakap "Jom kita pergi kedai borong kat Balakong. Kawan mumy cakap situ banyak gak barang2. Lagipun dekat dengan kita. Nak pergi Nilai 3 mumy tak larat"

"Baikkk mak"

Jadi bermula lah pengembaraan ke bumi fah lean tersebut. Mula2 memang ikut peta yang diberi di dalam website. Tapi sesat dalam 5 minit jela. Last2 jumpa jugak sebab teringat Suria cakap bangunan kuning. Hihih nasib ingatan ni masih baik lagi. Tq suria love!! So inilah dia, we ols berjaya juga menjejakkan kaki ke bangunan kuning yang disebut-sebut itu.

Ok memang nampak bangunan buruk tapi jangan tak tahu dalam tu besar gila dan banyak barang2 kahwin hokey. Kebetulan time pergi ni tak ramai orang. Kalau tak, mau berebut2 time bayar. Masa ni tenang-tenang aja pemandangan. Tak sesak. Lega boleh mensurvey memborong dengan tenangnya.

Meh tengok gambar sekitar bumi fah lean.

Bunga telur memang cadang nak beli kat sini. Mak cakap nak warna putih. Ok mak "I follow uuuuuu" 


Paperbag yang sangat banyak. Rambang mata nak pilih. Ada macam2 saiz, macam2 harga dan macam2 pilihan. Apa pun tepuk dada, tanya poket hihi. 


Antara contoh2 yang sempat disnap secara rahsiaaaaa. *Padahal dalam tu penuh dengan cctv huhu jangan kena tangkap sudahhh* 
Bag ni jenis kalis air. We ols panggil beg polymer.Keskes. Nama sebenar Non-woven Bag


Kotak jenis doorgift yang ada tingkap tuh. Ramai gak b2b carik kotak ni. So u ols boleh ke fah lean ye! Tak sure 1 paket berapa, tak sempat nak check. *snap gambar sempat pulak gheheheh*


Reben yang pelbagai saiz dan corak. Ni semua dekat tingkat atas. Sempat saya beli 2 jenis warna reben. Konon nak buat ribbon rose macam Anis buat. Entah jadi entah tak hahaha.

Oh lupa FYI, fah lean ni ada 2 tingkat tau. Bawah barang2 kahwin macam pelamin, paperbag, etc. Tingkat atas mengandungi bunga-bunga tiruan, reben, dulang, etc. Boleh la pergi survey ye :)


Sempat borong bunga!! Tapi kitorang bukan bunga yang Bonda pegang tu. Itu hanya hiasan semata. Kitorg beli bunga Rose je sebab mak suka bunga tu huhuh. Nak bunga lain gak macam Hydrangea, Tulips, tapi mak cakap untuk pelamin nak  1 jenis bunga je iaitu Rose. "Baikkkk mak"

Takpe2 next week atau next month nak pergi lagi. To me ok gak tempat ni daripada bersesak-sesak dekat Nilai 3 dengan panasnya lagi. Kalau nak survey2 idea dan cari inspirasi boleh la ke Nilai 3. Tapi kalau nak beli, jenis nak ulang alik doplopat kali tu, baik pergi sini je. Bonda pun suka sebab dekat dengan rumah hehehe.

Khas kepada sesiapa yang malas nak ke Nilai 3 macam saya ;p  nah ni peta ke fah lean :-

Fah Lean Floral Trading Sdn Bhd
No. 2 & 2A, Jalan 1/3,
Taman Industri Selesa Jaya
43300 Balakong, Selangor, Malaysia

Telephone : +603-8962 3670
Fax : +603-8961 3520
E-mail : info@fahleanfloral.com
Website : www.fahleanfloral.com


Okla till then, update again later! Bye.