Monday, January 30, 2012

Warna Tema Baju Family :)

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Hai blog. Rasa macam dah bersawang sedikit la. *Fuh fuh tiup habuk sebesar zarah*

Rasa macam nak update sedikit sebanyak perkembangan semasa yang berlaku masa weekend haritu. Saya telah pun setelkan perihal baju family untuk majlis nikah dan sanding nanti.

Untuk pengetahuan semua (cewah), kain potong baju melayu dan baju kurung family, saya beli di Tangkak masa balik kampung Cuti Raya Cina haritu. Konon nak jalan-jalan survey sekali TERbeli daa. And  plus sangat murah dan berkualiti. Ok kain taktau la jenis apa tapi jenis plain colour-tebal sikit-ada corak2 petak sikit (sesuai untuk baju melayu dan baju kurung), dapat dibeli dengan harga  RM8 semeter. Patutnya RM12.50 tapi entah kenap cina tu nak bagi murah. CNY agaknya. Happy sangat2. Jadi we ols beli sekali kain untuk majlis NIKAH dan SANDING. Beli warna plain lain2 tapi jenis kain yang sama. Hikhik. 

Jadi, suka untuk saya nyatakan di sini bahawa warna tema baju family:-

Nikah - Dark pink - macam nak ke maroon sikit, dark sedikit dari bawah ni, camne entah kaler dia hoho



Sanding - Dark brown - bonda tu nak colour ala2 exclusive 




Amacam ok tak? Ngeheh. I hope nice lah. Warna tema wedding saya belum bagitau kan? Just keep it secret dulu boleh? Lalala. 

Untuk kaum lelaki, saya setelkan di MZ Tahir, di Wisma Yakin, Masjid India which is our family tailor sejak berkurun lamanya. Rasanya owner dia dah lama meninggal dunia. Sekarang dipelopori oleh waris-warisnya.

Untuk kaum perempuan (bonda tercenta sorang je pun ;p) buat di tailor family jugak di MYN Tailor, Cheras. InsyaAllah baju nikah pun nak pergi buat dekat sini sebab dah biasa dengan jahitannya. Dulu baju tunang pun hantar sini. Agak pricey sebenarnya tapi sebab dia buat cantik, pejam mata jelaaaaa. Tapi takla sampai setaraf  'designer'. Mungkin bagi orang luar biasa macam aku tak mampu nak tempah kat designer. *kesat hingus*

Oh lagi satu nak bagitau, warna tema family ni berbeza sedikit dengan ton warna nya tema majlis kahwin kami. Sesaje nak bagi contras kononnya. I loikeeee.

Okla till then. Update later :)



Wednesday, January 25, 2012

Festival Pengantin di PKNS Bangi Lagi

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Ehem, saja lah kan nak bagitau. Kalau uols berminat nak ke pameran pengantin. I malas plus dah tatau nak carik pe (bunyi macam banyak benor dah setel padahal tak) ;p


Event? Festival Pengantin
(tak sure anjuran siapa, jap lagi sms tanya haha)

Di mana? PKNS Bangi

Bila? 3-5 Februari 2012


Tadi tengok dekat banner, siap tulis pertandingan, etc etc. Bunyik cam menarik. Tapi ingat minggu ni nak pergi IKEA la. Oh yang last week punya plan konon nak DIY wedding signage tak jadi pun (+_+) Sebab balik kampung kan lepas tu 2 hari cuti masa CNY, mengemas rumah. 2 hari uols kemas rumah!! Serius banyak benda dibuang termasuk katil single ku (nak ganti dekat katil double decker, eh tak katil baru, queen ;p)

Okla korang, kalau rajin, terjah tau PKNS Bangi hujung minggu ni. Mana tau dapat promo2 atau boleh jumpa vendor yang best asbestos kebabom ke kan? Hihi all the best!!!! :)

Friday, January 20, 2012

Teaser Veil Nikah :)

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Teaser oh teaser. 

Siapa ingat lagi entry ni? {LINK}
dimana saya menang hadiah kereta. Eh tak, hadiah Veil Nikah je ;p ;p ;p

 Tengahari tadi Lijah call, dia tanya alamat rumah sebab nak Pos Laju kan hadiah yang dimenangi tempoh hari. Ahem. Saya sangat scary dan excited menanti kehadiran Veil ni. Camne la rupa bila dah letak kat kepala ni kan? Lijah cakap letak ala-ala permaisuri kahwin. Kejap tengah bayangkan. Hihihi

Terus aja ke website ini ya ----> [sila letak cursor tetikus anda di sini dan klik]




p/s : Esok MESTI tercongok depan pintu nak tunggu van pos laju datang rumah.

 

Aktiviti Sepanjang Cuti

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Hai Hari Jumaat. Saya sangat butuh kamu. ;p

Seperti semua sedia maklum, kita warga Malaysia akan bercuti selama 4 hari. Holiday yang sangat ditunggu2 oleh semua orang. Tak gituh??

Ok this is my planning and a little bit update for my wedding.

1) Katering Akad Nikah

Sabtu ni (esok) nak balik kampung. Weeeee kampung saya di Johor Bahru. Tak la kampung mana sebab duduk dekat bandar (-_-'). Saudara mara memang ramai dekat JB nuh. Tapi yang nak pergi kali ni dekat Kampung Majidee, JB. Kitorang nak berjumpa dengan sesorang yang bernama Abah (bapak saudara saya) abang ipar kepada bonda tersayang. Abah ni memang sejak dari dahulu pandai masak Nasi Beriani Gam Johor. NBGJ merupakan menu yang famos amos di kawasan negeri Johor. Tak caya tanya la bebudak Johor. Hikhik. NBG memang selalu menjadi menu utama bagi bakal pengantin yang ingin berkahwin. Dan Abah punya masakan memang sangat10x sedap. Rasanya kat KL ni belum jumpa Nasi Beriani Gam sesedap masakan Abah ;p. Saya paling suka ayam masak merah!!! Slurpppppp!!!

Kitorang nak discuss dengan Abah sebab beliau yang dipertanggungjawabkan nak masak untuk kenduri akad nikah di rumah nanti. Jadi kena la booked abah awal2. Dah booking by phone tapi lagi mudah kalau berjumpa kan? Even saudara mara sendiri pun kena booked tau! Sebab dia pun ambil tempahan kenduri untuk majlis-majlis di JB. Risau la nanti bertindih dengan jadual nya yang padat itu.

2) Survey Cake Untuk Resepsi

Sekarang tengah survey2 2-tiered atau 3-tiered kek. Ok FELDA memang dah sponsor kek tapi dia bagi DUMMY CAKE. Just untuk tangkap gambar gitu la (Tapi kalau ada cake sebenar lagi best) Nyumnyum. Benda ni masih TBC. Saya ada email beberapa vendor di mana salah satu vendor ni pernah saya rasa hasil tangan nya. Memang sedap sangat2 cakes dia. Jadi sekarang kena tunggu je la taktau berapa charge untuk kek yang diminta itu. Jangan mahal sangat boleh? ;p Rasa-rasanya harga mesti dalam RM300-RM500 kan?

3) Survey Nikah Doorgift

Tak tau nak bagi apa sebab untuk majlis nikah, hanya dihadiri oleh saudara mara dan keluarga pihak lelaki. Bonda cakap nak make it simple as possible! Simple tu mestilah maksud nya yang tak remeh, simple tetapi special. Tak sure nak bagi apa, sebab majlis kecil-kecilan je. Tapi takkan takde buah tangan untuk mereka. Bagi la something. Ok yang ni saya-amat-amat-blur. Bonda pun senyap tak bagi cadangan pun. Apa aku nak bagi untuk tetamu nih? (-_-'')

4) Do It Yourself (DIY)

Teringin lah nak buat Signage Just Married dekat plat kereta tu. Alaaa yang selalu orang barat buat tu? Haritu dah survey2 tapi tengah fikir-fikir nak buat atau tak. Nak buat simple-simple je. Lepas tu nak buat pelbagai Wedding Signage macam polistrin tu. Boleh check {LINK} Ataupun yang Do Not Disturb dalam bilik pengantin tu ke? {LINK} Memang nak buat sangat3x.  Si zimah yang banyak angan-angan. Tunggu dan lihat aje lah ye Hikhik.
 
Contoh  Signage Just Married dekat plat kereta. Sumber : One Tree



Itu je nak update untuk hooooooooooooliday yang panjang ini. I love travelling with my familyyyyy. Bye.



Wednesday, January 18, 2012

Scrapaperclip Giveaway Anniversary

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***
Nasib baik sempat lagi saya nak join Giveway daripada Scrapaperclip sempena Hari Ulang Tahun nya yang pertama atau dengan kata mudahnya 1st Anniversary. Ingat kahwin je ada Anniversary. Blog pun hade okkkk. Curlassss pemilik blog tersebut, Farah Diyana Azizan juga rakan baik kepada ex b2b blogger Intan Norazam yang famos amos tu.

Dah tengok blog Scrapaperclip? Mula-mula tengok memang jatuh hati. Ya Allah Farah memang kreatif dan rajin!!! Lihat lah hasilnya....



Tergoda ternoda tak? Nak order pun boleh. Tapi lagi best kalau dapat FREE (worth RM40) hehe. Senang je caranya. Jom sertai!!



Syarat-syarat penyertaan :

1) Follow blog Scrapaperclip {LINK}
2) Copy banner blog tersebut dan letak pada sidebar blog sendiri.
3) Post dalam blog dengan tajuk "Scrapaperclip Giveaway Anniversary". Tak payah buat esei pun. Hanya promot je Giveaway ni supaya orang lain boleh turut serta.
4) Tinggalkan link tadi dekat blog Scrapaperclip. Entry yang ni yeee {LINK}
5) Selesai. Tamat. Lepas tu berdoa kot-kot berjaya menang ke?Ahaks sebab Farah gunakan website random.org untuk memilih pemenang bertuah nya! I'm sure one of us will be a LUCKY winner. Hihi


Tarikh tutup : 19 Januari 2012 (Khamis)
 
Kalau masih tak paham, boleh ke website Scrapaperclip sendiri. Di situ ada cara-caranya {LINK} ;p


Terima kasih Farah sebab bagi peluang ini kepada kami warga blogger bride to be untuk mencuba nasib menyertai Giveaway yang julung-julung kali diadakan ini. Semoga murah rezeki anda lepas ni. All the best Scrapaperclip!



Tuesday, January 17, 2012

Update Pasal Kad dan Rumah

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

4 bulan 3 minggu (haruslah update every week dan update secara berkala<--sebenarnya kau malas nak menulis kan)

Okla kita update one by one ok memandangkan progress agak slow seminggu lepas. Busy dengan kerja satu hal. Weekend pulak even duduk rumah tapi takde mood nak menulis blog sebab selisih paham dengan someone huhuhuh. Ok abaikan pasal tu.

Pertama sekali saya nak update pasal DIY Kad Kahwin!!! Haritu saya bagitau nak tunjuk kat bonda pasal design kad tu kan? Ala yang konon2 projek rahsia tu. {LINK} Memang kena reject shop bulat-bulat pun design pertama tu. Sedih! Huhuhu so weekend haritu, saya design semula kad tu. Ehem dan semalam bila tunjuk kat Bonda, dia setuju!!!! *Gumbira* EF pun dah setuju. Kitorang print asing-asing kad. Ikut warna tema. Saya warna ehem2. Dia warna ehem2. Ah tak sabar nak print kad tu! So abaikan teaser yang kat dalam post lepas tu ya. Hikhik. Nanti bila betul2 dah print, boleh ku tonjok teaser wokeyyyy.

Kedua mengenai Rumah yang kami nak duduk lepas kahwin. Ok rumah sewa je sebab nak beli belum tercapai wang ringgit lagi sobsob. Mungkin umur 30thn baru beli rumah kot. Mula-mula saya berpendapat nak duduk rumah ayahanda-bonda je dekat SK tu tapi bila fikir-fikir semula, "Lebih baik duduk rumah sendiri ada privacy.Ahem" 

Bonda pulak cakap "Lagipun zimie mesti nak duduk rumah sendiri. Takkan nak berkepit doplopat jam dengan mami"  Ok mak memang nak 'halau' saya (-_-')

Ayahanda pulak cakap "Pindah dekat-dekat sini jelah, nanti senang bila zimie dah ada anak, hantar je anak tu kat rumah kita" Pulakkkk??? Tak sangka pemikiran ayah ku sebegitu sekali. Nak gelak pun hade. Kehkeh.

"Mami, tak mungkin la zimie nak suruh mami jaga. Nanti cari jela nursery. Don't worry"

Ikutkan hati, saya lagi malas nak keluar dari rumah tu. Syurga beb. Sewa takyah bayar. Semua ditanggung oleh keluarga tapi sampai bila???? Saya juga punyai harapan dan impian sendiri. Mesti satu hari nanti nak ada rumah sendiri, keluarga sendiri. Bila cerita life after marriage macam tak sabar pulak. Semalam tengok my bff aka roomate masa study dulu, Bunnie delivery a baby girl. Membuatkan diri ini tak sabar nak ada kehidupan sendiri. Rumah di mana adanya suami dan anak, bila balik rumah tengok suami dan anak-anak. Weekend melayan kerenah anak-anak.....oh jauhnya pemikiran ku!!! Dah macam terkeluar tajuk hahaha. ;p

Sebenarnya nak bagitau saya dah pun survey rumah area Bandar Baru Bangi memandangkan ia dekat dengan office saya tetapi jauh dengan office EF. Kehkeh tapi lelaki takpe kan jauh? Pulak tu dia naik Motorbot jadi tak banyak makan duit sangat. Memang kitorang dah sepakat mesti kena ada sorang jauh, sorang dekat. ILU la tunang. Hiksss. Jadinya lokasi Bangi telah dipersetujui bersama. Winkwink. Survey2 boleh tahan jugak sewa dekat sini. Saya ada minat satu apartment tu. Sewa RM750. Tak tinggi sangat. 24hours security blablablla etc. Nak mintak murah lagi boleh tak? Agagaga InsyaAllah bulan Mei kot nak angkut barang-barang (itu pun kalau masih ada kosong lagi sebab survey bulan  Januari, nak sewa bulan Mei huhuh) EF cakap ok je cuma dia tak tau details sangat. Aku yang lawan tokei tak sabar-sabar hihi. EF cakap budget RM700 huhu tapi kalau ada lagi murah, boleh je consider rumah lain tapi saya nak sangat-sangat tempat tu. Sebab dia apartment baru. So kawasan baru. Rumah baru. Suami baru? Hihihi.

 Nak teaser gak. Hihihi EF awak setuju tak?

Itu jela kot nak update. Panjang pulak esei pada harini. Nak cerita benda 2 ekor je pun. Hihi ok till then. Nak keluar pergi Mardi sat. Bye.




Tuesday, January 10, 2012

Lepas Ni Nak Buat HIV Test

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***


Lagi 4 bulan, 4 minggu..

Semalam berdiskusi dengan tunang dekat gtalk. Kitorang discuss pasal HIV test dan Talasemia (kot). Sebab ada b2b cakap HIV test untuk negeri Selangor valid dalam masa 6 bulan. Ehem dah boleh buat dah ni. Lalalala. Jadi kitorang diskas bila nak pergi buat, tarikh yang sesuai, dekat KK (Klinik Kesihatan) mana dan sekian-sekian. Rasanya dulu ex-b2b pernah bagitau bahawa KK dekat bandar-bandar famous amos ni pack gila dan ramai orang! Betul ke ekk? Rasa jela Lisa Lisut (yang sudah bergelar Puan pernah menyatakan hal ini. Ampun jika salah ngee) pernah ke KK Dengkil dan takde orang. I mean tak ramai orang. Hiks. Dah cakap dengan tunang, katanya nak pergi bulan 2 ni (Februari). Yeah can't wait.

Lepas tu skodeng2 blog (maaf tak save link!), ada tu cakap borang HIV untuk negeri Selangor percuma aje, tak perlu ambik dekat Jabatan Agama Daerah ye puan-puan. Phew lega.  Nanti nak kena call KK (maybe Dengkil) dan set appointment , lepas tu mintak half-day dekat bos (tapi tunang cakap nak ambik cuti 1 hari, jap tengah fikir nak amik half day atau 1 day cuti, sayang cuti lah hihih), lepas tu dah boleh buat HIV test. Mungkin kalau cuti 1 day, boleh la setelkan pasal borang nikah pulak kan? Plus dating dekat A&W macam Yati hahah tetiba nama awak naik Yati. Ampun hahah.

Antara persediaan yang telah dilakukan adalah dengan meneliti setiap inci no telefon KK. Boleh dapatkan senarai KK untuk negeri Selangor di sini. {LINK} Thanks to Puan Ieza. Pinjam kejap ye :p

Oh Februari, cepatlah tiba! Banyak jugak agenda yang dijangka akan berlaku pada bulan Februari lala lala.


Sunday, January 8, 2012

Hantaran Kahwin Perempuan - Setel :)

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Alhamdulillah sampai sudah ke rumah. Sehari dua di Melaka membuatkan saya tidak mahu pulang ke pangkuan jalan. Holiday lagi please :p

Bila di Melaka, target hanya lah satu. Kasut hantaran. Sebab itu je yang belum beli. Lain2 alhamdulillah setel dah. Akhirnya malam semalam ronda2 Mahkota Parade, masuk ke Parkson, terjumpa kasut idaman dengan harga berpatutan sesuai dengan budget, warna yang sama dengan warna bag *ok actually tak sama 100% tapi sama 90% je. balik rumah baru perasan akan hal ini huhuh*

Target kasut seekor tapi bila bawak pulang bertambah 3 ekor (1 ekor memang untuk hantaran, lagi 2 ekor untuk pergi pasar :p) Apa maksudnya? Budget terlebih dan saya tak boleh tahan nafsu membeli. Lepas tu bila tengok poket, stress dengan diri sendiri. Serve you right huhuhu.

Apa pun, saya gumbira sangat-sangat-sangat. I love that shoes so much!!! Tak sabar nak pakai, pergi hornymoon ke, pergi jalan2 dengan sang suami. Kasut tu comel macam tuan nya lalala. So kasut hantaran dah boleh cross checked. Everything  DONE:)


Hantaran (dari dia untuk saya)

1) kasut+beg done
2) jam done      
3) toiletries done   
4) telekung+sejadah done telekung. sejadah je belum beli. *tak payah beli boleh tak?
5) perfume done
6) kek consider done
7) sirih junjung consider done


Yang bestnya, semua barang-barang hantaran ni under my budget. Takde satu pun yang exceed the budget. Contohnya kasut+beg budget RM600 tapi both of it dapat less than that. Hikss bijak berbelanja. Syabas kepada diri sendiri yang tidak membuat kesilapan berbelanja. Sekian.

Cuma tak berapa paham, mas kahwin tu termasuk dalam hantaran ke? Kalau termasuk, macam nak kena buang salah satu tu. Taknak bagi sireh junjung boleh ke? Huhuhu tak pepasal nanti hantaran jadi 7 berbalas 11!!! 

Oh atau pun sireh junjung gabung dengan mas kahwin dan wang hantaran. Boleh ke ek?


   

Mambo No. 5

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Harini nak happy. Taknak sedih-sedih lagi. Tak sangka ramai rupanya yang alami nasib yang sama macam diri ni. Heh thank you so much atas nasihat kalian :) Ok lupakan pasal tu.

Ehem. Bila dah dekat-dekat majlis, barulah feel tu datang nak countdown, ye dak?


Tengok tulisan atas tu je. Nampak tak nombor 5? Bukan saya nak kahwin dengan lou bega ye. 

 5 bulan sebelum tarikh bersejarah dan bakal menjadi isteri solehah insyaAllah *berangan jap*

HIV test tak buat lagi. OP tak book lagi. Checklist tak gerak-gerak. Benci. Saat ini rasa nak hire wedding planner supaya beliau boleh uruskan semuanya from A to Z.



p/s: Pssst, beli dah kasut hantaran semalam. Dapat kaler yang sama ngan beg. Weheee.

 

Thursday, January 5, 2012

Isu Pengapit (Mood sedih)

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Saya sangat malas malam ni nak mendesign. Penat. Boring. Pelanggan tetap ku hanyalah sepupu. Katanya "Weekend ni kau buat pun boleh". Apa? Weekend???

Lepas tu baru teringat bonda cakap weekend ni nak pergi Melaka melawat ayahanda yang meeting kat sana. Aka bercuti-cuti Melaka. Hari Jumaat bertolak, Ahad baru balik KL. Sedih. Merajuk. Nak pergi wedding Amy 8 haribulan ni (Ahad). Tapi bonda tak paham-paham. Beliau cakap "Ala, sekali sekala, lepas ni zimie kan nak kahwin, bila lagi nak bercuti" "Yelah mami" Dalam hati dah merungut. Malas nak lawan. Dekat2 kahwin ni, biarlah aku beralah. Hurm jika Amy baca ni, harap Amy paham ye. Saya tak dapat hadiri wedding Amy. So sorry to death. Congrats by the way. Sobsob.

Ok habis mukadimah yang meleret macam abstrak tesis penyelidikan ketika zaman universiti dulu-dulu.

Pssstttt sebenarnya aku nak membebel pasal Pengapit aka Maid of Honour (MOH). Kau tahu pengapit aku ni bff (you-know-who-you-are), telah pilih dan short-list kan daripada berpuluh-puluh kawan (bajet ramai kawan nih) sebab dia paling rapat dengan aku. Ok memang kitorang jarang jumpa tapi at least ade la hangout bersama-sama. Pergi movies, makan-makan,gosipping. Lepas tu masa wedding kawan kitorang bff Ila, aku pun tanya la kat dia "Weh, nanti wedding aku, kau jadi pengapit aku tau" Wah aku ni pon tak agak2 tak tanya terus 'booked' dia. Agaknya terperanjat member tu seraya berkata "Hah, aku ke? Betul ke ni?" Lepas tu aku mengiyakan la. "Kebetulan, ko dah 2 kali jadi pengapit. Mesti dah ada experience..." Blablabla.

Tiba2 keesokkan harinya beliau tanya lagi "Betul ke ni zimie, kau nak aku jadi pengapit kau?". Lepas tu tengahari sikit tanya lagi. Lepas tu cakap "Kalau aku tak boleh ke, kau try la carik orang lain untuk backup. Mana tau aku kerja ke time tu" Ok aku dah tak sedap hati. Aku dah lama kenal dia. Cara dia cakap tu seolah-olah dia taknak jadi pengapit aku. Kali ni, aku setuju dengan kata hati dan firasat ku. Kain dan lace dah dibeli. Tinggal nak bagi. Tapi bila dia asyik tanya banyak kali, aku macam ermmm entahlah aku speechless..

Sampai sekarang, aku masih takde backup untuk pengapit. 2 bulan aku moody pasal ni. Misal kata, beliau dalam kisah benar ini tak boleh jadi pengapit, aku rela takde pengapit la!



Nak tambah lagi sikitttt:
Kalau betul la pengapit aku ni taknak jadi, just bagitau awal-awal dan berterus-terang la. Senang aku nak pilih orang lain as back up. Dah macam tarik tali laki-bini pulak. Pening oh~





Emotional. Pathetic. Moody. Disturbed. Hopeless.


 

Wednesday, January 4, 2012

Kahwin Muda (Di Mata Seorang Lelaki)

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Tajuk berbunyi serius bukan? Hahaha bukan saya punya tulisan. Ia diambil daripada salah satu blog di alam maya ni. Nampak sangat aku malas nak menulis cedok tulisan orang. Memang malas pun. Lagipun sharing is caring. Okle tu kan. Mari sesama baca kisah ini. Kisah kahwin di usia muda di mata seorang lelaki. Saya takde la nak komen apa pun, sebab setiap orang ada persepsi tersendiri. Ada pros and cons kahwin pada usia muda. 

Okla mari baca dan nilai sendiri.


--------



Antara lelaki dengan perempuan.. yang mana satu yang paling awal akan kahwin dulu?

Kawan-kawan korang yang lelaki kebanyakkannya dah kahwin? Oh ye ke.. macam jarang berlaku. Pelik sikit-sikit pun ada. Kalau korang ada kenalan lelaki yang kahwin muda.. please perkenalkan dekat aku. Aku mau tahu apa rahsianya.

Majoritinya kawan-kawan perempuan kan yang paling ramai dah kahwin.. betul kan? Betul ke tak ni? Kalau belum kahwin sekalipun, mesti diorang dah ada perancangan nak berumahtangga, dan sekarang ni dalam fasa persediaan. Senang cerita tinggal tunggu masa la sekarang ni.

Sepanjang yang pernah aku nampak, rata-rata perempuan akan kahwin lagi awal dari lelaki. Pasangannya pulak adalah someone yang dua atau tiga tahun lagi tua dari perempuan tu tadi. Itu normal. Malahan ada jugak yang pasangannya adalah someone yang 5 tahun atau 10 tahun lagi tua dari perempuan tu tadi.

Kalau nak cakap ini semua soal jodoh.. I believe aku kena stop tulis pasal hal ni sekarang jugak.

Sebab bila kecek pasal jodoh ni.. itu semua urusan dan aturan tuhan. Kita sebagai hamba ni.. mana lah layak nak komen macam-macam.

Tapi memandangkan aku memang nak tulis pasal hal ni malam ni.. aku akan kupas dari skop lain tanpa mengenepikan faktor jodoh dan pertemuan merupakan ketetapan dan aturan dari Tuhan semesta alam, Allah swt.

Hidup ni dari hari ke hari makin lama makin mencabar. Siapa yang setuju?

Setiap kali aku dengar cerita-cerita dari orang dulu-dulu (tua-tua) pasal persiapan kahwin ni.. aku jadi agak skeptik. Bagi aku walaupun mereka orang lama, berpengalaman, mereka tak sepatutnya samakan apa yang mereka lalui dengan apa yang orang muda sekarang ni lalui.

Satu masa dulu orang berkahwin kerana nak memenuhi tanggungjawab yang tergalas dibahu orang lelaki keatas kaum wanita. Kaum lelaki sebagai pelindung, pembela, dan penjaga maruah si wanita. Maka apabila cukup usia seseorang wanita tu, maka harus dia dipinang untuk dijadikan isteri si polan bin si polan.

Para wali (wakil) pulak pun sama, mereka jadi wali dek kerana nak memenuhi tanggungjawab jugak.

Selagi si gadis dibawah tanggungjawabnya masih belum berkahwin, selagi tu lah si wali tu tadi akan cari jugak pasangan yang benar-benar cocok untuk dijadikan pasangan hidup.Orang perempuan tak banyak mainkan peranan semasa memilih pasangan, sebabnya segalanya akan diaturkan oleh wali itu tadi.

Bila cerita-cerita sejarah orang lama berkaitan kisah kahwin ni diulang-ulang, aku andaikan perkahwinan antara LELAKI DAN PEREMPUAN itu merupakan satu ikatan suci bagi memenuhi tanggungjawab sesama manusia. Yang lelaki ada tanggungjawab keatas wanita dan macam tu lah sebaliknya.

The reason kenapa aku highlight perkataan LELAKI DAN PEREMPUAN adalah sebab dalam dunia ini ada manusia sakit yang nak kahwin sesama jenis. Ceh.. orang macam ni kena belajar dengan binatang tentang tatacara untuk hidup atas muka bumi ini.

Bukanlah nak kata yang sekarang ni everything is totally different. Of course sedikit sebanyak masih ada lagi yang tak berubah antara zaman dulu dengan zaman sekarang ni. Tapi dari sudut pandang mata kasar aku, yang berubah lagi banyak daripada yang masih sama.

Bab pemilihan calon suami.. kebanyakkannya wali hanya akan main peranan lepas si gadis tu tadi dah setuju untuk di nikahi oleh lelaki pilihan hatinya. Process screening bukan lagi dilakukan oleh wali.. tapi dilakukan sendiri oleh si empunya diri. Mungkin sebab sekarang ni kita dah pandai berpegang pada konsep .. Yang Nak Kahwin Tu Aku, Bukan Wali Aku…



Perempuan yang muda akan kahwin dengan lelaki yang lebih berusia.. Manakala lelaki pulak akan menikahi perempuan yang lebih muda daripada usianya.

Macam ada sesuatu yang berlaku.. Sekali lagi aku bukan nak menolak faktor jodoh yang menghiasi perhubungan antara bakal suami dan isteri.. cuma hakikatnya sekarang ni.. perkara utama yang di utamakan untuk diambil kira sebelum berkahwin ialah .. DUIT.

Soalan macam .. Bakal suami ko kerja ape? Itu kerap sangat aku dengar.

Ala.. kalau nak harapkan fresh graduate.. kerja apa sangat lah yang dia boleh dapat. Ada kerja pun kadang-kadang tak tetap. Masih lagi dalam fasa try and error la katakan. Kalau kerja tu sesuai maka tahan lama, kalau tak sesuai.. ye berhenti segera.

Kalau pasangan ni sama-sama fresh graduate, dan diorang ni pulak sama-sama konvo masa umur diorang 25 tahun.. bila masanya diorang nak kahwin?

Setahun kerja apa hasil pun tak ada. Tahun pertama ni masih lagi peringkat transition atau peralihan antara zaman belajar ke zaman bekerja. Time ni la kita nak enjoy katak duit gaji yang kita dapat.. ye la… sebelum ni tak pernah pegang duit banyak-banyak, kalau ada pun tu duit pinjaman dari PTPTN.

Buat bayar yuran, beli buku, makan, transport dan itu ini.. bakinya cukup-cukup untuk beli pen dan kertas A4 je. Mana ada lebihan untuk buat enjoy.

Andai kata tahun kedua baru nak start kumpul duit, dan gaji pulak tak besar mana.. mungkin dalam anggaran RM2500 sebulan, kalau masa tu dah mula beli kereta dengan cara hidup yang agak boros.. macam mana nak kumpul duit. Nak simpan duit untuk buat belanja kahwin?

Bukan nak salahkan orang perempuan, tapi banyaknya yang aku perhatikan.. perempuan ni ramai yang cepat nervous bila usia makin bertambah, kawan-kawan perempuan makin ramai yang dah menimang cahaya mata, tapi dia dan pasangan masih lagi dalam peringkat couple-couple.

Biasanya apa yang akan jadi?

Si perempuan ni tadi akan bagi pressure dekat si lelaki untuk speed up process meminang dan berumah tangga, macamlah benda ni semua tak boleh tunggu.

Kalau tuhan izinkan dan beri rezeki maka kahwinlah pasangan tu.. kalau masa tu si lelaki belum ada rezeki.. apa jadi? Clash la.. alasan pun macam-macam la yang akan keluar. Tak sehaluan lah.. tak serius lah.. padahal alasan dia ialah tak ada modal nak buat majlis walimatul urus.

Kalau perempuan tu dah desperate sangat nak kahwin.. cari lah dia pasangan yang lebih tua. Tak kiralah berapa tahun lebih tua sekali pun.. 3 tahun? 5 tahun? atau 10 tahun? Pendek kata asalkan si lelaki tu ikhlas nak kahwin dengan dia, dia akan terima.

Time ni la si perempuan tu tadi jadi pandai berkata-kata..

Rasa kasih, sayang, dan cinta.. tu semua boleh dipupuk dan disemai selepas sah jadi isteri orang. Ini lah yang dikatakan bercinta selepas kahwin.

Pandai la ko ni orang perempuan.. Kesian orang lelaki yang dulu tunggu dan sayang ko sangat-sangat. Tak cukup duit punya pasal.. sanggup berpisah.

Eh.. macam drama pulak kan?


Nukilan : MohdSabree


--------


Ok sekian drama pada hari Rabu yang indah ini. Bai.



 

Tuesday, January 3, 2012

Review B2B Wedding : Rilla

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Majlis : Perkahwinan Rilla and Fuad
Tarikh : 1.1.2012 (Ahad)
Masa : 6.00-9.30 malam
Tempat : AU2 Keramat, Kuala Lumpur.


Lets the pictures sing the songs!!  
Cuba tengok pelamin rilla!!! Simple yet nice. Putih my favorite as usual. Suka panel bunga-bunga tu. English concept i guess. Kerusi cleopatra okkkkk. Time ambik gambar ni, pengantin belum sampai lagi. Thank you tunang sebab snap kan. Awal2 dalam kereta dah pesan suruh dia jadi my OP. Ahaha.


 Guestbook. Tulis guna marker kau. Kasi jelas sikit. 
Lepas tulis, letak dalam peti harta karun ye kawan-kawan.


The gorgeous and cute Rilla :) 
Warna baju lebih kurang champagne ke brown jika tak salah mata memandang. Tudung shawl pun cantik. Ada macam flower ke apa atas tu. Hihi tak perasan. Sorry Rilla. Tapi cantik style gitu.


 I fall in love with the Meja Beradab deco :) Tengok la kerusi dia. Suka!!


Sempat jumpa my twins hahaha panjang story nya kenapa twins, Miss Renee in the houz!!! Sempat gosip pasal makhluk bernama Syd IK itu. Baru tahu kisah sebenar!! Argh malas nak cite, biarlah tuan empunya diri memulakan cerita ya!


Penyanyi nasyid ye tuan-tuan dan puan-puan. Maaf muka hitam.


Ah, doorgift pun sweet sangat3. Cuba tengok dalam dia ada apa. 

Jeng4x

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Sangat cantik Doorgift Rilla. Sudu & Garfu Love. Taktau nak letak mana. Nak guna sayang. Nak sangkut kat almari macam tak reti pulak!




Review:

1) Makanan : Sangat banyak pilihan dan sangat sedap!!! terutamanya sambal sotong. Sama2 cakap dekat EF, rugi tak ambik banyak2 sotong tu. Melepas!! Tak sure Rilla ambil vendor mana. Kena tanya dia. Hikss.

2) Canopy : Rilla guna transparent canopy. Lupa nak snap gambar. My bad. Cantik sangat4x dekat meja beradap tu. Takpe time Renee kahwin ada lagi sebab mereka menggunakan vendor yang sama :)

3) Parking : Susah sikit sebab maybe majlis buat malam. Jadi masing2 nak datang lepas Maghrib. Sudahnya pasukan Rela tak bagi parking dekat rumah. Suruh parking dekat kilang. Huhuhu menapak la sikit. Bak kata Renee exercise sebelum melantak!


Lain lain tak banyak boleh diulas sebab bila sampai2, pengantin belum sampai, lepas tu bila pengantin sampai kitorang (Renee & tunang, Zimie & tunang) sibuk gosiping. Hahahah last2 tengok pengantin dah kat meja beradap. Tak sempat tengok fully baju sanding dia. T_T Okla later Rilla review, pasti cantik baju sanding beliau sebab tengok bahagian atas je dah cantik hahahah gitu ye persepsi cik zimie kan?


Akhir kata, SELAMAT PENGANTIN BARU kepada Rilla dan husband. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat dan ke syurga InsyaAllah. Barakallah! :))



 

Monday, January 2, 2012

Official Videographer Saya Adalah.....

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Ok first of all nak ucapkan HAPPY NEW YEAR kepada semua!! Macam tak percaya dah masuk tahun bersejarah ini. Pada tahun ni jugak akan berlangsungkan majlis bersejarah dan tarikh keramat kami insyaAllah. Can't wait!!

Back to topic. Memang saya dah officially hire THAT videographer. Siapakah gerangan tersebut? Pemenangnya jatuh kepada La Televisio. Nama pun comel. Ala-ala telenovela La Usupadora (saper yang layan la 10 tahun lepas dekat TV3 hikhik). Alhamdulillah pencarian videographer selama lebih 6 bulan berakhir. Lama betul memikirkan mana yang sesuai menjadi OV untuk majlis kami. Seperti diketahui, kepada yang rajin bukak blog ni mesti tahu saya hanya berminat nak hire OV untuk majlis NIKAH sahaja. Al maklumlah budget yang sedikit mencengkam leher ini.


Bila tengok ex-b2b Syima promot adik abang iparnya, Azli (dia ni dari Peveyheck Photography if I not mistaken) tergerak jugak hati ni nak tengok hasil nya. Jadi saya pun pergilah berjalan2 di alam maya untuk survey2. Sebab nak senang, syima suruh PM direct dekat FB Azli. Ok menurut perintah. Masa tu lebih kurang 23 Disember 2011. Penuh la masa ni dengan PM Azli dekat FB dia. Azli remind lagi pada 29hb tu (Jumaat) katanya promo tu akan berkahir 31 Disember 2011. Inilah promo nya.

NIKAH + SANDING = RM800.

Gulp. Telan air liur kejap. Selalu survey 1 event RM1500 ke atas. Plus dapat banyak positive feedback dari ex-b2b yang baru melangsungkan perkahwinan, Linda dan Ida Nur Cahaya. Semua ni menggunakan khidmat brader Azli from La Televisio tau. Cuma video Ida belum siap sebab baru shoot kelmarin.

Apa lagi, tepat jam 11.41 pagi tarikh 31 Disember, saya dengan megahnya nak mengumumkan, saya telah pun membayar  RM100 sebagai deposit daripada total RM800 tadi. Tulah lain yang diplan, lain yang menjadi. Last2 ambil jugak untuk nikah dan sanding. Termakan puji raya brader Azli. Hahah ok ok tak salah kan beliau. Diri sendiri yang terpengaruh sekian terima kasut.

Terus cakap kat Syima "Syima, suruh your BIL buat betul betul tauuuu" Ugut kakak ipar dia. Kakakak

"Ok, kalau dia buat macam XXX, I akan saman dia terus" I keep your words kakak syima. Apa-apa jadi I kejar you okkk. Hahah simpang malaikat 44. Harap2 semua nya menjadi seperti yang diharapkan. Jangan la ada apa-apa pulak kan. Nowdays banyak sangat bad reviews pasal vendor sekian sekian. Haih pening nak buat keputusan. Harap keputusan yang dibuat ni adalah betul. Ya Allah kau tolong permudahkan jalan pengantin budget ini. Amin.

Nak tengok antara hasil La Televisio?

Boleh lihat sini --> {LINK} dan {LINK}

Bila dah bayar deposit tu happy sangat4x. Lega rasa kepala hotak ni. Padahal dulu macam2 OV yang aku carik dan survey. Last2 tak jugak amik dia huhuhu maybe bukan rezeki anda. Next time la yek! Hihihi tunggu la untuk aqiqah anak pulak ke??? Errrrr.

La Televisio, walaupun nama baru tapi saya percaya kan anda. InsyaAllah jika buat sesuatu kerana Allah, semuanya akan berjalan lancar. I trust you Azli :)