Sunday, December 9, 2012

Review : Hotel/Homestay

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Hai semua. Ok cukup sebelum saya tak update belog kahwin ni T___T. Bila nak review ade je penghalang. Orang yang dah kahwin je kot paham perasaan ini huehuehhh.

Untuk yang ternanti-nanti story saya, cewah. Memandangkan harini hujung minggu, dapatlah rileks sikit. Kebetulan Selasa depan Selangor pun cuti hihihiks. Ada lah masa sikit nak merapu dekat sini. Actually saya cuma nak review mengenai Hotel/Homestay yang saya tempah khas untuk saudara mara yang datang dari jauh. Semua persediaan dan pemilihan homestay telah pun diukir di entry yang lepas2. Tengok jela sini, malas nak tulis 2,3x heee {LINK}

Hotel semasa majlis persandingan berlangsung, saya dan family book di Taha D'Kelana (Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya).  Tujuan utama pemilihan hotel ni sebab ianya terletak bersebelahan dengan dewan sanding saya di Dewan Gemilang Felda Kelana Jaya. Info boleh dapat di sini. {LINK}

Taha D' Kelana Tabung Haji
Picture courtesy of Facebook Taha D'Kelana

Tak ingat pulak harga berapa tapi affordable dan mampu milik yang penting hihih. We ols last minute (masa nak bayar deposit tu), tempah sebanyak 10 bilik sahaja sebab yang semua ni ikut kuota yang confirm akan datang. Memang kena bayar deposit cuma tak ingat jumlah tu sebab ayahanda yang sponsor ;p Tapi yang penting kena bayar dulu, baru dapat kunci. So kunci dah dapat, bila saudara mara datang, boleh terus masuk bilik tu. Tempah semalamam sahaja sebelum majlis bersanding keesokkan harinya.

Cuma ada isu sedikit pabila ada saudara yang datang last minute (datang dari jauh!). Datang 3-4 buah kereta pulak tu. Dah datang bukan nak bagitau awal-awal. GRRR. Nak suruh tidur dekat rumah kitorang, errrr takde ruang. Sempit dengan barang-barang. Rumah bukannya macam rumah banglo huhuh. So on the spot, ayahanda ke sana tempah on the spot. Yang 10 bilik tu memang dah ditetapkan untuk yang 'confirm' datang tu. Phew kelam kabut call sana sini. What happen if takde bilik kosong??? Time tu cuti sekolah, paham-paham je le. Kesian tengok ayahanda ulang alik uruskan 'mereka' itu. Geram pun ada huahua. Nasib lah ada 2 bilik kosong. So sumbat jela mereka-mereka dalam bilik tu. Ayahanda cakap macam tin sardin hohoh. Nasib lahai badan.

So far saya taktau macam mana rupa bentuk hotel ni sebab tak sempat nak uruskan. Suruh ayahanda dan bonda je turun naik hotel tu berurusan dengan manager situ huehue. Tapi tengok eveything ok je. Bonda puas hati gamaknya lah. Harga tu yang penting, harga hahaha. If mahal, tak jugak lah pilih hotel tabung haji ni. Maybe ke tempat lain yang lagi jauh. Tapi memang convenient lah hotel ni. Untuk yang nak kahwin dekat area Kelana Jaya ni, memang saya rekemen hotel tabung haji ni. Tapiiii sila booking awal, takut clash dengan musim haji, bilik penuh hoho.


Homestay semasa majlis bertandang pula, side family lelaki tempah di Zamita Resort & Homestay, Sabak Bernam. Yang ni ingat pulak harganya RM70 semalaman. Ada aircond, katil saiz besar (Queen size if not mistaken). Toilet pun ok, bersih. Ada TV. So far cukup la serba serbi. Cukup la untuk nak makeup pada hari tersebut. Tak tidur pun sebab family semua datang balik hari je. Bonda cakap takyah tidur. Depa datang dengan 3 buah kereta (wakil belah perempuan). So sampai2 lepak2 sekejap then terus ke rumah pengantin lelaki.

Untuk info lebih lanjut boleh ke website dey all. {LINK}

So far alhamdulillah perjalanan untuk booking membooking serta duduk di homestay/hotel ni berjalan dengan lancar even ada isu 'kecil' sikit tapi dapat kami tangani dengan baik! Ewah. Pasni if tiba-tiba family nak bercuti ke rumah husband, boleh la stay dekat Homestay tu lagi. Affordable dan selesa. Loikeeee. Recommended  Actually Sabak ada banyakkkk homestay tapi lain-lain tu dah penuh. Nak stay dekat Hay Resort sekali penuh dah T_T. Cuti sekolah kan. Yang tu pun husband cakap recomemended tapi cepat fully booked hohoh. Apa pun resort yang kitorang duduk tu pun dah kira best dan puas hati. :)

Jadi, itu sahaja yang kisah yang ingin dikongsi. Nanti saya review yang lain-lain pula ye. Kalau rajin ;p ;p ;p

Till then.

 

2 comments:

  1. Hye mommy... :) ooo la xtau plak kat tabung haji tu ade hotel... ;) ni baru tau..heheee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hola renee dear.hehe i pun sbb buat majlis sebelah tu.kalo x, memang xtau gak..

      Delete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)