Sunday, September 23, 2012

Video Dah Siap!

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Syukur alhamdulillah video nikah dan sanding dah siap. Tak fikir pun seawal ni sebab dapat tau ada bau-bau kurang enak pasal my videographer ni. Saya taknak elaborate banyak-banyak. Itu antara dia dengan customer(s) nya. Mungkin yang dah pernah alami tau pasal ni. Sebab tu semacam dah redha dan pasrah if anything happen to my videos.

Seriously, saya langsung. Ya langsung takde sms/email abang azli, La Televisio. Sebab saya pun taknak video tu siap awal. Boleh lak gitu??? Huhuh. Bukan nak over ke hape tapi thats the truth! Kebetulan time dia nak bagi tengah bulan, gaji belum masuk oh. Siap sms semula cakap nak ambil akhir bulan/ awal bulan. Last sekali abg azli cakap "Takpe, boleh ambil dulu. Nanti boleh tengok dengan keluarga dan rakan-rakan. Bayar lepas awk dapat gaji pun boleh" Aikss ada jugak vendor macam ni. Kalau vendor lain mam*** taknak layan. Siap kena maki hado huehue. Agaknya dah rasa bersalah lah tu kepam video orang lama2. Ada baiknya juga. Ada hikmah gito.

So petang semalam my husben gi pickup hasil tangkapan di Bt Caves tapi bukan ambil dengan azli tapi ambil dengan abangnya. Azli shooting wedding di tempat lain. Its ok yang penting aku dapat video nye muahaha.

Serious tak sabar. Pulak tu husben gitu gini ulang alik pukul 10 malam baru sampai rumah. Meroyan aku nak tunggu hahaha. Then, sejam setengah melayan video tu. Dapat 3 video. 1 highlight nikah dan sanding. Lagi 2 raw videos. Nikah dan sanding. 

Seriously video best dan cantik editing. Sesuai dengan harga sebanyak RM800 itu. Berbaloi. Murah gila. Mana nak dapat tempat lain? Tapi itu dulu. Book pun last year. Now harga dan naik dan now aku dengar cerita2 yang tak best pasal abang azli tu. Hope dia dapat lah setelkan customer2 dia yang lain tu ye. Jangan kerana nila, rosak susu sebelanga.

Inilah cover video tu. Nak tunjuk video betul, tunggu jela abg Azli upload dekat Facebook. Katanya later akan upload sebab internet problem. Tunggu dan lihat jela.



Very the nice cover DVD tu to me. I loikeeeeeeee. Video dalam tu lagi best hihi. Masuk ni 3x aku tengok. Pengsan. Rabak mata ni. Setiap kali tengok mesti gelak-gelak. Kelakar tengok Bonda dan Ayahanda bagi ucapan. Dah macam ucapan pertabalan diraja pulak. Sekali ayat Dewan Bahasa dan Pustaka keluar daaaa kahkah. 

By the way, thanks to Syima sebab kenalkan abg Azli ni. So far, saya takde masalah bekerjasama dengan abg Azli. Yang penting dia tau apa nak buat. Just jangan push dia lah kot huhuh entahlah lain orang lain cara nak handle kot. Alhamdulillah selepas 3 bulan lebih, baru lah video kahwin siap. Tapi dah remind husben, kalau lebih 6 bulan tak dapat jugak, memang kan ku kejar abg Azli sehingga ke lubang cacing muahaha. 

Ok ni tengah burn masuk dalam DVD lain. Nak gi hantar/pos dengan orang kuat a.k.a saudara mara, kawan-kawan. Hiks. Till then. Bye.

 

20 comments:

  1. dah dapat tengok nanti bagi link ye.. nak tengok jugak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah kalau ada kesempatan, akan ku sebarkan link itu ;)

      Delete
  2. zimie..bestnye awak dh dpt video...nina pun amek dgn azli gak..dah 4 bulan kawen ni..tp xdpt2 gak..sobss..risaunyeee...dah byr full ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula nina,ramai dah terkena camni.hope cepat2 lah azli setelkan video awk.huhuhu ikut nasib agaknya video kita cepat siap

      Delete
  3. We hired him too :( Husband dah bengang, but I tawakal je la. He was nice, so I thought he could use some time finishing all the videos? Hehe.

    But only that, his wife insisted us to pay fullafter the wedding. Aish.

    ReplyDelete
    Replies
    1. U nye majlis bila dear? i rasa dia tgh try habiskan kerja dia yang pending tu.just give him time lah kot huhu sabar tau.if takde jugak,barulah u serang dia.hihi.i pulak jenis bayar deposit haritu.ni pun belum sempat bayar full payment..

      Delete
    2. 7th July. Yes I know dia busy, thats why I cakap ngan husband relax dulu. If we keep on pressuring him lain pulak jadi nanti. Hehe.

      Anyway, nice blog! Hehe

      Delete
  4. Replies
    1. kalau tak keberatan, nanti i send u a copy of dvd keh.ingatkan zimie kalau terlupa hihi

      Delete
  5. nak tengokkkkkkk....pewitttttt ada muka i yg comot..hahah =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak nyempat nak upload kat utube.nanti ehhhh :p

      Delete
  6. Replies
    1. takde lagi la lind.bz bebenor nak tepek kat blog ni ha

      Delete
  7. cantiknye dvd cover :) congratz 4 ur wedding.. i'm ur new follower, jom snggah my blog :)

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. kalau dah ada boleh la tengok ye.

      Delete
  9. bestnye zimie...yg dah byr full ni pun ramai xdpt2 lagi.tak paham la..aishhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula nasib ni rina.sabar ye.nanti u punya dapat lah tu.tungguuuu..

      Delete
  10. untung la zimie dah dapat. my friend pon tak dapat lagi.. dah 5 bulan..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)