Saturday, August 11, 2012

Review : Pelamin Nikah

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Saya mempersembahkan cerita tentang pelamin nikah ;p

Oh hitam putih kehidupan. Kisah sebelum terjadinya makhluk yang bernama pelamin.

Bapak tengah DIY platform untuk mini pelamin nikah. Kanan tu tengah sangkut bunga artificial atas tempat sangkut langsir tu (taktau apa namanya). Terima kasih bapak sebab DIY kan pelamin anak kesayangan nya ini sobsob tetiba nak tacing :'|


...and after a while, pelamin berubah wajah jengjengjeng ;p

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tadaaa

My simple DIY mini pelamin nikah. Simple2 tapi nak buat nya berhari2. Pengsan. Tu pun mintak tolong kawan Bonda, kak Liza. Dia punya hasil tangan lah ni. Saya tukang tengok dan komen dan tukang kaknam kahkah.

Lampu chandelier sewa dari Puan Lindan. 2 biji. {LINK}

Sofa/kerusi pelamin beli dekat Mitaly. Harga boleh tahan gakla. Nasib ada diskaun. Now sofa tu bersemadi dekat ruang tamu rumahku. If ada sesiapa nak sewa, dipersilakan heheh $$$$$.

Pasu bnga kiri kanan ada kawan bonda tolong gubahkan. Aku sendiri taktau harga berapa sebab Bonda cakap "Yang tu takyah tau la" Sobsobb terharu sebab Bonda dah banyak spent duit. Ampunkan anakanda yang miskin nih.

Backdrop, bekas kotak letak bunga, kain bulu semua beli sendiri. Ada beli dekat City One Plaza, ada beli dekat Fahlean. If sesiapa nak sewa dekat saya pun boleh. Ecece promot pulak hahaha. Boleh pergi dekat my page rental ni keh. {LINK}. Bear in mind, kain bulu ni memang mendapat sambutan hangat macam goreng pisang panas!!! Phew ada tarikh yang dah fully booked. Siapa cepat dia dapat hehe.

Telur pindang dekat bekas pahar tu pulak, saya tempah dekat Akak Ennie. Lokasi di Shah Alam. Recomended. Service baik. Akak tu pun peramah. Siap poskan sample telur by poslaju free of charge. Tak macam sorang vendor tu hahaha jahat aku (kisah lama jangan dikenang). So if sesiapa perlukan perkhidmatan telur pindang, saya rekemen uols tempah dekat Akak Ennie. 

Telur Pindang Warisan Berzaman.  Website. Facebook.


Bekas bunga pahar pula sewa dekat Nora. Murah je. Serius jimat banyak. Kalau sesiapa nak sewa gak boleh  ke Facebook Nora keh. {LINK} Berbaloi-baloi i tell you. Selain tu, paper lantern dan easel pun sewa dekat Nora :) 
*macam dalam gambar atas nih*


Bantal nikah (bentuk bulat otomen rasanya orang panggil) ada dua sebenarnya. Satu atas buntut ku. Satu atas buntut suami hiks. Sewa bantal dengan Puan Lindan (takde kene mengena dengan lindan pemain badminton tu ye) Sesiapa berminat boleh ke blog Linda keh. To me harga murah compared to others ;p


Keluarga belah perempuan :')


Keluarga belah lelaki. Ok mama dengan abah je ada. Adik beradik suami mana entah menghilang hohoho.


Oh my besties. Rakan-rakan sekolah rendah! Best gila korang datang. Sungguh tak sangka ada gak yang nak datang time nikah ku :D Love ya all so much!!


Renee and hubs. Heh thank you for coming Renee. Susah2 je Renee datang bawakkan i lovely hb tuh ;p

Secara keseluaruhannya, saya puas hati dengan mini pelamin nikah ni. Walaupun nampak simple tapi ada banyak sentimental value di situ yang membuatkan saya teringat sampai sekarang. Thats the most important part. Cuma nak DIY ni kena pikir lah 100x kan hahaha. Sanggup dengan tak sanggup. Macam Bonda aku dia sanggup sebab tu dia tak kisah. Yang penting hasil tangan sendiri. Mintak tolong kawan sikit-sikit tu biasa la heeeee.

Apa pun, aku memang happy sangatlah sebab family, kawan-kawan serta musuh (eh tipu) hadir untuk majlis nikah tempoh hari. Kak Liza yang bertungkus lumus selama seharian stay dekat rumah dan sanggup ambil cuti nak design pelamin tu. Tak lupa jugak rakan yang baru aku kenal, Renee. You are such an inspired creature I've ever seen hahah peramah pulak tu. I doa bisnes u maju. U buat full time jela, habis cerita eh eh :p

Okla esok lusa nak cerita pasal hantaran pulak. Mentang-mentang softcopy dah dapat,kemain laju review hahahaha. Plus syukur sebab aku tak puasa ni sihat lah sikit. Boleh la menaip di papan kekunci nih hehehe.

Till then. Bye!


 

13 comments:

  1. cntiknye HB renee..n sweet la majlis awak..i love it..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah cantik kan, saya suka juga hihi

      Delete
  2. cantik sangat zimie !!! thank you for the link dear :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome nora.mana yang best,zimie share jela dgn b2b lain heh

      Delete
  3. simple and sweet.. congrates~~ =)

    ReplyDelete
  4. patut la tersedak tapi rupenye ade org sebut nama..hehheee... yay ada pic i skali..tq zimie 4sharing..(yeay posing begitu buat i nampak kurus..haha!) :D n tq for ur prayers too...i pon mendoakan biz printing u bertambah maju jaya.. shayang dier.. hikhik *blushing* ;p eh tetiba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi u skrg lagi kurus kan, mane tau ade something inside your tummy?jengjeng.shayang dirimu jua renee heh.your picca byk gila dekat softcopy nih.ade je muka u enterframe hehe

      Delete
  5. kerusi pelamin tu nak buat sewa tak? nak quotation..pm me natulzakaria@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat dear, ok done email quotation.check inbox k :)

      Delete
  6. berminat dgn kerusi pelamin. tolong emel sy: awa_jom56@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. sy pun nak tau harga kerusi pelamin..boleh email ke emah_sr85@yahoo.com

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)