Monday, June 18, 2012

Review : Mas Kahwin & Batal Air Sembahyang

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Ok ok sekonon-kononnya semalam buat survey untuk review mana satu, last-last aku tak follow gak survey tu (=.=') Maap. Bila dah tanya, baru teringat gambaran banyak dekat OP hoho. Cuma teaser jela ada sikit. So kita review benda lain jela, boleh? Tak boleh sudah, bluwwek ;p

Kali ni nak review pasal majlis nikah dulu lah. Firstly mengenai mas kahwin dan batal air sembahyang. Suka lah part ni, lagi-lagi melibatkan emas wakaka. Bear in mind, aku tak suka emas hokeh. Tapi bila orang hadiahkan, of coz la berbunga-bunga je hati ni, lagi-lagi sang suami hadiahkan kehkeh.



Mas kahwin = dinar
Batal air sembahyang = rantai tangan


(l-r) dinar, rantai tangan



Mas kahwin ber'dinar' emas tu idea si suami tuhler, ingin benor nak ikut macam ahkak-ahkaknya. Dulu kakak dia kahwin, abang ipar bagi dinar. So kira warisan turun temurun lah ni. Idok kisah la kan, yang penting mas kahwin tu mesti melebihi jumlah kadar mas kahwin negeri Selangor yang bernilai RM300. Ikut harga pasaran sekarang, 1 dinar je dah dekat RM700++ hokeh. Dah macam zaman kesultanan melayu pulak bagi dinar. Selalunya orang bagi wang ringgit. Gituw, kau hado?

Dinar ni, suami beli dekat Public Gold Dinar di Sunway. Ada website rasanya, boleh gak Google ye sayangs-sayangs sekalian hehe. Dulu sang suami beli sebelum tunang lagi. Masa tu murah lagi. Banyak gak bezanya, beli akhir tahun 2010. Gila awal prepare! Maklumlah benda cepat naik ni, mesti la beli awal. Kami bukan anak orang berada. Semua benda nak prepare awal. Syukur alhamdulillah bila selesai sedikit demi sedikit, kepala tak pening sangat. Weeee ^_^ 

Dinar ni kecik je. Suami suruh buat loket rantai. Errrrrrrr rantai pun saya takde. Encik suami taknak hadiahkan ke untuk saya? *blink blink mata*

Batal air sembahyang pula, suami hadiahkan rantai tangan emas. Beli dekat Tomei PKNS Shah Alam. Curik-curik beli masa tu saya ada kerja luar di Shah Alam. Ya saya beli sendiri pada pertengahan tahun lepas sebab nak ikut design yang disukai heheh. Plus dia tu busy sangat, takde masa nak membeli. Plus masa tu emas tengah naik, so risau kalau lambat beli, harga emas lagi naik. Sekali tengok-tengok, harga emas tahun ni jatuh mendadak. Rugi huhu. Banyak gila beza. Sobsob takpela redho jela. Yang penting dapat design yang aku nak dan ikut budget suami tersebut. Dia bagi green light, kita proceed jela hihi.

Baiklah, setel review yang pertama heeee.

Ada apa-apa soalan? Eceh macam baru lepas buat talk pulak. Bye.




Info: Mas kahwin ni wajib ada masa majlis pernikahan sebagai tanda hadiah untuk bakal isteri. Mas kahwin setiap negeri berbeza. Sila rujuk kaunter pertanyaan berhampiran ;)

 

19 comments:

  1. ada soalan. nanti mas kahwin saya pun dinar dari public gold. macam mana nak buat loket ye? x kan kena tebuk lak dinar tu. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai azura, terima kasih atas soalan tersebut hehe. pergi je kedai emas, nanti dia akan buat pengikat dekat rantai tu :)

      Delete
    2. maksud saya pengikat antara dinar dengan rantai tuh la heee

      Delete
  2. so lovely zimie. Alhamdullilah selesai sudah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks nora hehe tuhlah alhamdulillah

      Delete
  3. so, nak beli emas bile ni? tak tahu lagi bila nak kawin tapi bau bau bacang dah ade.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sure dear, sbb kadang2 orang kata emas naik, kadang2 orang kata emas turun, depends pada ekonomi skrg.saya pun takleh nak advise sangat bab tu huhu.macam saya beli aje once duit tu ada,risau TERbeli benda lain hihi.

      Delete
  4. yeay.. kita pun bagi dinar emas pda encik suami.. eh, tapi bukan mas kahwin/duit hantaran tau.. bagi sebagai hadiah.. sebab dah banyak sangat en suami bagi.;. kite pun kene balas balik.. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sistem barter eh hana?ok gak tuh.ni sorang je dapat.suami tengok dari jauh jela heheh

      Delete
  5. cik zimie eh..puan zimie dah mcm kaunter pertanyaan dinar emas dah..hehe..best la dinar emas turun temurun..

    ReplyDelete
  6. x tawu plak harga emas dah jatuh..rugi2..sy pon beli awal..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. jatuh ler jugak.sabo jela kan hehe

      Delete
  7. Saya punya wang hantaran pakai dinar emas jugak..tp dinar kelantan...beli masa mahal...bila time kahwin harga jatuh gila2...beza semua seribu lebih...huhu, rugi jugaklah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dinar kelantan lain sikit dengan dinar saya kan, spesel sikit rasanya hehe.nak buat camne kan, time tu kita ingat harga emas akan naik sobsob

      Delete
  8. bagus tul zimie update pasal kawen..mcm i tunggu brape bulan baru nak update..hahaaaa ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha bz sangat tu, banyak keje nak buat eh renee?larikkkk ;p

      Delete
  9. salam...sy watie...nk tanya skit...sbb sy ni sulong .. so xde pgalaman lg dlm famili..insya allah bakal mndirikan rumah tangga hujung tahun depan...

    sy konpius bab hantaran... tunang skali harung nikah je nnt..soalanya :-

    1. cincin tunang tu mmg disekalikan bersama barang hantaran tu ke? contoh barangnye 7..termasuk cincin tunang ke?

    2. mas batal air sembahyang tu asing ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,

      1) sepahaman sy cincin tunang diasingkan.tak termasuk hantaran.so kalau dulang nya 7, tambah lagi 1 dulang atau boleh suruh mak kepada bakal tunang pegang pun takpe (means takyah dulang). just stick 7 dulang utk barang2 sahaja. tp semua ni adat. terpulang pada u. tak semesti adat kena ikut :)

      2) mas batal air sembahyang tak asing. semua termasuk dlm dulang hantaran.

      Delete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)