Tuesday, June 26, 2012

Review : Dewan Gemilang Felda

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***
(Amaran : Entry panjang berjela. Sila besarkan bijik mata anda)


Mahap la. Saya terlalu rajin mengupdate. Tiba-tiba minggu ni penyakit R melanda. Kuasa kamekame ha menguasai diri agaknya.

Now masa untuk update dewan pula. Entry khas untuk my second twins, Fiza. Tq fiza sebab sudi baca belog zimie yang tak seberapa ini :) Hehe ingat Renee je my twins, rupanya raaaamai lagi bersanding dekat Dewan Gemilang nu. Kau hengat kau sorang je ke nak kahwin dokat situ?

Ehem *clear throat* Untuk pengetahuan semua (yang mana banyak kali saya tegaskan, tegas kau), saya bersanding di Dewan Gemilang Felda, Kelana Jaya. Ya dewan baru tu. Salah sebuah dewan baru under Felda.

Nak tunggu OP lambat sikit. Ni dapat dari my second OP, Salim dan ada a few curi dari vendors, keluarga dan rakan-rakan rapat. Biasa dah si pencopet ni. Mari. Lets cekidaut bebey.

Pintu Gerbang. Flowergirls mengiringi pengantin masuk dewan, lalu dekat karpet merah. Time ni semua mata memandang. Camera klik sana klik sini. Macam artis jemah rasa. Nervous gilos nasib kasut tu tak terpeleot ke hape. Tak biasa lah saya pakai kasut tinggi mengunung.

Naik dah atas pelamin. Perasaan masa atas ni bercampur aduk. Maklumlah 1st time naik pelamin ahaks. Time ni OP asyik suruh senyum sengih senyum sengih. Lenguh rahang tahu?

Kompang, selawat. Lama juga time ni dekat 10min. Masa ni baru kitorang rasa panas dan suruh pengapit kipaskan hehe. Tq bff arina xoxo!

Our MC merangkap team BPG (rakan-rakan Bonda)

Bonda dan ayahanda bagi ucapan terima kasih blablabla. Teks ucapan 8 mukasurat. Ayat kamus dewan macam biasa. Siapa entah yang makeup kan Bonda aku ni. Putih benor, kalah pengantin

Meja VIP dan meja beradap.

Suasana majlis. Nampak tak atas tu? Atas pun ada buffet juga tapi untuk keluarga dan sanak saudara je. Seronok sebab buffet diberi seawal jam 11 pagi. Jadi lepas dah kenyang, baru la boleh 'dera' mereka hahaha. Semua ada task masing-masing. Ada jaga doorgift. Ada jaga pintu masuk. Ada jaga lif. Ada jadi bendahari collect duit.

Suasana majlis. Macam biasa ni sanak saudara. Gelak sakan ayahanda. Apa agaknya dibualkan ye.

Bila dah makan beradap, masa untuk potong kek. Tema sudah tentu gold dan turquoise :) Tak dapat nak merasa cakes ni sobsob

Belakang tu disediakan meja untuk letak doorgifts. 

Guestbook corner. Seawal jam 9 pagi, saya dan keluarga tiba dan setting meja. Time ni Diba dan Sepol dari The Photobooth Corner pun tiba untuk setting photobooth sebelah ni. 

Berada di dalam jajahan Photobooth corner. Lentok manja lah tu ye?


Sebenarnya gambar adalah saaaaaaaaaaaangat banyak. Tapi saya review awal-awal sebab nanti dah masuk rumah baru, dah puasa, dah raya, confirm penyakit M menjelma hehehe. Apa pun, happy sangat dengan service di Dewan Gemilang Felda nih. Daripada makanan, operation site, setting dewan, pelamin thanks to Auntie Sue!! Vendors pun semua bagus-bagus. Before kahwin cuak jugak, jangan lah vendor buat pasal. End up, semuanya berjalan lancar. Senang cerita, saya puas hati sangat10x!! ;D

Memang nampak macam "Eh macam mahal je dewan ni" Actually time kitorang book iaitu tahun lepas, dewan ni tengah adakan promo. Pakej diberi masih under budget sebenarnya compare to dewan-dewan lain. Rasanya dewan dekat Putrajaya lagi mahal. Serius. Sebab tu lah kami pilih dewan ni. Dapat pula D'Saji yang tak boleh disangkal lagi kesedapan makanannya (eh ada ke words ni). Rezeki kahwin kot hihi. Thank you Allah.


Tips sebelum saya mengakhiri kata-kata:-

1) Jangan lupa sediakan plastik atau tupperware in case makanan tak habis, so boleh bawak balik. Macam kes saya, plastik dah beli tapi lupa nak bawak pulak. Rugi makanan yang berlebihan tu T_T

2) Lebih baik hire seorang Floor Manager untuk kelancaran majlis. Kawan Bonda, Syah ditugaskan menjadi FM. Beliau lah yang jadi runner, panggil pengantin turun. Ala-ala pandu arah gitu la. Nak kena naik pelamin pukul berapa, etc etc. Memang efisien, cepat dan tangkas serta tuntas!

3) Sila tambahkan items ini dalam pakej makanan anda; teh tarik. Orang kata sedap gila10x. Orang lah kata, sebab saya tak dapat merasa (-.-)



Untuk sesiapa yang takde dewan kahwin lagi, cuba la survey-survey dewan ni. Boleh masuk dalam list korang ye. Goodluck!

 

30 comments:

  1. Yeay ziema suka bila tengok sedara mara semua tolong. Rasa macam wahhh happening gile.

    Eh eh sedap eh kalau ada teh tarik? Yummy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang happening ziema! bes tau. haah teh tarik sedap hokeh hehe nyummm!

      Delete
  2. beshnye.. kalau semua ikut yg dirancang dear..doakan urusan i pon ok...

    ReplyDelete
  3. waaa...meriahnya..:D

    tapi saya buat majlis kat rumah je nanti..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat rumah lagi best dear.mesti meriah gak tu hehe

      Delete
  4. nampak meriah n cantik sangat...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks dear :) eh eh lama x dengar cite, salu je menyibuk dekat blog ain tu hee

      Delete
  5. meriah nya zimie. Suka tengok. Tang teh tarik tue, terbaik ar. Memang sedap kalau dapat minum teh tarik sambil santai santai ngan sanak saudara. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah betul tu ain.ramai2 sambil bergosip dgn sedara mara heee.cuma rugi je zimie tak dapat merasa.adehh

      Delete
  6. yunk...mesti masa bonda ayahanda berucap 8 mukasurat zimie da lenguh2 bahu dok duduk tegak tu kan....mesti dah rasa nak duduk bawah bersila....ekekekeekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang la eimy.siap panas lak tu.naseb ada pengapit kesayangan di sebelah, boleh tolong kipaskan hehe.

      Delete
  7. zimie..
    sangat cantik n grand
    sy jeles.hahaha
    keje aku ni dok jeles dgn org je

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq didi.jeles yang baik takpe.eh boleh lak gitu haha

      Delete
  8. aku paling suka pelamin, makanan. :) thanks alot zimie!

    ReplyDelete
    Replies
    1. both of it memang best!! welcome diba :)

      Delete
  9. Replies
    1. insyaallah nora, jika diberi masa dan kesihatan yang baik!!

      Delete
  10. Salam...tumpang tanye...did you use felda in house decorator for pelamin etc?

    ReplyDelete
  11. Wslm, yup i guna felda nye vendor utk pelamin tuh which is sonia sofia bridal.

    ReplyDelete
  12. Salam..nak tanya something pasal dewan ni..tp nak tanya kat email boleh?tq.. ni email saya.. lia.farhana@gmail.com

    ReplyDelete
  13. Salam..nak tanya something pasal dewan nie..tapi nak tanya kat email boleh? ni email i.. lia.farhana@gmail.com..tq

    ReplyDelete
  14. Dewan nie sebenarnya dkt asrama sya duduk dulu..mmg renovate gila2..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)