Monday, June 25, 2012

Review : Baju Sanding & Veil

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Sepatutnya nak review pasal pelamin nikah tapi gambo nye kelam kabur mata pemandangan. Jadi saya kansel. Kita review pasal baju dulu boleh? Heeee. Ya baju sanding kegemaran ku. Sangat sedih bila nak pulangkan baju tu huhuhu. Oh baju, kenapa cepat sangat kau nak meninggalkan diriku. Tapi kalau buat sendiri mahal pulak. Sebab tu sewa baru je. I love my baju sanding to the max!!! Tak sia-sia review positif dari a few ex- b2b bloggers Lisa, Cha. Diorang pun hire servis Readzul Creation. Pendek kata, Zul memang the best asbestos slurppppppp nyum nyum!!


Sebelum saya membebel tak tentu kalu, meh layan gambar ok :)

Gambar from my OP.

Second OP, Salim (kawan ayahanda)
Dari depan. Nak tonjok rupa baju lah ni

Dari belakang. Nak tonjok kain flowy itu hehe tak panjang sangat Zul buat. Takut menyapu sampah hagaknya.


Tema : Gold + Turquoise (Tercapai jugak impian Bonda dan saya nak warna baju camni hikss)

Baju sanding:  Mini kebaya (kata si Zul lah) + Baju melayu. Tak sure jenis material apa yang digunakan. Tapi untuk mini kebaya tu lace dan chiffon for sure. Sebenarnya kami nak buat konsep moden, last-last disuruhnya sang suami pakai tanjak dan keris. Plan changed last minute. Tak pelah, yang penting baju tu cantik di mataku.

Veil : Termasuk dalam pakej. Just a sweet and simple veil. Ada patching lace and beads dekat kain net. Mak jemah suka sangat simple-simple ni ok.



Zul bukan sahaja buat baju aku tapi dia juga yang tolong makeup untukku masa majlis sanding haritu. Ok later we talk about this. Nanti dah masuk review pasal makeup pulaks. Tungguuuu.

Kisah baju sanding ni pun 2,3 kali la diskas dengan Zul. Yang penting saya request 'kain flowy'. Itu paling penting. Bahagian atas saya tak hirau sangat hahah. Tapi ada jugaklah dia nak letak button dekat depan baju tu tapi saya cakap takmahu. So dia letak zip/button tu kat belakang. Sebab tu lah agaknya baju tu nampak kosong je kat depan. Agak sexay pun ye jugak. Nak buat camne, bahagian dada tu mengembang tak kena gaya. Gen keluarga memang gitu.

Dan alhamdulillah hasilnya memang best dan kevavom!!  Plus, suka gila dari baju, tudung, veil, kasut!! Semua buat baru kecuali kasut. I think rotate tuh. Takpe bahagian kaki bukan orang tengok sangat agagaga. Tu semua termasuk pakej. 

Baru paham perasaan orang lain yang dah kahwin "Nak sanding lagi sekali boleh?" Sebab perasaan nya seperti raja dan permaisuri. Dah nama raja sehari kan. Makan pun dihidang. Pendek kata semualah orang buatkan. From head to toe. Alhamdulillah inilah nikmat berkahwin agaknya hihi. 

Thanks a zillion to Zul and the team for making my dreams came true. Baju sanding yang Zul buat tu memang cantik sangat dan kemas. Makeup pun semua orang suka tengok. Ada tu yang tanya saya tentang ini. Memang terang-terangan lah saya promot Zul ;p Wah murah lah rezeki lepas ni. Kalau kita bagi servis terbaik pada orang lain, rezeki akan datang mencurah-curah InsyaAllah. Bak kata pepatah omputeh, benda baik dibalas baik. Ehhhhh :)



 

11 comments:

  1. cantik baju tuh!! sy pn berkenan... tak terpikir plak gabungan kaler gold n turquoise...aiyaa~ @_@

    *memang terase nak kawen sekali lagi.. ^^*

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kebetulan je ni sebab mak zimie suka gold.its ok dear.benda dah lepas jgn dikenang :p

      Delete
  2. cantek warna tuh..sesuai ngn zimie..sy suka!

    ReplyDelete
  3. Puan Zimie... cantik sangat baju awak...
    Hana pun masa nak pulangkan baju pengantin tu rasa mcm tak nak pulangkan..! nak simpan buat kenangan.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq mommy hana hehe.tuhla rasa nak simpan je.tak sedar diri hanya meminjam tsk tsk :p

      Delete
  4. iyaaa baju kamu cantik sekalikkk. rugi i xamik full pakej dgn readzul(cerita lama jgn dikenang) hahaha. yg penting u meletup. haha

    ReplyDelete
  5. zimie sayam..kita suka sgt baju awk.cantik sangat!!!

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)