Wednesday, June 20, 2012

12 Hari Selepas Itu..

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Macam tak sangka dah 12 hari bergelar suami isteri. Dulu tunang munang. Sekarang dah ada ikatan yang sah. Syukur sangat-sangat dipermudahkan jalan kami untuk mendirikan masjid. Bukan senang nak bina masjid ni tahu? Ikutkan hati bila dah confirm bencinta lagi nak kawen. Means 5 tahun yang lepas. Bak kat sang suami sekarang, "Kalau kahwin time tu, mesti anak dah ada 5" (-_-') Hamboi tetiap tahun ka aku nak beranak? Grrrrrrrr.

Rutin harian belum berubah sepenuhnya sebab duduk rumah ibubapa. Nasib rumah tu just nice. Tak kecik sangat tak besar sangat. Cukup-cukup la kami sekeluarga seramai 6 orang dalam rumah tu. Selesa gila-gila duduk rumah ibubapa. Bangun pagi sarapan tersedia sebab Bonda dah pencen. Makin gemuk la anak dan menantunya sobsob. Gemuk dah pun. Naik 1 kg sekian -_-'

Tapi demi keharmonian rumah dan tangga, saya dan suami fikir 88x jugak lah sebelum kahwin haritu. Memang nak pindah ke sebuah rumah. Tak kisah la rumah sendiri ke rumah sewa ke, yang penting ianya berstatus rumah dan bukan rumah api. InsyaAllah next month dah boleh pindah ke rumah idaman yang dinamakan Bangi Idaman. Rasanya dah banyak kali aku cakap pasal ni tapi tak pindah-pindah pun lagik. Sabar ye kawan-kawan.

Tadi dekat ofis. Ye dah masuk ofis okk. 1st day bekerja. Serius malas tahap cipanzi. Rasa blur gila. Dah 9 hari cuti, lupa dunia, maklomla abe kat sebelah sepanjang masa wakaka. Time ni la baru nak belek-belek kerja. Follow up segala jadah tu. Now pun masih tersadai dekat ofis. Bila nak balik jemah oi, suami dah menunggu huhuh (-.-)

Boleh pulak bos tanya tadi "Ada apa-apa perubahan tak selepas berkahwin?"

"Ada, badan saya semakin mengembang" Eh takla. Saya cakap "Belum berubah lagi sebab tak duduk rumah sendiri. Nanti bila dah duk, baru tau langit tinggi dan rendah"

Tiba-tiba rasa ngeri pulak nak duk rumah sendiri. Yela nak keluar dari comfort zone. Tula nak kawen sangat, hambek hohoho. Tapi realitinya saya bahagia dan gembira dapat mendirikan masjid. Memang seronok dan mencabar pada masa yang sama. Sekarang memang lah nampak seronok, tapi esok-esok macam mana pula kan? Yang penting kita kena sama-sama positif, optimistic dan apa yang penting..... kerjasama! ;p

Habis dah bebel, nak balik rumah jumpa suami hihi. Bye.

 

29 comments:

  1. Hai pn.zimie.. seronok kawen eh? hahaha~ sy da 5 bulan dah kawen, bila tanye perubahan lepas kawen tu, honestly la, cam xde perubahan sangat kalo nak compare mase bujang dulu.. Mayb sebab sy belajar lagi, so duk jauh la ngan suami.. So far, memang xde masalah...rase bes giler kawen.. Nt da abes belajar, dah duk satu bumbung, tao la cane perasaan bila dah jadi fultime housewife...hahahha~

    btw, lebih kurang kurang seminggu lagi nak abes belajar...tengok la nt cane...bes ke...hepi ke..menakotkan ke..kan ^^

    upppss, lupa lak...selamat berkenalan ye pn.zimie *silent reader sblom neh*

    ReplyDelete
    Replies
    1. housewife best gila,nak jugak! hehe.goodluck ye dengan kehidupan baru.salam kenalan jugak dari pn zimie :p

      Delete
  2. Replies
    1. pn kerry nak lanje ke?beres je haha

      Delete
  3. Selamat menjalani kehidupan berumahtangga..
    Semoga kita same2 menjadi isteri cerdik yang solehah.. ^_^

    ReplyDelete
  4. hehehe selamat pengantin baru...huhu dah 12 ari dah, baru nak wish -.-
    xpe, pelan2 la..nt dah duk umah sendiri, baru tahu langit tu tinggi ke rendah...love the words..hehe
    xpe puan zimie yg comel, berdikari lah katekan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq deyb.takpe masih baru lagi.belum sebulan lagi.hihi.i also love the word.eceh

      Delete
  5. adoii bunyi mcm sedikit kegatalan disitu... wakakaka
    best kan kahwin..? huhu
    suria pn stay dgn family dlu, skrg pn dlm zone yg selesa lg, tggu umah sndiri mmg akan tau langit tggi rendah.. =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak gatal ke hahah suria niiii ;p alhamdulillah so far best.now zimie tengah bersiap sedia nak pindah umah je yg guna banyak duit tu huhuhuh

      Delete
  6. congrat's zimie. makin gemuk ekh. takpa ar. Asal kan hati senang. hehehe. :)

    ReplyDelete
  7. hi Zimie,
    Belum terlambat rasanya aku nak wish, SELAMAT PENGANTIN BARU.
    Semoga bahagia ke akhir hayat. Good luck in making babie. harharhar.
    Alah, rileks la, dok umah mak ayah dulu. pastu baru pindah. cam aku, pindah terus nun kat sini. HAHA.
    ape2pun selamat melayari bahtera rumah tangga. pakat baik2 naaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq balkis.tula aku rasa nak duduk lama2 je kat rumah ni tapi apakan daya, kehidupan harus diteruskan hohoh.jauh benor ko kat negara kuching sana.all the best yeh hehe.

      Delete
  8. penangan masakan ibu mertua + sang isteri, terus naik 2 kilo dalam masa 12 hari. tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasni catuan makanan akan bermula.tunggu la hahah keluar tanduk.

      Delete
  9. zimie...nora hri2 mkn kt pkns bangi..zimie kje c2 kn?btw bangi idaman area mne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulaaaa boleh kita jumpa hehe.zimie keje kat seksyen 9.bangi idaman seksyen 5.dekat ke arah jalan reko sana..

      Delete
  10. wah baru 12 hari ye, lom terlambat nak wish selamat pengantin baru....semoga bahagia sampai ke syurga....enjoy ur ride!

    ReplyDelete
  11. wah..selamat pengantin baru ye puan zimie!huhu..wah..ohsem gila bila hari2 mak yang prepare breakfast..mane tak naik badan..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, adeh tu tak sabar pindah rumah, konpem sana takde makanan sangat. so boleh la jadi kurus kedih hahah

      Delete
  12. selamat pengantin baghu Pn. Zimie.. ;) semoga kekal bahagia hingga ke syurga.. ;) insyaallah..

    Daripada :

    Pn. Senah (yg penah order pocket calendar kat awak thn lepaih..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq puan senah.saya try jugak recall customer ni.tapi nama puan senah ni takde dalam list pulak.kalau ada nama penuh maybe boleh ingat.aaampunnn tq ye sbb percayakan saya hehe

      Delete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)