Wednesday, May 23, 2012

Last Minute : 15 Hari

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Benda-benda last minute yang tak setel lagi. Sebenarnya saya malas nak buat kerja. Seriously takde mood. Nasib bos takde kekeke. Baru tahu macam ni rupanya perasaan bila dah dekat-dekat majlis. Bukan tak sabar nak kahwin, tapi banyak benda lagi tak buat. I wish I can stop/freeze the time! Bajet macam movie ape-entah-tu yang boleh hentikan masa, aku pun lupa haha.

Baiklah tanpa melengahkan masa, marilah saya update apa yang telah terjadi sehingga ke countdown hari ke-15 hari nih. Ada yang dah setel, ada yang masih pending, ada yang membencik-kan.



1) Borang nikah TAK SETEL lagi. Ok malas nak cerita sebab apa. Malas nak ulang tayang. Malam semalam aku dah menahan ombak di dada. Nasib tekanan tak naik di kepala. And I know, kena submit borang PAID, 7 hari sebelum majlis. Ya ya I know, EF dah bagitau haritu. Ok tarik napas, mari ke point kedua


2) Tiba-tiba kesedaran timbul bahawa tak booked cupcakes untuk hantaran dan kebanyakkan vendor dah CLOSED ORDER till 15 June 2012. Ada insan terpilih nak sponsor kononnya. Akhirnya insan yang kononnya terpilih tu akan bawak sendiri cakes tu dari jaybee. Cakes apa? Ada lah rahsia hihi.


3) Kena beli alat-alat dan perkakasan memasak untuk DIY hantaran. Ok baru teringat tak pergi Floristika lagi T_T Baiklah sabtu ni, saya berhasrat pergi. Lagipun nak kena booked fresh flowerssss lagi. Erghhhhh camne lah boleh lupa ni. Banyak makan semut. Nasib my cousin ingatkan tadi. Cepat-cepat masukkan dalam reminder huhu.


4) Binatang-binatang kecik macam bantal nikah, bekas pahar, lantern dah sewa dekat mantan b2b hihi suka sebab harga murah. Later lah saya share dekat siapa saya sewa. Oh ada lagi, kipas dan payung lace. Yang ni to be confirm whether perlu atau tak. Mangsanya si Faiz dan ada a few b2b bloggers haha.


5) Food tasting untuk majlis sanding tadi done without me T_T sekian terima kasut. Nak jugak,nak jugak *sambil hentak kaki


6) Dah apply cuti. I mean 'apply verbally' dekat bos semalam tapi borang tak submit lagi. Kira done lah tu. Total cuti kahwin termasuk sabtu ahad adalah 9 hari. Kalau boleh nak cuti 29 hari. *Kau ingat ini company bapak kau yang punya?


7) Video montage untuk dewan dah dera agong (adinda) buat kehkeh. Baru tau rupanya ada template untuk buat video montage tu. Guna software Windows Live Movie Maker ye. Confirm jadi macam pro. Plus senang gila buat. Cantik pulak tu. Budak tadika pun boleh buat. Serius. Tapi sebab aku dah suntuk masa, jadi suruh dia jela hihi. Yang aku ni pulak haritu, jenuh lah aku try guna windows movie maker la apela tapi hasilnya tak secantik yang diharapkan. Nasib ada manusia yang boleh aku dera haha.


8) Nak sambung buat spoon choc (doorgift for kids) yang tertangguh selama sebulan. Haritu dah buat testing 1234567, lepas tu terasa macam cun je wakaka tu nak buat lagi. Link entry di sini. Petang nanti nak singgah Yummie beli alat-alat memasak. Nak beli white choc compound Beryls, colourful beads. Yang lain-lain ada dah. Tadi nak pergi hujan pulak plus parking susah gila area tu. Grrrr.


9) Last sekali, saya hantar dah baju nikah untuk jahit beading. I reallyyyy appreciate your comments and thoughts :') Tapi saya mengejar masa sebenarnya. Jadi saya minta tolong kawan Bonda punya anak jahitkan beading 'sikit' dekat lengan dan bawah baju, yang penting tutup garisan tu. Apa entah hasilnya. Redha lagi sekalik hehe.





Sudah selesai membebel. Sekian terima kasih, ada rezeki, esok kita jumpa lagi. Bye.

 

9 comments:

  1. semoga zimie punye preparation berjalan dengan lancar. =D

    ReplyDelete
  2. wah!!borng nikah tak submit g??kene htr sebulan sebelum kan?saye ari tu mmg nak gaduh@ dah dgn manusia yg terlibat utk tndatgn borg tu..geram btl>>syukur alhmdlh..skrg sume da selesaI..da dekat tarikh memang kelam kabut mcm u!!!HEHE.

    ReplyDelete
  3. Pengsan, kalau i ni mesti sudah STRESS

    ReplyDelete
  4. zimie! dh nape borang x hntr lagi..?
    kalau kt kedah, pas kite hntr & interview dorang akan keep slama 2weeks..heee tp zimie selangor kan :D

    mesti berdebar kan...? hahahhaaaa

    ReplyDelete
  5. sharz~amin thanks dear doakan :')

    MAY~huhu nak buat camne, ada masalah sikit di saat akhir.isnin depan baru nak g PAID.doakan saya juga ye hehe

    shura~tauhu takpe! grrrr

    suria~selangor takde interview pulak hihi.ye SANGAT berdebor.sebab hal WAJIB tak setel lagi.adeh

    ReplyDelete
  6. gambate zimie... hope semua berjalan lancar. yg lain tak penting, yg penting, borang nikah tu... yg lain tu mcm side dish jer...

    ReplyDelete
  7. ohh noo i totally forgot nak booking kek! apepun settle dulu borang nikah tu dear...

    ReplyDelete
  8. istighfar selawat tarik napas zimie!!
    insyaallah everything goes fine..:)
    ^_^

    ReplyDelete
  9. smoga smuanye bjln lncar..
    gd luck zimie :)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)