Friday, May 4, 2012

Kisah Seram Kad Kahwin

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Hai. Saya dah pos kad kahwin untuk kawan-kawan. Semalam buat. Padahal majlis lambat lagi. Sebulan lebih tapi sebab dah tak tahan dengan bebelan Ayahanda yang masuk bilik tetiap malam tanya "Kad dah pos belum" Tetiap malam okek! Tau lah dia punya dah lama pos iaitu minggu lepas huehue.

"Belum"

"Kenapa lambat hantar, nanti diorang susah nak plan masa, blablabla" Bapak jika sudah membebel. Mak pun tak membebel macam ni. Mak jenis sejuk cool.

"Nantilah hantar, takut diorang lupa, kena hantar dekat2 majlis"

Tapi akhirnya, sebab malas nak tengok kad tu menyemak dalam bilik, jadi saya pos jugaklah semalam. Keluar awal sikit masa lunch hour (matik kalo bos tahu hahah) pergi ke Pejabat Pos BBB.

 Kad kahwin sebelum letak setem. Setem 60sen je. Last year, hantar kad raya 50sen je. Naik harga ka?


Tapi ada lagi satu kisah kelakar seram.
Ini kad kahwin yang nak bagi by hand yang berjaya diselamatkan sebelum masuk ke dalam tong merah semalam T_T


HUH apa yang telah terjadi? Tengtengteng. Mari saya bercerita...

Bila masuk ke dalam pejabat pos BBB tu, posmen time tu tengah bukak pintu tong tu. Means dia akan masuk dalam karung gedabak tuhla  untuk sort dekat belakang. Bila tanya, brader tu cakap "Ha masuklah dalam ni" Sambil memuncungkan mulut ke arah karung guni emas nya itu.

Aku dengan kalutnya, keluarkan lah lebih kurang 60-70pcs kad tu, terus sumbat dalam karung emas itu. Cewah lepas say thank you, terus belah dari situ. Happy lah ni semua kad dah berjaya dihantar. Dalam pada happy tu, masuk kereta terus drive dengan lajunya ke PKNS. Nak jumpa member sorang ni untuk bagi kad. 

Tiba-tiba..

Carik dekat tempat duduk sebelah, kad tu TAKDE! Omaigoat. Rupanya aku lupa gila, aku pergi letak bersama-sama dengan kad yang nak dipos beserta setem itu. Waaaa semua kad tu kan aku dah masuk dalam karung tu. GILA GILA. "Aku tak peduli, by hook or by crook, aku akan carik brader tu" Hati kecil berkata.

Patah balik drive laju-laju. Yang member sorang tu dah call blablabla. Terus masuk dalam pejabat pos, gi tanya guard "Mana abang yang masukkan surat tadi" Lepas tu, dia panggil brader tu.

Bila brader keluar, dia pandang aku hairan agaknya 'budak ni nak apa lagi' hohoh. Terus aku cakap "Kad saya ada 2 keping takde alamat dengan setem. Saya nak kad tu boleh tak" Dah bagi lepas tu mintak balik. Saya yang buruk siku, sekian. Lepas cakap thank you terus blah. Takmo pandang muka brader. Malu. Huhuhu rasa macam nak masuk muka dalam poket seluar je.

Nasib baik, brader tu sorting kad tu dalam pejabat pos tu. Buatnya dia terus naik van ke langit hijau. Tak ke naya diri ini huhuh. Lepas dapat tu terus mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi. Yahoo kad berjaya diselamatkan. Happy sesangat. Nampaknya tiada kerugian lah pada kad aku tu hahah tu jugak dipikirnya. Let say tak berjaya diselamatkan pun, aku ada kad spare dalam kete. 

Tapi taknak lah guna, dah lah kad tak cukup. Boleh pulak jadi hal camni huhuh. Memang jadi pengajaran lah untuk aku. Sekarang ni mana-mana kad yang aku nak hantar/pos/bagi byhand, aku letak KLIP PAPER yang besar serta LABEL besar-besar. Maklomlah bila dah banyak-banyak, boleh jadi pelupa. Ke banyak makan semut? Mungkin la huhu.

Habis kisah seram. Kalau tak seram pun, buat-buat lah seram yo.


Jadi kepada sesiapa yang dah bagi alamat tempoh hari, kad kahwin anda akan sampai tidak lama lagi. ^_^ Dah dapat tu jangan pulak buat-buat lupa nak datang kehkeh. Yelah tapi kalau aral tu nak sangat melintang, apo nak dikato hehehe. Kang kata I ugut pulak ;p

Phew, setel one part.

Selamat berhujung minggu semua :)

   

18 comments:

  1. hahahaa..seb bek sempat diselamatkan..hehe

    ReplyDelete
  2. hikhik...

    kite baru pos kad smlm..hampir2 jadi jugak mcm zimie, nasib baik perasan.. hehehe

    ReplyDelete
  3. fy~tau takpe.hihi

    cik nyza~haha kalo tak, burn je kad kawen tu.phew.

    raden~takmo bagi hahaha.xlah,i pos dah smlm :)

    ReplyDelete
  4. x rasa seram tapi rasa nak gelak besar2.aduhai semangat nk pos kad pnye pasal :)

    ReplyDelete
  5. naseb baek sempat diselamatkan..hihi

    ReplyDelete
  6. hahaha ni bukan seram ni bleh tergelak..hik3...^_^

    ReplyDelete
  7. hehe,gigih kamu cari balik abang posmen tu kan.nasib sempat.

    ReplyDelete
  8. DAH DAPATT! hahaha lawak gile ok baca post zimie ni ;p mesti brader tu pelik, 2 keping pun semangat mintak balik hahahah lawok

    ReplyDelete
  9. perghh...naseb kad tu belum sempat diprocess..

    ReplyDelete
  10. Zimie, saya da dapat. Sangat cantik n sejuk mata memandang. Btw terima kasih dear

    ReplyDelete
  11. huhu...nasib baik..=))

    yunk my adress change to a new one ok..sebab bru lepas kene hack..http://littledr.blogspot.com/ drop by ekk nak update followers sebab sume dah hilang..

    ReplyDelete
  12. zimi!da dpt kad!thnx!lawaala kad...=)

    ReplyDelete
  13. haha
    perli ye kat ujung2 tu...
    ahakz!

    ReplyDelete
  14. cik zimie..bg satu kad boleh? ;)

    ReplyDelete
  15. kad utk kerry manaaaaaaaaaaaaaaaa? :D

    ReplyDelete
  16. hehe tq korang.lawak pulak baca komen korang nih :p

    yun~welcome dear hehe.nnt ajak your family sekali termasuk your father,uncle khairuddin. eh betul ke eja ni :p

    kerry&sf~kad dah selamat bersemadi.dah habis huahua.sorry banget huhu

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)