Tuesday, May 29, 2012

Hal Paling Penting Dah Selesai

Assalamualaikum lovelies B2B & silent readers ;)

***

Yeah dokumen nikah dah setel. Dah boleh kahwin. Ehhh eh ;p Orang lain dua bulan lepas dah setel, aku countdown 10 hari baru nak setel. VIP kan? Apa kena mengena entah.

Semalam, tepat jam 7.15 pagi dah keluar rumah. Tak pernah-pernah bangun pagi. Selalu Subuh pastu tidur balik, pukul 8 baru bangun dan siap-siap ke office ahaks. Sila jangan ikut contoh buruk bakal pengantin nih. Nak kena babab nih.

Saya bersama-sama seisi keluarga ke PAID Shah Alam. Nak setelkan borang nikah yang tergendala buat beberapa hari yang lalu huhuh.

Saya angkut wali (ayahanda) dan 2 orang saksi (abang dan adik) serta bonda tersayang ke tempat kejadian. Reason? Pendaftar nikah dekat kariah saya pergi Umrah dan balik 30hb Mei ni, jadi takde siapa yang nak sign borang tu. Begitu sadisnya kisah saya shroooot. Orang lain datang PAID nak submit borang dan dapat borang kebenaran nikah, tapi saya datang sana untuk dapatkan tandatangan wakil Pendaftar Nikah di sana. Sobbbbb.

Tepat jam 8.10 pagi sampai PAID Shah Alam. Berhadapan dengan Masjlid Shah Alam dan di dalam Bangunan Sultan Idris Shah. Sesat lah juga berpusing-pusing tapi kami gagahi jua nak ke sana. 

Nota : Sila buat rujukan awal-awal kalau nak ke sana. Macam aku ni ingatkan Ayahanda terrorist lah kawasan tu, rupanya dia pun blur-blur. Nasib aku cepat-cepat search online guna handphone. Berguna juga hp tak berapa nak baling anjing ni. OS Symbian pun jadi lah.

Kaunter OSC. Sunyi. Sepi

Nah, sampai sana, pintu pun tak bukak lagi. Saya sampai depan pintu pukul 8.15 gitu. Papan hitam tu tulis waktu operasi pukul 8.15 pagi. Tapi keadaan masih sunyi sepi. Apa taknak kerja kah mereka? 

Officer tu gi makan agaknya. Boleh pulak camtu. Masa kitorang sampai tu, ada lebih kurang 2 pasangan lain  jugak menanti. Intai-intai pintu kaca tapi kelibat seorang pun takde. Serius confuse, harini hari Ahad ke? (=.=) *siap bold merah, marah ker

Dalam masa tengah membebel tu, 10 minit lepas tu baru lah ada orang bukak pintu kaca tu. Abang aku dah start membebel. "Ini kalau kerja Bank, 3x lewat terus kena buang" *GULP*. Yela gomen kan lalalala.

Submit borang tu, officer cakap kena naik Tingkat 1 bertemu dengan Ustazah Rabiatul Adawiyah. Menapak lah kami ke atas sinun. Jadi empat ekor manusia ni tandatangan la borang tu depan Ustazah tu. Baik sangat pegawai ni. Beliau nampak sangat berkaki lebar berkaliber. Sempat juga berQ&A lah dengan beliau.

_____________________________________


Ini antaran Q&A yang berjaya aku hasilkan, ewah. Saje je nak share sini mana tau ada yang taktau. Yang tau tu senyap2 sudey hahah. (Tertakluk pada negeri Selangor sahaja)


1) Berapa nak bayar tok kadi dan saksi? 
RM160 (tak ingat berapa tiap sorang, belakang borang kebenaran nikah ada tulis) Pihak lelaki nak bayar boleh, pihak perempuan pun boleh. Tapi kebiasaanya pihak lelaki yang kena bayar. EF sila take note kehkeh.


2) Perlu ke 'display' duit hantaran pada umum, contohnya wang ringgit/dummy cheque? 
Tak wajib pun. Seeloknya dirahsiakan dari umum. Time ni Bonda menyampuk "Tak payah la bagitau pada semua. Cuba tengok macam Lisa dengan Yusry. Wang hantaran diorang senyap2 je. Tak elok menunjuk" Yang penting wang hantaran tu pihak lelaki bagi. yesh yeshh tak payah buat dummy cheque. ;p Jadi,  I langsung tak sama macam retis lah kan, wang hantaran dirahsiakan, muahaha. Lov u lah mom :'D


3) Kalau dinar dan emas batal air sembahyang boleh ke diakadkan time nikah? (Untuk Selangor sahaja. Negeri lain I have no idea) 
Boleh. Maknanya saya akan diakadkan dengan dinar emas dan emas batal air sembahyang. Barang-barang tu tadi mesti melebihi jumlah mas kahwin Selangor sebanyak RM300.


4) Kalau pendaftar nikah/tok kadi ada masalah pada hari pernikahan, boleh ke ganti dengan orang lain? 
Boleh tapi kena inform JAIS awal-awal, so that boleh arrange pengganti.


5) Ada banyak lagi soklan, tapi saya makan semut dan lupa segalanya haha. Later lah share, boleh? Agagag


_____________________________________


Lepas tu, kena turun bawah untuk dapatkan Borang Kebenaran Nikah di pejabat OSC tadi. Sementara menunggu tu, kami ke kafetaria. Melazatkan lah makanan ni. 


Makan macam tekak dinasor.

Kebulur punya manusia. So melantak nasi goreng cili padi. Sedap tau tapi saya tak tahan pedas la pulak. Hohoh.

Lepas makan tu, saya kembali ke kantor tersebut. Lebih kurang 15 minit menunggu, nombor giliran dipanggil. Saya isi nama dekat buku dan bayar RM10 sahaja. FINALLY, dah dapat Borang Kebenaran Nikah. Happy sangat100x. Rasa macam darah turun ke tempat asalnya, sebab selalunya darah naik kat kepala tak turun-turun. Stress latu.

Syukur dipermudahkan segalanya. 7 hari sebelum tarikh nikah, kena isi borang tu dan serahkan pada Pendaftar Nikah kariah kawasan. Tunggu ustaz tu balik umrah baru boleh bagi. Yeai.

Alhamdulillah (:


p/s: Dup dap dup dap jantung. Sembilan~

 

14 comments:

  1. Seronoknya nak kawen dah. Huhu

    ReplyDelete
  2. yay! zimie dah leh kawengg! =P

    ReplyDelete
  3. hah settle pun.SANGAt cip..ihiks..^_^
    semoga semuanya selamat k..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cip u means cheap ke?hihi tq zatie

      Delete
  4. Alhamdulillah...lega sgt kan...

    ReplyDelete
  5. bagus zimie share info kat sini.. atleast b2b lain bleh buat reference.. dulu i konon2 nak share last2 x jugak..skang nak share pun xguna cos lupa..hahaaa.. anyways zimie, 9days to go..weee! xsabar nak gi ur wedding... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebetulan tengah dtg mood rajin, kalau x, x jadi gak haha.can't wait to see u renee!!!the same dewan pulak tu, weeeee

      Delete
  6. wahhh...dah x leme lagi dh ni...
    hihihi...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..
    smoga smua bjln lncar zimie :)

    ReplyDelete
  8. Zimieeee...! sama la nasib ngan maria tapi nobody inform maria boleh serah kat wakil pendaftar nikah. Anak pendaftar nikah tu pon no idea nak advice bg borang tuh kat sape.. at last tgu la sampai pendaftar nikah tu balik dari umrah. Just beberapa hari sebelum hari nikah..phewwwww.... klo laa dapat info ni dari awal...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)