Wednesday, May 16, 2012

Hai Hari Rabu

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Hai hari rabu. (Sebenarnya dah taktau nak tulis tajuk pe, sadis bebenor). Cepatnya masa berlalu. Tinggal beberapa puluh hari sahaja lagi. Tahu tak dokumen/borang nikah tak setel lagi. Gara-gara nak tunggu Agong balik dari us. Ayahanda ni nak jugak tunggu anak dia yang sorang tu jadi Saksi untuk dokumen nikah. Macam tak boleh je suruh orang lain, jiran ke, kawan ke. Humpp.

Takpe, kita tinggal dulu kisah yang menyedehkan itu. Harini just nak update tentang aktiviti saya hujung minggu lepas. Saya dan keluarga ke Ikea untuk memborong beberapa peralatan untuk bilik pengantin. Beli side table je pun (tu pun nak bagitau satu donia kan. aak hahaha) Mood : gembira gila dan senyum sampai ke telinga. Penat pasang perabot tu, sampai sakit-sakit pinggang dan buntut. Katil baru pun sampai dah. Yay lengkap. Cuma rotate almari dan meja solek je. Langsir baru pun dah pasang hehe lega segalanya selesai.

Lagi satu berita, my bridal tu (Readzul) SMS minggu lepas. 
"Salam Hazimi. Zul here. Nanti boleh datang fitting dalam 30 atau 31 may. Apa-apa nanti text I" 
Realitinya si hazimi nih, sengih sampai ke telinga. At the same time nervousa gila. Apa lah agaknya rupa baju aku tu kan. Rupa badut ke cinderela ke cinderelalala ke. Hopefully it turns out beautiful sebab semalam my friend pun texted, dia dah ambil baju kahwin dari Zul ni and she said cantik baju tu!! Omaigoat, ni yang tak sabar ni. My turn next!

Lepas tu kan, nak update lagi ni (macam minah kepochi bercerita), kelmarin Bonda dan Ayahanda cuti tau. Diorang pergi site visit Dewan kat Kelana Jaya tu. Sebab gini, kitorang tengah buat text untuk flow majlis tu. Jadi Ayahanda ni tak pernah masuk dewan, jadi susah untuk dia nak imagine. Bila dah dapat tengok Dewan tu, happy la sket. Jadi, Bonda pun terus pulun buat proposal kertas kerja kahwin untuk hazimi. Alahai ni sayang momy lebih ni hihi. Tenkiu mom :'D. Di samping site visit dewan tu, tengok juga lah bilik untuk pengantin bersolek, tandas, bilik solat. Bonda cakap toilet bersih blablabla. Ni juga memudahkan pengiring, keluarga atau tetamu yang hadir nanti. Senang cerita, memang positif lah dewan ni. Hehehe can't wait.

Lepas dah visit dewan, diorang ke Tabung Haji Kelana Jaya. Akhirnya dah booked la jugak tempat penginapan/homestay untuk saudara mara. Yay akhirnyaaaaa setelah bergaduh berpuluh minggu haha. Booked 15 bilik (hamboi banyak gilaaaaaa) tapi rasanya tak guna semua kot. 2 Jun iaitu seminggu sebelum majlis dah kena confirm berapa bilik yang betul-betul nak dan terus bayar serta dapat kunci. Yang ni Ayahanda uruskan. The best part is sebab government servant, so dapat diskaun. Bilik standard dapatlah harga RM108 sebilik. If not mistaken, harga asal lagi mahal. Hotel ni juga digunakan untuk para jemaah haji menginap. Yes the same building to those yang tak tahu heheh.

Yay banyak benda dah setel. Sabtu Ahad ni dah blur nak buat pe. Maybe kemas rumah kot. Rumah dah macam kapal titanic dilanggar todak tahu?

Bye.
 

9 comments:

  1. wah..kesemuanya dah hampir siap! syabas zimie! :)

    ReplyDelete
  2. Todak besar punya yg langgar titanic tu... hehe

    ReplyDelete
  3. kita pun x sabarr nk tggu baju tawen zimie *eh tetiba tumpang excited* hehe. :)

    ReplyDelete
  4. weekend utk kemas umah je la...zimi ok lg coz wat kat dewan.aja?kat rumah beb..adoii..

    ReplyDelete
  5. Zimie.... dokumen tu paling penting... cepat settle kan tau...

    ReplyDelete
  6. bestnya!!! zimie, i dh hntr kain jahit dh!!! hihi

    ReplyDelete
  7. fana~tq fana hehe

    diyana~tau takpe! hahah

    shayra~rupa apa entah shayra.hopefully cantik di mata saya at least hehe

    ReplyDelete
  8. aja~aja, kat rumah best.jimat sewa dewan hihi marilah sama2 kita mengemas rumah.cayok2

    hana~tau takpe haha,sobsob.next week baru boleh setelkan.tggu adik balik..

    jamme~yeay can't wait.tq my future bm hihi

    ReplyDelete
  9. ni yg rase nk g wedding zimie ni .. wehehe

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)