Thursday, May 31, 2012

Fit Fitting Fatty

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Tepat pukul 7 malam, barulah nak update gitu. Malam semalam penat nak update cerita plus takde mood. Rasa macam tak suka dengan bentuk badan sendiri sobbb *masih tak sedar diri ini kurus*  KURUS ker?

I hate that word. I am not kurus but I am fatty Mr Crabs, alah macam dalam cerita sponbob sekuair pen.

Cerita belum start lagi lah. Tadi mukadimah sari berita penting. Pfttt.

Semalam, saya angkut seisi keluarga untuk menemani fitting baju sanding di Readzul, Cheras. Tunang tak follow, dia dah entah ke mana hehe *kuarantin 40 hari*. Pulanglah awal saya dari tempat kerja. Tepat jam 5 kembali ke rumahku surgaku dan setengah jam kemudian, berdesuppppp ke Cheras!

Perjalanan ambil masa sekejap je, nasib Jalan Sg Besi tak jamban sangat. Lega jugak KL tak hujan semalam. Janji dengan Zul pukul 6.30 tapi saya berjaya sampai sana 10 minit awal. Ahakk mana janji Melayu-mu, hoho saya TER-Punctual.

Sampai sana je, ternampak seketul baju kahwin. "Eh warna macam aku punya je, tapi kenapa pendek je baju tu" Baiklah time ni tak sedar diri ini pendek, rendang, kecil serta kerdil (=.=')

"Haaa ni lah baju you" Zul bagitau sambil memuncungkan mulutnya.

"Ohhhhh" Lepas tu baru tersedar dari lamunan dan kembali ke alam realiti.

Baju tu abit 'melampau' sebenarnya. Penuh gila beading!! *Bling bling* Plus masa fitting tu a bit sexay maxy atau dengan bahasa mudah tuan punya badan gedempul. Gila malu masa tunjuk dekat Ayahanda dan adindaku hoho. "Ala takpe, nanti you pakai korset mesti longgar sikit" Yelah tu, dalam hati jela cakap haha. *Tak pepasal beli Spanx dekat Kerry. Esok baru jumpa nak jumpa bayar COD hikhik*

"So baju ni okla kan, tak payah alter kan"

"Ok dah tu, cuma ni belum siap beads lagi tau" Wah, pasni lip lap lip lap lah tubuhku. Ada rasa2 macam lampu disco kotttt.

Tiba-tiba Zul tanya "Ehhhhh mana cik abang?"

"Tak dapat datang la Zul. Postponed lah dia fitting next week boleh?" Padahal aku yang taknak jumpa dia.

"You suruh dia datang Selasa depan ok, 5 Jun sebab nak kena alter sikit baju, takut saiz dah tak fit blablbalabla"

"Baiklah" Ingatkan lelaki takpayah datang fitting sebab dia sewa baju sedia ada je. Masa 1st time datang haritu dah try fitting. Tapi tatau la kalau mamat tu pun dah mengempalkan diri. Opsss

Sempat la ber Q&A lah macam biasa coz mekap pun ambil dengan dia kecuali time nikah. Saya ambil dekat assistant perempuan Zul bernama Shaz. Tengok hasil macam ok gak. Saya nak makeup nikah natural dan ayu ye. Tanya Zul akan datang pukul berapa, tudung, veil jenis macam mana, aksesori, crown, kasut nak jenis macam mana. On the spot try dua bijik kasut dan terus on. Longgar tapi sebab dah berkenan sangat. Just nanti pakai padding jela kot.

See simple gila aku pilih. Padahal kalau duk dekat shopping compleks tu berejam nak pilih kasut. Cerewet mengalahkan sultan pilih kasut (??) Mungkin dah penat agaknya, tu yang nak cepat je. Ahakk, tak kisah la yang penting saya puas hati dengan hasilnya. Zul betul-betul buat ikut warna yang saya nak. Presenting to you..

....baju sanding gold-turquoise *baju dah siap, baru boleh reveal warna tema ececece ;p*

Handbouquet pun Zul bagi free jugak hihi fresh flower kauuu. Cuma bantal nikah je dia nak bagi FOC tapi masalahnya saya dah  TERmenyewa bantal otomen dekat Linda. Sobbb takpela, yang penting outfit ok, makeup ok. Kira okle tuuuuu *saida af*

Dah takde fitting-fitting lagi. Pasni terus ke dewan. Zul datang untuk makeup dan bawa baju dan segala mak nenek tuh. Dah suruh dia datang awal dalam pukul 10.00 pagi hehe. See you there!


p/s : Eh mana gambar? Taknak tunjuk! Badan fatty =.=

 

19 comments:

  1. kelakar la zimie...hahaha
    aduh! tidak kesabaran nak menengok dress mu itu darling...kihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduh biar betul suria.saya juga tidak sabar.ehhh haha

      Delete
  2. pkai spanx ok la tu,hehe
    xsbr na tgk zimie jd pngantin..msti lawa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. taktau la dear.dgn saiz bdn camni, xtau nak kata lawa ke x hihi

      Delete
  3. kita tgok time mjlis nye aje ye....
    xsabar plak rase (^_^)

    ReplyDelete
  4. wah.. baju dah siap akhirnya.. tak sabar tunggu outcomenya.. Zimie mst nampak cantik :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula siap betul2 seminggu sebelum majlis.hopefully cantik la.adeh :p

      Delete
  5. WAHHH. mesti bj meletup ni. x sabar nk tgk !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mane de.tak la melutup sangat fariza huhu.

      Delete
  6. seronoknya org nak kawen...weee....nak pergi kenduri zimie..tapi kena kerja hari tu..if bos ok boleh keluar kejap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau annor jadi dtg, bgtau tau.hehe mintak la bos keluar jap

      Delete
  7. wah...dah siapp!! tak sabar nak tengok! :) mesti ohsem!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tggu majlis setel baru tunjuk boleh?hihi

      Delete
  8. Tak sabar nak tengok wedding zimie next week. Insya allah akan hadir dengan suami

    ReplyDelete
  9. masa perjalan pergi balik, sejam..fitting nya tak sampai 5 minit...kahkahkah

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)