Sunday, May 27, 2012

Bunga Cintan Floristika

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Sekarang sibuk nak fikir pasal hantaran  Huwargh (=.='). Alah yang pasal gubahan hantaran tu. Mula-mula kan nak putih lah, silver lah, cream lah. Banyak betul cekedis hazimah.

At last, saya berjaya juga sampai ke Floristika yang orang duk sebut-sebut syurga fresh flower hehe. Pergi sorang-sorang sebab dah takleh jumpa EF selama 40 hari ececeh so far memang elak la jumpa. Kenduri pun tak pergi sama-sama. Ewah betul-betul ikut tradisi ni hiksss. Moga dipermudahkan semuanya Amin.

Ok sambung cerita. Saya sampai di Floristika tepat jam 2.30ptg gitula. Sg besi jamban lah pulak time tu. Mencik je tapi nasib tak teruk sangat, just banyak kereta berleluasa di atas jalan raya. Kalau tak mesti sampai lagi awal. Actually pagi tu mengukur jalan di Nilai dengan ibubapa. So bila petang, diorang tak larat nak jalan, ngantuk la blablabla. So balik dari Nilai, saya terus zrommm keseorangan ke Bangsar untuk bertemu dengan sang bunga cintan floristika. Megi cintan pun sedap gak ni malam-malam. Waaa lapaaaa.


Inilah rupa Floristika  Bangsar. Tak susah pun cari sebab masa zaman tok kaduk pernah pergi NST. Sebelah tu je. Tapi saya juga ada buat rujukan dari ex b2b jugak. Maklomlah kang entah sesat ke Surabaya tak dapek den nak nolon.

Address:
16, Jalan Liku, Off Jalan Riong, 59100 Bangsar, Selangor

Phone No.:
03-22876113 (before pergi call dulu tutup pukul berapa, rupanya tutup pukul 9.30 malam, hoyeahh)

Website : http://www.fareastflora.com.my


Akhirnya saya booked jugaklah rose. Mula-mula taknak rose tapi setelah dinasihatkan oleh my cousin, Doyok yang juga kerja dengan company bridal. Beliau yang sengal lagi gila suggest bunga yang senang nak hias mcm rose dan cyrsanthemum (aku dah tak reti nak eja dan malas google ngee). Iya saya hanya menurut perintah. 


Dah booked:-
1) White roses (yang ni saya booked BANYAK)
2) Red roses (beli sikit je in case nak guna, boleh gak buat handbouquet nikah nanti)
3) Peacock white (buat geli-geli je tepi bunga tu)
4) Nak beli kekwa jugak atau pom-pom ape ntah tu, tapi MAYBE beli on the spot bila pick up bunga


Saya deal dengan CS bernama Jenny. Sekali beliau bukak resit, beratus-ratus la kena. Pengsan! Takpe pengalaman dalam sejarah beli fresh flower. Doyok cakap fresh flower kat KL murah compared to JB. Bila cakap 20 kuntum roses RM24 dia cakap murah. Errrr kenapa aku terasa mahal?? Hahah ampun saya yang tak pernah membeli belah bunga, sekian. Lepas ni dera dia pulak gubah hantaran tu muahaha.


Deposit dah bayar. Hari Khamis,  7 Jun dah boleh pick up. Yay tak sabar. 


Sekarang ni tengah berprojek dengan beads/mutiara bulat gini. Kecik je. Nak buat rantai untuk letak dekat hantaran nanti. (^_^)



Konon nak buat gini.
Sumber dari Renee my twins, ok dah tak twins sebab Renee dah tawen ;p


Lepas tu mula la terfikir nak beli lampu Disco tu kan? Buat blink-blink dekat hantaran. Hwaaa mesti cantekkk. Melting pulak. Haritu saya nampak dekat KK Deco, SACC Mall ada jual lampu disco tu. *Korek-korek wallet ada berapa sen*


Oh indahnya dunia kalau dapat buat camni.


Erghh, nanti lah pikir. Semua kau nak letak, buatnya lepas kahwin makan pasir, lain lah kalau ada MANUSIA nak sponsor, hahah. Later sambung lagi, daaaa. Selamat malam semua, zzzzzzzzz.

 

18 comments:

  1. dear..i nk wt cm orkid tu..i da survey bunga tiruan.. rm 15 1 tgkai..huhuhu

    ReplyDelete
  2. pakteh sy ckp roses kat Ptlg Strt lg murah tp sy pn tak prnah survey lagi kat sne,huhu..
    letak pearls tu pun dah ckup cntik dah zimie..
    if ikutkan nfsu prmpn kita ni yg nak cntik2 je mmg pokai la nnti kan,hehe

    ReplyDelete
  3. cntik n nice idea..dapat feel gempak je nih hntrn..:)..nnt tambah la bunga kekwa atau bunga hydrangea yang diff colour..mesti nice n awesome!!

    ReplyDelete
  4. @Cik Tqah yup bunga tiruan lagi mahal dear.saba jela.cuba u try beli fresh flower.risiko sebab tak tahan lama.tu je :)

    ReplyDelete
  5. @miszatie thanks zatie.smlm ada gak hyrangea.nice sangatttt tapi warna tak masuk tema.so kansel.tapi memang nice la bunga hydrangea tu hehe

    ReplyDelete
  6. miss~petaling street ke maksud awk?situ pun org ckp murah2 gak cuma nak pergi KL sorang2 tu tak berapa berani lah hihi paham2 la kawasan tu camne

    ReplyDelete
  7. terima kasih bagi tips2 nak cari brg.saya pun masih xtau mana nak start lagi utk wedding bulan 12 nie.

    ReplyDelete
  8. murah la tu zimie 20kuntum rm24,
    suria beli kt nilai ni rm1.50 sekuntum.. huhu

    gudluck syg! x sabar nk tgk hantaran ;)

    ReplyDelete
  9. suka fresh flowers. tak pernah smpai lg Floristika nih. selalu gi Petaling Street jer tp tulah, PS ssh nak drive, jammed selalu. huhu~

    ReplyDelete
  10. @Edura Hanum sama2 kasih.goodluck preparation dear :)

    ReplyDelete
  11. @Suria tuhla sbb x pernah beli fresh flowers byk2 gini hihi hantaran biase2 je yunk oi :p

    ReplyDelete
  12. @Hazz Nieza tak reti pulak nak ke PS tu cik haz hehee.nasib ramai bloggers suggest this place.senang nak carik plus tak jammed sgt.

    ReplyDelete
  13. baru je gi Floristika hari tu..sampai sesat2.thanks for sharing

    ReplyDelete
  14. Cantek beads..eh..Cik Zimie beli mana eh beads byk camtu? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai miss sapera, ops sori baru perasan komen ni. beli dekat nilai 3. kedai you and me if not mistaken

      Delete
  15. wah..thanks for the sharing..sharing is caring :)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)