Thursday, May 17, 2012

Berangan Nak Beli Rumah Pulak

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Haritu kata nak menyewa, tapi last-last terfikir nak beli hahah biaserlah. Kadang-kadang plan asal lari sikit. (Bukan sikit tapi banyakkkkkk huhu)

Ada sesiapa kat sini menginap/beli/menyewa/pernah duduk area Semenyih, Selangor?


Tanda merah tu kawasan yang konon-konon menjadi perhatian saya : Taman Pelangi Semenyih, Bandar Rinching, Bandar Sri Kesuma


I was thinking of having one unit here selepas kahwin nanti. Masih angan-angan kosong lagi. Loan pun taktau lepas ke idok hahah tapi tak salah berangan kan? Daripada aku tukar kereta baru, baik aku beli rumah. Cewah berangan lagieh.

Sebab Semenyih? Oh sebab murah dan dekat dengan office (taklah dekat sangat-sangat tapi berbaloi kot). Plus, boleh dapat landhouse dengan harga below 200K dan sesuai dengan tangga gajiku.

Having said that kawasan ni akan dibangunkan oleh SP Setia, one of the famous developer. Jangan jadi macam Talam sudah, yang konon-konon bagus tu, sekali habuk pun takdak. Grrr. Malas nak ingat pasal tu lagi.

Setelah berfikir mana tempat yang anda ingini, haruslah dan WAJIB buat kajian terlebih dahulu. Oh sebelum tu, saya sudah pun mendapat green light dari my parents. Al maklomlah belum kahwin lagi, kena la mintak izin hahah padahal dah berkomplot dengan EF sebelum tu.

------------------------------------------------------------------------------------


Ini antara hasil kajian yang telah saya dapat:-

Pertama:
"Syarikat pemaju hartanah nombor 1 negara, SP Setia Sdn. Bhd (sumber: The Edge). semakin rancak membina empayar hartanah di Malaysia terutamanya di Lembah Klang. Dalam tempoh 2 bulan iaitu dari Ogos hingga October 2011, SP Setia telah membeli 2 tanah pertanian yang akan dibangunkan menjadi bandar baru (township) di Semenyih dan Rinching dengan keluasan berjumlah hampir 1,700 ekar. Kedua-dua tanah ini terletak berhampiran Bangi.

Projek Rinching
Keluasan tanah – 673.3 ekar
Lokasi – terletak di antara Pekan Semenyih dan Bangi Lama. Jarak lebih kurang 15 minit perjalanan ke stesen baru MRT Bandar Kajang
Pembangunan di jangka bermula hujung tahun 2012 <-- Bila dah membangun ni paham-paham ajelah harga rumah mesti naik mencanak. Baik beli sekarang.

Projek Semenyih 
Keluasan tanah – 1,010.5 ekar
Lokasi – terletak 5 kilometer dari Pekan Semenyih, 7 kilometer ke Bangi Lama dan 2 kilometer ke Beranang.
Pembangunan di jangka bermula awal tahun 2013
Spekulasi juga mengatakan kawasan Projek Rinching tersebut akan dibangunkan sebagai Bandar Baru Semenyih (BBS). Boleh check dalam zoning MPKJ"

Sumber : Bicarajutawan 



Kedua : Tips beli rumah I
1. pergi bank then tgk kelayakan loan
2. pergi tengok rumah
3. kalau berkenan.. bayar booking dengan tuan rumah/broker (biasa max 3% dari nilai rumah.. kalau direct ngan tuan rumah boleh bincang lain)
4. pilih lawyer untuk siapkan perjanjian Sale & Purchase (SNP.. pembeli yang pilih lawyer.. pasai kos lawyer ni pembeli kena bayar nanti.
5. dah siap S&P baleh la sains.. biasa time ni kalau ngan broker kena bayar balance 7% pendahuluan balance aritu.. kalau dengan tuan rumah boleh bincang lagi untuk tunggu withdraw akaun 2 KWSP.
6. loan Appove.. sains letter offer la kat bank..
7. tunggu lawyer buat kejer..( untuk dapatkan kelulusan dari pejabat tanah dan daerah.
8. dapat kelulusan pejabat tanah bawa surat kelulusan untuk memohon pengeluaran KWSP akaun 2.. (dokumen diperlukan boleh semak dengan KWSP) kalau dokumen lengkap 5 hari duit dah masuk akaun.. boleh la bayor balace deposit pada tuan rumah kalau ada lagi balance..
9. tunggu awyer buat kejer lagi.. masa ni lawyer S&P akan deal dengan Lawyer bank(loan anda).. kos lawyer bank pun pembeli yang tanggung..
10. dua2 lawyer buat kejer.. (jangn kacau time ni).. ketika ini proses pembayaran balance loan bank untuk owner rumah dari loan bank pembeli..
11. bila da siap bank anda akan kuarkan cek bayar kepada bank owner lama..
12. masa ni leh ambik kunci dah.. dan bulan depannya dah start bayar ke bank..
Sumber : Forum mana entah tak hengat huhu.

Ketiga : Tips beli rumah II 

Keempat : Survey2 rumah di Mudah atau Iproperty <--ada lagi ke link lain? mohon share (:

Kelima : Akan ditambah dari semasa ke semasa kehkeh, sebab baru survey2 lagi. Banyak lagi prosedur yang kena buat. *tarik napas*

------------------------------------------------------------------------------------


Oh btw, saya plan nak beli rumah 2nd hand. Plus, amaran ketat : Ini hanya angan-angan dan buah berangan. Jangan ingat saya tulis entry ni, saya betul-betul dah beli atau wutsoeva. Kata berangan kannn. Kalau dapat beli, syukur alhamdulillah.

Doakan ya hehe. 

Ni dah sms/call agent property ni tak reply pun. Bz lah sangat. Ok kalau ada lagi, akan ku update yah. Bye (:


   

14 comments:

  1. adoiiii..gaji baru 2+++ tp rumah kat klang valley dh mencanak jadi 500K+++..Semenyih mmg la xmau..jauh dr tmpt keje kami...beli jgn xbeli..sp setia ni very fames...kwsn Setia Alam yg die develop skang dh jadi RM500k+++..ADE yang sejuta dah rege.fuhhh

    ReplyDelete
  2. bagus lah perancangan tu zimie!
    at least kite ade angan² kan..?
    bkn kena bayar pn...kikiki

    betul² rumah dkt semenyih masih affordable utk dimiliki..teringin jugak! :D

    ReplyDelete
  3. aja~tau takpe, kalau gaji tu 10K takpelah jugak.sobsob ni tak pepasal kena beli rumah jauh2 huhu

    suria~heheh berangan itu free.jom la suria.boleh kita berjiran.cewah

    ReplyDelete
  4. heheh bagus zimie angan2 dah

    huda dah berangan dah jugak tapiiiiiiii gaji secoet macam tak lepas nak bayar nnt dah tu kalau semenyih jauh dari opis cost ke opis lak mahai. adehh T__T

    nak beli area klang valley alamat nye nye huda akan diisytihar muflis muda kihkihkih

    ReplyDelete
  5. yer satu tindakan yg bijak...

    BB pon terus beli rmh time tgh tunang sbb memikirkan rogi jer bayar sewa..last2 rumah tak dapat!

    BB beli rumah second jugak...servey dlm iproperty.agen sy mmg ok...
    nama dia mark.cer try call no ni 0103673629.tanya dia ada tak rumah area yg awk nak tu ;)

    ReplyDelete
  6. saya pon berangan nak beli rumah sebelum kahwin ni. tapi dapat berangan je sbb tak tahu langsung. Allah permudahkan saya dengan entry awk nih. macm ditolong pulak.. tq

    ReplyDelete
  7. Dear.. I stay kt bandar tasik kesuma.. Hihi.. Nway, semenyih rumah mmg agk murah n agk besar la... So good planning.. Mai la jdi org semenyih, tmbahkan kesesakan.. Hihi

    ReplyDelete
  8. Zimie, angan-angan dulu baru jumpa kenyataan.
    Bila ada angan-angan dari situ lah kita ada usaha nak jadikan kenyataan.
    Gud luck bebeh!

    ReplyDelete
  9. cik zimie : better u try survey2 sendiri kawasan yg berkenaan, sbb lau dpt direct owner, much more better.. lagi pun, awak x yah rugik bayar % dekat agent. Ni based on my experience la..

    ReplyDelete
  10. huda~haip jgn sampai muflis, beli tu kena berpada2 eceh.kt kl boleh dpt apartment jela kot hoho

    BB~waa mark tu agent u eh?nak try la tanye hehe thanks sharing dear.

    suriz~takpe suriz, taktau boleh belajar.hehe sy pun baru2 je ni baca pasal rumah.dulu x ambil tahu langsung

    yati~ooo tau tempat tu.hihi one of my target jugak.hikss mana tau boleh berjiran ke?jengjeng

    ReplyDelete
  11. ika~betul2.thank u ika.jom sama2 berangan haha

    emeylia~tulah i pun ada terfikir jugak nak beli direct sbb maybe lebih murah.ingat weekend ni lah nak jalan2 area situ.ala2 site visit gitu.wish me luck :)

    ReplyDelete
  12. bes bes bes. i ni angan2 pun xmampu lg. xtpk pon lg

    ReplyDelete
  13. bakal suami sy beli rumah kt semenyih, the greens..baru dpt kunci, cuba tgk kalau ada yg nk jual ke..

    ReplyDelete
  14. menarik harga rumah di beranang ni? boleh buat pelaburan hartanah tanpa modal ke?

    Saufi Karim
    http://saufikarim.com

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)