Monday, April 23, 2012

Tips Memilih Makeup Artist (MUA)

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Sebenarnya saya bukan lah orang yang sebetulnya bercerita tentang make up. I am truly not makeup lovers. Tapi I started make up since my university year. Roomate aka bff Bunnie yang ajar sebab dia suka makeup ni. Kalau makeup mengalahkan orang pergi dating. Pergi kelas, etc. Tebal makeup berapa inci entah haha. Aku pakai compact powder baru sekali, dia dah bertukar berkali-kali. Plus she have taste on makeup. Suka tengok dia makeup walhal diri sendiri tak suka makeup pun. Natural lah kononnya. Pftt

Tapi sebab sejak berbf, ber'tunang', dah mula involve sikit2 pasal makeup hihi. Perkembangan yang positif lah tu kan? Kalau masa kecik-kecik dah start makeup pun susah gak. Kang jadi macam my cousin, kecik-kecik dah bertepung gomak, bergincu mengalahkan opera cina. Padahal baru tadika tu. Bebudak sekarang kan. Jadi, normal lah tu saya dah  tua besar suka makeup ;p



1. Tempahan awal - Pastikan tempahan dibuat awal agar anda mendapat Mak Andam atau Make-up Artist yang diingini. Buat perbandingan agar pemilihan anda adalah bertepatan dengan kehendak dan budget anda. - tempah dah pun since last year, bulan October 2011, maknanya 8 bulan sebelum majlis, advance grand prix ;p

2. Test make-up/pre-wedding makeup - Cubalah melakukan test makeup/pre-wedding makeup dahulu dengan Mak Andam atau Make-up Artist yang dipilih. - macam mana ni, saya takde pun buat trial make up. Should I proceed for trial make up? Terasa macam malas nak spent duit bebanyak. Duit oh duit muncul lah dikau.


3. Hanya anda seorang - Pastikan agar Mak Andam/ Make-up Artist anda tidak menerima tempahan selain diri anda pada tarikh majlis anda. Ini adalah bagi mengelakkan Mak Andam/ Make-up Artist anda terkejar-kejar menatarias anda untuk ke tempahan seterusnya. Akibatnya anda yang akan menanggung hasil solekan yang kurang teliti dan tidak memuaskan. - I already booked Zul assistant from Readzul Creation, (sebab nak MUA perempuan) If not mistaken nama dia Shaz (will confirm later). Hopefully si mua tu takdelah buat 2-3 kerja dalam satu hari.


4. Berbincanglah – Pastikan anda dan Mak Andam/ Make-up Artist anda berbincang terlebih dahulu. Terus terang tentang apa yang anda suka dan apa yang anda tidak suka. Ini akan memudahkan Mak Andam/ Make-up Artist menatarias anda. Kedua-dua pihak (anda dan Mak Andam/ Make-up Artist) pasti akan berpuashati dan kegembiraan anda akan terpancar di wajah anda! - Taktau bila timing nak berbincang dengan mua. Tak pernah lagi bertentang mata. Just ambil berdasarkan kepercayaan si Zul tu. Kata Zul, nak bagi the best mua. Rasanya less than 1 month, dah kena jumpa si Shaz tu. We'll see..


5. Cerewet biar kena tempatnya – Dalam menentukan solekan pengantin yang diingini, anda bolehlah bersikap sedikit cerewet. Anda berhak bersuara sekiranya solekan yang dikenakan tidak memuaskan hati anda. Tapi pastikan anda juga mempunyai sedikit pengetahuan tentang solekan. Bincanglah secara baik; anda dan Mak Andam/ Make-up Artist anda pasti akan mencapai solekan yang diingini. - Aku bukan lah orang yang cerewet sangat-sangat-sangat. Kalau boleh makeup tu, biarlah tak tebal sesangat. Kalau boleh nak makeup yang tahan lama. Sebab duduk dekat situ berjam-jam lamanya kan. Kalau makeup pecah sana-sini pun susah juga. Kesian pengapit nak kena touch-up kan muka ku yang bertepek itu. 


Tips make up tahan lama: 

1. Tepek/letak/gomol (macam mana nak buat entah) ais dekat muka sebelum makeup. InsyaAllah makeup tahan lama.

2. Basahkan span powder dengan air atau renjis-renjiskan muka dengan air sebelum makeup.

Ada sesiapa nak share tips lagi? ;))


My future MUA insyaAllah :)

1. Nikah - Zul Assistant dari Readzul
2. Sanding - Zul Assistant dari Readzul
3. Post Wed photoshoot (a day after sanding) - Amy Zalini
4. Bertandang - Kawan mak si tunang. Belah ni suruh mak dia handle dekat kampung nuh. Nak makeup simple je. Sebab bertandang ni, majlis simple, pelamin pun takde. Jimat kos gituw.


Info dari Google. Ampun kan saya penunggu Google sebab curi info ni semua.




p/s : Tak makan dek puji, tak mati dek keji. Senyum tak perlu kata apa-apa :)

   

15 comments:

  1. camne nak bg tips, suria pn jenis x make up, pakai johnson powder je..kihkih xreti sebenarnye..

    suria pn xde test make up, tawakal je lah dgn tgk MUA tu pnya profile..harap² :)

    *ayat tepung gomak tu sumpah kelakar :D

    ReplyDelete
  2. Teringat masa zaman nak book mak andam. Kita tak compare2 pun.. Tak test make up pun.. Masa hari kejadian tu pasrah je hulur muka utk di make up kan... Haha. Nadib baik ok. Tu pun abh bising kata tebal sangat...

    ReplyDelete
  3. suka ayat yg last ittew! hee. org kata serba serbi besederhana, seri pengantin tu yg penting :)

    ReplyDelete
  4. suria~hahah saya pakai compact powder silkygirl.lebih kurang je kita.amboi siap main sumpah2 dia hehe

    hana~depends pada orang jugak kan, ada suka test makeup.kita tengah berfikir nak ke taknak.heheh kalau dapat free test best gak hihi

    ReplyDelete
  5. tak reti mekap juga. pakai compact powder dan lipstik sahaja. kalau malas sangat pakai talcum powder dgn lipbalm sahaja. hahahaha. nasib baik tunang kenal masa diriku masih comot2 lagi. jadi dia redha je. :P

    ReplyDelete
  6. nanti i pon nak share tips...tunggguuuuuu..hehehe ;p

    ReplyDelete
  7. FY pun takde masa nak test make up..berserah je la..hehe

    ReplyDelete
  8. bestnya nak di makeup cantik2.. rindu.. kita tak bg alamat lagi!!huuu

    ReplyDelete
  9. jue~haah samerlah kita, compact powder & lipbalm aje.lipstik memang takde la.lip gloss pun baru2 ni beli hihihi

    renee~yeah renee, i loike!!! :)

    FY~hihi kan, berserah jela jugak.

    put~kenangan dimakeup la tu hehe.tula mana alamat put?hope alamat lama boleh guna la ye

    ReplyDelete
  10. oh zimie.... kalau boleh la cuba la buat test make-up tu.... bazir sikit takpe yg penting okey....
    sbb apa? dulu saya tak test make-up.... saya pun jenis tak bermakeup.
    masa make-up nikah (1st time dgn MUA ni) makeup nye terlalu tebal (pendek kata i don't like). bila dah make-up, mcm nak nangis pun ada T_T... smpai ckp kat MUA tu "mcm mana ni tebal sgt.... saya tak nak..." tp dia kata "ok, mungkin izan tak biasa make-up, tu yg rasa pelik sendiri" but my sis pun kata tebal wpun okey.... nak padam takut lagi huduh nanti....
    makeup natural pada MUA mungkin bagi kita TERlalu tebal okey.... even my dad pun tegur kata tebal, wpun most my aunty (yg gorjes2 suka bermakeup) kata cantik, tp pada mata saya tetap TEBAL dan pelik....
    http://pleaselovemeunconditionally.blogspot.com/2012/03/wedding-review-part-4.html
    Luckly, masa sanding nasib baik okey (mean nampak natural seperti citarasa saya), since MUA dah tau kulit kita, citarasa kita mcm mana.....
    that's why i strongly suggest buat trial make-up okey.......

    ReplyDelete
  11. haha huda mekap men tepek tepek bedak je dgn pelembab muka dgn sikit eyeliner hewhew


    nak kawen september ni tak book mua lagi. mampusss

    ReplyDelete
  12. izan~ayoyo betul ke izan,ni tiba2 berbelah bahagi.kena jumpa my mua tuhla kan.mintak advise dari dia.adeh thanks ye izan for sharing.psttt btw nampak kat gambar ok je.cantik izan :)

    huda~book ye syg.jangan lambat2.nanti melepas nages tak berlagu hihi.

    ReplyDelete
  13. Ala u kenapa tak ambik Zul je mekap? i dulu pn dia nak kasik assistant dia tapi i nak dia jugak mekap utk i hehe. btw i puas hati sgt dgn READZUL

    ReplyDelete
  14. cha~i ada konflik dalaman sket, tu tak ambil zul.hihi suka sangat makeup zul tapi apakan daya

    ReplyDelete
  15. kite baca dr depan.. mc baca zimie amek zul as mua. rupe ye bukan ea?

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)