Friday, April 13, 2012

Terpaksa Upgrade Pelamin

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Ingat tak konon-konon nak cerita pasal banyak perkara dah setel tu? Dah seminggu lebih berhutang entry tu dengan anda semua, cewah.

Jadi harini saya nak membebel pasal kisah tu.  Perkara yang dah setel tu design pelamin sanding-ku. Tempoh hari cerita pasal pelamin nikah kan? Kali ni pasal pelamin sanding yang dekat dewan nuh. Al kisahnya jumpa Auntie Sue (dari Sonia Sofia Bridal) pada 3/4/2012 hari Selasa. Ye sangat lama nak cerita!! Tapi tak menyempat nak buat karangan :p

Ok kita teruskan penceritaan. Secara ringkasnya, WARNA taman TEMA genting BERTUKAR. Oh no, apa akan terjadi pada tema idaman-ku? Sebenarnya, saya memang tak pernah reveal apa warna tema impian tapi harini nak cakap jugaklah sebab dah tak jadi pun huhuh. Pada zaman dahulu kala, impian nak buat gold-turquoise. Tapi end up lepas jumpa Auntie Sue ni, dia cakap warna yang aku pilih ni tak sesuai. Grrrr. Dia suruh pilih warna lembu-lembut gitu. Sebenarnya kan, Bonda lah nak sangat warna Gold. Lepas tu pikir punya pikir punya pikir, aku yang miang gatal pilih turquoise tanpa memikirkan sesuai ke tak. Psssst nak warna ala-ala tiffany blue tapi macam dah ramai yang buat so takpela. Ikut jela cadangan wedding planner tersebut hihihi.

Kesimpulannya pelamin sanding tu TERPAKSA diupgrade daripada basic (yang Felda bagi) kepada tidak basic lah kot haha, di mana melibatkan sedikit wang ringgit malaysia (-_-'). 

Ini antara bahan-bahan yang akan berada di dalam dewan nanti yang kononnya dah diupgrade :-

1) Upgrade panjang stage pelamin kepada 28feet (before this kecil sikit. tak ingat berapa tapi memang kecil gila hohoh)
2) Stage pelamin - warna dark brown
3) Flower - menggunakan gabungan warna Peachy-brown dan Yellow (tengok dekat kain contoh, cantik juga, nampak exclusive lagaknya)
4) Kerusi love chair
5) Flower arch - 2 unit. (Satu letak dekat pintu masuk, satu lagi dekat tangga pelamin)
6) Kain backdrop - warna ivory
7) Cermin dekat flower stand - 2 unit kot (tak ingat)
8) Lampu disco kecil-kecil dekat backdrop
9) Chandelier -  1 unit
10) Crystal berjuraian sikit-sikit dekat backdrop

Bukan setakat buat lakaran, Auntie Sue cerita jugak setting meja beradab, apa yang ada di situ, berapa meja, etc etc. Oh lakaran nya ada tapi tak complete sangat, tu macam malas nak attach sini. Tengok jela di hari persandinganku nanti ye, supriseeeee. hihihi.

Masa nak bayar deposit tu, Ayahanda tak pulak mintak kurang. Geram. Banyak kali tanya. "Dedi, betul ke harga ni" Sebenarnya maksudku supaya beliau buat la tawaran dua setengah dua setengah. Nampak nya gagal. Grrrrrr. Bila balik dalam kereta bapak cakap "Tak sampai hati nak mintak harga murah sangat takut dia buat tak elok" Redha jela lagipun fikir Auntie Sue ni 'menjaga' reputasi. Dah biasa buat untuk orang-orang korporat. Takkan la nak buat teruk-teruk untuk customer pulak kan. Positif zimie positif.

Moga hasilnya bagus-bagus aja yah. Nanti maybe nak buat reheaseal dulu sebab taktau flow majlis camne. Aduh banyak nya nak kena pikir. Hua hua.

Okla nanti berstory morry morning glory lagi ye. Selamat berhujung minggu!



p/s: Ya Allah kau permudahkanlah jalan aku nak bernikah ni. Lately dekat- dekat majlis, lagi banyak sangat benda happen lagi-lagi melibatkan emosi. Tetapkan lah iman ku ya Allah.


 

10 comments:

  1. tak sabar nak tengok pelamin zimie... mesti gempak kan zimie....
    Zimie... mesti tak sabar menghitung hari kan... ^_^

    ReplyDelete
  2. Zimie, gud luck. Memang selalu org pesan, nak kawin ni mmg byk bermain emosi. Hati mak esp sgt sensitif. Setan pun banyak nak menggagalkan perkara baik. Saya ni pun mcm2 hal babitkan emosi terjadi.

    Anyway, kaler tema kita cam sama je... peach, light yellow, i loikee...

    ReplyDelete
  3. Semoge semuanye dpermudahkan ye zimie...!!
    Bykkn brzikir...!!

    ReplyDelete
  4. hana~taktau la gempak ke tak, tggu dan lihat je hana hihi

    azura~thanks dear.sesama doakan ye :)

    Si Gile Dan KeGILAannye~thanks ingatkan. i will :')

    ReplyDelete
  5. memang banyak benda nak kena fikir.
    pening kepala. huhuu~
    btw, good luck! ;)

    http://ninimohd.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Wow xsabar nak attend wedding zimie nanti. Jangan risau insya allah sume akan ok. Saya pon lagi dua minggu ni mcm blur je. Apa pon good luck zimie!!

    ReplyDelete
  7. Xsabar nak attend wedding zimie. Good luck dear!!

    ReplyDelete
  8. zimie..i silent reader, blog u and renee slalu i jenguk, one of da reason is dewan sama..

    i masa awal2 deal dengan a.sue, i pergi dengan fiance..discuss2..tup2 kena almost 8k..wahhwahhwahh..kalau camni baik i hire que ke, nsi ke..terus x jadi huhuhu

    i wonder jugak kenapa la i kena banyak tu, sedangkan i belek2 file client yang lain pun xder plak lebih 5k..

    my fren punya pelamin kat dewan perdana mmg gempak, siap ada led light semua, charge adalah 5k sahaja..

    kawan i pesan, kena pandai tekan aka nego~~

    ReplyDelete
  9. nini & ila ~thanks dear ;)

    lola~amboihh apsl mahal giler sapai 8k.saba jela.i punya tak sampai tu.macam quite affordable lagieh huhu.

    so now u tambah brapa ?atau u ambik yang basic je?

    ReplyDelete
  10. tak, i amek vendor luar je..malas nak nego2 and deal lagi..segan plaks huhu

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)