Tuesday, April 17, 2012

Pencarian Spa Sekitar Bangi

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Sekarang dalam mood nak survey tempat-tempat nak men'spa'kan diri. I suka gila spa!!! Dulu start berspa masa 24thn muda trang tang tung. Tapi takla spa sangat sebab more to body treatment. Rasa best sangat lah masuk sauna. Jakun a.k.a rusa masuk bandar ke kampung? (haku pun confuse lalala). 

Sekarang bila dah dekat2 kahwin, mula la survey spa dan pusat rawatan kecantikan. Ada pulak rakan sevarsiti yang nak join. Best sikit kalau ada gang nih. Takkan sogan bebenor. Budak tu pulak memang kaki spa. So bila ada gang, panjang langkah lah jawabnya hihihi.


Tujuan pergi spa sebelum kahwin:-

  • Menambahkan keyakinan diri
  • Menaikkan seri wajah pada hari persandingan
  • Mengembalikan tenaga tubuh selepas penat seharian (wow!!)
  • Masa nilah rasa nak merasa mandi bunga, facial, sauna, lulur, manicure, pedicure, etc etc (tengok pakej mana yang anda pilih tapi biasanya dah ada 'Pakej Pengantin' ;p)


Haritu dah pergi spa (hadiah kemenangan). Tapi itu bulan lepas. Review sini. Tapiiiiiiiii nak pergi lagi dan kalau boleh pergi setiap bulan! (budget banyak duit dan anak datuk). Kalau EF tu kaya, dah lama  I suruh je mamat tu sponsor. Oh sugar daddy~~ 

Sebenarnya memang cari spa yang dekat dengan rumah (sebelah rumah lagi bagos, ada ka :p) Dan kalau boleh spa muslimah lah :)) Tapi kebanyakkan yang telah diri ini survey berdekatan dengan ofis di Bangi. Adeh takpela, memana jela. Lagipun member nak ikut tu duduk Kajang. So kalau spa di Bangi tu okla rasanya.

Ada beberapa spa yang menarik minat dan harga berpatutan dan servis maybe ok kot (yela tak pernah pergi dan main agak-agak tengok baca review orang hehe). Antaranya:-

1) Anjung Jelita Spa. Tak berapa nak Bangi la sebab spa ni dekat Kajang hoho nak jugak cerita sebab one of my friend dah pernah pergi. Menurut sumber, spa ni baru dibuka bulan Mac tahun ni. Biasa kalau baru-baru ni, environment best sikit gahahah sebab 'baru' kot. Jadi semua barang-barang baru. Konon. Mari lihat review dan bintang-bintang yang diberikan.

Tribute gambar rajah daripada Shu dan Madam
Review 1 daripada si kaki spa, Shu merangkap rakan sevarsiti pada zaman tok kaduk
Review 2 daripada Madammondoq

2) Seputeh Kapas Spa
Saya up kan cerita ni sebab ada one of the b2b pernah pergi. 

Bridal package  = RM170 ;p

Ada dalam grup cakap, try buat diamond peeling. Benatang apakah? Katanya keluarkan black nose dengan white nose tanpa rasa sakit. As I know, memang nak buat tu sakit gila!!! Orang cakap sampai muka merah-merah. Huwargh scary. Even tak pernah rasa, tapi bila member tu cerita ouchhhhh meremang bulu roma dan ngilu-ngilu. Kalau diamond peeling boleh buat benda yang sama dan tak sakit, why not? ;p



3) Ananaz MediSpa. Ia merupakan spa terbaru di Bangi. Terletak di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi. Yang ni terang-terang dekat dengan ofis hahah senang la. First branch dekat Cheras. Kiranya yang ni second branch la kot. One of my bff dah pernah cuba dan dia cakap best. Best tang mana taktau la mak kan.

Haritu spa ni buat promo tapi now taktau ler ada lagi ke dak. Rasanya kena jugak walk-in dan terjah. Ingat nak try dekat sini dulu lah. Hihihi nak ajak si kaki spa tu minggu ni tak free pulak. Kang ada yang pergi sorang-sorang kang.

 
Jangan teripu. Ni gambar dekat branch Cheras if not mistaken. Tapi cantik dan moden gitu. Haih nak kena survey nih dan buat apointment. Nak try body lulur dengan body massage. Harga macam affordable hehe.

Review 1 <--so far belum ada review dekat website/blog. Biarlah saya menjadi orang first yang review. Ahem.

4. Qalesya Spa and Beauty. Terletak dekat Seksyen 3 Bandar Baru Bangi. Spa baru rasanya nih. Tapi sebab ianya bercirikan muslimah, so rasa macam nak lah cuba. Cuma tang Sauna tu dalam kotak lah pulak. I'm a bit errrrr. Kalau boleh dapat dalam bilik lagi best lalala. *Demand* 

Pakej pengantin murah = RM150 sahaja ;p


Atau ada sesiapa nak share spa menarik dekat Bangi atau berdekatan dengan harga yang berpatutan?

Dipersilakan. The stage is yours :)

 

6 comments:

  1. wahhh..
    bermanja manja kan diri ye cik zimie..
    zimie, suria penah dorang org ckp manicure & pedicure kalau nk buat kena awal coz, kalau dh nk dkt nnti inai x lekat..heeee sory kalau salah information.. ;D

    ReplyDelete
  2. suria~hahah ye saje menghabiskan duit, alang2 tinggal sikit kahkah.

    ok noted manicure padicure.ingatkan inai makin berkilau.tak eh?hehe

    ReplyDelete
  3. D aura spa kini di buka di spa bangi sek 9,spa equine park seri kembangan,spa putrajaya.menawarkan perkhidmatan untuk wanita,couple,ibu bersalin,ibu mengandung,pengantin.more info www.dauraspa.con atau 0388616838

    ReplyDelete
  4. D aura spa kini dibuka di spa bangi sek9.more info www.dauraspa.com atau 0388616838

    ReplyDelete
  5. Bagi yang mencari spa sekitar bagi bolehlah cuba di Impian D'manje Spa seksyen 7 bangi...call/sms 017-3773800 (manje)...

    http://dmanje-spa.blogspot.com/

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)