Saturday, April 7, 2012

Pelamin Nikah Anganku Musnah

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Memang dah musnah pun.

Tau tak sebab pe? Kelmarin ikut Bonda dan kuncu-kuncu nya ke sebuah kedai perabot. Memang tegar la lepas balik kerja terus shoot ke kedai perabot. Lepas maghrib jam 8 malam terus ke sana. Nasib perjalanan hanya mengambil masa 5 minit, jadi takdela rasa penat sangat. (Ya, kedai perabot dekat dengan rumah je hihi) Kedai tu bersebelahan dengan Pasar Borong Selangor.

Pergi Italy dalam masa 5 minit je uols. Ahaks. Tak. Nama kedai perabot tu Mitaly. Masuk-masuk kedai mak tanya budak tu "Dik, kenapa nama Mitaly. Dari Italy ke?"

"Sebab Malaysia, sebab tu depan tu M. Memang perabot semua import dari Italy"

Dalam hati terdetik, mesti harga pun mahal. Jadi macam masuk kedai dan macam kurengggg excited sebab tau budget rendah tapi konon nak sofa idaman yang macam ni. Boleh cekidaut entry terdahulu di sini.


Huwaaaaaaaaa.


Dah la zimie. Nanti lepas kahwin beli ye ;p

Perabot-perabot dalam kedai tu kebanyakkanya menggunakan konsep moden dan warna putih. I loikeee kehkeh. Tapi untuk sofa nikah, tak pulak aim warna putih. Nak cream kononnya. Tapi end up beli warna putih jugak. Ya baca betul-betul, TERbeli (-_-'')

Dah bayar deposit sebanyak tuuut tuuut. Terpedaya dengan mak yang malas dah nak survey tempat lain dan kebetulan kerusi tu ada diskaun. Tak beli sofa pun. Nampak gayanya tak dapat lah bersaudara dengan sofa idaman tu. Mak cakap "Takyah la sofa cleopatra tu, mami tengok mahal, kau nak kahwin lagi banyak guna duit, beli murah-murah sudah" Yang hairan nak bayarnya aku, dia pulak berceramah depan kedai tu. *Shrooooot* keciwa sekali tapi demi Bonda ku turut kan juak. Ada benarnya jugak tapi masa tu meronta-ronta geram dan tarik muka masam. Nakal ini budak. Dah nak kahwin pun degil jugaks.



Inilah teaser kerusi tu. Dipanggil relax chair. Memang relax habis lah. Duit yang mengalir je tak relax. Asal display kat kedai memang warna merah tapi nanti kulit tu akan ditukar warna putih. Ada a few colour from black, cream, red, etc. Katanya kulit leather 100%. Jangan bagi kulit 'lain' sudeyy.

Tapi memang sedap tu duduk atas kerusi ni. Lembut gitu. Dan mempunyai permukaan yang agak luas. Sesuai la diriku dan dirimu melenyek kan buntut di situ.

Agak-agak boleh tak transform jadi macam ni? Hihihi. Kerusi dah sama tapi kaki kerusi je hitam. Saya punya kaki putih. Berangan english theme gitu.


Tapi awal-awal bila bagi idea, mak dah pesan "Zimie tak payah masuk campur urusan pelamin. Baik fikir hal lain" Hmmm. Sedih pulak. 

Rasa macam urgh, kenapa, kenapa. Stress ok. Takpela dah tunjuk kat mak, harap dia bagi la buat macam ni. Lepas tu planning nak hias dengan paper lantern dan bantal kecil-kecil sebelah platform tu. Nasib la yang ni nak buat senyap-senyap muahaha. Paper lantern dah sewa dengan Nora dekat Anaztasia Tie The Knot. Yeai. Bantal kecil-kecil tu taktau nak beli mana. Maybe beli dekat Nilai atau DIY kots. Tengok la kadar kerajinan macam mana hehe.

End story pasal pelamin yang termusnah tu (kononnya). 




Lepas tu sempat lagi beli majalah ni. Satu pasal pengantin, satu lagi pasal kesihatan. Dah dekat-dekat kahwin ni, haruslah menjadi kesihatan dan penampilan. Ewahhhh



Esok-esok update pasal pelamin sanding pula. Draft untuk konsep dewan dan pelamin sanding dah ada dalam tangan hehe. Ok bye.

 

22 comments:

  1. Zimie, kita request kat bridal relax chair tu tp yang takde kaki.
    Nak tau tak dia cakap pe.
    Dia cakap itu tong ok, kat sini takde guna tong macam tu.
    Sedihnya. Tak dapat kerusi idaman. Sobss

    ReplyDelete
  2. cantikla zimie...blh letak kat rumah pulak lepas tu.brp RM?

    ReplyDelete
  3. zimie, kerusi yg zimie beli tuh cantik~ i loiiike! kite mampu berangan je.. nak beli letak kt pelamin x mampu.. sobs sobs

    ReplyDelete
  4. syima~tula bila tengok lelama cantik pulak.ni after discount rm800.ok jugak sebab under budget hehe

    ayadhazimi~sedih.waaa

    dira~dira, u can do it.masih ada jalan.ni pun beli sebab terpaksa.nak DIY punya pasal.lepas ni letak kat rumah la jawabnya hehe.

    ReplyDelete
  5. ok2 ira dpt rase kesedihan zimie..and ira pun dpt rase kerusi zimie cantik..heheeee.. lek ea zimie, cakap ibu kene ikut time lom kawin ni..

    ReplyDelete
  6. ira~uwaaa tula.takpela pasrah sudah sini.rasa macam cleopatra still the best hahah ayo sudah2 la tu zimie kan :p

    ReplyDelete
  7. Cantikla kerusi tu. Rendah, nanti hiasan dekat belakang mesti nampak jelas time ambik gambar.Modern style. Good luck ok!

    ReplyDelete
  8. imah~thank u dear.hopefully it turns out kebabom! hehe

    ReplyDelete
  9. cleopatra mahal kan~ kite pun tak sanggup beli~

    ReplyDelete
  10. zimie..nice idea.x sbr nak tgk nnt tau!!

    ReplyDelete
  11. brape byk shroot ni zimie? hihi...
    besar jgk bajet zimie nk buat mini pelamin ni...
    ^_^

    ReplyDelete
  12. dhiera~sangat! dah macam pelamin sanding pulak.takpe dhiera, kita pakai kerusi tong je bak kata ika hihi.

    zatie~thank u dear, kita lagi tak sabar :p

    nn~sangat banyak shroot hihi

    ReplyDelete
  13. Cantik kerusi tu... kalau nak deco bantal, x silap kat nora pun ada jugak kan...

    ReplyDelete
  14. cantik kerusi...
    sambil terbayang2 pelamin akad nikah zimie yg super cantik... ^_^

    ReplyDelete
  15. cantek la dear...i pon likeee it.
    jgn sedey2 okeh.nanti ilang seri..hehehe

    btw, dekat ajer la rmh kite yer...sy kt LEP7.rmh u kt mana dear?

    ReplyDelete
  16. cantik jugak dear....hope gnti ke warna putih better yek ! :)

    ReplyDelete
  17. Suka kerusi ni and kerusi cleopatra...request gak kat vendor pelamin...xtau la dpt ke x huhu

    ReplyDelete
  18. azura~yup baru teringat nora pun ada hehe thanks ingatkan.boley la survey2 nanti.

    hana~hahaha entahla hana.doa2 la cantik ye.kita pun taktau jadi rupa apa.

    bitbest~tq dear hehe rumah dekat LP5.wah dekat lah kita!

    kaklong~haah memang tukar warna putih pun :

    jamme~lama x dengar cite mu hehe.tulaaa nice sgt cleopatra kan?nmpknya impian kita berkubur jela.in ur case, u request je bagi dapat hehe.

    ReplyDelete
  19. cantikla tu. anggapla itu pelaburan jangka masa pjg. haha.
    amy dulu beli arm chair gak. konon nak letak kat pelamin nikah. tp tak sesuai (sebab pergi kedai ibu suruh terus beli padahal nak kerusi lain), end up letak kat bilik penganton je. huhu.
    now da selamat kat rumah sewa. hihi

    ReplyDelete
  20. amy~haah pelaburan,i setuju dengan u.cewah.tak sabar nak bawa ke rumah sewa juga hihi.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)