Thursday, April 19, 2012

Langsir Dan Sebagainya

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Planning aktiviti hujung minggu.

Nak :-


1) Pergi kedai langsir. (Langsir untuk ruang tamu dan bilik pengantin *wink*). Mungkin ke Tewah, The Mines Shopping Centre atau Nilai 3. Subject to change. Punya lah malas nak ke KL. Tapi saya suka Jalan TAR. Banyak pilihan. Tapi mak pulak taknak huehue.

Langsir untuk tingkat bawah (ruang tamu dan ruang makan) nak combination warna lembut. Tak sure colour apa. Maybe light red. Light tu pink lah kan errrrr entahlah tapi lebih kurang gitu. 

Langsir untuk bilik pengantin mungkin light pink atau dark pink-marroon-red (tiba-tiba berangan nak langsir warna gelap pulak *dushdush*) Tengok la macam mana sebab beli yang dah siap punya. So kalau kedai tu jual warna yang best, rembat jela hihi.


Info I Google and found this:-
"Ni kalu bajet ciput boleh gi kedai2 ni...so kalu rajin boleh gi survey tengok kedai mana yg bersesuaian dgn bajet... 
1) Kedai kain Tewah - ni kedai yg murah compare to Nagoya & Kamdar
2) Nagoya - ni plak murah lagi dari Kamdar
3) Kamdar - mahal skit dari Nagoya & Tewah
4) Nilai 3 - tp yg ni I nasihatkan lah pada sape yg nak beli fabrik kat Nilai 3 ni compare harga ngan kedai2 yg 1, 2, 3 kat atas tu...sbb I dah tengok fabrik, corak, bunga, kaler yg sama jual kat kedai kain Tewah rege RM13.50 semeter tp dijual dgn harga RM28 semeter lepas diskaun dpt RM18 semeter kat Nilai 3....
& kalu prefer fabrik yg mahal boleh tengok Elyza, Macy, SSF"

Phew. Makin bertambah excited nak ke Tewah hahah. Dah boleh jadi Duta Tewah nih.



2) Beli kain satin/kain shining2 berkilat (taktau nama pe huhu) Tidak, tidak. Ini bukan DIY. Ini nak suruh orang lain DIY hahah. Kegunaan kain satin adalah untuk buat sarung bantal kecik-kecik. Nak letak dekat tepi pelamin nikah. Bantal dah ada. Rotate yang dekat rumah punya. Tinggal nak jahit kain untuk bantal kecik tu. Jahit tu suruh orang tailor Tewah buat. Upah around RM8 per piece if not mistaken. Murah ke mahal eh? Huhu dah taktau siapa lagi boleh jahit. Nak jahit dalam 8-10 pcs gitula. Nak jahit sendiri, tak mahir dan at the same time mesin jahit problem. Dan-dan jugaklah kau nak rosak kan.



3) Pergi Romantika. Ini suggestion daripada one of my schoolmate (you know who you are. hello hai. hahaha) Reason pergi romantika? Sebab haritu aku bebel-bebel nak cari hiasan untuk bilik pengantin. Actually nak cari frame gambar, lilin, pasu atau deco yang cantik-cantik sket, etc. Haritu masuk Memory Lane pengsan tengok harga. Nak cantik tapi murah. Hado? Takdo. So member ni suggest pergi Romantika PJ di Amcorp Mall. Katanya banyak barang ala-ala english style yang affordable dekat situ. First time nak pergi, so tiada gambar rajah nak digambarkan. Tapi tengok-tengok website, macam menarik. Link LINK SINI. Nak pergi AM kena ajak la mamat tu. Aku mana reti area PJ ni. (Sebenarnya malas nak drive kan?)




Nota : Romantika ada banyak gila cawangan. Cawangan paling besar dekat Ampang 26,000 sg ft. Phew.



4) Pergi IKEA (kot). Ini pun yang my friend suggestkan. Benda yang sama nak beli decoration untuk bilik pengantin. Sebelum pergi tu, elok bonar lah godek-godek magazine dulu. Untuk Year 2012 ye. Lepas tu boleh godek secara online. LINK SINI. At least dapat plan nak beli apa, blablabla. Selepas beli tingkap (kalau tak jumpa barang yang nak lah), elok lah ke meatballs. Confirm EF takkan menolak punya kahkah. 






Ya Allah tiba-tiba rasa banyak nya nak buat hujung minggu ni. Dah la ada kenduri kahwin nak kena attend. Maybe attend kenduri dulu baru hunting benda alah tu hoho.

Can't wait nak settlekan semua benda ni this weekend. Hopefully.


 

17 comments:

  1. zimie.. lgsir kat bilik pengantin hana haritu pun beli kat tewah...
    romantika mmg murah tau...

    ReplyDelete
  2. bg suria dkt nilai 3 mahal, heeee
    sbb suria suke ke kamdar or nagoya.
    tewah xpenah pulak beli kain utk curtain tapi kalau chiffon murah heeee..

    gudluck cik jimie :D

    ReplyDelete
  3. hana~tula macam best pulak tewah tu.baju kurung dah siap pun murah2 kan hehe

    suria~kan!! tsk rasanya takyah kot pergi nilai.hehe chiffon murah eh?penah beli untuk inner baju tunang haritu tapi lupa dah bape harga hahah thanks suria

    ReplyDelete
  4. romantika dekat plaza alam sentral lagi besar kot..

    ReplyDelete
  5. i pun beli candle white tindra..wangiiii woo..mcm vanilaaa je baunya :)

    ReplyDelete
  6. zatie~yeay!!

    farhana~oh okies, kalau gitu, nak try pegi gak la dekat pas.thanks sharing :)

    sf~wowee i like.ni tak sbr nak terjah ikea ;)

    ReplyDelete
  7. Hai...sy Diyana...1st time menyinggah~

    Wah~ byk planning ni... good luck~

    nnti nk try pg Tewah laa as recommended (^_^)

    ReplyDelete
  8. tewah tu kat mana zimie? heehhe

    ReplyDelete
  9. kat tewah macam mahal je....huhuu... Alamoda murah sikit

    ReplyDelete
  10. diyana~tq dear.hehe takla tapi sebab tu je dekat dgn rumah.try la jugak ye ;)

    hanis~tewah dekat mines shopping compleks, seri kembangan :)

    annor~alamoda kat mana pulak dear?sekali pandang mcm alamanda hehe

    ika~tocei2 hihi

    ReplyDelete
  11. bestnyer shopping...

    dh lame x shopping semenjak preggy ni...huhuh

    ReplyDelete
  12. dah lama x pegi amcorp w'pun selalu dating dekat tasik taman jaya..hihi..dah ada kedai romantika eh dekat situ..thanks 4 the info~

    ReplyDelete
  13. gadis~hehe mommy2be, take extra care.jangan jalan jauh2 sangat ;)

    syaz~wahh dating.kita 1st time nak pergi nih hihi.welcome dear.

    ReplyDelete
  14. sgt bertungkus lumus cik zimie ni...
    mcm tak ckup tgn dah tgk..

    ReplyDelete
  15. selamat bershopping zimie.
    teringat zaman2 nk prepare kawen dlu. sampai menangis2 sebab beriye beli perabot, langsir, hiasan rumah bagai.
    tp sekarang rasa puas hati..dpt bawak semua tu ke rumah sendiri.

    happy preps! da dekat sgt tu..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)