Wednesday, March 21, 2012

Tips Dari Saya Untuk Anda (Bakal Pengantin)

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Mayday-mayday. Sesiapa yang dah nak dekat kahwin tu, elok bonar la amalkan tips ni ye. Untuk kesihatan dan kecergasan yang berpanjangan. Tak semestinya sibuk dengan 'material' untuk majlis perkahwinan, tapi perkara-perkara yang berkaitan dengan kesihatan dalaman dilupakan, ye dak?

Tips ni di ambil khas dari google.
 
 
Beberapa nasihat kesihatan dari orang tua untuk bakal pengantin sebelum tiba hari perkahwinan:

Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.<--belum cukup 40 hari. nanti dah countdown boleh coba ngahaha

Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis. <--dah lama tak minum!

Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama. <--ada la jugak terkucil mengidam makan ais-krim secawan huhu what to do.sedap sangat!

Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.<--erkkkkk takleh, saya suka mandi malam.sobbbb

Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir. <--sesiapa yang bernama lelaki, sila ambil perhatian kehkeh.

Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.<--saya tak suka seafood. cambest pulak movie SeeFood tu ya?

Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga. <--urutan macam mana tu ya?*confuse seketika

Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin. <--ini saya gagal. uwaaa tak suka halia.

Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai. <--ok softcopy dah ada di tangan.muahaha gelak evil

Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri. <--say no no no.

Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari. <--masih belum cukup. selalu nya 6 jam sehari.huhu

Elakkan minum minuman keras dan merokok. <--N/A

Elakkan dari selalu terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri kulit akan gelap dan tidak berseri pada hari perkahwinan. <--susah sebab kerjaya-ku adalah keluar dan bertemu dengan client. terfikir nak beli sabun cerah kulit dari Irene lah.

Amalkan makan herba supaya malam pengantin tidak mengecewakan.<--green tea consider herba tak?heeee

Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit. <--baikkkkkk

Jangan makan fast food <--ini direka oleh tuan punya blog. tak makan sebab nak diet kah kah


Kesimpulannya, sila jaga kesihatan diri anda sebelum majlis. Orang cakap 'darah manis'. Entah manis tang mana taktahu la. Tak pernah rasa darah sendiri hahaha. Ok tak funny. Jadi rasanya tips di atas sangat sesuai untuk bakal pengantin yang dah hampir nak mendirikan rumah dan tangga. Macam saya lagi 80 hari okkkkkk. Neves gilers. Okla akhir kata, mana yang baik tu boleh jadi ikutan.Yang jahat tu jangan di ikut. No no no fifi tak sukaaa (tetiba hotfm). Ok bye.


p/s: Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.


 

16 comments:

  1. semu tu suria belum buat..
    hehe ada lg 40++ hari je lagi..
    paling ketara yg no. 1 tu...hehehee
    will try, tq jimie :D

    ReplyDelete
  2. hahah terbaik la tips zimie yg terakhir tuuu
    tapi selalu kalah dek McD huaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  3. Zimie... Tak lama lg jadi puan kan... Nk tau tak, sehari sebelum nikah pun kitoeang ade jumpa... Tapi bukan dating.hubby dtg utk tlg2 angkat dulang hntaran.. Tp hana nyorok2 tak nk jumpa.. Haha. Lawak je.

    ReplyDelete
  4. nk as tolong urutkan x zimie? hehehe...;p

    ReplyDelete
  5. CM tinggal lagi 30 hari je..tapi klu nak kate tak blh jumpe lngsung tu ssh la.sbb ari2 die htr g opis..mcmne???

    ReplyDelete
  6. suria~hahah try jangan tak try.welcome dear :)

    huda~me too.lagi2 ayam goreng mcd.faveret.waaaa tapi demi kesihatan, ku gagahi jua.ewah

    hana~tuhla kadang2 kene jugak jumpa coz nanti nak fitting baju, bagi brg hantaran, aduhh mcm takleh je buat perkara 1 tu kehkeh

    as~kalau as pandai urut, boleh je heee

    ReplyDelete
  7. cik may~tak dapat nak elak, nak buat cemana :)

    ReplyDelete
  8. haha comel tips2 ni..yes betul2..sila amalkan semua bakal pengantin..terbaik dr ladang :)

    ReplyDelete
  9. intan~tq intan, kalau larat kami follow la hihi

    ReplyDelete
  10. zimie, kalau tak minum air halia, senang je... kalau masak apa2, taruk halia skit. contoh masak ayam masak merah, bubuh halia skit dan blend. atleast ada halia tu blh la kurangkan angin...untuk pregnant jugak.

    ReplyDelete
  11. syima~thank u, i selalu jugak buat mcm tu.cuma kuantiti tu sedikit je.pasni i nak try blend byk2 sket n taruk dkt masakan.nyum2

    ReplyDelete
  12. 80 hari lagi ye?... hihi.. jgn nebes2.. enjoy every single time ye zimie.... tetibe rindu saat sblum kawen.. sibuk ngan persiapan.. hihi

    ReplyDelete
  13. great info :D thanks ya for sharing.. akan di peraktikkan..especially tang minuman bergas tu.. haih seminggu sekali macam is A MUST :D

    ReplyDelete
  14. byknya yg jgn dan yg kene elakkan

    ReplyDelete
  15. opis sama cmner nk elak jumpa 40 hari. huhuhu

    ReplyDelete
  16. puan cik eza~wahh puan eza ni mengimbas kembali nampak hihi

    munirah~welcome dear.yup memaksa diri kurangkan minum air gas.u can do it jugak, cayok2 :p

    ku-cit~iya benar :)

    fatin~takleh xpela dear, takkan nak menyorok tiap kali jumpa, dah nama satu ofis hihi

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)