Monday, March 19, 2012

Review Spa : Neutrosense Face and Body PJ

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***
(Awas: Entry ini sangat panjang. Sila lakukan regangan otot sebelum mulakan pembacaan)


Ok inilah janji diriku pada belog. Kan semalam (siapa yang baca la kan), saya nak review pasal spa di Neutrosense Face and Body. Ingat tak, ingat tak? Tak ingat takpela. Pfft.

Alhamdulillah syukur sangat-sangat bila Nora cakap saya menang sebuah kereta. Rasa melonjak lebih tinggi ke bintang (semalam langit, harini bintang). Bila Nora email voucher tu, 5 minit lepas tu (ewahhh hover excited aku) dengan sepantas kilat call orang tu buat appointment. Dan tarikh luput pada 18 mac. So saya buat appointment pada 17 Mac. Motif buat tarikh tu? Saja suka-suka dan sebab sabtu. Taktau motif apa jugak ni. Pendek kata main hentam je book dan akhirnya menyesal sobbbbb. 

Alkisahnya gini, saya lupa 17 mac tu time tengah Matta Fair. Yang kita pulak book pukul 11 pagi. Sepatutnya pergi Matta Fair dulu baru pergi Spa kan? Lepas dah lenguh2 satu badan baru la bermassage berurut bagai kan? Silap!! Nak tukar masa, Spa tu tak bagi. Yela paham, mana nak layan pertukaran last minute kan? Takpela redha je. Means pergi spa dulu, petang baru ke Matta Fair. Ok stop sampai sini. Nanti TERcerita pasal matta fair pulak keskes.

Tiba- tiba baru perasan mukadimah panjang gilers. 

****

Jadi, bergerak lah kami (kebetulan menang 2 voucher, so angkut EF sekali) ke Neutrosense Face and Body ini di Seksyen 19 Petaling Jaya. Tempat ini merupakan sebuah spa yang menyediakan perkhidmatan body massage, body detox, body scrub, steam bath, jakuzzi, facial treatment & slimming program.

Tapi yang saya menang ni, dapat pakej:-

Steam bath  - 30 minit
Body detox - 30 minit
Body massage - 60 minit <--yang ni sangat best! serius!

Total spend time = 2 hours
Total spend money = FOC of coz hikhik (worth RM320)


Sesampai di sana. Katanya depan Jaya 33. Siapa duduk PJ dia tahulah. Kalau tak tau guna je GPS bukan guna pun sesat ke? Teettt. Memang sesat pun kahkah. Last-last kena call orang spa tu tunjuk jalan. I always have a bad feeling about GPS. Grrrrrrr



Tempat cozy dan mendamaikan.  Saya rate bintang 9 untuk kebersihan dan interior design. Modern I should say.


Bila dah sampai sana, WAJIB isi borang pasal identiti diri. Lepas isi, bagi voucher tu pada admin tu. Tak ingat nama!! Huhu. She's person in charge a.k.a frontline dekat sana. Baik orangnya. So okla lepas tu, dia suruh kami ke dalam. Terus ke lorong yang disediakan untuk ke bilik. Namun, saya sangat10x terkezut kambing pabila melihat hanya satu bilik disediakan? WHAT? Gila apa aku nak ber'spa' ber'naked' depan tunang aku? No no no!! Aku dengan sepantas kilat tanya kat dia "Takde bilik lain ke"

"Bilik lain fully booked" Then aku tengok bilik lain kosong je. Confius disitu

"Sebab ni bilik untuk couple" Katanya lagi. Couple kalau dah kahwin takpe jugak kot. I am sensitive about this. Sorry.

Jadi saya soksek dekat tunang suruh dia tunggu luar dulu dengan kata lain saya 'halau' tunang tersebut. Kahkah sorry tunang. Dia pun dengan muka blur keluar dulu. Suruh dia buat sesi selepas saya selesai iaitu 2 jam selepas tu??? Dah tu bila nya nak pergi Matta Fair?? 

Sobbb takpe sambung cerita lagi..

Firstly, saya dikerah untuk Steam Bath with Steam Room dulu. Yay I loike. Setengah jam sesi ini. Lama gila tak bersteam. Last pun tahun 2008. Masa tu dekat celebrity fitness kat OU. Konon jadi member. Last-last sekali tu je pergi. Membazir je bayar bulan-bulan hahaha serve me right, siapa suruh malas. Cuma saya hanya bertahan selama 25 minit sahaja sebab rasa oxygen tersekat di hidung tak boleh bernafas padahal dia dah provide towel untuk tutup muka. Tu pun dah try bernafas ganti-ganti dengan hidung dan mulut hahaha semput mak!

Second, Detox Slimming Machine Session selama setengah jam. Yang ni detox dia 'lembut' je. Pernah ada experience yang teruk dari ni. Rasa nak tercabut tulang. Kira kali ni better la. Dengan alunan muzik yang enak menjadikan saya mahu melayari bahtera berangan indah-indah. Memang best sangat part ni. Cuma lama sangat detox nya, sampai intai-intai mesin tu tinggal berapa minit lagi hahaha lenguh baring lama-lama katanya.

Lastly, Lymphatic Drainage + Cellulite Body Massage. Yay part ni excited sebab this is my first time ber fully body massage. Selalu massage kaki aje lah, tangan ajelah. Yang ni fully habis la hehehe Wait, tetiba baru perasan takpe ke before kahwin, berurut bagai? Tak elok kan? I am not sure about that huhuhu. Dah pergi pun kan?(-_-') Tukang urut perempuan datang dari negara Cambodia. Namanya unik sedikit. Terbelit lidah nak sebut. Urutan sangat marvellous I tell you. Marvellous tu sebab saya merintih-rintih kesakitan akibat diurut point-point banyak toksik bak kata EF huhuh. Dia urut dengan minyak ginger. Ok jugak bau minyak ni. Tak kuat sangat. 

Rupanya tanya budak Cambodia ni, dia baru lepas body massage si EF. Oh ok, means ada pulak bilik kosong? Ayooo tadi cakap takde. So sesi kami selesai bersama-sama. Yay boleh ke Matta Fair lepas tu heee. 

Tepat jam 2.30 petang, tamat sesi dan kami diberi minum Ginger Drink semangkuk. Ewww me don't like. Pedas hahaha tapi akhirnya berjaya habiskan. EF suka. Katanya dah biasa minum teh tarik halia huhuhu.


Pendek kata saya sangat suka spa ini. Kalau lah duduk dekat PJ memang nak pergi lagi. Nak try jakuzzi pulak. Katanya sekarang ada promotion RM688 untuk 10 sesi yang sama macam saya menang tu. I think it's a bit cheap. Like seriously. Mana ada spa nak bagi promo macam tu (rasanya lah).

Kesimpulannya saya boleh bagi  :
  • Facilities - 9 star
  • Staff performance - 10 star 
  • Environment - 10 star
  • Cleanliness  - 9 star
  • Room comfort  - 10 star
  • Service - 9 star
Min,median,varians  = 9.5 <---Waw ini menunjukkan saya betul-betul happy berada dalam spa itu ^_^

Even kita taknak teruskan service dekat situ, takdelah di paksa-paksa macam tempat lain. Menyampah kalau pergi spa/pusat kecantikan lain. Siap paksa keluarkan any card yang kita ada semata-mata nak up kan sales diorang. Dekat sini, good manner I think. Kalau rumah dekat, dah lama teruskan buat spa di situ. Budak situ pun baik-baik belaka hehehe.

Amacam korang semua? Puas hati dengan karangan saya pada hari ini? Hambek sekali buat karangan tak ingat dunia. 

Dah boleh tidur sekarang. Selamat beradu :)

 

5 comments:

  1. waaaaaaaaaa beshnya zimie !! tahniah sekali lg hehe :)

    ReplyDelete
  2. nora~welcome dear.nora la yang bagi ni.suka sgt.thanks byk2 dkt nora :')

    ReplyDelete
  3. bestnya pergi spa.. boleh memanjakan diri.

    ReplyDelete
  4. Salam,sis..trjumpa blog ni msa googled on this Spa..mmg worthkan?i went there last Sunday..jom jenguk cerita saya :) salam kenal & jemput follow kmbali :)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)