Saturday, March 31, 2012

Idea-Idea, Silalah Hadir (Guestbook Corner Deco)

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

 Rasa macam dah lama sangat tak menaip di papan kekunci. Serius. Genap 7 hari tak update belog. Did someone missed me? Ngeh ngeh siapalah saya kan. Hanya seranggan di hutan belantara.

Dah dah membebel kang melalut pergi tempat lain. Macam ni, sebenarnya kan saya memang tengah berada di dalam mood yang kurang enak. Mood rasa nak marah je. Why why sobbbb. Sebab tu lah suka fikir pasal idea, deco dan perkara indah-indah tentang majlis hihihi boleh release stress ouhh.

So currently, i memang tengah survey-survey untuk deco Guestbook Corner. Untuk materials memang dah ada lah contohnya album gambar, cards, pens, blablabla. Teaser di sini. Cuma yang masih pending adalah Guestbook Signage. Dia lebih kurang macam welcome signage gitu la tapi ni khas untuk guestbook hihi. Yang welcome signage belum   lagi plan. Gambar pre-wed pun takde hohoho.

Jadi untuk guestbook signage ni, masih fikir-fikir nak buat canvas photo atau sticker with compress foam. Ok yang menjadi trend sekarang adalah canvas photo. Tapi tengok harga dekat RM100 untuk saiz yang seperti di bawah ni :-

Ni contoh canvas photo. Mengikut ramalan kaji cuaca beta, saiz yang atia bergambar tu MUNGKIN 20''x30''. Bila check harga dekat 3d canvas photo, RM110 untuk sekeping. (-_-'')
Sumber : Puan Atia

Lagi contoh canvas photo. Sumber : Puan Uya


So fikir balik macam nak buat guna sticker+compress foam. Its somethings looks like a dummy cheque untuk majlis akad nikah. Got it? No. Susah jugak nak bayangkan tapi korang pandai-pandai la imagine sendiri yek kehkeh. Plus harganya tak mahal sangat. Less than RM50 lebih kurang.


Design plan nak buat gini. 

Mana entah aku curi dekat Google ;p I want to do something like this hehe. Cuma kena beli/sewa wood easel la supaya boleh sandarkan pada kenangan.

Dah jumpa a few vendor dan sekarang menanti diorang reply my email hihi. Okla meh saya share vendor-vendor yang menyediakan perkhidmatan beli/sewa wood easel.


Signage dah ada. Materials dah ada. So at the end, my guestbook corner should be something like this.

Nak yang simple-simple jelah. Malas fikir dah haha.

Oh dan lagi satu, nak beli artificial kelopak-kelopak bunga tu dan tabur atas meja. Nak bunga rose kot. Mesti cantik kan. Bunyik macam romantik tak agak-agak?

Can't wait nak setelkan cepat-cepat. Doa dipermudahkan ya hehe. Amin.


p/s: Tengah-tengah menaip mak masuk bilik, tanya "Bunting/banner dah buat belum?" Errrrr.

 

19 comments:

  1. kalo canvas or frame rase lagi ok.. xmembazir. ye mmg mahal tp bole guna balik sbgai hiasan kt uma nt :)

    ReplyDelete
  2. mine akan buat pakai compress foam dengan sticker juga, rasenye care nie paling jimat kan, lgpun ringan ^_^

    ReplyDelete
  3. lyana~kalau utk hiasan mmg x membazir.kita pulak mmg nak pakai buang haha

    ieda~setuju dengan ieda.sgt ringan kan foam tu.hehe hopefully menjadi la ape yg dah plan nih

    ReplyDelete
  4. eh kan diba dh cop zimie.sbb menang contest hari tuh.dh lupa ke?dapat no 2 so entitled sewa kamera with 2 box + sewa easel dan props box.haish.

    ReplyDelete
  5. dba~hahah tuhla camner boleh terlupa pasal ni, ayoooooo pastu tadi carik2 voucher tak jumpa.grrrr

    ReplyDelete
  6. saya pun ada wat sewa easel dan bantal nikah...

    ReplyDelete
  7. mahal jugak eh nak tempah canvas photo tu..hihi..btw nice idea..

    ReplyDelete
  8. comel jekkk..buat laa..hehehehe..

    ReplyDelete
  9. syaz~kind of la hehe tapi kalau gambar pre-wed, boley je nak buat canvas.boleh gantung dekat dinding lepas kawen nanti..

    rina~nak buat la ni cik rina hahah

    ReplyDelete
  10. tq untuk entry ni sebab skrg baru ingat nak buat canvas photo nak letak kat kepala katil (padahal takde katil)

    ReplyDelete
  11. pkai yg foto kanvas tu ok kak.. sbb t dah khwin bleh hias kt uma ngn foto tu.. tak mmbzir! hehe ;p sskli mhl utk mjlis kita kak.. huu pndai kyra brckpkn..haha!

    ReplyDelete
  12. syima~welcome syima.buat dulu pun takpe sementara ada masa ni, nanti dah ada baby, tak terbuat pulak hehe

    cinta untuk kita~haha kita tak buat foto la dik, ni just ada tulisan je.kalau foto tu, mungkin boleh la buat guna canvas

    ReplyDelete
  13. buat yg terbaik tau...kak long tak sabar nak dtg wding awk...heheheh :)

    ReplyDelete
  14. kaklong~tenkiu puan kak long (eh lain mcm je bunyi hehe) nanti datang tau :)

    ReplyDelete
  15. eh2. gmbr yg 1st tu, girl pink tu kwn kite. hehe~

    ReplyDelete
  16. cikdidasyuhada~tu pun my friend gak.schoolmate.shafa kan nama dia hehe.kebetulan pulak

    ReplyDelete
  17. follow blog awk. sy tgh survey wood easel tu jugak..tq for th info...

    :)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)