Saturday, February 18, 2012

Yang Tak Buat Lagi

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Tiba-tiba malam ni macam double cuak dan rasa nak membebel banyak-banyak. Mengapa.

Check balik list yang belum setel lagi. Ok memang sepatutnya gelabah sket sebab ada a few things belum buat:-



1) Design baju sanding tak confirm lagi. Fine saya bukan tak follow up Zul from Readzul. Dah ok. Siap wassap bagai. Masa tu last month. 23 January to be exact. Sebab masa awal-awal book dulu, Zul siap cakap untuk first fitting adalah on February 2012. So bila tanya untuk bulan January tu memang just nice la kan. Maybe dia akan prepare apa yang patut untuk next monh nya. Now tarikh sudah 18 Februari 2012. Macam senyap je. Last wassap saya tanya "Bila agak-agak boleh first fitting ye" then dia reply "Nanti i bagitau" Ok means dia nak takes time. Tapi sekarang mcm dah nak end feb je. Camne ye? Nak senyap atau follow up? Kang kalau asyik tanya dia boring lak huhuhu. Ok lagi 3 bulan 3 minggu, design takde. Is that normal?? Orang lain lagi 6 bulan kahwin pun dah siap baju tau. Waa camne tak cuak. Ke sebab saya tak bayar balance tu, dia taknak proceed? Confuse. Rasa esok juga nak kena follow up dengan dia, tak boleh jadi nih!



2) Pelamin dewan untuk sanding tak confirm lagi . Haritu tanya orang Felda tu (si Irwan, PIC untuk booking2 dewan ni) cakap nanti terus je pergi butik tu, Sonia Sofia Bridal. Dia cakap a month before wedding pun boleh start jumpa vendor. Sempat ke?huhuh. FYI, vendor yang sama digunakan untuk majlis bertandang Renee esok di Dewan Gemilang Felda Kelana Jaya. Last month masa jumpa Renee dekat wedding Rilla, siap tanya lagi "Zimie, u dah tengok pelamin belum" dengan tenangnya menjawab "Belum" Lepas tu muka Renee peliks peliks. "Yeke, nape tak pergi tengok?" Maybe muka dia macam lambatnya zimie ni pergi confirm design pelamin. Masa tu tak cuak lagi sebab terpesona dengan keindahan majlis Rilla, so rileks lagi hahah. Tapi now dah 111 hari bak kat Shura dan saya masih tak tahu apa rupa my pelamin dewan ye. Baiklah boleh start cuak.



3) DIY paper flowers tak menjadi. Rasanya tangan ni memang kejang kejung kot. Rasanya dah buat dekat 10x fail. Saya guna crepe paper. Dah la beli mahal. Benci bila tak jadi. Bajet nak letak paper flowers atas pasu dekat pelamin nikah. Tapi apakan daya. Haritu dah mintak tolong Emi Honey Sakura. Dia bagi advise. Ok dah try buat tapi better la daripada yang dulu tapi still saya tak puas hati. Stress. Rasa nak suruh je orang buatkan pelamin nikah tu, tapi mak pulak nak DIY. Jadi saja la nak bantu apa yang patuts. (Padahal boleh je nak beli bunga artificial tu pun, diri sendiri pun ye gak gedik nak tunjuk kepakaran la konon nye kan) Tengok dekat bilik Renee haritu, dia guna tissue paper. I think beli from IKEA if not mistaken. Perlu ke pergi ikea semata-mata nak paper tu dan hasil macam deco dekat bilik Renee tu?



Ok saya sudah blur. Nak pergi makan buah-buahan untuk menenangkan fikiran (Apa kena mengena entah). Bye.


 

20 comments:

  1. dear zimie... good luck okeyh... x mo stress2... =)

    ReplyDelete
  2. @Cik Mila stress gak la cik mila hee thanks 4 concern

    ReplyDelete
  3. All the best zimie..jangan stres..slow2..=)

    ReplyDelete
  4. Sy nk kawin lg sebulan. Pi blk kg fitting bj skli tk muat kain daaaa. Ok salahkn kedai saiz bj kecik. Pstu owner nk pi beli bj lain.. Haih. Camno ni?

    ReplyDelete
  5. zimie ni comel lah.. hehe..
    pasal baju tu jangan lupa buat follow up tau... biar die rase boring sbb kita tanya banyak kali... yg enting baju kita siap...

    pasal DIY tu.. hehehe.. mcm hana kan, hana tau mmg hana tak pandai nak DIY sume2 ni.. tangan keras.. sebab tu masa weding haritu, takde satu pun yang DIY.. sebab takut kalau beli, pastu tak jadi.. membazir je..

    zimie... kenduri dah tak lama kan... suka tengok zimie buat persiapan.. good luck.

    ReplyDelete
  6. kawan saya pandai buat paper flower tu. dia kata guna crepe paper lagi cantik, kembang dan beralun. dan lg banyak pilihan warna... so tak yah lah gi IKEA klu dok jauh. =)

    ReplyDelete
  7. zimie try lah settle kan sikit2..insyaallah..

    ReplyDelete
  8. @Hanys Jehari neves nye awak, hope sempat la kedai tu carik baju lain.lagi sebulan pulak tu

    ReplyDelete
  9. @Miss Sunshine yup betul tu, tadi dah berchatting dengan zul tu.harap cpt la setel pasal baju tu.neves pulak pikir2 balik huhu.DIY tu sebab mak yang nak.waaa takpela i try ma best

    ReplyDelete
  10. @Azura kenapa saya nye macam tak jadi ek?macam salah buat ke?sobbb nanti la try carik crepe paper yang lain

    ReplyDelete
  11. hey zimie .. follow up cepat baju & pelamin tuuuuu =)

    ReplyDelete
  12. *sengeh*

    apsal pelamin lum decide???? cargassss zimie cargasssssssssss!!!!

    ReplyDelete
  13. memandang kan kita lambat baca entri zimie yg ini, kite tak nak komen pasal atas. tapi nak tanya, zimie dah folo up dgn dorang belum skang ni?

    ReplyDelete
  14. @Honey Sakura @ eiMyLiciOus takde masa nak jumpa bridal tu.this week rasanya nak g jumpa..

    ReplyDelete
  15. @dhierabaju dah.dia cakap nak emailkan design.until now takde pun.pelamin pulak this week ingat nak g kedai dia.

    ReplyDelete
  16. hie,

    was wondering, sonia sofia bride ideas ni ada website or facebook page ke? i dh try google but tk dpt cari. pelamin dia quite cantik interested to ask for the quotation. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nope dear, dia takde website @ fb hehe. kena pergi sendiri dekat butik di hotel dorsett, subang jaya

      Delete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)