Wednesday, February 1, 2012

Vendor-vendorku

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Eh eh rasa macam awal sangat tak bagitau official vendors ni? Hihihi saja je letak sini nak memudahkan pencarian dan orang lain tak perlu tanya banyak kali. Ada ke orang nak tanya?

Baju Nikah - XXXX

Veil Nikah - 21m13's Selendang altered by Puan Lijah

Baju Sanding - Readzul Creation

Tudung & Veil Sanding - Readzul Creation

MUA Nikah - Readzul Creation

MUA Sanding - Readzul Creation

Katering Nikah - DIY by 21m13's Relatives

Katering Sanding - Felda D'Saji

Mini Pelamin Nikah - DIY by 21m13's Bonda tersayang

Pelamin Dewan - Sonia Sofia Bride Ideas

Photographer - XXXX

Videographer - La Televisio

Kad Kahwin - DIY by 21m13

Telur Pindang (Doorgifts) - XXXX

Surah Yassin (Doorgifts) - DIY by 21m13


Ada 3 ketul je warna merah which is TAK TAHU NAK HIRE VENDOR MANA. Rambang mata nak pilih macam contoh Photographer. Macam-macam harga ada. Ada la 2-3 ketul yang berjaya menembusi hati ini tapiiiiii still gedik nak tunggu takut2 ada promo lain ke? Goshh ada sesiapa nak tolong ketuk kepala ini supaya cepat bertindak! Huhuhu

Haritu kan baru cakap baju nikah nak hantar kat tailor MYN Fashion, Cheras. Errr tapi tapi pernah gak survey dekat Bangunan Mara KL yang my friend pernah hantar baju tunang dia tu. Ingat tak entry ni?  {LINK} My friend tu hantar dekat Kak Yati (kedai tatau nama apa hohoh). So berbelah bahagi nak hantar kat situ atau sinun. Pertengahan bulan ni baru pergi hantar. Siapa yang terkena?? Tunggu dan lihat. Jengjeng.

Telur Pindang pulak, still tengah deal dengan sorang akak (ya Allah boleh pulak tak tanya nama dia kan?) Akak ni orang Johor. Thanks to Miza yang suggest haritu :) Link FB : Telur Pindang Johor. Dia memang supply telur pindang untuk majlis-majlis keraian ini. Ada juga penghantaran ke area Klang Valley ni. Harga to me ok jugak. Hiksss. Tu masih TBC. Kata akak tu esok dia nak datang KL, hope bolehla merasa sampel telur pindang tersebut. Nyummm I love telur pindang.

Oh well rasanya itu je boleh diupdate buat masa sekarang. Yang 3 ketul merah tu harap boleh setelkan bulan ni jugak. Dah setel semua vendor, boleh concentrate benda lain pulak. DIY merepek meraban dan segala mak nenek dokumentasi. Tak gitu?



p/s : Psssttt dah beli katil pengantin haritu ;p


11 comments:

  1. rasa telor pindang tu macam mana zimie?

    as tak pernah rasa..sbb wrna dia kot..mcm pelik..huhu

    ReplyDelete
  2. @Asfiza telur pindang tu rasa mcm herba2 sikit dear.tapi sedap heee

    ReplyDelete
  3. gud luck dear !! nora pun order telur pindang haritu. nanti nora review okeh? sedap dan cantik !!

    ReplyDelete
  4. @anaztasias nora aira waaa nora pun bagi telur pindang jugak?ok dear.review cecepat tau :)

    ReplyDelete
  5. kami juga menyediakan telur pindang di area klang valley.

    http://www.facebook.com/pages/Telur-Pindang-Istimewa-Warisan-Berzaman/174249989339141

    sekadar ingin berkongsi cerita...:)

    ReplyDelete
  6. @Anonymous thank you :) nanti nak mintak quote lah.

    ReplyDelete
  7. owhhh im waiting for felda dsaji food!! yeeeyyyyy!!

    ReplyDelete
  8. Untuk Tempahan sila hubungi 016-2211124 / 012-6689586 @ email pada endunsalam55@gmail.com

    tempahan hendaklah dibuat seminggu awal daripada penghantaran.

    RM1.00 ( < dari 250 biji )
    RM0.90 ( > dari 250 biji )

    Untuk Kenduri khawin PERCUMA satu hantaran telur pindang dari pihak kami.

    :)

    ReplyDelete
  9. wah amik mekap readzul erk.. mesti cantik gile nnt...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)