Friday, February 17, 2012

Ujian HIV Selesai

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

 ***

Selamat pagi jumaat. Saya suka sebab esok sabtu ahad hihihi. Who doesn't?

Alhamdulillah saya just nak inform kepada semua, cewahh bahawa saya dah selesai menjalankan UJIAN HIV dekat Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi tempoh hari. Syukur saya dan pasangan disahkan NEGATIVE HIV. Yayy boleh kahwin. Ehh?hahaha. Bak kata EF "Ada jugak benda negatif yang baik" Kalau positif tak ke naya? (-_-') Tapi tak sempat nak buat ujian Talasemia sebab kekangan masa lepas tu pembantu kesihatan tu tak friendly, cakap macam nak taknak je. Grrrrrr. Ke sebab dia lelaki segan nak berbual dengan aku? Tak suka tau. I ni makan nasik, tak makan orang pun. Jangan la segan2 hikhik.

Dipendekkan cerita Talasemia, MAYBE nak buat hari lain. Tunggu si EF tu amik cuti dulu. Saya takpe, boleh cuti ikut suka bajet ceo kepada company tersebut hahaha. Takla saya senang sikit cuti, dia tu la. 

HIV Test ni dia ada banyak step2 yang perlu diikuti. Ok mari saya cerita. Tadi tu mukadimah je ;p

1) Sila booking dan buat appointment di Klinik Kesihatan Kerajaan yang terhampir. Mana2 pun boleh. List klinik kesihatan boleh dapatkan di entry terdahulu. {Link} Untuk Selangor, ujian HIV valid 6 bulan, jadi boleh buat appointment start bila dah countdown 6 bulan tu ye ;p

2)  Macam saya, buat appointment pada 13 Februari 2012 (Isnin). Ujian HIV start jam 2 petang ye. Jangan pulak datang pagi, nanti akan dihalau seperti kucing kurap. Ok tipu. So bila sampai2, dekat pejabat pendaftaran tu, insan tu mintak tandatangan. Jadi saya sebagai artis terkenal haruslah sign ala-ala guestbook tu. Lepas tu, insan tu akan tanya "Nikah kat mana?" dan saya jawab "Selangor". Lepas tu baru dia bagi borang sehelai dan suruh isi apa yang patuts.

3) Dah isi tempat kosong, disuruh bayar pula. Maka ke tempat bayaran la kami. Hanya RM1.00 dikenakan. Kalau nak bayar lebih pun boleh tapi wang lebihan akan dipulangkan. Paham kan setakat ni?

4) Lepas tu, dia akan suruh cari Bilik Nombor 7 yang khas untuk ujian darah sahaja. Kami yang agak-agak blur ni pergi la cari bilik 7 tapi menghairankan ada 2 bilik bernombor 7. Huhuhu sudah la tersalah masuk bilik, buat malu je! Grrrr. Lepas tu, letak borang atas bakul dan tunggu nama dipanggil. FYI, hanya 10 orang sahaja (maximum) yang akan menjalani ujian HIV untuk 1 hari. Tapi yang hairan, hanya kami 2 ketul yang menjalankan ujian HIV pada hari tu (-_-') Memang la tak ramai tapi campur dengan pesakit yang buat ujian darah yang lain membuatkan kami terpaksa menunggu dekat sejam! Huhuhu.

5) Nama dipanggil dan bersedia untuk main cucuk-cucuk hahaha.

6) Keluar bilik dan bersedia untuk merasa sengal-sengal ubi di bahagian jari dicucuk.

7) Doktor panggil nama di bilik yang lain dan mengucapkan "Tahniah, anda negatif HIV" sambil memberi salinan surat berwarna biru dan saya dan EF mula melonjak keriangan taman tema genting. 

Setel part Ujian HIV. Lega sakali. Happy dah boleh kahwin hahaha. Lepas ni nak setelkan borang nikah pulak. Tunggu mamat tu setelkan dulu borang permastautin tetap ke hape (tak ingat).Heee


Entry seterusnya mengenai destinasi berbulan madu. Yang tu pun dah setel gak hikhik. Ingin tahu? Nantikan...


 

15 comments:

  1. yeay!! zimie dah boleh kahwin.... hehe

    ReplyDelete
  2. dah buat hiv jugak..;) tapi nurse tak bgtau pun positif ke negetif..die cume masuk envelep jekk..

    ReplyDelete
  3. Orang keje klinik kesihatan memang tak friendly kot zimie.
    Masa ktorg haritu pun sama.
    :(

    ReplyDelete
  4. mcm awit je perkataan ""Tahniah, anda negatif HIV"

    ReplyDelete
  5. @CIK MAY oh penah gak dengar orang lain macam tu.pelik nye.hee ni siap bagitau lagi.doktor x masuk dalam sampul.

    ReplyDelete
  6. perghh honeymoon dulu cik zimie ni..hahaha.. ;p

    ReplyDelete
  7. ngilu kan.. maria dlu pon ngilu je.. dah la jenis xleh tgk darah... huhuh

    ReplyDelete
  8. @maria fitria padahal sikit je kan dia amik, hehe tu belum talasemia lagi amek 1 tube org ckp

    ReplyDelete
  9. @Ezza Z kan? mentang2 kite bayar murah hukhuk

    ReplyDelete
  10. 6 bulan ye zimie~ macam tu kita nak buat masa rest day seminggu ni la before start keje baru~ nanti tak payah nak cuti banyak kali~ hehehe

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)