Sunday, February 19, 2012

Review B2B Wedding : Kerry

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Harooo! Rasa macam terlambat sangat-sangat nak review wedding budak ni. Ampun Puan Kerry. Camera  dicuri oleh encik tunang untuk dibuat pekasam dan jeruk. Heheh. Nama Kerry aka Khairiyah nama sebenar memang tidak asing lagi dalam dunia bloggers brides tau. Kerry juga mempunyai side business yang membolehkan wanita-wanita diluar sana berubah menjadi kurus iaitu dengan menjual produk Spanx di dalam laman blogshop nya, BlogshopKerry. Ewah aku ni jadi sales person atau review wedding dia ni?Kan?

Sebelum saya melangkah lebih jauh, mari saksikan gambar-gambar yang berjaya ditangkap oleh official photographer saya pada hari itu (tq sayangku intan payung.ilu lah)

Majlis Perkahwinan Khairiyah & Mirza
Tarikh: 12 / 02/ 12 ok tarikh memang cantekss, tak dinafikan!
Tempat : Dewan MBSA, Subang Bistari, Selangor


Actually kan macam comel sangat bunting ni sampai saya terasa ingin bergambar berdua bersamanya. Comelnye. I just love the birdies atas tu!



Another deco. Good idea la Kerry. Nampak la surrounding dewan tu tak kosong sangat heee.



 As usual sebagai artis terkenal, kena sign ye.



 Pelamin garden - english theme (rasanya la) Penuh dengan rumput hijau di sekeliling panel. Vendor mana ni Kerry? Cantik sangat tau.






Bebudak bloggers brides two thousand and twelve!



Me me, Jamme, Tya
Jamme yang friendly dan Tya si leaopard garang hihihi ;p



 Sempat jugak jumpa bakal ibu muda dan blogger brides yang terkenal tu, Kina. Ok 'perut' belum nampak. Katanya nanti dah nak fly ke Bintulu. Mesti tak dapat datang wed zimie kan? Sobbbb jaga diri ye Kina!



Ok overall yang nak cerita, makanan sangat sedap!! Ok blame me, sebab lupa nak tangkap gambar. Segan dengan orang sekeliling plus lapa sangat-sangat time tu heheh. Yang paling special adalah udang halus goreng tepung dan perlbagai masakan kampung yang lain. Ish susah nak cakap. First time dapat makan banyak sebegitu. Lauk sangat lah banyak. Catering mana ni wahai Puan Kerry sebab takde pulak brochure ke hape? Ke masak sendiri? Heheh marvellous i tell you.

Pergi wedding Kerry memang tenang je. Angin sepoi-sepoi bahasa. Jemputan tak ramai rasanya. Ada meja di dewan dan ada meja di luar dewan. Just nice la kan. Cuma yang kesal tak dapat jumpa Kerry sebab dah kena ke destinasi yang lain. Ada appointment di tempat lain. Hua inilah dia memang takde rezeki. Tapi dapat jumpa mak Kerry dan bersalaman di aidilfitri serta memberi sedikit cenderahati. Yang menjadi tanda tanya, mak Kerry tanya "Dah ambil doorgift belum?"

"Dah makcik"

"Eh masuklah dalam lagi, ambil banyak-banyak"

"Takpe makcik, cukup la ni" sambil tersengih kerang-kerang busuk. Macam confuse kenapa nak ambil lagi? Hihihi ikutkan nak ambil lagi tapi tak baik tamak haloba.

Apa pun, saya suka majlis Kerry tu!! Macam 'comel-comel' gitu heee. Okla tu je nak review. Lepas ni nak review pasal majlis bertandang Renee pulak. 

Bye selamat bermonday blues esok!

 

14 comments:

  1. hahaaahahahaa

    yg just married to credits to my husband's friends.UM kayakers yg bertungkus lumus menunaikan permintaan kery yg satu tu hahahahah.ikutkan nk besar2 letak kat padang,tp dpt tu pun ok.mcm tak sangka depa buat jugak hehe.

    tu la kan, makanan banyakk.aaaa geram tak dpt rase, sbbnye demam batutk+selsema tak rase ape2 pun nk mkn pun tade selera.sobsob.

    thanks tau jimie sbb dtg.td kery amati gambar jimie btul2.ha sungguh la jimie la td kery nampak kat majlis tandang reneeeee.haahaahah

    ReplyDelete
  2. @Kerry Mirza memang nice just married tu okkkk.baiklah saya nak geram dengan kerry.patut tadi tegur jela dekat majlis renee.grrrr :p makanan kerry superb,nak lagi!!!

    ReplyDelete
  3. Cutenya Cik Zimie dengan Puan Kina. Kecil molek gitu. Hehhh

    ReplyDelete
  4. Cik zimie.. Mn gambar pengantin si kerry nya?.. Just married tu subgguh adorable.

    ReplyDelete
  5. lawa sign pagar tuh....kreatip22222....

    ReplyDelete
  6. @Hanys Jehari pengantin tak sampai lagi time ni, lepas tu dah kena pulang ke pangkuan jalan.tak sempat la nak bergambo huhu

    ReplyDelete
  7. kakaks zimie sayang u mmg sempoiiii!! ehhe

    ReplyDelete
  8. comelnye..sume comel.. kina comel.. jimie comel.. bunting comel.. hehe

    ReplyDelete
  9. wah bestnye rmi lak dah kawen...

    salam b2b dr atie
    atie pun dh nak kawen..

    keep in touch yaa!!

    http://miszatie.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. @maria fitria kalau dapat jumpa kerry mesti lagi comel hehe.ruginya terpaksa balik awal haritu

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)