Tuesday, February 28, 2012

Pelamin Sonia Sofia Bride Ideas

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Perjalanan masih jauh lagi. Tapi kenapa rasa macam semput nih. Petang tadi skip 1 hour balik rumah siap-siap dan pergi tengok pelamin dewan di bawah vendor Sonia Sofia Bridal Ideas. Butik dalam Hotel Dorset Subang Jaya  uols (known as Sheraton Hotel). Rasa macam anak tan sri mana yang kahwin kan. Realitinya tidak. Masuk-masuk je hotel rasa macam gah nya. Mesti pelamin dia buat mahal-mahal. Tapi sesiapa yang booked dewan under Dewan Gemilang Felda mesti kena ambil vendor ni, or else hire vendor luar. Yang tu syarat dah lain pulak.

So saya dan bonda terjah la hotel tersebut. Parking RM6 per hours. Dah macam rate Pavi je. Mak cakap "Takpela bukan mahal bebenor pun" Errk.

Lepas parking tu heading to dalam hotel tu. Mencari concierge yang memberi tunjuk arah ke butik tersebut sebab sudah mulai sesat. Mula-mula dia blur. Dia tanya lagi "Is it wedding planner?"  I said "Yes"

Berjalan la kami ke destinasi dituju. Butik Sonia Sofia ni terletak sebelah salon rambut. Cuma terasa ke'eksklusif'an nya itu. Maklumla butik dalam hotel kan.


Jumpa-jumpa je, terus mak bilang "Assalamualaikum" Ok dah macam masuk rumah (-_-') Kelakar la mak. Then Aunty Su (saya panggil la) cakap dia nak attend customer lain. Sambil2 tu belek-belek koleksi album. Tengok dewan mana yang menjadi pilihan hati ini. Lepas tu perhati sekeliling butik. Sangat eksklusif!!!! Siap terfikir berapa agaknya dia sewa huhuh.


Lepas tu Aunty tu baru attend kami. Punya la cakap tak henti-henti. Memang terlebih peramah orangnya. Sesuai dalam line business. Nampak macam datin-datin. Adakah beliau datin? Tak kuasa nak tanya kan. Yang penting dia boleh mencantikkan my pelamin hehe. She said dapat nama Sonia Sofia daripada nama her late daughter, 7 months old. Sampai sekarang teringat okkk. Masa bercerita bergenang air mata tau. One and only daughter katanya. Sayu pulak dengar.

Ok sambung cerita


Discuss-discuss dengan bonda sebab taktau nak design yang mana. Ada 6 pilihan basic pelamin dewan. Aunty Su pun cakap dewan basic yang diberi tu kecil dalam 16kaki. Kena tambah lagi menjadikan 24kaki kalau nak lagi cantik dan nampak pelamin besar. Yes, upgrade and require some money. (-_-') Dulu Renee cakap tambah RM1.5K untuk upgrade her pelamin. I punya taktau la.


Aunty Su on the scene heheh.


Lepas tu i mention about my theme colour and she said "Oh I also love that colour" What colour is that? Jeng jeng jeng hahah nanti la bagitau.

Nak confirm design, kena la confirm BAJU SANDING dulu sebab nanti takut pelamin tak sesuai, etc etc. Sudahlah design baju takde lagi. So Aunty Su inform suruh datang mid of March untuk confirm jenis baju sanding tu semua. Then, baru dia akan suggest pasal pelamin. Ok fine, pulang la kami dengan hati yang hampa.

By the way puas hati la dapat jumpa my vendor pelamin ni. Nanti si Renee asyik duk tanya bila nak datang tengok pelamin hahah. Ok later i will update tentang design baju sanding. Ingat nak pergi butik Readzul jumpa Zul Sabtu ni. Dah wassap dia dan dia suggest design baju-yang-tak-best dan agak tak sesuai bila discuss dengan bebudak grup. Saya rendang ye, mintak perhatian. Susahnya nak design baju yang best-best. Semua tak kena. Huhuh haritu masa booking, dah bagitau nak 'design' tu, agaknya dia lupa kot. Sobbb.

Okla nanti dah dapat hasil, akan diupdate dari semasa ke semasa. Time to sleep zZzZzZzz//

 

13 comments:

  1. wow!!! boleh bayangkan majlis zimie yang glamour.. ^_^

    ReplyDelete
  2. tak sabar nak tgu hasilnyer!!
    mesti super gojes..!

    ReplyDelete
  3. Gud luck bebeh.
    Mesti cantik awak punya pelamin.
    Tengok vendor tau dah. Ecehhh.

    ReplyDelete
  4. Zimie. Ms bc rendand, blurrr. Npe dia kata rendang. Rendang blh mkn tu ke? Pastu br sedar rendang yg mn satu... Hihi.

    ReplyDelete
  5. @Miss Sunshine glamour apa nya hana, ikan gelama ade le ;p

    ReplyDelete
  6. @cik enul entahla cik enul, i sendiri taktau rupa pelamin camne, tggu dan lihat ajela hee

    ReplyDelete
  7. @Miss Ika welkam welkam miss ika,ngade la kan.vendor tak fames pun hehe

    ReplyDelete
  8. @Hanys Jehari rendang ayam pun yer jugak,patutla awk confius heeee.nasib baik paham

    ReplyDelete
  9. Salam. awak, boleh review pasal pelamin from vendor nie x? ok ke price die? :) kite tgh crik pelamin and sgt2 pening nak choose yg mane.

    ReplyDelete
  10. Salam,

    Nak tanya, masa u jumpa Auntie Su ni, before jumpa dia ada set appointment dulu ke x? Ke main redah je?

    Thanks

    -Qiha-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, kena buat appointment dulu dear, sebab aunty su ni busy sket kekadang dia takde dekat butik. try call dulu ye b4 dtg :)

      Delete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)