Tuesday, February 14, 2012

Official Photographer Saya Adalah.....

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

AzamHashimPhotography


Tentu semua tertanya-tanya, siapa AzamHashim ni? AHP adalah photographer freelance di area Klang Valley ni. Memang sukar sangat2 nak buat keputusan. Dengan kawan ayahanda nya lah, dengan kawan tunangan nya la. Lihat entry sini. Last-last saya buat kuasa veto, pilih AHP dan booked. 

Camne nak cakap ye? Susah sebenarnya nak cakap kenapa saya pilih beliau. 

Actually, ada beberapa insan terpilih yang dishorlistkan tapi memandangkan bila tanya pada sorang member ni, dia cakap dekat 6 bulan tunggu album baru dapat! So rasa macam okkk lebih baik elak padahal harga to me ok je. Takde rezeki la nak hire insan tersebut huhuh. Kemudian survey2, check2 semula quotation, tiba2 terjumpa email Encik Azam ini. Rasa macam instinct gitu. Bila tengok gambar-gambar yang dihasilkannya memang cantik. Terang. Ke beliau Photoshop semua gambar-gambar tu? Itu saya tak dapat pastikan. My friend cakap AHP guna kamera Nikon. Errr entah betul entah tak. Nanti try tanya. Hikss

Bila beremail dengan dia, rasa selesa. Serius tak tipu (isk kalau abg azam baca ni, malunya guaaa). Lepas tu saya suka dengan cara dia melayan customer. Dia mempunyai customer serivce yang baikkk. Sanggup melayan segala persoalan yang diajukan. Soalan memang macam-macam jenis ada. Itu belum campur bila face to face hahah ampun abg azam. Ok saya taktau beliau abg sehingga la dah face to face. Mula2 panggil encik azam je. Rupanya dia lagi tua dari kita sebab muka tak nampak tua. Macam umur 25tahun ;p

Bila beremail tu, nampak la 'cara dia berbisnes' waaaah siap boleh nampak tu hahah. Bahasa yang digunakan masa dalam email memainkan peranan untuk kami-memilih-anda semua wahai vendor. Well saya kerja dalam bidang yang memerlukan skill customer service even bukan secara direct. So saya tahu dan boleh detect orang yang pandai layan customer atau tidaks. Hahaha Bila kita selesa, confirm kita nak 'pergi' dengan orang itu even orang itu menawarkan harga yang tinggi. Tapi untuk AzamHashim ni, saya merasakan harga yang diberikan adalah harga-mampu-milik (dah macam rumah pulak)

Ok melalut panjang pulak. Jomla saya bagitau pakej apa yang ditawarkan dan apa yang saya ambil. Saksikan!


Pakej Akad + 1 Sanding RM1XXX.XX
4 hours coverage for akad
5 hours coverage for sanding
1 x 8"x12" custom album, 20 pages
2 x 8r enlargement
1 x 8r frame
Complimentary slideshows
Unlimited photos burn in soft copy
FREE Outdoor (same day)


Namun, disebabkan Outdoor Post-Wedding saya buat hari yang lain, iaitu keesokkan harinya, saya terpaksan menambah RMXXX.XX dan bagi saya masih berbaloi dengan apa yang saya dapat. Saya memang nak harga-yang-mampu-milik dan under budget!

Deposit pun dah bayar. So no turning back! Hopefully hasilnya seperti yang diharapkan. InsyaAllah. Abg Azam, I trust u :)



p/s: Teringat kata-kata si Raha Azit dalam group haritu "Segah mana, semewah mana majlis kawin kamu, sekaya mane kamu, itu semua tak menjamin kehidupan bahagia kamu lepas kahwin nanti, semua boley berubah dalam sekelip mata saje" Rasa macam takut nak spend duit lebih-lebih sangat. Ke kau tak mampu?

9 comments:

  1. PR sangat penting. Rilla pilih OP pun based on PR

    ReplyDelete
  2. wahh.. dah satu langkah maju ke hadapan... bagus zimie... no turning back.. hehehe. yang penting, buat majlis ikut kemampuan diri sendiri ok... yang penting keberkatan majlis tu nanti.. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. @Rilla agreed rilla.PR memang penting dalam berbisnes.

    ReplyDelete
  4. @Miss Sunshine betul2.setuju dengan puan hana heee.neves gak sebenarnya sebab melibatkan $$$ yag banyak.kita ni bukan anak jutawan pun..

    ReplyDelete
  5. kalau mampu sekali pun, lebih baik dielanjakan ke jalan yang lebih diredhai....ingat, lagi rendah belanja perkahwinan kamu, lebih berkat la ia~~

    ReplyDelete
  6. kite pilih OP.. errr...sebab dia paksu kite. penjimatan berganda.. larikkk!!!

    tahniah zimie. hasil dia pun cantik-cantik jugak tu. yang penting, keserasian kannnn???

    ReplyDelete
  7. @dhiera untung dhiera!! keserasian dlm memilih OP heee

    ReplyDelete
  8. salam..saya dah lame follow blog tapi baru hari nie drop komen..hehehe..sebab skrg tgh berusaha keras carik OP. dan jugak vendor2 lain..

    my weds bulan 9 nanti..selamat berkenalan.. :))

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)