Tuesday, January 17, 2012

Update Pasal Kad dan Rumah

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

4 bulan 3 minggu (haruslah update every week dan update secara berkala<--sebenarnya kau malas nak menulis kan)

Okla kita update one by one ok memandangkan progress agak slow seminggu lepas. Busy dengan kerja satu hal. Weekend pulak even duduk rumah tapi takde mood nak menulis blog sebab selisih paham dengan someone huhuhuh. Ok abaikan pasal tu.

Pertama sekali saya nak update pasal DIY Kad Kahwin!!! Haritu saya bagitau nak tunjuk kat bonda pasal design kad tu kan? Ala yang konon2 projek rahsia tu. {LINK} Memang kena reject shop bulat-bulat pun design pertama tu. Sedih! Huhuhu so weekend haritu, saya design semula kad tu. Ehem dan semalam bila tunjuk kat Bonda, dia setuju!!!! *Gumbira* EF pun dah setuju. Kitorang print asing-asing kad. Ikut warna tema. Saya warna ehem2. Dia warna ehem2. Ah tak sabar nak print kad tu! So abaikan teaser yang kat dalam post lepas tu ya. Hikhik. Nanti bila betul2 dah print, boleh ku tonjok teaser wokeyyyy.

Kedua mengenai Rumah yang kami nak duduk lepas kahwin. Ok rumah sewa je sebab nak beli belum tercapai wang ringgit lagi sobsob. Mungkin umur 30thn baru beli rumah kot. Mula-mula saya berpendapat nak duduk rumah ayahanda-bonda je dekat SK tu tapi bila fikir-fikir semula, "Lebih baik duduk rumah sendiri ada privacy.Ahem" 

Bonda pulak cakap "Lagipun zimie mesti nak duduk rumah sendiri. Takkan nak berkepit doplopat jam dengan mami"  Ok mak memang nak 'halau' saya (-_-')

Ayahanda pulak cakap "Pindah dekat-dekat sini jelah, nanti senang bila zimie dah ada anak, hantar je anak tu kat rumah kita" Pulakkkk??? Tak sangka pemikiran ayah ku sebegitu sekali. Nak gelak pun hade. Kehkeh.

"Mami, tak mungkin la zimie nak suruh mami jaga. Nanti cari jela nursery. Don't worry"

Ikutkan hati, saya lagi malas nak keluar dari rumah tu. Syurga beb. Sewa takyah bayar. Semua ditanggung oleh keluarga tapi sampai bila???? Saya juga punyai harapan dan impian sendiri. Mesti satu hari nanti nak ada rumah sendiri, keluarga sendiri. Bila cerita life after marriage macam tak sabar pulak. Semalam tengok my bff aka roomate masa study dulu, Bunnie delivery a baby girl. Membuatkan diri ini tak sabar nak ada kehidupan sendiri. Rumah di mana adanya suami dan anak, bila balik rumah tengok suami dan anak-anak. Weekend melayan kerenah anak-anak.....oh jauhnya pemikiran ku!!! Dah macam terkeluar tajuk hahaha. ;p

Sebenarnya nak bagitau saya dah pun survey rumah area Bandar Baru Bangi memandangkan ia dekat dengan office saya tetapi jauh dengan office EF. Kehkeh tapi lelaki takpe kan jauh? Pulak tu dia naik Motorbot jadi tak banyak makan duit sangat. Memang kitorang dah sepakat mesti kena ada sorang jauh, sorang dekat. ILU la tunang. Hiksss. Jadinya lokasi Bangi telah dipersetujui bersama. Winkwink. Survey2 boleh tahan jugak sewa dekat sini. Saya ada minat satu apartment tu. Sewa RM750. Tak tinggi sangat. 24hours security blablablla etc. Nak mintak murah lagi boleh tak? Agagaga InsyaAllah bulan Mei kot nak angkut barang-barang (itu pun kalau masih ada kosong lagi sebab survey bulan  Januari, nak sewa bulan Mei huhuh) EF cakap ok je cuma dia tak tau details sangat. Aku yang lawan tokei tak sabar-sabar hihi. EF cakap budget RM700 huhu tapi kalau ada lagi murah, boleh je consider rumah lain tapi saya nak sangat-sangat tempat tu. Sebab dia apartment baru. So kawasan baru. Rumah baru. Suami baru? Hihihi.

 Nak teaser gak. Hihihi EF awak setuju tak?

Itu jela kot nak update. Panjang pulak esei pada harini. Nak cerita benda 2 ekor je pun. Hihi ok till then. Nak keluar pergi Mardi sat. Bye.




18 comments:

  1. tak sabar nak tengok kad zimie... ^_^
    bestnye die... lepas kahwin boleh duduk sama-sama... hmm, bila lah dapat merasa mcm tu kan... huhu

    ReplyDelete
  2. ehemmm.. da ade umah tu. pantas!hihi.

    tapi mmg ye pun. better duduk rumah snediri. senang nk begerak. kitorg stay uma family, agak terhad sikit nk buat ape2. segan, kan..sik dok bilik je pun x elok. hehe.

    good luck zimie!

    ReplyDelete
  3. hehehe..macam kelakar pulak..dlu kotorang pon survey apartment ni.

    tp skrg tinggal kt puchong. rumah ni mmg tempat baru

    ReplyDelete
  4. harga sewa rumah sgt nk nanges bila nk dibayangkan.he.

    ReplyDelete
  5. erkk mahal jgk sewa..mgigil kpala lutut nk byr bulan2..hehehe..

    ReplyDelete
  6. zimie, suria lak tgh cari area seri kembangan.. dkt ng opis, tunang keje ampang je..jauh skit, huhu

    zimie ade tau ke umah utk disewa area seri kembangan, denggggg~~ :P

    ReplyDelete
  7. waahh..mahai jugak sewa kat situ eyh zimie? kat kjg kalo cari betul2 rumah teres leh dpt harga sewa gitu..

    ReplyDelete
  8. Zimie, bestnya if dapat sewa rumah baru. Tapi standard la rege tu. Rilla sewa apartment pun RM750 gak, sekarang rumah memang mahal. Takpelah, sementara tunggu rumah betul siap.

    ReplyDelete
  9. hana~kad biasa2 je.tak secanggih kad hana hihi. erm sabar ye hana, nnt mintak tukar sabah ke?insyaallah dpt punya sbb sabah pun takde ramai guru agama.

    amy~rumah orang je daling,nak beli tak mampu.hihi

    cpm~hihi puchong jauh pulak ngn ofis.nak travel jauh2 malas agagaga

    cik mila~itu yg paling murah.sobsob tgk la camne.takpun try tengok rumah lain sbb dah exceed budget sebenarnya

    suria~umah seri kembangan dekat ngn area umah zimie.byk la rumah sewa area situ hihi leh survey2 kat mudah.my pun ada hehe

    hana~mahal jugak.sbb rumah baru kot.nak carik less than (rm500 ke bawah) that tapi takut condition umah x berapa sesuai.

    rilla~mahal la sewa skrg.sabar jela byk2.hope ade la lagi rumah yg murah sikit dari tu ke?all the best rilla dengan rumah baru nanti

    ReplyDelete
  10. bestnyeeeeee heheh..uya tgh tggu jugak nie..mode x sbr..so sementara tue makcik suh duk dgn die..so redha je la..ble save duit hehehe

    ReplyDelete
  11. uya~kalo boleh nak gak duduk ngn family save duit tapiiii...tengokla camne.lagipun plan je pun.hihi

    ReplyDelete
  12. elok la 2.. duk umah sndri.. sbb lg bole cepat belajar tuk mnguruskn rumah tangga.. :)

    pastu klu duk umah sndri.. otomatik smua bnde tau.. cam masak..mngemas rumah.. mnyusun masa.. smua lah.. hepi tau klu dduk bedua.. :) i like..

    ReplyDelete
  13. bagus betul pemikiran ayah zimie.. die nk jage cucu la tu.. hehehhee.. adakah itu bermaksud kene preggy cpat2? :D

    ReplyDelete
  14. umah zimie seri kembangan kt mane..?

    ReplyDelete
  15. terima kasih cik pingu.i'm excited!!! ;)

    maria~entahnya.macam suruh preggy cepat2.mak nevesssss :p

    suria~dekat area taman equine.tapi lestari perdana to be exact.suria katne?

    ReplyDelete
  16. ooh lestari perdana, dkt² giant tu eh..? suria opis area serdang perdana..kwn suria sewa lestari perdana tu rate RM 700-800.. glupp :D

    kalo zimie ade nmpk yg bleh disewa bgtau laaa kitee.. hek³

    ReplyDelete
  17. dhiera~nanti eh ;p

    suria~haah dkt2 giant.memang harga gitu pun.mahal!!! ok suria, if ada,saya bagitau :)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)