Wednesday, January 4, 2012

Kahwin Muda (Di Mata Seorang Lelaki)

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Tajuk berbunyi serius bukan? Hahaha bukan saya punya tulisan. Ia diambil daripada salah satu blog di alam maya ni. Nampak sangat aku malas nak menulis cedok tulisan orang. Memang malas pun. Lagipun sharing is caring. Okle tu kan. Mari sesama baca kisah ini. Kisah kahwin di usia muda di mata seorang lelaki. Saya takde la nak komen apa pun, sebab setiap orang ada persepsi tersendiri. Ada pros and cons kahwin pada usia muda. 

Okla mari baca dan nilai sendiri.


--------



Antara lelaki dengan perempuan.. yang mana satu yang paling awal akan kahwin dulu?

Kawan-kawan korang yang lelaki kebanyakkannya dah kahwin? Oh ye ke.. macam jarang berlaku. Pelik sikit-sikit pun ada. Kalau korang ada kenalan lelaki yang kahwin muda.. please perkenalkan dekat aku. Aku mau tahu apa rahsianya.

Majoritinya kawan-kawan perempuan kan yang paling ramai dah kahwin.. betul kan? Betul ke tak ni? Kalau belum kahwin sekalipun, mesti diorang dah ada perancangan nak berumahtangga, dan sekarang ni dalam fasa persediaan. Senang cerita tinggal tunggu masa la sekarang ni.

Sepanjang yang pernah aku nampak, rata-rata perempuan akan kahwin lagi awal dari lelaki. Pasangannya pulak adalah someone yang dua atau tiga tahun lagi tua dari perempuan tu tadi. Itu normal. Malahan ada jugak yang pasangannya adalah someone yang 5 tahun atau 10 tahun lagi tua dari perempuan tu tadi.

Kalau nak cakap ini semua soal jodoh.. I believe aku kena stop tulis pasal hal ni sekarang jugak.

Sebab bila kecek pasal jodoh ni.. itu semua urusan dan aturan tuhan. Kita sebagai hamba ni.. mana lah layak nak komen macam-macam.

Tapi memandangkan aku memang nak tulis pasal hal ni malam ni.. aku akan kupas dari skop lain tanpa mengenepikan faktor jodoh dan pertemuan merupakan ketetapan dan aturan dari Tuhan semesta alam, Allah swt.

Hidup ni dari hari ke hari makin lama makin mencabar. Siapa yang setuju?

Setiap kali aku dengar cerita-cerita dari orang dulu-dulu (tua-tua) pasal persiapan kahwin ni.. aku jadi agak skeptik. Bagi aku walaupun mereka orang lama, berpengalaman, mereka tak sepatutnya samakan apa yang mereka lalui dengan apa yang orang muda sekarang ni lalui.

Satu masa dulu orang berkahwin kerana nak memenuhi tanggungjawab yang tergalas dibahu orang lelaki keatas kaum wanita. Kaum lelaki sebagai pelindung, pembela, dan penjaga maruah si wanita. Maka apabila cukup usia seseorang wanita tu, maka harus dia dipinang untuk dijadikan isteri si polan bin si polan.

Para wali (wakil) pulak pun sama, mereka jadi wali dek kerana nak memenuhi tanggungjawab jugak.

Selagi si gadis dibawah tanggungjawabnya masih belum berkahwin, selagi tu lah si wali tu tadi akan cari jugak pasangan yang benar-benar cocok untuk dijadikan pasangan hidup.Orang perempuan tak banyak mainkan peranan semasa memilih pasangan, sebabnya segalanya akan diaturkan oleh wali itu tadi.

Bila cerita-cerita sejarah orang lama berkaitan kisah kahwin ni diulang-ulang, aku andaikan perkahwinan antara LELAKI DAN PEREMPUAN itu merupakan satu ikatan suci bagi memenuhi tanggungjawab sesama manusia. Yang lelaki ada tanggungjawab keatas wanita dan macam tu lah sebaliknya.

The reason kenapa aku highlight perkataan LELAKI DAN PEREMPUAN adalah sebab dalam dunia ini ada manusia sakit yang nak kahwin sesama jenis. Ceh.. orang macam ni kena belajar dengan binatang tentang tatacara untuk hidup atas muka bumi ini.

Bukanlah nak kata yang sekarang ni everything is totally different. Of course sedikit sebanyak masih ada lagi yang tak berubah antara zaman dulu dengan zaman sekarang ni. Tapi dari sudut pandang mata kasar aku, yang berubah lagi banyak daripada yang masih sama.

Bab pemilihan calon suami.. kebanyakkannya wali hanya akan main peranan lepas si gadis tu tadi dah setuju untuk di nikahi oleh lelaki pilihan hatinya. Process screening bukan lagi dilakukan oleh wali.. tapi dilakukan sendiri oleh si empunya diri. Mungkin sebab sekarang ni kita dah pandai berpegang pada konsep .. Yang Nak Kahwin Tu Aku, Bukan Wali Aku…



Perempuan yang muda akan kahwin dengan lelaki yang lebih berusia.. Manakala lelaki pulak akan menikahi perempuan yang lebih muda daripada usianya.

Macam ada sesuatu yang berlaku.. Sekali lagi aku bukan nak menolak faktor jodoh yang menghiasi perhubungan antara bakal suami dan isteri.. cuma hakikatnya sekarang ni.. perkara utama yang di utamakan untuk diambil kira sebelum berkahwin ialah .. DUIT.

Soalan macam .. Bakal suami ko kerja ape? Itu kerap sangat aku dengar.

Ala.. kalau nak harapkan fresh graduate.. kerja apa sangat lah yang dia boleh dapat. Ada kerja pun kadang-kadang tak tetap. Masih lagi dalam fasa try and error la katakan. Kalau kerja tu sesuai maka tahan lama, kalau tak sesuai.. ye berhenti segera.

Kalau pasangan ni sama-sama fresh graduate, dan diorang ni pulak sama-sama konvo masa umur diorang 25 tahun.. bila masanya diorang nak kahwin?

Setahun kerja apa hasil pun tak ada. Tahun pertama ni masih lagi peringkat transition atau peralihan antara zaman belajar ke zaman bekerja. Time ni la kita nak enjoy katak duit gaji yang kita dapat.. ye la… sebelum ni tak pernah pegang duit banyak-banyak, kalau ada pun tu duit pinjaman dari PTPTN.

Buat bayar yuran, beli buku, makan, transport dan itu ini.. bakinya cukup-cukup untuk beli pen dan kertas A4 je. Mana ada lebihan untuk buat enjoy.

Andai kata tahun kedua baru nak start kumpul duit, dan gaji pulak tak besar mana.. mungkin dalam anggaran RM2500 sebulan, kalau masa tu dah mula beli kereta dengan cara hidup yang agak boros.. macam mana nak kumpul duit. Nak simpan duit untuk buat belanja kahwin?

Bukan nak salahkan orang perempuan, tapi banyaknya yang aku perhatikan.. perempuan ni ramai yang cepat nervous bila usia makin bertambah, kawan-kawan perempuan makin ramai yang dah menimang cahaya mata, tapi dia dan pasangan masih lagi dalam peringkat couple-couple.

Biasanya apa yang akan jadi?

Si perempuan ni tadi akan bagi pressure dekat si lelaki untuk speed up process meminang dan berumah tangga, macamlah benda ni semua tak boleh tunggu.

Kalau tuhan izinkan dan beri rezeki maka kahwinlah pasangan tu.. kalau masa tu si lelaki belum ada rezeki.. apa jadi? Clash la.. alasan pun macam-macam la yang akan keluar. Tak sehaluan lah.. tak serius lah.. padahal alasan dia ialah tak ada modal nak buat majlis walimatul urus.

Kalau perempuan tu dah desperate sangat nak kahwin.. cari lah dia pasangan yang lebih tua. Tak kiralah berapa tahun lebih tua sekali pun.. 3 tahun? 5 tahun? atau 10 tahun? Pendek kata asalkan si lelaki tu ikhlas nak kahwin dengan dia, dia akan terima.

Time ni la si perempuan tu tadi jadi pandai berkata-kata..

Rasa kasih, sayang, dan cinta.. tu semua boleh dipupuk dan disemai selepas sah jadi isteri orang. Ini lah yang dikatakan bercinta selepas kahwin.

Pandai la ko ni orang perempuan.. Kesian orang lelaki yang dulu tunggu dan sayang ko sangat-sangat. Tak cukup duit punya pasal.. sanggup berpisah.

Eh.. macam drama pulak kan?


Nukilan : MohdSabree


--------


Ok sekian drama pada hari Rabu yang indah ini. Bai.



 

7 comments:

  1. GOOD INFO.
    kami sebaya. ehehehe

    ReplyDelete
  2. hahaha.. ade betulnya jugakkan? time dah nak kawen sangat, baru cakap tak sehaluan. emmm tak faham betul.

    ReplyDelete
  3. somehow i agree dengan tulisan mamat ni.lol.

    ReplyDelete
  4. ada juga yang betul ye..

    cuba kalau suatu perkahwinan tu dipermudahkan maksud nya walimatus urus tu macam orang dulu. ringkas. tujuannya hanya nak sebarkan yg pasangan ni dah bernikah. mesti tak membebankan sesetengah pihak.

    ni tak. kadang2 perkahwinan tu dah jadi macam medan menunjuk-nunjuk perkahwinan anak siapa lagi mewah dan meriah etc~ lepas tu, ada je mulut2 yang tak puas hati itu dan ini. membantu tak mahu~

    pendapat kite la.. hehehe

    ReplyDelete
  5. tul gakz tu kan .. ryn dgn MR F pun beza 7 taun .. tp skrg bertaun2 lebih pun ade kan ..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)