Friday, January 20, 2012

Aktiviti Sepanjang Cuti

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Hai Hari Jumaat. Saya sangat butuh kamu. ;p

Seperti semua sedia maklum, kita warga Malaysia akan bercuti selama 4 hari. Holiday yang sangat ditunggu2 oleh semua orang. Tak gituh??

Ok this is my planning and a little bit update for my wedding.

1) Katering Akad Nikah

Sabtu ni (esok) nak balik kampung. Weeeee kampung saya di Johor Bahru. Tak la kampung mana sebab duduk dekat bandar (-_-'). Saudara mara memang ramai dekat JB nuh. Tapi yang nak pergi kali ni dekat Kampung Majidee, JB. Kitorang nak berjumpa dengan sesorang yang bernama Abah (bapak saudara saya) abang ipar kepada bonda tersayang. Abah ni memang sejak dari dahulu pandai masak Nasi Beriani Gam Johor. NBGJ merupakan menu yang famos amos di kawasan negeri Johor. Tak caya tanya la bebudak Johor. Hikhik. NBG memang selalu menjadi menu utama bagi bakal pengantin yang ingin berkahwin. Dan Abah punya masakan memang sangat10x sedap. Rasanya kat KL ni belum jumpa Nasi Beriani Gam sesedap masakan Abah ;p. Saya paling suka ayam masak merah!!! Slurpppppp!!!

Kitorang nak discuss dengan Abah sebab beliau yang dipertanggungjawabkan nak masak untuk kenduri akad nikah di rumah nanti. Jadi kena la booked abah awal2. Dah booking by phone tapi lagi mudah kalau berjumpa kan? Even saudara mara sendiri pun kena booked tau! Sebab dia pun ambil tempahan kenduri untuk majlis-majlis di JB. Risau la nanti bertindih dengan jadual nya yang padat itu.

2) Survey Cake Untuk Resepsi

Sekarang tengah survey2 2-tiered atau 3-tiered kek. Ok FELDA memang dah sponsor kek tapi dia bagi DUMMY CAKE. Just untuk tangkap gambar gitu la (Tapi kalau ada cake sebenar lagi best) Nyumnyum. Benda ni masih TBC. Saya ada email beberapa vendor di mana salah satu vendor ni pernah saya rasa hasil tangan nya. Memang sedap sangat2 cakes dia. Jadi sekarang kena tunggu je la taktau berapa charge untuk kek yang diminta itu. Jangan mahal sangat boleh? ;p Rasa-rasanya harga mesti dalam RM300-RM500 kan?

3) Survey Nikah Doorgift

Tak tau nak bagi apa sebab untuk majlis nikah, hanya dihadiri oleh saudara mara dan keluarga pihak lelaki. Bonda cakap nak make it simple as possible! Simple tu mestilah maksud nya yang tak remeh, simple tetapi special. Tak sure nak bagi apa, sebab majlis kecil-kecilan je. Tapi takkan takde buah tangan untuk mereka. Bagi la something. Ok yang ni saya-amat-amat-blur. Bonda pun senyap tak bagi cadangan pun. Apa aku nak bagi untuk tetamu nih? (-_-'')

4) Do It Yourself (DIY)

Teringin lah nak buat Signage Just Married dekat plat kereta tu. Alaaa yang selalu orang barat buat tu? Haritu dah survey2 tapi tengah fikir-fikir nak buat atau tak. Nak buat simple-simple je. Lepas tu nak buat pelbagai Wedding Signage macam polistrin tu. Boleh check {LINK} Ataupun yang Do Not Disturb dalam bilik pengantin tu ke? {LINK} Memang nak buat sangat3x.  Si zimah yang banyak angan-angan. Tunggu dan lihat aje lah ye Hikhik.
 
Contoh  Signage Just Married dekat plat kereta. Sumber : One Tree



Itu je nak update untuk hooooooooooooliday yang panjang ini. I love travelling with my familyyyyy. Bye.



6 comments:

  1. zimie kawen kat dewan perdana felda ke? x sabar! cewahhh

    ReplyDelete
  2. zimie my twin.. eh eh beriani gam kpg majidee tu sgt familiar jee.. mmg tau satu situ yg famous amos...jb used to be my kampung (mase arwah tokbak ade).. mmg kpg majidee la slalu gi makan brkfast, lunch, dinner..kat sumer makan sumer best2...relatives pun a ramai yg stay area situ.. waa nak gi nikah zimie nak makan nasi beriani gam yg sedapppp.. :D

    erk baru teringat cake DEWAN KITE (nak highlight gak kannnn) tu pakai dummy cake. baru kejap tadi call fiance n MIL remind pasal tu cos nanti mesti org kecewa xdpt mkn cake..heheheeeeee...

    ReplyDelete
  3. amboi, hebat dah planning yea...:)

    terbaik!

    ReplyDelete
  4. wow..syiok nye dpt makan nasi beriyani gam 2.. ishhh terliur..

    ReplyDelete
  5. epa~Taklah kat dewan gemilang felda kelana jaya.me too tak sabar! hehe

    renee my twins~ahaha takla i nye abah tu baru pindah situ.ntah2 org lain kot reneee hee.tapi best kan kan nasi beriani gam.hihi opsss psl dummy cake tu i saje gedik takmau.nak real punyaaaaa;p

    kak long~apa yang hebatnya kak long?biasa je hihihi

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)