Friday, November 25, 2011

Buku Nervous

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Semalam my good old friend, Aliya calling malling. Dia baru je lepas kahwin. Baru sangat. 20hb november haritu. Saya tak pergi sebab masa tu kan masih dekat Jogja. Takpela. Ku kirim doa dari jauh ajeh. Kirim salam sudeh. Hahah may Allah bless you and your husband  :')

Then, terbukak satu topik yang ku kira agak mencabar sensitiviti diri sendiri.

"Zimie, aku rasa kau harus baca la buku tu"

"Buku apa ni?" Dupdapdupdap.

"Ala buku untuk keluarga. Macam mana cara nak buat tu semua. Aku rasa penting kau baca sebelum kahwin. Aku ni baru kahwin tapi tak tau nak buat."
Oh my. Sangat open rakan ku ini. Ni antara first orang yang nak share benda2 kahwin ni kat aku. Kebanyakan kawan baik aku yang kahwin, jarang nak share benda2 gini. Segan agaknya hahaha.

 "Eh tapi betul. Nasib aku tengah period. Tapi ada tau buku macam mana taknak jadi sakit. Bukan pasal tu je ada pasal kesihatan, camne nak menjaga hati suami. Penting wehh"

 "Ala aku kena baca ke? Macam segan je" Blablabla perbualan diteruskan.

Kebetulan time tengah berbual ni, rupanya bos depan aku pasang telinga. Hohoh. Nasib bos perempuan. Lepas letak telefon, tiba2 bos bersuara,
"Zimie, kalau nak buku tu I ada. Ada 2. Nanti i boleh bagi u pinjam. Ni pun turun temurun dari my sister"

Ok muka mak dah merah padam. Macam tau2 je kitorg cakapa pasal pe. Hua hua. Aku cuma sempat bercakap "Oh yeke. Okla tapi jangan bagi sekarang. Bagi 3-4 bulan sebelum majlis zimie kay"

Camne la rupa bentuk buku tu jenab oi. Time menaip ni pun mak masih nervous. Jantung berdegup kencanggg.



p/s: Half day today and off to Melaka for bff, ila wedding. Wohoo.

Thursday, November 24, 2011

TK TPC

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***  

Banyak pulak parcel sampai. Haritu pillow case, yang ni surat cintan. Hihi.
Pengirim datangnya dari Dba. Owner of TPC, The Photobooth Corner. Rentetan contest tempoh hari agaknya. Dapat Gift voucher KR. Even tak banyak tapiiiii siapa nak bagi kan? ;p

Thanks a zillion to Dba. Susah-susah ja :')

TK TPC!!!
(Terima Kasih The Photobooth Corner)

:)

p/s: Nasib dekat Jusco Equine ada KR. Yipeeee. Jom EF kita gi makan. Awak belanja. Kahkah.


Wednesday, November 23, 2011

Bride & Groom Pillowcase

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Beli this pillowcase dekat one of the b2b blogger. Thanks a zillion to  Puan Qistin. :') (Suka nama dia sebenarnya. Tetiba ;p)




Cik zimie yang tak sabar. Tak sabar betul. Sarung bantal dah beli siap2. Kahkah. Peduli. It really4 suit my bilik pengantin theme (kononnya). Tak sabar nak beli bed sheet putih lepas tu ada sikit2 warna pink ke. Ah hopefully dapat la apa yang diidamkan tu. Lalalala Mega sales, wait for me!!!

Oh ya, kat mana nak shopping bed sheet kahwin lawa-lawa untuk bilik pengantin ya? JJ ke Sogo ke? Any ideas anyone? Hohooo

 

p/s: Better beli benda remeh temeh ni siap2. Even orang cakap lambat lagi, ada saya kisah? ASK. Nanti dekat2 majlis, baru tau kelam kabut. Thanks to Tatie for the reminder and credit to Raden (pinjam ayat sikitttt) Mekaceh ;p


Tuesday, November 22, 2011

Teaser Kain Pengapit dan Gadis Dulang

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***
 
Takde makna teaser. Ni tonjok 100% terus. Hahah

Semua hasilan di negara Garuda tersebut. Boleh bezakan ke warna kedua-dua ini? Jika boleh syabas kepada anda. Kalau tak boleh, alamatnya dia anak..... Kahkah.

  Kain untuk pengapit a.k.a Maid of Honor (MOH) untuk bff arina. Warna kuning gading bak kata SA tersebut. Kain jenis lace brokat. Indonesian made. I know this type jenis murah punya. Bukan french lace malah bukan korean lace. Pengapit nak pakai. Murah2 sudah. Tapi memang sangattttt murah okkk. Lace sekali dengan kain satin. Harga? Yang penting sesuai dengan tangga gaji ku. Kehkeh.


 Ini pulak kain untuk gadis dulang. Warna putih tulang. Not 100% putih. Dia warna ala2 suam2 putih. Camne nak cakap ya. Okla tak putih sangat tak kuning sangat. Beli 4 set. Lace sekali dengan satin. Khas untuk gadis dulang yang telah ku sebut nama dalam checklist. My cousin blur2 bila dikata gadis dulang. Katanya kedengaran kampung. (Amboi over nya dia) Katanya cakap la flower girl. Memang mengada-ngada. Sekarang ni ada 2 orang yang dah confirm menjadi flower girl ku. Lagi 2 menyusul. Nanti la tanya. Ayat baik punya "Kain aku sponsor, tapi kalau kau taknak, aku cari orang lain" Ha dua-dua tu terus confirm kat situ. Bagus. Senang kerja.


Semua ni nak suruh diorang buat BAJU KEBAYA. Biar la seragam kan? Kain lace tu dibeli 2 meter setengah. Satin tu dibeli 2.5 meter setengah. Kata SA cukup je nak buat baju kebaya full siap dengan lining. Bidang dia besar. Ikutkan aja. Kalau tak cukup, siaplah anda SA!


Total duit monopoly terbakar hasil shopping di Bombay Street tempoh hari adalah 400,000 Rupiah. Kahkah masa keluarkan duit terasa macam kaya. Keluar duit ratus-ratus ribu. Feeling anak orang kaya kejap. Tapi bila keluarkan duit terus rasa kayap. Bankrap. Kahkah Sangat best shopping kain dekat sini. Rambang mata, kuku, kaki. Nasib la tak pergi Bandung. Kalau tak lagi tambah-tambah bankrupsi gua!


Cuma ada lagi satu persoalan yang belum terungkai (ayat kamus dewan), kalau yang dah kahwin boleh ke jadi gadis dulang a.k.a flower girl? Nak suruh insan terpilih itu bff ila yang dah kahwin jadi gadis dulang. Boleh ke tak? Ada ke syarat-syarat tertentu? Ada pantang larang ke?




p/s : TAHNIAH HARIMAU MUDA sebab menang malam tadi. Yehoo sampai sakit2 tekak jerit


Monday, November 21, 2011

Saya Nak Countdown

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

 ***

200 days je pun.
Gedik gak nak countdown till wedding days. Padahal lama lagi. Bior la. Nombor cantik pe. Nak countdown 222 dah melepasss pulak ;p

Ok banyak gak benda nak update. Ececeh. Saya baru balik from Jogja sabtu lepas. Pergi berempat dengan sang tunang EF, sang rakan-rakan Miza dan Azim. Total 4 orang. Reason pergi Jogja? Kepada Amy, saya pergi Jogja sebab time tu Air Asia bagi tiket RM99 sehala. Tiket paling murah compare to Bandung. Tu pasal booked ke Jogja. Alasan ape ntah ni. Hahaha kebetulan memang nak sight seeing je. Takde modus operandi nak shopping barang kahwin pon. Tapi akhirnya memang beli barang kahwin gak. Kalau pergi Bandung, alamatnya kredit kad melambung tinggi la. The positive part kalau tak pergi Bandung. Pergi Jogja pun dan bankrappppp. Bayar duti dekat airport Adisucipto, Jogja pun pakai duit rupiah EF. Kesian gila. Bawak juta-juta rupiah. Balik tinggal ribu-ribu which is RM0.30-RM0.60 sen je nilai. Ni namanya hazimah telah mengalami culture shock.


Nak kena update satu persatu. Tapi biar la saya listkan dulu perkara-perkara yang telah berjaya saya beli (Happyyyy menghabiskan duit)


1) Dah beli kain lace untuk pengapit dan gadissss dulang a.k.a flower girl. Kang cakap gadis dulang takut ada orang tak paham. Heh

2) Dah beli telekung untuk hantaran. Cantik. Bersulam. The sad part is telekung tu.......sobsssssssssss (later cerita sebab ianya menyedihkan)

3) Kain batik memang terlebih beli. Nak buat seluar. Nak buat baju kurung. Rambang mata wooo. Camne tak bankrap.


Eh 2 perkara je pun. Cehhh beria cakap macam ada 8 perkara. Baiklah segala photo dan details saya akan post di kemudian hari. Barang semua tersimpan rapi dekat rumah. Nanti saya update lebih details okkkk.


Stay tuned. :)

 

Wednesday, November 16, 2011

Selamat Bercuti :)

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Blog akan bercuti selama 4 hari. Eceh. (Macam la takle buat schedule post) sebab cik zimie dan kuncu-kuncu nya akan berlepas ke Yogyakarta, Indonesia a.k.a Jogja untuk bercuti. Banyak kisah disebalik permergian ini dan kalau orang nak kahwin, kenapa tak pergi Bandung (syurga membeli belah barang kahwin) kan? Ah later lah cerita kot. Hihihi


List of things planning to buy/survey:
1) Kain batik (Untuk Bonda) <--- Jogja terkenal dengan batik!
2) Telekung (Hantaran kahwin)
3) Kain Lace (Untuk pengapit dan gadis dulang) <---kalau murah dan cantik beli. je Kalau tak, cari kat Mesia sudeh.
4) Survey doorgift yang comel-comel. (Kalau ada)


Selain daripada tu sight seeing je. Tengok gunung ganang, tengok candi Burobudur, or more to historical places. Doakan kami selamat pergi dan pulang ya?


Buat kawan-kawan, bloggers yang nak kahwin this week saya ucap tahniah awal-awal.  Tak dapat nak hadir. Trimas bagi kad jemputan ya? :)


Bye Malaysia!

Tuesday, November 15, 2011

Review B2B Wedding : Yati

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Sedikit review tentang wedding cik Yati a.k.a Poyaty a.ka Hidayati. Gadis bloggers brides jugak.
Kedatangan kami tepat pada pukul 2 petang. Datang berdua je dengan EF. Sepatutnya nak jumpa geng lain tapi peliks mereka tak muncul. Call Raden katanya lambat sikit coz ke wedding Fiena dulu. Saya pulak tak boleh ke wedding Fiena. Masa tak mengizinkan ketika itu. Thanks to Fiena yang menjemput dekat ncol.

Tarikh : 13.11.11 (Ahad)
Tempat : Klang, Selangor

Inilah perkara pertama yang dijumpai bila masuk ke pintu pagar rumah Yati. (Pssst besar gak rumah ni. Banglo gitu)

Guestbook Signage :)


 Deco dekat guestbook corner. Kemain posing. Siap kepit dengan sepit baju!!! Gahaha comel je.



Baju hijau haruslah sedondon dengan warna maker tu kan? Warna pokok pisang. Sebuah wajah happy sebab dapat menconteng Guestbook cik Yati

Belakang tu nampak tak canvas photo. Rasanya tu cik dba yang print kan kan? Dba, nanti aku nak print gak!! Harga adikberadik tau. Kahkah




Amik seri perantin sikittttt. 1st time jumpa. Oh terkezut tinggi nya model ini. Yati cantik. Tudung cantik. Hb pon menikam qolbu. Congrats :))




 Ini Ryn. Blog November Couple. Ini je gadis bloggers bride yang sempat ditemui. Ape lagi masing2 berbual sakan. Oh lupa saya nak cakap, "Ryn, muka u sama macam muka my bff Arina" juga yang dijangka menjadi pengapit saya nanti (EF yang menyedari akan hal ini. Haha) Masa ni la Raden sms bilang sudah tersesat ke Port Klang. Jauh gilak. Cakap kat Raden takde jodoh la nak jumpa sebab we ols pon rushing ke tempat lain. Next time okkk. "Raden, anda berjaya sampai tak???"



Doorgift!!! Dah macam peti harta karun.  Cantik sangat. Mesti mahal. Tq yati Dah simpan dalam lemari kaca. Sayang tau. :')



Makanan : Nurul Izzah Catering <-- sedap memang sedap. last makan dekat wedding cik Atia. Now dah jadik Puan. Hihihi. Saya paling suka part nasi nya. Nasi panjang-panjang. Katanya Beras Wangi Basmati. Lauk pauk tak mahu komen sebab time tu lauk dah kehabisan. Nasib tak menyebelahi. Marah yati! Hahahah


Keciwa sebab tak dapat gambar dekan Pelamin macam bebudak bbf tuh. Kuciwa sangat2. Time tu lak perantin sibuk jenjalan depan belakang. Pakai selipar toilet je pun. Sempoi gila perantin nih. ;p So takkan nak heret masuk dalam rumah kan? Mesti perantin nak layan tamu. Hohoho


Thats all for today. Semoga hidayati dan farhan berkekalan sehingga ke akhir hayat!!! Tak elok biasakan cakap sehingga ke anak cucu coz nanti bila dah dapat anak cucu, tup tup lain pulak jadi. Ops zip mulut! Biasakan cakap berkekalan sehingga ke akhir hayat. Sekadar menyampaikan. Tenung-tenungkan dan selamat beramal.

:)

 

Monday, November 14, 2011

Barang Hantaran : Jam Dinding

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Tajuk takde kene mengena dengan entry. Sebab pe tau. Geram tak dapat beli jam tangan idaman. :'(( Nages hentak-hentak kaki. Actually last week saya duk ushar satu jam ni. Ni gara2 last week masa pergi klcc tula. Ada satu jam tangan menarik yang boleh dibuat hantaran. Tapi jam tu hanya dekat gambar jela. Yang betul2 nya SA kata takde jual. So sebab tau BRAND tu, pegi la survey dekat Internet. Google just nak tau harga. Akhirnya ketemu jua. RM430. Tapi dekat Hong Kong. Kahkah macam la best sangat jam tu kan. (Tapi memang best pun). Dia leather band. Taknak besi. Ada bling2. (Rhinestones to be exact). So bila nampak dekat gambar tu, NAK SANGAT!!!

So survey lagi, ada satu kedai online ni jual RM399. Whattttt?? Murah gila untuk jam tangan kesukaan. Memang kedai ni recomended. Jumpe kat forum Lowyat. Lepas tu, nasib baik tak beli coz tak tahu SAIZ dia besar atau tak. Kang tak sesuai dengan tangan ni naya je beli. So tanya2 la bebudak dekat ncol. Diorang pun cakap, "Lebih baik try dulu kat kedai, baru tau saiz. Kadang design cantik tapi bila try tak sesuai dengan tangan kita" 

Ok. =.='

Aku ni dah la jenis susah nak beli jam. Bila dah jumpa, macam besar je rasa. Dekat descriptions tulis saiz 40x37mm. Bila gunting kertas letak dekat tangan, memang BESAR gila! Tangan dah la kerdil.

Akhirnya, segala jawapan terbukti. Semalam lepas pergi wedding Yati BBF, we ols(saya dan EF) ke Jusco Bukit Tinggi gara-gara nak tengok KEDAI JAM. Kebetulan ada satu kedai tu display jam tangan kegemaran!!

Dan memang benar, saiz jam tu besar. Rasa nak nages. Takde rezeki. So jawapan yang pasti, kena beli jam tangan lain. Nak beli jam lain, mahal pulakkkkk. Solvis Titu paling murah RM600+++ terberon mak dengar! Takpela later lah pikir. Memang lepas ni rasa nak beli jam dinding je. Gerammmm. Besar pun besar. Baru RM200++ kalau ada burung berkicau tu kan?




Inilah jam kegemaran bling bling. Suka sangat!!!! Kalau beli lepas tu simpan dalam kotak je boleh tak?


Nak lagi menyayat hati, klik details nya di sini {LINK}

Sobs.

Friday, November 11, 2011

Merancang Objek Hantaran (Part 1)

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Salam satu malaysia dan pagi jumaat yang barakah ;)

Harini saya hanya mahu bercerita tentang angan-angan atau planning barang2 untuk hantaran. Saya harap boleh menjadi kenyataan. Eceh. Untuk hantaran, kami telah buat keputusan untuk beli sendiri-sendiri. Apa maksudnya? Itu bermakna dia beli barang dia, dia bayar (Barang lelaki mahal. Kahkah). Dan saya beli barang sendiri dan saya bayar. Bila tiba masa, switch barang2 untuk letak dekat dulang hantaran. Mudah sakali. Its depends. Ada orang hantaran tu means hadiah kepada pasangan. Tapi kami ni ikut suka je. Redah je. Nasib ibubapa setuju. Phewww. Si EF la katanya nak ikut mcm kakak2 dia. Beli barang hantaran sendiri2. Yang penting barang nak dibeli tu saya suka dan confirm pakai. Yipeeee.

Semalam masa ofis hour saya dan bos ke klcc. Actually ada kerja sikit. Banyak nye main! Hahaha Bersama-sama dengan bos mengukur shopping compleks di sana. Sempat singgah ke parkson dan isetan.(Bukan saya setan ye). Then, masuk la tempat perfume, beg, kasut, jam tangan!! Bos pulak dah hint2 siap bagi tips beli barang hantaran jenis camne. Of coz dia dah kahwin dan ada pengalaman. Best banget my bos. ILU!

Untuk perfume saya tak tengok untuk diri sendiri sebab dah beli tahun ni (awal gila preparation ngakahkah) tapi saya beli brand biasa-biasa je. Suruh adik beli US. Murahhhh. Lagipun saya ni kurengggg sikit perfume. Kang beli mahal2 bukan pakai. Yang pakai one drop perfume jugak. Heh. So saya sempat la tengok perfume lelaki. Ada macam-macam brand yang besttttt. Untuk orang lain boleh la suggest best2, untuk diri sendiri biasa-biasa sudeh. Boleh lak gitu?? Brand yang macam cantik dan bau best adalah Dunhill, Giorgio Armani, Ralph Lauren, CK dan apa lagi nama brand entah lupa dah. See memang bukan pengemar perfume. Sekian. Tapi aritu EF cakap nak beli brand Ferari. Apekebende entah brand. Tapi cantik body dia. Merah menyala ferari kau. Bau taktau la macam mana gaya. Tak kisah la asalkan dia pakai. Dia yang nak bayo pun. Hihihi.


 Amacam? Merah menyala kauu.


Tapi jalan2 lagi kat situ, dekat tengah2 klcc tu tengah ada promo perfume brand Elizabeth Arden (bau ala2 wanita. kurenggg sikit haha) dan perfume Christian Dior. Bau mula2 tak sedap tapi lepas tu sedap. Bau dia kuat sikit. Mak suka compare to Elizabeth tuh. Kehkeh. Botol dia warna merah tu. Harga rm220.00 sebotol gitu. Sebab nak cepat, so SA dia spray kat tangan pastu kami blah. Heh. Actually, I am more into refreshing perfume macam cool water Davidoff tu ke? (Cakap tak suka tapi suka jugak, camno tu, hohoh). Lepas tu, jalan2 lagi dalam parkson nampak box gift set Vera Wang jenis Princess bentuk love tu. Comel nye lahai. Geram. Bentuk love tuhhh. bos suruh beli yang ni. Harga dalam RM200++ something. Takkan nak beli perfume lagi kot. Waduhhh nafsu oh nafsu.

Cantikkkkk bentuk love. Saja tunjuk. Bukan nak beli pun.


Nanti sambung lagi. Second part pulak. Jelajah survey2 objek hantaran.

Till then.

 

Sunday, November 6, 2011

Cerita Baju Orang Lain : Pengapit, Dayangs dan Family

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Ada 3 jenis baju mangsa dalam hal ini iaitu:-

1) Baju pengapit
2) Baju dayangs a.k.a gadis tak berapa dulang sebab 4 orang je. 
3) Baju family

Untuk pengapit, rasanya nak amik my bff Arina. Actually saya ada dua orang bff. Tapi satu tu dah kahwin and she's eliminate herself to become my pengapit. Maybe sebab aku tak jadi pengapit dia sebab tu dia taknak jadi pengapit aku? Its ok small matter. Saya boleh pilih sapa2 even my cousin pun boleh. Tapi dalam kes ni, saya plan nak 'hire' wahhh hire kauuu. Saya plan nak hire cik Arina. Yela mana tau lepas sama2 duk sebelah pelamin denganku, beliau boleh dapat pasangan hidup ke?Ahax niat baik nih okkk.

Then berbalik pada gadis dulang. Actually takde pun dalam kamus kehidupan. Tapi bila pikir balik teringat ex b2b Yanie, dia ada gadis dulang. Rasa macam 'bestnya ada gadis2 mengiringi masa kat dewan'. Its more to pengapit kecil sebab plan nak suruh dayangssss ni mengiringi me+pasangan dekat dewan. Ok kan? Instead of ambil budak kecil, saya ambil budak tua bangka. Kakaka. Lagipun dayang kecil siapa ya? Yang ada pun semua jauh2 di Johor dan Kelantan. So rasa macam susah lak nak arrange. 

Jadi, saya plan nak ambil my cousin and my bestest friends. Saya tak mau banyak2. Empat orang cukup. So yang tak shortlisted, dont get mad ok (You know who you are). Antara mangsa nya adalah Sarah (cousin), Gendut, Ketot, Ila (bff). Tapi mereka belum tahu. Ini baru PLANNING. Hope diorang tak terkezut la nanti. Its suprise. Eceh konon nya lah. I was hoping to get them a very nice clothes. I mean maybe nanti nak beli KAIN LACE/ SATIN. It depends on situation and money conditions. Hahaha. Tapi kan actually I am going to Indonesia in 2 weeks time! Taktau la tempat saya nak pergi tu ada jual kain lace atau tak? (of course I am not going to Bandung).  Murah ke mahal ke? Cantik ke buruk ke? Its depends. Kalau cantik + murah beli. Kalau tak, beli je kat sini. Jakel banyak kot. Hohoh

Colour: (TBC)
1) Baju pengapit (soft cream) 1 orang je
2) Baju dayangs a.k.a gadis tak berapa dulang sebab 4 orang je (white)
3) Baju family (dark brown)

zimie : boring nya kan colour2 atas ni? Hahahah


Contoh gambar pengapi kalau pakai baju warna cream 
 (Actually lebih kurang dekat2 dengan warna my baju sanding. Ok ke tak ek?? I dont want this colour but my Bonda insist to)



Contoh dayangs pakai baju warna putih.


Actually saya tak mahu dayangs saya pakai warna putih sebab saya suka warna2 macam pink, baby blue, soft yellow, soft green (macam dalam blog RENEE)  TAPIIII bonda tak bagi. Penat argue. Sometime lebih baik diam je. Betul tak? Takpela bak kata SYIRA, its not OUR WEDDING. Ini majlis keluarga. So kena ikut setiap pendapat. Bukan pendapat kita seorang. Memang betul yang nak kahwin kita, tapi they are part of us. Takkan sebab perkara kecil macam ni nak argue bising2 tak tentu kalu. Yeah saya positif habis.

Rasanya itu sahaja update terkini tentang planning saya tentang baju orang lain. Mentang2 baju sendiri dah setel. Tu boleh pikir baju orang lain pulak. One by one bak kat orang puteh. Hihihi

Till then.


 

Saturday, November 5, 2011

Saya Masih Bernyawa

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Saya ada BANYAK benda nak update tapi saya kekangan masa, kekeringan idea (nak menaip) eh ni bukan menaip ke??? dan wang ringgit (yang ni takde kene mengena kot)

Nanti saya dah berjumpa dengan idea, saya update keh. Oh btw, kepada b2b bloggers dan silent reader, saya masih wujud dan masih hidup. Hello hello semua! Alhamdulillah saya masih sihat sentiasa dan berada di dalam limpah kurniaNya. Cuma saya berjiwa kacau sejak akhir-akhir ni. Penangan PMS? Bukan. Penangan anak dalam kandungan? Pun bukan sebab belum kahwin. Kalau perut buncit tu maybe ada.

Di kesempatan ini (wah dah macam ucapan raya), saya just nak ucapkan terima kasih kepada Lijah yang sudi bagi hadiah pada saya. Saya memang terlebih sudi nak ambil hadiah tempat pertama contest “My Dream Veil Contest by Non-Cinderella Story” tu. Siapa taknak hadiah oii?? Keskeskes. Nak nagesss bila tengok tau (Over kan). Syukur nikmat kepada Allah sangat2 sebab bagi rezeki FREE VEIL untuk saya. Rasa macam banyak lagi contest best2. Rezeki kahwin agaknya. :') Apa pun semoga murah rezeki Lijah dan Cekmat ye!! :))

Lastly, nak ucapakan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua ya. Esok untuk raya kami di rumah (tak balik kampung) akan masak sup tulang, hati lembu dan limpa (kata ayahanda dan bonda lah). Yeyeye.

Babai take care semua. Nantikan entry seterusnya (lepas raya mungkin).