Monday, October 31, 2011

My Dream Veil Contest by Non-Cinderella Story

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***


Harini last day CONTEST VEIL Lijah tu. Nguhuhu okla tanpa membuang masa kita terus ke syarat-syaratnya. 

Syarat-syaratnya: 
1. Terbuka kepada semua pengikut blog Non-Cinderella Story. Bagi yg berminat untuk menyertai pertandingan, sila ikuti blog.
2. Buat satu entry bertajuk “My Dream Veil Contest by Non-Cinderella Story”. Sticky entry amat digalakkan.
3. Terangkan dan huraikan veil idaman anda dengan terperinci (Potongan, Panjang, Ton Warna, Jenis dsb). Tertakluk kepada satu veil sahaja dan veil bukan potongan “long trailing veil”.
4. “Link” entry tersebut dengan blog ini.
5. “Tag” 3 org pengikut anda dan maklumkan mereka mengenai pertandingan ini.
6. Tinggalkan link entri tersebut pada kotak komen entri ini.

Pemenang akan dipilih berdasarkan syarat-syarat berikut: 
1. Entri paling kreatif, berinspirasi dan terperinci.
2. Realistik sesuai dengan “tagline non-cinderella story”. Maksudnya, janganlah veil impian anda tu ala-ala veil puteri dari kayangan dipenuhi batu permata dsb….(^^)
3. Tarikh tutup pertandingan ialah pada 31 Oktober 2011. Pemenang akan diumumkan dalam tempoh seminggu dari tarikh tutup pertandingan.
4. Hadiah akan diberikan dalam tempoh sebulan selepas pemenang diumumkan selewat-lewatnya 2/12/11. Kenapa sebulan?? Saya perlu masa untuk buat veil tersebut...(^^)


Hadiah Pertama: “Your Dream Veil” (veil as per request by the winner)
Hadiah Kedua: Veil jugak – yg ni ikut budi bicara saya nak buat veil yg cane.
Hadiah Ketiga: Sama mcm hadiah veil kedua…hehe
**Warna veil bagi hadiah kedua dan ketiga adalah mengikut kehendak pemenang.

***************************************

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Saya melahirkan rasa bersyukur ke hadrat Allah kepada b2b, bloggers dan silent readers yang sudi untuk hadir menonton slide presentation saya yang dianjurkan oleh blog Lijah iaitu “My Dream Veil Contest by Non-Cinderella Story”. Saya amat mengalu-alukan Yang Berhormat Dato’ Lijah, Tuan Tanah Blog Non Cinderella Story yang dapat bersama-sama dengan kita pada hari ini. Di sebalik kesibukan tugas, YB. Dato’ Lijah dapat juga mencuri masa untuk hadir *Hai Lijah. Lambai2 tangan* : D

Suka untuk saya memberi sedikit info bahawa saya mengimpikan Veil ini dipakai semasa majlis pernikahan kerana saya masih belum mempunyai Veil yang 'sempurna'. Ayuh tanpa melengahkan masa lagi, mari saya persembahkan slide presentation saya ini. Kepada anda semua (ya and yang tengah tengok tu), sila klik PLAY di bahagian bawah kaunter slide ini.



Nak lagi meriah dan tumbesaran yang hebat, boleh klik link ni. {LINK}

Diharap dengan idea dan impian saya ini, suka untuk saya menyatakan bahawa saya amat berbesar hati kiranya YB. Dato’ Lijah dapat memberi peluang untuk saya merealisasikan “My Dream Veil Contest by Non-Cinderella Story”. Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada YB. Dato’ Lijah yang sudi menganjurkan pertandingan yang sangat bermakna kepada bakal pengantin yang mengimpikan kecantikan dan kesempurnaan semasa majlis perkahwinan. Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah asm. Wrbh. Terima kasih.

***************************************

Saya mahu tag 3 orang ini.


**Maaf banget korangggg kerana baru tag. Harini dah LAST DAY. Ini lah dia kerja last minute. Huhu


Ok itu sahaja entry saya pada hari ini. Babai.

 

Saturday, October 29, 2011

Readzul : Setel

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Alhamdulillah. Seperti yang dijanjikan (ewah) saya telah berjaya menempah BAJU SANDING dan MAKE UP NIKAH+SANDING di Butik Readzul. Semua berjalan dengan lancar. Lega sakali. Punya la meronta-ronta nak booked sejak awal tahun (???over) akhirnya selesai jua satu part. I feel soooooooo relief and released. Lega weh. Rasa macam nak terbang ke bulan pun ada.

Ok moh la nak cite perjalanan ke sana. First2 sampai sana, memang nak jumpa Zul sebab di la PIC kat butik tu. Tuptup grill kunci pulak. Bila call tanya rupanya Zul cakap kitorg ni 1st customer, sebab tu dia kunci. Ohhhh baru paham. Dalam hati, biasa first customer ley dapat discount. Ngehehe :p



Menunggu : Penantian satu penyiksaan



Masuk2 je terus berbicara pasal baju, terms n condition tu semua. Zul pulak suruh isi borang request untuk quotation (kot). Padahal masa 1st time jumpa, dah isi kot. Tapi kali ni, borang dia lagi tersusun dan sistematik. Print out lagi. Dulu takde, main cakap mulut je. Tulis kat kertas biasa tu. 

So saya hanya minta BAJU SANDING (P) SEWA BARU + BAJU (L) SEWA (dah ada dekat butik) + MUA (NIKAH + SANDING)

Mak uih kalau asing-asing dan BUKAN PAKEJ, harganya dekat RM3250. Auch terkezot mak. Saja suruh Zul buat countdown at least kita tahu  kan?

"Then, kalau pakej pula macam mana?"

Kalau PAKEJ harganya RM2600. Are u seriuos???? Time tu macam tak percaya je. Tapi masih buat muka cool. "Oh RM2600. Boleh tahan harganya" Dalam hati dah happy sebab 3 weeks before mintak quote, dia bagitahu benda yang sama, exactly the same, harga RM2800. Now murah RM200. Wow time rasa macam nak setuju cepat-cepat dan bayar deposit. Ngahaha mood adrenalin melonjak!

Tapi sabar-sabar. So dia terangkan lagi pasal pakej tu lebih details. Saya juga bertanya bagaimana dengan kasut, veil, tudung? Katanya itu TERMASUK PAKEJ. Ok alhamdulillah tak perlu fikir pasal semua-semua tu. Lepas tu yang makin seksited nya Zul tanya lagi "Bantal nikah taknak ke?"

"Nak, free ke?" Soalan tak berapa cerdik.

"Nak bagi free lah ni. Termasuk dalam pakej. Compulsary kita bagi"

Time tu happy 100x. Hahaha ya Allah. So tak perlu fikir pasal bantal nikah dekat mini pelamin nanti. Plus Bonda cakap nak DIY pelamin sendiri. Oh mother, ILU so muchhhh. Takpela itu saya serah dekat Bonda sebab rasanya tangan ni keras kejung nak DIY. Cukup lah dengan hantaran tunang haritu. Kemaluan pulak rasanya. (Padahal malas) Tehehe.





Okla mari layan gambar rajah dibawah. Penat jadi mamarazi. Suruh gak kesayangan EF jadi paparazi. Keskeskes.

Zul kusyuk betul berbual dengan Bonda. Pelbagai soalan diusulkan. 


Iskkk cantik2 pulak baju-baju dia ni. Nak buat 1 piece tapi ditegah oleh designer eceh. Kata si Zul,  2 pieces sesuai untuk diriku. Kalau jenis jubah ke dress camtu kurenggg sesuai katanya.


Nanti nak buat baju ni. Side belakang je i kasi teaser hokeh. Akhirnya dapat gak kain jenis FLOWY gitu. I suka sangat10x. Tak sabar nak tunggu  bulan februari 2012 nak design baju (kot-kot ada new design ke next year) dan fitting lagi sekali (kot-kot KURUS ke time tu.haha) Oh nak tunjuk full picca tunggu lepas majlis, bolehhhh? :p



Sesi mengukur badan yang sudah sedia montel.


 Akhirnya selamat dikebumikan duit kertas berjumlah RM500. Baiklah RM2100 sedia untuk dikuburkan lagi. Sobsss.




Oh ya, untuk MUA, Zul tanya lagi "U nak MUA perempuan atau lelaki"

Saya pun jawab "Kalau perempuan, bukan Zul yang mekap kan?" Lagi soalan tak berapa pandai.

"Haah la. Confirm bukan i. Tapi kita kaan pilih yang bagus-bagus. U jangan risau"

Dalam hati, memang nak cari MUA perempuan pun. Tapi nak jugak hasil tangan Zul. Memang gedik sungguh! Hahaha Tapi at last, tanya Bonda. Bonda cakap "Takpela, perempuan lagi senang. Okla tu. Nanti dalam bilik karang tak manis" Bila dah cakap macam tu, sejuk hati. So proceed MUA perempuan a.k.a assistant Zul (belum tahu siapa coz dia cakap ada ramai) Ok takpe. Saya akan menanti dengan penuh sabar.




"Dadi taknak tanya apa-apa ke" Ayahanda geleng kepala je. Sambil2 tangan belek majalah seraya berkata "Takde apa la. Ok la tu" Lelaki memang macam tu kan? Balik-balik tanya, jawab soalan yang sama. Grrr malas nak layan la tu anak perempuan nya yang sorang ni ;p





Apa pun mood : Gumbira. Lepas balik rumah, sembahyang apa semua keluar pulak. Pergi jalan2 dengan si kesayangan EF ke IOI mall khas untuk makan tuti fruti. Tapi end up pergi GSC tengok movie IN TIME. Sunggguh tak synchronize otak ni. Terlebih seksited agaknya ;)


Ok itu je laporan khas dibawakan daripada wartawan hazimah. Gudnite bloggers-peeps. Nak mimpi kan si baju tadi tu. Mintak2 muncul design yang best-best ke? Sweet dream!

   

Friday, October 28, 2011

Esok

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;) 

 ***

Maafkan patik kerana jarang-jarang berada di sini. Kesibukan melanda kehidupan seharian. Ditambah kerja-kerja part time menambah wang saku sedang asyik berlaku ketika ini. Rezeki kahwin ;)

Esok, sabtu akan ke butik Readzul. Ehem. Happy sekali. Macam suka sangatttt tengok baju-baju dan design dekat butik dia haritu. RM2800 punya pakej pun pejam mato jela. Harap si Zul bagi diskaun lagi. Hahaha dalam mimpi boleh kot.

Pagi tadi dah SMS dengan si Zul. Alih2 dia pergi reply nombor lain. Jawapan dia "Ok boleh" So i assume itu adalah dia. Hahaha rasanya aku tak berSMS dengan orang lain. My instinct kuat mengatakan ia adalah Zul. Hahaha layan jela. Kalau dia tak boleh pun, nanti kitorang rempuh je butik tu. Macam 1st time pergi tula. Takde appointmnent takde janji, alih2 datang je. Kuakua.

Esok pukul 12 tepat dah tercongok kat butik tu. Bawak bonda, ayahanda dan seketul driver.

Yipeeeee yaya yipeee yipeee yaaa

Wednesday, October 26, 2011

Mari Berkenalan Dengan Hazimahmuddin

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Hello. Ok tajuk harini confirm 100% takde kene mengena dengan perihal kahwin. Dekat LABEL pun letak under TERKELUAR TAJU. Takpela bak kata Kikin (orang yang mengetag i) stress gak fikir pasal kahwin, so main tag2 ni boleh release tension! Ngehngeh memang menjadi strategi tuh. Lupa seketika pasal wedding. Saya sungguh seronot!

Tajuk atas tu tiada siapa yang paham agaknya. Hazimahmuddin tu nama gelaran saya tapi bukan nama sebenar. Diberi oleh one of my bff. Katanya itu gabungan hazimah (bukan nama saya gak) dengan muddin (entah mana dia dapat nama ni. Drpd datuk hishamuddin kot) Bukan menghina jauh sekali memerli. Ini hanya gurauan semata-mata. Saya terima dengan hati terbuka walau masa mula2 tu rasa macam nak gilis dia hidup-hidup. Hoho.

Opss panjang berjela pulak introduction tu. So mari teruskan dengan kisah tag tu.

Kikin telah berjaya TAG saya tempoh hari (Trimas sebab berjaya bagi saya stay depan laptop pada hari Deepavali nih. Hoit patut kena pergi celebrate kan?)

 Syarat-syarat nya adalah :-

1.You must post these rules.
2.Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3.Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.
4.You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5.Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER
6.No tag back!
7.No stuff in the tagging section about " YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Mari kita mulakan. Zass!!




Each person must post 11 things about themselves in their journal

Ni ala2 10 things i hate about you ke? Eh tak.  Ok 11 things of my little-dirty-secret are as below. Jengjengjeng ;p

1)  Nama sebenar Hazimi. Umur 26 tahun. Berat 54kg. Tinggi 141cm. Boleh bayangkan macam mana fizikal saya?Kalau boleh tahniah untuk anda.

2) Saya mempunyai Catapediaphobia. Uisss apakah itu? Maksudnya fobia di tempat tinggi. Contoh kalau nak main SOLERO SHOT dekat Genting tu. Confirm 100% takkan naik benda tu. Bagi la 1 juta pun saya taknak. Yela 1 juta rupiah watpe. Kehkeh. Rasa macam jantung ke ulu hati ke hempedu tertinggal atas tu. Tapi takut tinggi, tapi berangan nak main flying sport macam PARAGLIDING dan BUNGEE JUMP. Yang tu berani pulak. Pelik tapi benar. Ada sesiapa nak ajak saya main sukan ini? Jom Sunway Extreme Park!

3)  Saya suka pergi CAMPING atau any other KEM MOTIVASI. Ini pun pelik jugak. Dulu masa sekolah form 4, saya saja suka-suka pergi kem motivasi untuk orang yang kurang cerdik dalam kelas. Means kem motivasi tu untuk budak bermasalah. Saya budak yang normal memang takde masalah pelajaran. Heh. Beria dengan sorang bff tu (si sama yang bagi nama hazimahmuddin), mintak Ustazah nak join benda tu. Memang best. Duduk dalam asrama, masuk hutan, nyanyi, dan pelbagai aktiviti lagi. Kem tu anjuran UIAM under KARISMA. Taktau wujud lagi ke tak persatuan tu. Kem tu diadakan di Hulu Selangor. What a memory! Best banget. Lepas tu regrat sebab tak dapat join PLKN. Dia buat masa tahun 2003 (if not mistaken). Tahun 2002 saya dah tamat SPM. Haih rugi-rugi.

4) Saya suka flavour VANILLA untuk ice cream McD atau apa sahaja. Boring la flavour choc tu. Hahaha

5) Saya suka KUCING dan segala jenis haiwan di dunia ni kecuali cicak atau haiwan yang geli-geli-lembik tu. 

6) Berangan nak ada MINI ZOO dekat rumah sendiri. Nak letak zirafah atau harimau kalau boleh. Baiklah dalam mimpi boleh direalisasikan.

7) Saya benci RESEARCH.  Hahaha bila teringat research thesis masa zaman undergrad dulu. MasyaAllah kenapa la aku sangat vunguks dan vuduhs. Saya memang fail bab-baik interpreted data or findings. Selalu kena marah dengan lecturer dan prof. Someone help me. Kalau nak sambung belajar MASTER ke PHD ke nak amik bahagian Management atau MBA atau subjek yang takde kene mengena dengan research in science fields. Hikhik.

 8) Saya BUKAN KUAT MAKAN walaupun berat macam terlebih berat. Sikit lagi nak obes. Metabolism rendah kot.

9) Saya seorang yang mengada dan MANJA dengan parents dan adik beradik (even diorang taktau. Shhhhh. Adiknda hazrool, aku tau ko tengah baca ni kan. Diam2 sudeyyy. Malu lah) Sedih la nanti dah nak kahwin. Dah tak jadi ANAK DADDY. Suddenly air mata tengah bergenang. Emo betul sejak akhir2 nih ;'(

10) Seorang yang reliable, secretive, good listener. Sikit lagi nak jadi kaunselor. Kerja asyik menasihati orang je. Diri sendiri siapa nak nasihat? 

11) Negara impian saya adalah ROME, ITALI the city of LOVE. Lama dah impikan tempat ni sejak dari dalam perut. Memang suka sangat dengan the classic-ness of bangunan dekat situ. Kawasan dia. They have like extraordinary architect building all around. Ada bot atas sungai. Feeling romantis kalau dapat naik. Lagi2 kalau dengan pasangan. Haih bila la nak dapat pergi kan. EF, jom honeymoon sana!! Hahahaha lepas tu boleh pulak jeles dengan artis KAER, AF sebab dia pergi sana. Kahkah apa kes nak jeles dengan artis?



Answer the questions the tagger set for you in their post

-Cantik tu perlu ke? Dari segi apa? Cantik budi bahasa. Itu paling penting. Dalam tak cantik akan terserlah dekat muka. Even muka orang tu cantik sekalipun.
-Dah brapa lama bercinta sebelum get attached? Masuk ni dekat 5 tahun dah. Get attached pada tahun ke 4. Bertunang. Heh
-Favourite color? White
-Prefer natural makeup atau bright makeup masa wedding? Natural makeup sudey.
-Favourite foodies? Any noodles is my favourite.
-Spot dating paling best u all pernah pegi? Putrajaya/Cyberjaya. Ok sounds booooring. Tapi itu paling best to us. 1st date kat situ. Hahaha
-Kasut paling mahal u all pernah beli? Marie Claire. 
-Facebook or Twitter? Twitter. I love coz i can express my sincere feeling there. Facebook ni fake sikit. Hekhek.
-Pernah kena tipu dgn seseorang? Pernah.
-Pengalaman manis sepanjang u all bercinta atau yg sedang single? Bercinta dengan si dia yang akan jadi my husband in future, father in future and grandfather in future. Hikhik.




And create eleven new questions for the people you tagged to answer.

1) Adakah anda rasa anda HOT?
2) Upload gambar dekat wallpaper laptop/pc yang anda guna sekarang.
3) Bila kali terkahir anda makan fastfood? Berikan nama restoran/kedai tersebut.
4) Korang masa kecik-kecik cita-cita nak jadi apa sebenarnya? Berjaya capai tak?
5) Lagu terakhir yang anda dengar?
6) Macam mana life korang sekarang? Best ke tak best. Rate 1 (kureng) sehingga Rate 10 (sangat best asbestos meletops)
7) Pernah pergi luar negara tak? Listkan semua negara yang korang pernah pergi. :D
8) Selain nama sendiri, anda dipanggil apa ya?
9) To bride to be, kenapa korang nak kahwin?
10) Perasaan ketika anda jawab tag ni.




You have to choose 11 people to tag and link them on the post.





Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER
Okai nak buat lah ni.




p/s: Ok saya telah berjaya mengisi masa lapang masa cuti Deepavali ni. Dan saya sangat release sekarang. Kejap lagi nak pergi jumpa si kesayangan EF. Yeyeye!


 

Monday, October 24, 2011

Sabtu Nanti. Jengjengjeng

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Mood untuk menulis sangat merudum sejak akhir-akhir ni. Mungkin sebab takde progress kot. Urgh i hate my wedding progress right now. Everything idea and idea but nothing successful. Banyak sangat idea tapi nak realisasikan, nak kena fikir budget cukup ke tak, perlu ke benda2 'merepek' tu wujud. Lepas tu orang pulak cakap "Ala, sekali seumur hidup. Buat la. Buat la" I was like pikir 88 kali tapi sampai sekarang takde jawapan. Then all the negative words surrounding my minds. Membazir duit etc etc. Tapi dalam hati nak. Memang miserable hidup ini. Ok zimie STOP.

Dah membebel2 ni lupa pulak tujuan asal. Actually tujuan asal nak update adalah nak bagitahu semua pembaca belog ni (budget blogger fofular) bahawa sabtu ni saya akan ke butik Readzul!!!!! Yeahooo. Kali ni bawak segerombolan manusia kesana termasuk bonda dan ayahanda. Tak dilupakan encik kesayanagan EF sebagai supir a.k.a driver tak bertauliah. Hihihi. Tak sabarrrrrrrrrrrrr. Haritu bonda cakap dia kurenggg setuju dengan tema baju sanding warna 'itu'. Kononnya nak warna 'ini'. So sebab malasnya saya nak fikir hal tu (yang penting saya pakai baju dan bukan naked bulat), semalam dia tanya "Bila nak bawak mami pergi butik tu"  Cepat2 cakap "Sabtu ni". Lepas tu booked sekali pakej MUA dengan Zul.  Dan masih berharap Zul ada assistance MUA perempuan. If takde, pasrah jela labu. Ni kes malas nak pergi survey MUA lain coz sini dah pakej. Inilah yang terbaik mungkin. Hurm harap2 masih ada slot kosong. Risau gila!!

Sangat lah excited. Walaupun rasanya banyak lagi butik kat dunia ni, tapi nak jugak pergi butik itu. Mungkin alasan sebab RECOMENDED. Dah banyak b2b blogger buat baju kat situ. Nama dia tak lah se-popular designer2 lain macam Rizalman, Radzwan, etc etc (aku blur skit bab2 ni tapi nak listkan jugak). I was thinking entah2 baju pengantin cantik-cantik tu pun dia sub dekat orang lain (correct me if im wrong) sebab Zul tu focus more to Make Up. Tak kisahlah yang penting dia boleh transfom saya menjadi Cinderelalalala pada majlis kahwin nanti. ;p

Ok untuk baju dan MUA assume dah setel buat masa ni. Ada lagi satu. OP dan OV. Esok-esok lah cerita keh (kalau rajin). Tatatititutu. (^^,)



p/s: EF dah start mengelabah. Sokaaaa. Kihkiki. Gelak evil.

Wednesday, October 19, 2011

Cotton Candy Comel Lote

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

While blogging, i found something for myself. I mean for my weddings thingy. I just love the sweetness and cuteness of this cotton candy. Haip tapi tak boleh makan banyak-banyak. Nanti sakit gigi. Gigi rongak. Ngikihkih.

Saya pon tak sure nak buat candy buffet atau tak. Tapiiii kalau tak buat pun, boleh jadi doorgift untuk kanak-kanak kan?Kalau dewasa dah dapat telur, takkan kanak-kanak dapat telur jugak? Ok fine kanak-kanak pun boleh diberi telur tapi tapi macam TAK CUTE je. Hahaha. Ini lah dia manusia yang suka demand lebey-lebey.

Mari kita lihat gambar rajah nya.

Ini paling senang tapiiiiiiiiiii...


 Atas cuppacakes pun boleh okkkkk. Kelasssss kau zimah!




Haaa lepas tu tertarik dengan yang ni

Sumber : {LINK}

Korang percaya tak yang cotton candy atas ni boleh DIY sendiri? Any idea? Saya dah ada dalam fikiran. Cotton candy boleh beli. Biskut bentuk kon tu boleh beli. Cuma plastik bentuk kon nak balut tu nak cari kat mana ye? Saya tertarik menarik kau memang debom la tengok idea cotton candy ni.








Lepas tu tak puas hati dengan satu cotton candy nih. Mana? Bawah ni. Cepat skroll!!!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Rasa nak mengamuk  tengok cotton candy ni. Cuba perhatikan betul-betul. Skrinnnnnnnn
COMEL sangat4x cotton candy ni ada muka siap dengan hidung mulut. Hahaha nak makan pun tak sampai hati. Camne diorang buat ye? Wondering betul makkkk tau.


Harap-harap la Bonda kesayangan approve la buat benda ni. Hihihi aminnnnn.

Okla till then!
 

Tuesday, October 18, 2011

Ucapan Baik-Baik Untuk Pengantin

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Weekend lepas, saya telah ditugaskan untuk membuat sesuatu kepada my bff, ila. Ehem. Ada lah. Dia saja suruh reka dan cetak Guestbook untuk dia. Teringat rupanya pernah download Freebies from Rai. Dulu masa dia belum jadi Puan. Sekarang jadi Puan Rai sudah. (Selamat Pengantin Baru Puan Rai. *Wave dekat dia kejap*)

So download, edit. Akhirnya jadi dah. Senang semudah 1,2,3. Rasanya saya dah pernah buat post pasal Rai punya freebies tu. Mana entah letak link tu. To those new bloggerssss atau b2b's, kalau nak freebies Guestbook tu jugak, boleh klik sini {LINK}. Rai cakap amik je. Dah nama free kan. Hihihi Oh sungguh baik hati ex-b2b ni kan :') Saya tidak menerima apa2 royalti hasil daripada pemberitahuan ini. Saya cuma diberi eskrem mekdi sahaja. Ok itu sah sah tipu.

Jadi, itu pasal Guestbook. Kali ni just nak share pasal KATA-KATA HIKMAT atau KATA-KATA UCAPAN or wutsoeva kepada pengantin dalam Guestbook tu nanti. Kalau korang tak reti susun ayat ke hape, boleh tiru je kat sini occay? Namun, ada gak kata-kata yang sungguh kurang sopan. Yang tu rasa macam nak baling selipar je kan? Hahahah sabar zimie sabar.

Ini copy-paste bulat2 from seorang hamba Allah. Tak ingat nama blog tu. Sobss *Ampun, sesiapa yang tau, sila bagitau keh?



Berikut adalah beberapa ucapan yang selalu tersembul keluar:
  1. "Moga dapat anak yang ramai dan bahagia"
  2. "Moga berbahagia hingga ke akhir hayat"
  3. "Jagalah dirimu dan diri pasanganmu sebaiknya"
  4. "Selamat mendirikan rumah tangga" 
  5. "Selamat pengantin baru"
Ayat di atas adalah common word yang sering benar kita dengari.Namun di bawah ini ada beberapa ucapan ala moden:
  1. "Akhirnya adapat gak aku merasa nasi minyak ko"
  2. "Bukan main cantik bini hang ni"
  3. "Secocok bak kan pinang dibelah dua"
  4. "Moga dapat baby yang gebu-gebu dan comel-comel"
  5. "Berbulan madu di mana nanti?"
  6. "Diam-diam dah bernikah pun hang"
Ayat di bawah pula yang usikan nakal dan juga agak kurang ajar:  
(zimie : tak suka ayat-ayat bawah ni. grrrr) <--emosi secara tiba-tiba
  1. "Dah bunting habaq kat aku na"
  2. "Good luck malam pengantin"
  3. "Jangan kantoi tengah jalan sudah"
  4. "Kureng sesuai la ko dan dia,tak kisahlah jodoh"
  5. "Mak ai,member aku dah kahwin la!Bukan nak tunggu aku!"
  6. "Jangan terputus macam ko ngan ex GF ko dulu sudah"
  7. "Jangan main kayu tiga tau"
  8. "Sorrylah,aku bawa tangan kosong.Hanya perut kosong je aku ada!"
Itulah beberapa ragam yang keluar dari lidah manusia yang pelbagai ragam.Rambut sama warna tapi hati lain-lain bukan?Bagi ayat usikan nakal itu,mungkin ianya bernada gurauan tetapi janganlah menjadikan hari raja sehari menjadi episod duka dan kecil hati mereka.Ucaplah yang baik-baik.Islam itu syumul.Ianya mengajarkan sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besarnya. Dalam hal ucapan ini,Islam ada juga mengajar umatnya berbicara semoleknya pada pengantin.Sebenarnya apakah ucapan yang paling baik untuk mempelai-mempelai yang baru mendirikan rumahtangga?

Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata, "Semoga berbahagia dan ramai anak."

Mendengar yang demikian Aqil berkata, "Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian."

Mereka lalu bertanya, "Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?"Aqil menjawab, "
Katakan (Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita"

Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya, "Apakah ini?"

Abdul Rahman r.a. menjawab, "Saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma."

Rasulullah s.a.w. bersabda, " (semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash"

Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata, "(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)"

Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan "Semoga berbahagia dan banyak anak."

Mana tidaknya, kehidupan pasangan yang diberkatiNya sudah tentu gembira dan bahagia. Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan bahagia, belum tentu mendapat keberkatanNya.



 Ha macam tu lah, ingat kita disaran menyebut ayat-ayat yang baik-baik aje tau. Kan kita ni nak mendirikan rumahtangga, buat benda yang disaran dalam agama. Kalau dengar ayat-ayat yang tak best tu, rasa macam errrghhh 'apahal diorang ni??cakap yang baik-baik takleh ke?' Even dalam nada bergurau pun satu doa tau. Just beware of what you said and wishes.

Its just a guide. Korang boleh tambah lagi ucapan yang panjang berjela. Jangan sampai tetamu lain tunggu dan queue panjang sudah! Berpada-pada lah ye. (Kenapa aku jadi motivator ni tiba-tiba) Okla tu je nak share. Wink wink.


p/s: Kalau korang berjaya conteng Guestbook i, jangan lupa bagi ayat yang best-best dan comel-comel keh?  Tatatititutu (^^,)

Sunday, October 16, 2011

Alhamdulillah :)

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***
Despite of having the so called night-mare yesterday, today I just want to share about my happy-dupee-weee thing happened in my life. Its about my wedding.

Ehem. Drum rolls pls..
.
.
.
.
.
.
.
.
.

I won myself a second place in a contest!! Alhamdulillah syukur. Thanks a zillion to the organizer Cik Dba (Realiti Dewi) yang menganjurkan contest Idea Photobooh Kreatif tempoh hari. Serius tak sangka. Rasa macam nak terbang ke awan atau secara realiti lompat2 kijang. Padahal bila dapat tau tu, hanyalah sengih kerang busuk dan sengih kambing sampai ke telinga. Kikiki.1st dapat tau dekat Facebook Fanpage TBC {LINK}. Bila bukak2 post tu, terus mata tengok dekat hadiah saguhati. Lepas tu "Aik, mana nama aku, Dba lupa ke" Time tu macam sedih sikit. Entah2 aku memang langsung tak menang.

Tiba-tiba terpandang nama dekat bahagian atas tu. Laaaa aku dekat hadiah2 utama rupanya. Rasa macam nak nagis terharu tergaru emo semua ada la. Its my time ever menang contest. Ya saya biasa-biasa je. Tak caya tengok la post ni. {LINK}Tak macam ratu contest tu. Opssss hihi. Kalau dah rezeki tu tertulis menjadi milik kita, akhirnya akan jadi milik kita juga. Alhamdulillah :') 

Happy sangat sangat sangat sangat. Rezeki kahwin. Saya mendoakan supaya si organizer ni (ya kamu la tu Dba*lambai2 tangan*) murah rezeki dan dipermudahkan urusan bisnes pada masa akan datang. InsyaAllah aminnnnnnn. :))


Inilah hadiah yang dimenangi tu. 
second grand prize: our package B = instant camera, easel, prop box and 2 instant filem + gift certificate of kenny rogers (rm10)


Ok kan? Urgh sampai sekarang tak percaya. Tampar-tampar pipi ni kejap.

Tak sabar nak tengokkkkkkkk hasilnya. Nanti boleh la berangan nak ada props, board tu semua. Ah bestnyaaaaa. Can't wait. (^^,) Again, thank you so much Dba.*Hugsss* To Renee and Nanie congrats on your grand prizes as well. :)) To check all the winners can click here (LINK1} or in official blog TBC {LINK2} 


p/s : Lambai-lambai tangan dekat encik tunang EF. Nah, inilah suprise tu. Hihihi happy tak?

 

Saturday, October 15, 2011

Haiwan Bernama Garmin

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Garmin adalah seekor haiwan yang berupaya 'memudahkan' perjalanan seharian seorang pemandu dengan memaparkan halatuju/peta ke tempat yang dikehendaki. Namunnnnnn Encik Garmin saya sangat la membencikan. Ia telah menyesatkan kehidupan saya. Syabas saya telah mengenali ilmu sesat Encik Garmin.
(Apakah yang telah terjadi kepada cik zimie)

????

Tadi memang plan lepas ke Brickfields, nak ke wedding Adawiyah. Takpela takde kad. Konon2 nak jugak degil jumpa geng2 bloggers. Punya seksited. Calling2 Dba, dah tanya dah rasanya Saujana Utama ni dekat dengan UiTM Puncak Alam. So just nak confirm kan. Bila tanya2 Dba pulak tak tau sangat. So dengan penuh confident dan kepercayaan tatasusila, pergi la bergantung harap pada Encik Garmin. Tapi akhirnya mengundang padah. Saya telah terjunam ke entah-mana-mana-punya-tempat. Suddenly berada di Kota Damansara. Masa ni lah Renee my twins SMS "Zimie, u g eh wedding Adawiyah? Kirim salam kat semua. Vendor blabla datang rumah" So aku paham Renee tak dapat hadir. 

Akhirnya pusing2 ke Kg Melayu Subang sebab Dba cakap carik Lebuhraya Guthrie. Dalam hati macam pernah lalu. Lepas tu sempat SMS dgn si EF. Dia cakap nak ke Guthrie gini-gini. Sorait. Time tu jam menunjukkan ke pukul 1.30 ptg.

SMS dba tanya "Dba dah sampai ke belum?" Dia reply "Da sampai"

Lepas tu dalam hati "Aku tau UiTM Puncak Alam tu. Kalau pergi mau setengah jam lagi" Confirm ye yer a aje aku.

Lepas tu heading to Guthrie, ceh nampak Bukit Jelutong. Ok aku tau tempat ni. Nanti ada tunjuk arah ke Cahaya SPK, bla bla bla. Yang memang aku tau tempat tu menuju ke UiTM Puncak Alam. Dba cakap rumah Adawiyah depan2 tu je. Ok dengan semangat ni. Jam menunjukkan pukul 2.05ptg. Lagi sekali tersesat. Pergi masuk je TTDI Jaya. Apelah bengong kepala hotak ni. Haiyooo. Maybe sebab emosi mengalahkan logika (macam ayat Amy je ni) sebab tu tak boleh fikir secara nyata. Erghhh dah satu keje patah balik U turun segala bagai. Arghhh time ni stress sampai suku. 

Ok teruskan perjalanan. Time tu memang dah campak haiwan bernama Garmin tu. Sudah la battery low. Nak charger tak boleh. Apa entah masalah kereta ni. Tau tadi pakai kereta sendiri. Benci gila. Lepas dah U turn, turun semula ke Guthrie. Straight don't belok-belok ke Shah Alam. Dalam hati berkata "Lepas ni, aku kena U turn lepas tu masuk ke macam nak pergi rumah Arina iaitu Taman Nusarhu" Taman Nusarhu ni memang dekat2 UiTM Puncak Alam dan Saujana Utama. Sudahlah nak U turn kena beratur panjang depan Giant tu. Haihs another 5-10min. Jam menunjukkan ke pukul 2.15pm.

Ok dah U turn straight lagi. Sikit lagi ni. Sikit lagi. Cayokkkk zimie. Then tiba-tiba aku tersalah masuk lorong lagi. Entah kenapa aku bengong. Sepatutnya straight lagi bila nampak bangunan NST. Huwaaaaaa tiba2 aku berada di jalan yang tadi yang kena queue 5-10min tu untuk U turn semula???? Arghhhhhh

Terus takde mood. Down gila gila gila babas. Apa pasal aku harini. Aku macam ketakutan. Down teramat. Dah la tak diajak. Segan dan malu dengan diri sendiri. Keciwa. Rasa nak menangis. Air mata bergenang. Time ni lah fikir "Kalau ada co-pilot kan senang. At least boleh bagi semangat pom-pom girls ke". Terus heading to Glenmarie dengan perasaan hampa dan taknak teruskan perjalanan ke wedding itu. Ini betul2 menguji kesabaran dan emosi tahap separuh dalam kepala. Enough for today. Aku just anggap bukan rezeki aku pada hari ini. 

Dah otw pulang SMS Dba "Sorry Dba, blablabla (malas nak tulis kat sini)" Hambik terus Dba call marah-marah suruh datang sekarang gak! Huhuhuhu tapi pabila hati yang rapuh ini telah pecah (ecehh orang dengar pun benci) dan down, pujuk la macam mana pun. "Dba, bagitau diorang zimie sesat pastu merajuk taknak pergi" Gitu ayat aku. Btw thanks Dba for your concern. I'm just telling myself, today is not my rezeki. Positif sambil pulang membawa haluan.... To BBF yang terlibat, next time kite jumpa occayyy :'(

Then, sepatutnya nak ke Jabbe, terus kansel dan dan tu jugak. Ala2 tipu sunat SMS dia "Salam A.Jabbe, saya tak dapat datang. Ada masalah peribadi yang tak dapat dielakkan blablabla" Nasib dia memahami dan suruh datang Selasa atau Jumaat depan. Hurm weekdays??? Tengok lah macam mana. Time kerja kot. Another To Be Confirm....

What a weekends. :[

 Dah. Nak gi membaca buku. Haritu beli dekat BBW. Sambil membawa hati yang lara...

 

Hari Sabtu

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Today's planning:-
1) Pergi Brickfields (Amik barang yang hanya 1% kena mengena dengan kahwin)

2) Singgah kenduri kahwin b2b bloggers Adawiyah di Saujana Utama Sg Buloh (bila google2 mak uih jauh nye rumah dia. Nak ke arah UiTM Puncak Alam. Saya pernah pergi sana. Memang ke ceruk kotttt. Sikit lagi nak sampai Meru Klang :P) InsyaAllah pergi. Tak sabar nak jumpa geng BBF lagi.  Realiti Dewi, Hidayati Farhan, Renee Meow my twins dan S.N Fariza. Can't wait to see all of youuuuuuu. They make my life even happier ;')

3) MAYBE nak pergi jumpa Abe Jabbe. Lone ranger. Si tunang pulak bizi bee balik kampung katanya. Takpe la sayang. Saya boleh uruskan sendiri. (Dalam hati macam kenapa-la-dia-nak-balik-kampung-time-ni. Dan kenapa aku nak kena booked OV harini gak?) Abe Jabbe cakap harini je dia free. Tapi masalahnya email pun tak berjawab. Jumpa kat mana? Ofis kot. Will text him later.

So rasanya itu aje aktiviti for today. Will update more soon!

Have a great weekend darlings!

 

Wednesday, October 12, 2011

Dilemma Photo and Video

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

 ***

Sekarang ni, saya semacam ada sindrom susah nak buat pilihan dan konflik dalam diri. Ya Allah kenapa la aku ni susah sangat nak buat pilihan. Dalam kepala ada a few vendors yang ala-ala-menepati-citarasa dan poket ini. Tapi kenapa susah nya nak mengeluarkan duit ni bayar deposit. Semalam dah kena sound dekat EF. "Kalau dah berkenan, cepat2 bayar. Nanti menyesal tak sudah" Ok ini ugutan yang kali ke8. Geng BBF pun sudah sound juga. "Cepat booked, etc etc" . Maybe sebab 7 bulan ++ lagi. Jadi rasa macam malasnya lahai. Lepas tu fikir "Eh entah2 lepas ni banyak promo best2" Ni syaitan menghasut. So nak book pun tertangguh sampai ke sekarang.

Dan tiba2 ada satu vendor tu buat promo. Erm ya I'm a bit outdated. Ramai b2b lain dah post pasal ni. Vendor itu bernama Indahkarya Production (IK). Dia buat promo RM2K for OP+OV untuk 3 events. ya Allah siapa yang tak keruan kan? Then, masih slow lagi. Konon nak check2 and google review pasal that vendor. End up jumpa kat blog my twins Renee. Ada one anon tu cakap IK ni tak diharap bla bla bla. Jadi saya macam..errrrr. Tapi saya masih meneruskan CSI.. Tak tahu adakah itu kisah benar atau dibuat2. Dia pulak pakai nama anon. So kita taktau sometime ada orang suka fitnah orang lain. Who knows. Dalam dunia ni macam2 boleh jadi. So I already inform Renee kalau  BETUL ada bad review pasal tu, please let me know. Tapi betul cakap Renee, kita dah bayar murah, so kena terima apa yang dia nak bagi. Saya tengok OV dia pun takde pun suara pengantin lelaki masa akad tu (maybe boleh request) compared to OV from Jabbe. Jadi, worth la 2K for 3 events kan? What u get is what u paid! Ada rasa lain macam tak peribahasa tu?

Ok end pasal kisah tu. Kisah saya adalah pasal OV daripada vendor bernama Jabbe. Haritu memang dah survey. Siapa ingat entry ni? {LINK} Di mana saya cakap kalau saya nikah jam 4 petang, boleh tak keesokannya Jabbe edit lepas tu nak pamer dekat slideshow kat dewan masa majlis sanding? Jawapan Encik Jabbe "Kalau nikah pagi sempat nak edit. Kalau pukul 4 petang, tak sempat" Jadi memang tak dapat la nak guna video nikah tu untuk slideshow. Taktau nak sedih ke nak apa. Cuma rasa ralattttttttt sangat. "Zimie, ni benda kecik, jangan meroyan tak tentu pasal" suara kecil berkata-kata. Hurm takpela. Kita hanya mencuba. Slideshow tu mungkin boleh letak gambar nikah sahaja lah kot. Ini yang nak kena dera my future OP which is sampai sekarang taktau nak hire siapa. Maybe kawan CZ maybe kawan EF atau maybe kawan ayahanda! Banyak gila shortlisted nih. Status TBC. Untuk OV pulak, maybe nak jugak la proceed with Jabbe since ada banyak good reviews pasal this vendor. (Cakap banyak, booked nye tak. Saya ni memang slow. Sila lempang saya supaya saya sedar sikit)

Malas dah nak fikir pasal promo-promo ni semua. Actually ada pros and cons jugak. Apa pun, bayar pejam mata jela, lepas tu boleh duduk diam-diam. 
 

Monday, October 10, 2011

Its Blogger United

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

dah kenapa tatie tu? harhar

zimie, renee, tatie, rilla, nadya

**credit to Tatie. Maaf pinjam gambar semua ni sekejapppp*

Tarikh : 9th October 2011
Masa : 12.30pm-4pm
Tempat : Cozy House, Great Eastern Mall, Jalan Ampang KL


Whats more to say? 
I'm over-whelmed with this so called gathering-reunion or whatsoeva united! Hahaha yang penting kami semua happy. Sharing info regarding wedding preps, life before married, life after married (wooops yang ni Nadya yang mengetuai. :D) etc etc

Rupanya jumpa dengan geng yang 'satu kepala' ni memang best. Dah lah 1st time jumpa. Bila nak mintak permission dari my mom keluar rumah, cakap la nak reunion dengan geng di ALAM MAYA. Hahaha. On the way tu, hati dup dap. Macam bertemu artis kesayangan pulak. Best asbestos kau.

Thanks to Nadya (our coordinator!!), Tatie the model (for your high quality camera. Ehem) , Rilla yang ayu pandai bergaya and designer wannabe (eh apa kena mengena). Last but not least, the comels Renee Meow yang famos amos. Serius best jumpa my twins ni .Rasa terharu sangat. :') Over gila kan saya?

Lepas makan2, gosip girls, girls talk, terus camwhoring kan diri. Gila vain!! Aku mana reti gaya2 sangat. Belasah jela. Follow artis2 tu semua. Muahaha. After all, we're all happy happy horeyyy. Macam lupa segala masalah yang lalu padahal Nadya dah ingatkan 7 bulan lagi tak lama zimie oi. Cepat concentrate buat prep. Huahua

Next time buat reunion lagi keh. Sapa nak join, sila angkat kaki sekarang.

Ok tu je nak update. Goodnite owls :))

 

Saturday, October 8, 2011

Langsir dan Hal Bilik Pengantin

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Siang tadi pagi2 buta pukul 10 dah keluar rumah. Lepas setel makan, basuh baju, keje2 sapu+vakum+mop, barulah boleh keluar rumah dengan hati yang tenang. Keluar dengan Bonda sebab awal2 lagi dia dah booked anaknya. Bonda tahu aku ni bukan selalu ada kat rumah time weekend. Katanya nak survey LANGSIR. Last week, dia dan suaminya dah survey PINTU. So harini diheretnye aku ke Mines Shopping Complex tengok2 kain langsir. As usual TEWAH menjadi tempat sasaran. Malas nak redah KL. Takpe tewah pon ok ape. Lebih berkualiti berbanding Nilai 3.

Kitorg survey2 kain langsir untuk RUANG TAMU dan BILIK PENGANTIN. Apasal la mak aku ni awal sangat survey kain. Lagi 8 bulan kotttttt. "Survey jela dulu, bukan beli sekarang". Okkkk

Konsep warna RUANG TAMU katanya nak merah sebab adikanda dekat US yang propose that colour. Katanya sama dengan warna langsir rumah ex-gf nya. Aik boleh pulak macam tu? Hahaha  Tapi dalam hati, aku setuju. Asyik2 warna cream, cream, cream. Warna garang lah kali ni. Sekali sekala. Walau bonda anti warna merah, tapi akhirnya lembut juga hatinya. So aku promot langsir kain velvet (kot). Macam ni..

Awat dalam gambar warna macam dark pink maroon???


Untuk BILIK PENGANTIN, sebab bilik aku dah warna pink lembut, so untuk menjimatkan cost mengecat semula, kami sependapat stick to that colour dan untuk itu kena buat KONSEP = PINK + PUTIH. Dah berangan katil putih (beli baru), almari putih (dah ada), meja solek putih (dah ada), wardrobe putih MAYBE (beli baru). Kalau boleh SEMUA nak PUTIH. Putih kan suci. :P Lepas tu, langsir kena la warna PINK. Errrr agak2 cantik ke tak ha? Aku plak anti sikit kaler2 wanita nih. Muahaha

Entahlah. Belasah jela labu!

Maybe langsir yang menjadi pilihan dan idaman kalbu macam ni kot. Siapa boleh teka, which langsir yang kitorg suka dalam episod SURVEY LANGSIR pada kali ini? 

Pinjam badan dan tangan mak



Tangan sendiri

Hadiahnya adalah seekor kasih sayang, boleh? Taknak ke? Taknak takpela.



Lepas tu berangan nak bilik pengantin SIMPLE macam ni je. Lama dah survey2. Sejak awal tahun. Kikiki


Orang tu bukan suka sangat serabut2 ni . Dia kalau boleh tak payah hias lagi bagus. Katanya "Perlu ke nak hias bilik pengantin?" Eh tak perlu lah. Jimat duit. Saya positif dibuat-buat. Rasanya ni la paling SIMPLE sesimple mungkin yang boleh didapati dipasaran. 

Sekian, sambung episod survey yang lain pula...

 

Friday, October 7, 2011

Update Pasal Baju Lagi

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

 ***

Lately, I find myself a little bit stress, anxious and sensitive. Macam ni ke feeling bakal pengantin? Bila tersentap je, terus macam nak bawak diri. Terus macam nak nagis. Terus nak dengar lagu sedih. Macam la ade kematian. I hate those feeling :((

To overcome this i hate myself feeling, i have to see and post this beautiful wedding thingy yang MUNGKIN boleh mengembirakan hati ini. 




My childhood friend, Nadio engaged last Sunday. Dia buat baju tunang dekat Bangunan Mara KL tula. Buat dekat tailor yang sama macam yang diceritakan pada post terdahulu {LINK}
She's wearing it for Engagement but I'm planning wearing it for Reception. Klise sebab saya tak mampu masa bertunang. Dulu masa bertunang, baju takde lace bagai pun. Konon nak simple. Hahaha takpe rezeki orang. Lain-lain :))

Curi from her Facebook. Hihihi

 Dah besar dah semua. Ahahah dulu  ingat lagi lepas UPSR, gi ramai2 main tangkap berudu dekat taman permainan letak dalam botol. Pastu simpan buat perkasam. :P



 Design : Kurung Moden ke Dress (taktau ler makkk)
Kain : Gulatis
Upah Jahit : RM250 (Ni harga dia. Kalau orang macam daku yang 1st time ni taktau ler)
(Thanks Nadio for the info. Sempat lagi SMS dengan aku kejap tadi. Hihihi)


Apa pun , I want this dress so badly for my Reception!!



p/s : Eh zimie, haritu cakap nak kebaya lace + chiffon. Mana satu ni? Errrrrr bye!

Thursday, October 6, 2011

Wedding Doorgift : Apa agaknya?

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

 ***

Seringkali kalau kita hadiri majlis perkahwinan saudara mara ,sahabat handai, pasti kita akan tertanya-tanya pasal doorgift kan? Betul kan? Kalau tak pun, iya kan sekarang! Hahaha Kalau dia bagi telur, kita buat persepsi macam ini macam ini. Kalau dia bagi barang kaca/hiasan, kita buat persepsi macam itu macam itu. I excited most of this part besides foods, pelamin and wedding attire. Orang lain taktau ler. Mungkin ada orang pentingkan perkara lain. Depends..

I am not sharing with u guys apa doorgift saya sebab rasanya saya punya 'planning doorgift' memang dah ramai orang buat tetapi saya suka. Jengjeng. Apa yang saya nak diskusi adalah kalau tiba soalan macam ni. Doorgift a.k.a wedding favors, what will they be?

Adakah pilihan anda jenis begini?

1) Personalization - Fridge magnet, puzzle, t-shirt, mug ada nama pengantin dan apa sahaja yang memerlukan cetakan di bahagian doorgift tu. {LINK} Saya mahu surrender part ni sebab malassss nye. Kalau cetak pun mungkin thank you tag je kot. Hahaha Oh lagi satu, orang sekarang nak jimat cost, barang beli dekat Nilai 3. Pastu print transparent sticker je. Done :D

2) Barang kaca / hiasan - its more to VIP doorgift sebab harga nya yang boleh dikatakan 'mahal'. ini paling sesuai sebab orang CONFIRM akan simpan dekat almari kaca. Macam aku la tu. I'm the one yang akan menyemakkan almari kaca my mom. Muehehe. {LINK}

3) Cute and colourful Contoh cupcakes, cute tin boxes, mini cute coins, mirror, lipstick case,  etc etc {LINK} {LINK}

4) Simbolik yang unik - Melambangkan sifat pengantin. Kalau kami apa ya? Hahah Contoh the latest artis Nabil Zira bagi gameboard!! {LINK} Nadia, pinjam you punya blog kejapppp. ;P

5) Makanan - as usual chocolates, buah-buahan, kekacang, cakes, bahulu, etc etc (U do the listing. Banyak sangat. Penat makkkk nak tulis :P) 


Tapiiiii paling senang bagi telur rebus/telur pindang(Johorean). Its symbolic of prosperity (kesuburan) :))

Lepas tu beli la Bekas Telur yang cantik-cantik, cun melecun dan kebabom.


 Korang pulak bagi apa eh? Marilah berkongsi. Sharing is BBF. Tehehehe

Wednesday, October 5, 2011

Nikah : Pukul Berapa Datuk Harimau?

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

 Harap maklum : Tajuk tiada kena mengena dengan permainan pukul berapa datuk harimau mahupun cerita motivasi harimau dan serigala. Sekian.


Ada perkara yang lebih penting yang ingin dibincangkan di sini. Kelmarin, diadakan satu perbincangan serius mengenai bila masa sesuai nak nikah ni sayang? Mula2 si zimie tu plan nak lepas magrib. Coz ada cousin tu nikah LEPAS MAGHRIB sebab katanya senang. Majlis boleh sampai ke malam. True!

Kemudian, ada lagi cadangan. Ayahanda cakap nak buat LEPAS ASAR. Sebab katanya nanti senang orang masjid nak datang. Boleh buat sekali majlis doa selamat, etc etc. So kira yang ramai nanti sedara mara, orang masjid dan rakan yang terdekat. Hurm yang mak tak berapa suka. Sebab masa singkat! Nanti dah masuk maghrib pulak. Tapi kalau bulan Jun tahun depan, maghrib pukul berapa ye datuk harimau????

Tiba-tiba, Bonda bagi cadangan LEPAS SEMBAHYANG JUMAAT. Around 4 pm. I think this is suitable time for nikah. Cuma nanti my uncle terkejar-kejar la nak memasak! Oh untuk nikah, we decide to cook ourself! Nyummeh time ni boleh la merasa Nasi Beriani Gam Johor itu. Tak dapat time sanding, time nikah pun jadilaaaa. Sangat sedapppppp my uncle ni masak. Ayam masak merahnya tersangalah lazat. Ala kenapa cakap pasal makan. Laparrrrrrrrrrrrr.

So bila decide2 dan pikir masak-masak, we stick to plan yang nikah lepas sembahyang Jumaat. Reason pertama nanti my uncle tu lepas sembahyang, sempat la nak prepare ape yang patut. Kalau takde pun, dayangssssss kan banyak. Dera mereka cukup-cukup. Muahaha. Reason kedua nanti ada videographer (belum booking lagik tapi dah bercakap mengalahkan anak jutawan), jadi nak tayang la masa slideshow dekat dewan. Kali ni nak dera encik videographer pulak. Hahaha planning nak dera encik Jabbe malam tu untuk edit video. Tak sure boleh ke tak. Hope dia boleh jadikan impian ini kenyataan. Amin.

Rasanya memang dah 80% coooooooonfirm akan buat majlis nikah lepas sembahyang jumaat. I assume this as DONE in my list. Ok itu je nak bagitau. 

Tuesday, October 4, 2011

Panah dan Busur

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Seperti mahu berjiwang harini. Lihat cuaca mendung berarak. Sejuk. Mendung. Suhu mungkin lebih kurang 22 darjah celsius.

Saya suka layan lagu ni. Saya memang peminat acoustic ever since. Tapi nak main gitar tak pandai. Belajar pastu berhenti di tengah jalan. Tu pasal beralih kepada graphic design pulak. Ehhhh? Hahaha. By the way, saya suka kesemua lagu-lagunya. Jika tahap jiwang dan jiwa bermasalah, saya akan kembali ke blog nya. Tapi jangan sesekali kita lupakan di atas sana ya. Apa pun semuanya kembali pada Nya.

I dont know who she is. Refer dekat blog, she's an independant singer-songwriter. Cuma takla sefamous Yuna. I've been following her blog early this year. I amaze her writings. ALL of her writings, poems and lyrics. (Eh kenapa aku cakap omputih tetiba nih)

Masa nak kahwin she composed this song to her fiance (now husband). Cool gila.



PANAH & BUSUR

Saat asaku mati
dan jiwamu berlari
dari dunia yang hiba

Dalam kelam bersua
kunang-kunang cahaya
dari kelip jadi semesta

Aku panah dan engkau busur
kayu retak menghasil lagu

Jangan berhenti
menyusun senandung

Jadikanku tulang rusuk
yang menyempurna tubuhmu

Jangan berhenti
menepuk tanganku



Her blog : Wani Ardy {LINK}


Lagu ni. Erm macam sesuai je untuk kami. Ececece. Ok nak teruskan menjiwang karat-kan diri. Bai.

Monday, October 3, 2011

Survey Itu Penting

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***
Buat semua yang setia membaca setiap artikel dekat belog ni, tentu tertanya-tanya (lagak seorang blogger famous) "Si budak zimie ni tak habis-habis lagi ke survey. Survey menimbun, booked pun tidak"

Erm suka untuk saya menyatakan (ayat Kamus Dewan) bahawa saya MEMANG SUKA SURVEY. Hahaha. No thats not funny! Sampai kesayangan EF pun naik muak. Kesian dia. Sampai naik pening dan sikit lagi nak masuk mentol. Tapi demi tunang tercintan megi, beliau sanggup. Sayang lebih padanya. Auww!

Semalam Ahad, seperti dinyatakan dalam wishlist mahu meneroka butik-butik kahwin lagi. Yahoo mission accomplished untuk survey. Mula-mula ke READZUL. Dengan bantuan GPS dan telefon bergerak (untuk menghubungi encik Read), kami berjaya sampai ke tempat kejadian. Errr taktau nak start dari mana. Tapi saya sudah jatuh cinta dengan hasil rekaan dan baju-baju dalam Butik si Readzul ni!!! Hormon excited melonjak tinggi!!! Lepas tu nampak pulak baju ni secara live. Ala yang semalam cik zimie post tuuuu. Kebaya Dress. Rasa macam nak sangat2 baju macam tu!!!!! Ok bertenang cik zimie. Tarik nafas dalam-dalam. Mari kita berdiskusi. Yang attend haritu encik ZUL kerana encik READ busy. Oh baru ku tahu nama tu diambil sempena nama mereka. Sebab tu dapat nama READZUL. Hahaha. Jadi, akhirnya keluar la segala mak nenek harga dan pakej yang ditawarkan itu. Berikut adalah harga yang boleh membuatkan cik zimie dan encik fayyadh terjunam ke dalam gaung! Overbudget!!! Camni la manusia, nak cantik tapiiiiii ............(sila isi tempat kosong)

  • Busana baju sanding sewa baru P (takde saiz sebab tu kena buat baru. encik Zul suggest buat Lace + Chiffon. Ada contoh baju tapi lupa nak snap picca. cantikkkkkk + tempting nya sgt design tu!!)
  • Busana baju sanding sewa L (dah ada dekat butik. Siap fitting sekali. Warna dah ok. Ngam2 dengan badan si EF yang normal badan orang Asia. Baiklah dah boleh kahwin sekarang. Haha)
  • Make-Up Artist (MUA) nikah + sanding (kalau normal RM750 untuk 1 session)
  • Full accessories (Veil, tudung, kasut, gelang, segala mak nenek dia tu)
  • Handbouquet fresh flower sanding







  • Harga pakej = RM2800
Errrrrrr. Mula2 rasa nak pengsan tapi fikir2 balik, why not?? Tapi kenapa ini manusia masih berbelah bahagi? Kerana encik ZUL ada mengatakan bahawa "SURVEY ITU PENTING". Dengan customer before this pun cakap ayat yang sama. Katanya "Survey la 3 butik lagi. Nanti menyesal tak sudah" Haaa gitu ayat dia. Part BAJU SANDING konon-konon dah setel.

Kemudian hal MUA pulak. Cik zimie ni barula tahu yang MUA itu lelaki. Of course la dari nama pun dah tau kan. Grrrr cuma taktau nak hire MUA dengan Readzul atau tak. Its actually konflik dalaman. Ok sebab saya bertudung. Saya pun bukan baik sangat namun begitu bukan jahat sangat. Cuma risauuuu dengan bonda dan ayahanda. Of course la kalau boleh MUA perempuan. Haihh ni lah dia. Bila dah jumpa yang berkenan, benda lain pulak stuck! Me myself 'macam' ok je dengan Readzul tapi kita sebagai manusia dan perempuan yang hidup di muka bumi ni tentunya ada PILIHAN. Contoh kalau makan di kedai makanan yang ada logo halal atau tidak. Contoh je. Sudah tentu kita pergi yang ada logo halal. Itu cik zimie la. Orang lain tak tahu la. Betul tak? :P Kalau tak ambil MUA dengan Readzul, tentu harga baju kahwin tu melonjak tinggi. Konflik dalaman betul!!!!

Pening. Lepas tu sebab malas nak fikir pasal baju kahwin ni semua, pergi la survey pasal MUA. Ape kena mengena kan? Hahah dekat my twins, miss Renee Meow punya blog ada list of MUA. I kinda like. Wihihi. Lepas tu teruja pulak sebab Renee dapat MUA untuk wedding dia. RM500 per session dengan Laila Rohani (the same person yang make-up kan Nurul Shuhada TV3). Kalau compare dengan Readzul memang lagi murah hokeh!!! Saya tak sempat survey kalau baju kahwin sahaja berapa dia quote. Bila balik rumah baru teringat. Erghhhh.

Sekarang ni, konflik dalam masih diteruskan. Either ambil baju je dengan Readzul. MUA orang lain (perempuan). ATAU ambil pakej semua sekali dengan Readzul. Hmmmm. Tentunya ada pros and cons.

Masih berbelah bahagi. Perlukah survey butik yang lain untuk mendapatkan kepuasan yang maksimum?



p/s : READZUL mendapat review yang positif daripada ex-b2b Puan Lyana MK dan Puan Lisa Lisut.