Friday, September 30, 2011

Friday Blues

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***
Boleh pulak terjaga jam 5 pagi untuk berjumpa dengan Dr. Toi. Tibe2 mata macam tak boleh tidur. Segar satu macam padahal 3 hari berdiri seharian dekat booth! Kaki je sakit. Badan dan otak cargas lagi. PELIK! Last2 pergi blogwalking baca2 semua post,entry dekat bloglist dan bbf. Kul 7 pagi baru tamat dan bersiap ke tempat kerja (Tapi masih tercegat depan lappy dan jari runcing masih menaip macam harini kau EL atau MC) Malas nyeeee. Friday blues. Pfttt.

Esok bercadang nak pergi SEMUA BUTIK. Semua la sangat. Hahaha dah la aku ni jenis jalan sikit kaki dah sakit. Ayooo my cousin remind suruh TARGET survey at least 10 butik dalam satu hari. Takpe takpe list butik satu KL dan Selangor ada dalam tangan. Butik biasa-biasa je. Tiba-tiba terbayangkan ada SATU baju ni. Cantik. Agaknya sebab tu excited je mata ni tak mahu tidur. Terbayang-bayang kecantikan baju itu. Hahaha RM1500 untuk L+P (baju baru). Macam menarik. Tapi over budget. Aku kan cheapskate sikit. Mudah2an Allah bagi rezeki lebih. Butik tu kat Bangi. Hurm nanti la survey2 dengan kesayangan EF. Harap2 beliau setuju la. Kalau tak setuju, terpaksa la tunda hari lain. Takpe banyak masa lagi. Katanya lah. 

Okla Sabtu dan Ahad. Can't wait!! Tak duduk rumah la jawabnya. Kena marah lagi dengan bonda dan ayahanda la nampak gayanya. 

Ok tu je nak bagitahu. Kau pikir kau artis semua nak update kat twitter? 


Ok bai.
 

Thursday, September 29, 2011

Idea Photobooth Kreatif

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Contest ini dianjurkan oleh salah sorang blogger b2b yang tidak asing lagi. Tapi untuk orang lama maybe asing gak la. Beliau adalah Dba. Blog dia Sweet Candy Me. Auwww nama blog pon nak comel kan? 
*Hai Dba, lambai2 tangan* 



Sebenarnya Photobooth ni biasanya diletakkan di satu sudut dimana para tetamu, keluarga dan kawan-kawan boleh ambil gambar untuk dijadikan kenangan. Deco di sudut photobooth yang unik biasanya menarik perhatian untuk bergambar. Contohnya diletakkan props seperti topi, sarung tangan, topeng muka, frame gambar, tanduk rusa, papan tulis dan beberapa props lagi yang pelik-pelik dan menarik perhatian tetamu untuk mengabadikan gambar kenangan di majlis perkahwinan yang dihadiri.

Contoh props adalah seperti berikut:








Bila dah ada props ni, boleh la digayakan oleh para tetamu. Ikut suka hati kome la nak buat gaya macam mana sekali pun asalkan tak melanggar adab di majlis kahwin tu.






Ni contoh gaya dan aksi para tetamu yang tak tahu malu itu.













Saya paling suka idea photobooth kreatif seperti di di bawah ini :
Photobooth dan Guestbook. 2 in 1. Jimat dan kreatif bukan? 




Simple yet eksklusif. Hanya sediakan beberapa frame gambar. Its more to deco tapi boleh juga dijadikan photobooth. 2 in 1 lagi betul tak? Atas meja boleh la letakkan segala macam Props yang comels-comels. Praktikal dan kreatif!

 Suka idea frame ni. Hanya bermodalkan seketul frame english style dan props. Simple tetapi kreatif! :D


Wowow. Ni jenis happy go lucky punya photobooth. Berani tetapi kreatif! 
Ada bran? Hihihi




Di sini idea photobooth bukan sahaja kreatif malah menjimatkan masa dan ruang yang ada. Oh sebelum tu, jangan lupa letakkan PAPAN TANDA atau signboard macam bawah ni.




Harap2 Dba dapat lah menjadikan idea saya ini menjadi kenyataan. Saya nak banyak-banyak props tau. Siap request tuuu. Keskes.

Wish me luck!! (^^)



p/s : Nak buat panjang-panjang tapi tuan punya contest cakap 100 patah perkataan je.  :P



Monday, September 26, 2011

Doorgift dan Pameran Pengantin

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Tepat jam 11 malam, barulah cik zimie ada masa nak hapdet. Jadual padat dari Jumaat sampai harini. Sabtu ahad balik malam. Hanya buat perkara2 remeh macam open house, meronda2 bersama2 rakan sebaya. Ahad je yang tak berapa nak remeh. Sempat berjalan2 dengan keluarga ke Nilai. Meronda2 mencari/survey/memenatkan badan melihat Doorgift. Tapi yang sedih pabila Bonda pulak bersuara "Tak semesti mumy ikut cakap zimie. Lagipun mumy nak sponsor, so mesti la ikut citarasa mumy" Bila dah keluar kenyataan tu, cik zimie langsung takde perasaan nak survey lagi. Jalan tetap jalan tapi wat dek je. Padahal time tu, dah jumpa yang 'berkenan di hati'. Memang murah, klasik, tak kecik sangat, tak besar sangat, takde beg, sesuai dengan peredaran masa dan yang penting boleh letak TELUR! Tapi sedih bila bonda pulak bersuara macam tu. Nilah susahnya kalau kahwin tapi menggunakan duit orang lain. End up, saya pon tak tau apa rupa doorgift itu kelak. Saya pasrah apa yang bonda nak beli nanti. Hmm so DOORGIFT consider 'DONE'. Next!

Petang pula, pergi deliver something dekat Kina. Tapi nak deliver kat Kina, tapi terjumpa si tunangnya, Pudin. Alahai kina, takde jodoh la kita nak ketemu kan? Baik budak pudin ni. Malu2 kucen gitu. Ngih ngih. Selepas deliver barang tu, terus ke Ampang Point. Nasib ada GPS. Kalau tak, pasti lah sesat ke Surabaya mungkin!

Ampang point ada Pameran Pengantin hokeh! Berlangsung pada 23-25 September 2011. Pernah juga cik zimie post kononnya 50-50 nak pergi. Akhirnya pergi gak tapi bukan dengan kesayangan EF. Dengan cik cousin, Ana Banana. Oh cousin ni dah kahwin so senang la. I ada consultant tak bertauliah. Muahaha. Suka!

Tapi yang tak berapa bestnya, Pameran Penganting ni agak dull. Bukan agak tapi memang pun! Maybe sebab tempat kecik. Yela dalam shopping compleks yang boleh dikatakan kecil. Kawasan pon sempit. Nak duduk berdiskusi pon tak selesa. Dapat lah rembat beberapa butik yang wujud kat negara ni. Ada 2 butik yang cik zimie berkenanan. Nanti nak ajak EF pergi la sama-sama. Butik tu terletak di Jalan Ipoh dan Cheras. Nama biasa2 sahaja. Tidak la seperti RKM dan sebagainya. So far, butik2 ni jela yang mematuhi piawaian dan mutu perkhidmatan serta eknomi poket cik zimie a.k.a tak mahal sangat tak murah sangat. Got it?! ;D

Punya penat dengan jam tak hengat jalan KL tu, balik2 sampai rumah pukul 10 malam. Memang gila la kerja seminggu ni. Belum kira minggu ni yang full dengan exhibition sampai Khamis ni. Camne la tak penat. Rushing sana-sini. I need stamina!!!! Nak jugak update blog. Nak jugak design2. Pada yang email tak berbalas, minta maaf byk2. Nanti saya reply keh. Wuwuwu. Nak attach gambar kat sini pon tak sempat. Hadehh.

Rasanya better cik zimie tidur dulu. Karang ada yang tak bangun esok. Pagi2 gerak ke PWTC untuk exhibition tersebut. Exhibiton LabAsia2011 nama diberi. Ada masa singgah la ke booth cik zimie esok. Winkwink.

Nitto~
 

Friday, September 23, 2011

DIY : Do Not Disturb Wedding Door Hanger

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Eh eh terasa comel pulak kalau buat wedding signage macam ni kan? Tapi yang bawah ni, macam errr macam mana nak DIY eh? Blur kejap. Hahaha ni terasa nak curik signage dekat Hotel yang selalu tulis 'Please Do Not Disturb' tu. Pastu edit la ape yang patuts. Main curi2 je sekarang :P

Just married. Do not disturb.
Ni dah macam bantal. Siapa nak jahit for me? Mahu sangat4x!! 


 Our Wedding Night. Do Not Disturb







This one totally nampak DIY dan paling cantik rasanya. To me la :P 
Suka bunga seketul tu.


You may now kiss the bride. Auwwww cumel sangat :D 


Bridal Suite. Enter at your own risk.





 Bridal Suite. Please knock before entering.



Please Do Not Disturb The Newlyweds


Idea yang u ols boley nak tiru untuk letak dekat pintu bilik pengantin. Hihihi jangan lupa suruh OP capture that signage untuk dijadikan kenangan.

Okkkkk mari DIY!! ;D

 

Thursday, September 22, 2011

Glitter + Glam

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Since cik zimie macam 'banyak' masa malam ni, boleh la menaip sesuka sesuki hati. Hihihi Oh btw entry ni autopost. Punya la pemalas nak taip waktu siang yang selalu busy mengalahkan jadual menteri. Pfttt. :P

Harini nak cerita pasal apa? Its Glittering mode. Siapa yang suka gliter-gliter ni? Hahah i kinda like it. Glam dan ala2 liplap2 disco gitu. Orang Melayu panggil goldas ke hape. Dulu zaman kecik2 suka gila main dengan benda ni masa kelas pendidikan seni atau pertandingan menghias kelas. :P 

 Tapi sesuai ke kalau nak letak dekat majlis kahwin? its just an idea. Boleh DIY sendiri jika mahu. :D
















Rasanya kalau nak buat DIY yang terlibat dengan goldas2 ni semua, habislah bermandikan goldas segala tangan kaki badan.  Tapi best gak kalau nak DIY dengan benda ni. Cuma leceh gilaaaa. Biasa melekat 3 hari 3 malam dekat badan. Pftttt. 


Have fun DIY-ing peeps!! :D


 

Wednesday, September 21, 2011

Cacamerba[dot]com Update

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Rasanya ni dah masuk empat lima kali create post,save lepas tu simpan buat pekasam, Last2 tak jugak publish! What happen to me? Rasanya blog saya ni dah semakin memboringkan anda semua ke? Tapi tengok readers makin lama makin meningkat. Siapa yang baca blog aku ni eh? (Of coz la b2b ketuk kang) No I mean, sejak dua menjak ni, serius cik zimie blur tahap cipanzi. Wedding progress yang takde. Saya tiada apa yang nak diupdate kan, selain benda yang sama. Survey OP dan Butik Pengantin yang tak habis2. Budget pon tak banyak. Kalau boleh untuk OP nak under 2K ke bawah. Butik Pengantin pulak nak survey Baju2 sanding, mini pelamin, MUA, etc. Budget under 2K jugak. Agak2 dapat ke? 

Haritu survey dekat mana entah (ok fine dekat sebuah butik besar di Bangi), baju sanding L+P kalau sewa (means buat baju baru + butik amik semula) = RM1500. Errr tak rasa melampau ke? Kau fikir kau tu divaaa??? T_T Hurm yang CZ pergi tu, maybe tempat yang mahal kot. Tapi memang banyak pilihan, cantik2 gak semuanya. Ke anda semua rasa 'memang itulah Harga sekarang' Hahaha cheapskate betul.

Dan kalau sewa yang dah ada L+P, cost terbakar adalah RM1000. Memang macam tu ke harga sewa baju? Ohmygoshh tidak ketahuan harga memang macam tu. Mampukah budget diriku serendah 2K itu plus mini pelamin, MUA, etc? Hadoi saat ni rasa nak terjun dalam laut je. Stress.

Kisah OP pulak, haritu berjumpa dengan seorang rakan. Erm takla rakan sangat. Jumpa 2,3 kali tapi consider as rakan sebab ada kene mengena dengan business yang CZ kendalikan. Hahah. Beliau memang dalam line pgotography. Pernah jadi OP untuk beberapa rakan CZ jugak. Haritu mintak quote dekat dia. Tengok harga OP untuk nikah+reception = RM1300. Ohmygosh lagi sekali. Murah. (Mudah terpedaya cik zimie ni) Tapi belum tengok hasil lagi. Katanya akan bawak album dan contoh2 gambar yang dia pernah rakam. End of this month baru leh jumpa. Tapi katanya boleh check dekat Facebook Page : ArazyMarzuky Photography

Ye benar. Saya hanya mahu yang mura-murah dan berkualiti. Ada?

Aaah tidak sabar mahu ke Pameran Pengantin di Ampang Point. Maybe kami (Berjaya paksa kesayangan EF join) akan pergi hari Ahad since sabtu banyak gila kerja open house. 

Will update the findings later. Da.

 

Monday, September 19, 2011

Teaser Cenderahati Perkahwinan Nabil & Zira

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Ingat kite-kite je ke buat teaser. Artis pun buat hokeyyyyyy. Kelas gitu.


Sumber : Ohbulan

Ada sesiapa nak teka ada apa dalam ni? Dapat hadiah. Katanya lah. Tapi tak bagitau hadiah pe. Entah2 kereta sejibik kotttt.





Dianjurkan oleh vendor cenderahati majlis mereka iaitu Style-Weddings.my

Kena klik LIKE dulu pastu post dekat wall FB tu.

“Saya pembaca OHBULAN dan ingin meneka cenderahati perkahwinan Nabil dan Zira adalah …”

Agak-agak apa dalam tu ya? Nak teka pun taktau nak teka apa. Saje nak sebarkan info tapi diri sendiri tak join, boleh? Hahaha sharing is sexay bak kata Kina.

Katanya “Kami telah diberi amanat oleh Nabil & Festival Pengantin untuk design sesuatu yang unik, kreatif dan bersesuaian dengan majlis bertema “In Wonderland”

“Cenderahati perkahwinan Nabil & Zira yang kami cadangkan adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia”




p/s : Mesti sesuatu yang mahal. Tengok la majlis dia pun dekat RM100K. Hohoho

Sunday, September 18, 2011

Next Festival Kahwin / Ekspo Perkahwinan

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

No words for today. Sindrom M masih menjelma. Plus si bloglist ni delay i punya update post. Grrr dah edit setting pon tak berjaya gak. Gerammm.

Ok just nak share dengan anda semua pasal next festival kahwin atau ekspo perkahwinan yang akan berlangsung sekitar KL.


Tempat : Tingkat 1, Ampang Point Shopping Center.
Tarikh : 23 - 25 September 2011
Masa : 10 pagi - 9 mlm.
Tema : Summer Love





Thanks to Lieza sebab sharing haritu. Muah4x ;)

**takde gambar atau advertisement tentang ekspo ni pun*
Kalau tak salah anjuran Kahwin Mall


Jumpa yang ni je. One of vendor yang join ekspo tu nanti. Artchetak. {LINK}


I hope it helps others b2b yang tengah berusaha nak mencari vendor2 atau promo yang best2. Mana lah tau rezeki tiba2 menang sebuah kereta ke? Teet tipu.



p/s : Nak survey2 cari butik pengantin.

  

Friday, September 16, 2011

Update Checklist Lagi

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Yahuu harini cuti. 1 Malaysia punya pasal. Cik Zimie tersangatttt la busy this week. 2 hari ke customer site install equipment. My first big project with a well known government agency. Alhamdulillah everything went smoothly. :) Malam pulak, sibuk mendesign. Dah macam keje graphic designer lak aku. Hihihi duit punya pasal. Orang kata, kerja makan gaji tak cukup. So kena la buat part time. Alhamdulillah sambutan yang diterima menggalakkan. Thanks to all ;) To those yang tak tahu, here i re-present my blogshop. {Link}

Disebab kan harini cuti, kejap lagi jam 12 baru gerak ke Open House, sempat la CZ menguruskan hal-hal kaitan dengan wedding prep. I want to update my wedding checklist!! Macam dah sebulan lebih tak update. Macam takdek progress je. Scary pulak bila cousin cakap 8 bulan tu tak lama hokehhhh. Tapi nape aku macam rileks? Hahaha spirit oh spirit sila lah hadir!!

Benda yang difikirkan dalam kepala sekarang adalah :

1) Baju sanding - design baju jenis 2 pieces. Masa survey2 haritu, kata si designer/tailor, dengan saiz badan dan ketinggian badan, tak sesuai pakai 1 piece dress. Ok noted. TBC.

2) Make Up nikah dan sanding - Entah. Blur. 

3) Nak jahit baju nikah dekat mana? Bulan Oktober to go to Bangunanan Mara KL. 

4) Pelamin mini (rumah) - Macam nak ambil dengan Nurul Arbee. Dia quote RM450 with fresh flower (excluding transportation). Quiet ok I guess. Hantaran kalau nak suruh buat kena charge RM45/pcs. Yang hantaran tu optional in case sindrom M melanda diri. Hahah

5) PhotoG - suruh EF uruskan. Dia amik dengan kawan dia katanya as backup nikah dan sanding. Untuk fully photG masih difikirkan nak ambil kawan Ayahanda atau carik sendiri. TBC.

6) VideoG - sepatutnya dah kena bayar deposit sekarang tapi tangan ni masih menggatal nak tunggu kot-kot ada promo lagi best. Sekali terlepas padan dengan muka sendiri. Hurm pening2. Plan nak ambil dengan Jabbe Production. Nak amik videoG hanya untuk majlis nikah coz rasanya part tu full of sentimental value. Maybe. Nak cut cost punya pasal. Jabbe bagi harga yang sangat sesuai-dengan-tangga-gajiku. Thats the main important aspect. Ewah.

7) Dapatkan persetujuan pihak pengapit - sepatutnya nak suruh my lovely friends jadi pengapit. Tapiiii one of my cousin dah meng'offer' diri sendiri. Hahaha tapi si pengapit tu dah kahwin. Boleh ke? TBC

8) Mula merancang lokasi bulan madu - Hello? Takke terlalu awal. Plus si EF awal2 dah sound Honeymoon dekat2 sini je sebab tak sure boleh dapat cuti ke tak? T_T Haritu dia ada mention dekat PD ada satu resort atas laut. Ape entah nama. Takpela main redah jela. Next year pon ada MATTA FAIR 2012. Katanya bulan March. So ingat nak booking tempat honeymoon time tu jela. Ok set. TBC

Apa lagi eh? Nanti update lagi. Bila banyak sangat benda nak fikir, tu kadang2 sindrom M menjalar ke seluruh badan. Malasssss.......





.....tapi nak Kahwin. ;P

OK till then. Nak g beraya. Baibai.

 

Tuesday, September 13, 2011

Lima :)

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Macam nak countdown 5 hari pulak. Hahah tidak. Bukan 5 hari.

Harini tanggal 13.09.11 adalah tarikh bersejarah bagi kami. Tiap-tiap tahun celebrate besides birthday. Tarikh anniversary kami. Hihihi Wah kelas. Belum kahwin dah ada anniversary kan?? Actually its our 5th anniversary to celebrate our friendshipness/coupleness together. Ada ke words tu? Belasah jela ;P

Pagi tadi. Tepat jam 12pagi terima sms daripada si EF. Pelik kenapa dia tak call. Lelaki memang macam tu kan? Ok takley marah. Mungkin sang lelaki ini susah nak berkata2 face2face? Dia pun penat semalam. CZ pulak ala-ala lupa harini hari bersejarah kitorg. Nasib EF ingat :P Ape pun CZ memang happy sangat la dapat kata-kata ucapan daripadanya. Initipatinya lebih kurang "...semoga perhubungan yang terbina selama 5 tahun ni berkekalan sehingga ke syurga.." Macam sebak pun ada. :')

Hello bukan senang nak menjaga perhubungan ini. Even kitorg jarang gaduh, tapi masam muka salah faham itu perkara BIASA. We tolerate each other. EF pulak jenis bak kata my bff 'tak boleh handle konflik'. Means kalau salah faham semalam, esok mesti dia akan tanya khabar,etc macam nothing happend yesterday. Adakah semua lelaki begini? Hoho jadi malas nak panjangkan issue. So lepas dia tegur2 tu, aku pun tak jadi la konon-konon-nak-gaduh-sampai-3-4-hari-tak-bertegur. Padahal dalam hati ni membara je. Hihihi

Dulu pernah gak la berlaku satu kes (I dont know whether he remember or not), kitorg ala-ala nak 'stop' the coupleness ni sekejap atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat dijelaskan. At the end, tak berjaya gak nak stop. Hihihi cakap je lebih kan?? Sebab kan kite ni dah biasa dia ada kat sebelah. Once dia takde, rasa macam 'hilangnya keindahan dunia' Wah inilah bila dikatakan cintan megi itu buta kan? Bila dah bercintan, ape pun indah. (Geli pulak nak taip ni)

Macam tak sangka dah masuk 5 tahun. Pejam celik je. Akhirnya aku dengan mamat ni jugak. Hihihi dulu kawan-kawan. Kawan rapat. Akhirnya kawan baling-baling bantal. Opsssss belum lagi laaaa. Gatai mu.

Aku cuma mengharapkan perhubungan ini kekal sampai bila-bila. Kekal bahagia sampai ke jinjang pelamin. Kekal bahagia sampai ke syurga Al-Jannah. InsyaAllah yang baik datang dari Nya semua. Amin :')





Happy 5th Anniversary sayang. Hadiah takde ke? ;P

Monday, September 12, 2011

DIY : Kapur Tulis

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Today rasa nak menulis lagi. Menulis la sangatttt, gambo je banyak. Hahaha. Sedang cik zimie membuat kerja-kerja tergendala di ofis, sempat lagi menjeling2 tajam dekat pc. Survey idea dan benda2 best untuk DIY. Then suddenly terjumpa ini.

Its DIY Chalkboard aka Kapur Tulis.


Rasanya ini je paling simple untuk DIY centerpiece dekat meja tetamu. Hahaha pemalas punya budak kan? Bunga dalam mangkuk ke hape. Pastu tulis la nama cik zimie dan encik ehem2 EF :P



Rasanya board macam ni kedai Daisho RM5 banyak jual kott. Boleh mintak nasihat b2b cik Nora kita. Dia tau. Hihihi.



Semua mengunakan tema kapur tulis a.k.a chalkboard.
Kalau jadi buat, kena la carik kapur tulis warna warni. Kalau tak jumpa gak kat kedai, pergi pinjam dekat sekolah mana2. Erkk tapi sekarang pun, banyak sekolah pakai whiteboard je. Boli sendiri sudeh. Kedai banyak jual okkk. Tak kuasa mak nak pinjam.

Actually cite pasal kapur tulis ni, CZ ada pengalaman ngeri. Masa tu darjah 5 ke 6. Time tu CZ memang jenis suka conteng2 depan papan hitam tu. Kebetulan tangan kanan pegang kapur tulis. Tangan kiri pegang makanan. Time tu entah macam mana TERmakan kapur tulis. Terus ngappp tanpa berfikir panjang masuk dalam mulut. Kahkah bayangkan macam mana? Terus mahu muntah hijo untuk membuang segala habuk kapur itu. Euww anti betul aku dengan kapur tu sampai sekarang. Sadis betul kisah kanak-kanak ku itu kan? Hahaha

Cerita lama toksah dikenang. :P

Apa pun, tengok orang lain semangat DIY, terasa semangat berkobar-kobar. Haritu nampak bunga 3D dekat dress kahwin sebuah butik. Terasa nak DIY gak. Amboi semualah aku nak DIY kannnn. Last2 takut ke laut je semua dek kesibukan kerja dan sindrom M. Hahaha doakan ye tawan-tawan supaya menjadi realiti. Amin ;)