Tuesday, August 30, 2011

Lalutan Listing Tetamu

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Alhamdulillah today is the first day raya which I can concluded as so-so. Raya di KL tanpa sanak saudara yang jauh di mata dekat di hati dan terasa macam kenapa-orang-lain-balik-kampung-tapi-aku-tak. Walau apa pun suasana sembahyang raya di Masjid Putra, Putrajaya bersama mat-mat Bangla dan minah-minah Indon serta kehadiran kawan-kawan yang tak balik beraya meninggalkan seribu erti kepada diriku. Rasa taklah-keseorangan-sangat. Kata Bonda "Biarlah nak rasa kelainan beraya di rumah sendiri ". Hurm. Apa pun happy sangat4x diorang datang tadi. They enlighted my day. Tak rasa penat pun layan diorang. Sangat bertenaga i tell uuuuu dan tepat jam 6 petang, last tetamu pun balik. Alhamdulillah dengan nikmat yang Dia berikan.

Oh that's not the point. Actually, disebabkan banyak masa-masa-terluang(kononnya), sempatlah Cik Zimie tu siapkan perkara-perkara yang berkaitan dengan Wedding Prep. Katanya nak setelkan lepas Raya tapi tangan ni tak henti-henti nak sibukan diri jugak. Degil. Raya tu raya la zimie oi.

First, I am doing listing for tetamu yang BAKAL hadir yang terdiri daripada Schoolmate, MATRIKian, UKMians, Officemate and last but not least our lovely group BBF. Kenapa saya lakukan ini dan tak ajak semua orang? Sebabnya saya hanya diberikan kuota 100 keping kad je untuk diinvite dalam majlis kahwin di Dewan nanti. Meaning 200 orang to be exact jika 100 orang tu membawa pasangan masing-masing. T_T Oh saya bukan sahaja telah bermasam muka malah berbalah dengan Bonda sebab diberikan kuota yang sangat sedikit. Inikan majlis saya? Kenapa saya tak boleh ajak SEMUA kawan-kawan? Sedih sangat2. Bila gaduh, dicop sebagai anak XXXXX pulak. Apalah nasib kan? Takpela di hari dan bulan mulia ni, saya sudah pun REDHA dengan ini semua (-_-'')

Cuma bagi yang betul2 ingin hadir, barulah saya akan LAYANGKAN kad kahwin kelak. Maaf dari awal-awal pada sesiapa yang saya tidak jemput. Kalau boleh nak ajak 1 Malaysia tapi apakan daya, Ibubapa lebih berhak bersuara keatas anaknya. Saya sudah penat untuk bersuara. Cukup lah kali ini saya 'mendengar' kata-kata mereka. Lepas ni, saya hanya mendengar kata-kata bakal 'suami' yang lebih valid. InsyaAllah saya harapkan yang baik-baik sahaja. Amin.





Lalutan yang entah hape-hape. Apa pun, saya dah setel part tu. Pasni tinggal print kad dan pos/by hand yang mana hanya akan berlaku 7++ bulan daripada sekarang....

Sunday, August 28, 2011

Teaser Senjata Rahsia

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Tadi sempat chatting dengan encik tunang a.k.a EF. Dia tanya "KBB cuti ke?"

Errkk taktau nak cakap pe. Hihihi.

Okla kalau macam tu, Cik Zimie just nak main teaser-teaser perihal senjata rahsia. {LINK}

Tapi memandangkan RAMAI cuti dan sibuk dengan persiapan menjelang raya, rasa macam errr ada ke orang nak tumpukan perhatian pada apa yang saya tulis ni? Hahah sadis betul kan dengan budak-yang-tak-balik-beraya-tahun ni. Hukhuk takpe takpe tahun depan nak merajuk balik kampung EF dulu, boleh? Emosi betul. Entah2 nanti 3 hari sebelum raya dah balik rumah mak(-_-')

Inilah teaser tu. Haritu CZ shopping senjata rahsia ni dekat PKNS Shah Alam.

Masa tu fikir punya fikir sampai rentung, akhirnya beli jugak la pressie from EF to CZ ni masa majlis pembatalan air sembahyang nanti. Beli sendiri sebab EF sibuk mengalahkan PM. Jadinya bila beli sendiri, ikut suka aku je la kan nak design yang macam mana (hihihi) tapi before that confirm kan dengan EF. Takut terkezut berok tengok resit bila CZ claim dekat dia nanti. Its ok sayang, its within your budget :)

Sudahlah blur gila nak beli design yang semacam mana. Almaklumlah 1st time beli benda2 ni. Masa tunang dulu pun beli dengan si dia. Senang sikit sebab EF tu dah biasa bergelumang dengan benda2 ni. Saya mana lah minat benda bling bling ni. Macam makcik-makcik je rasa. Hihi. Tiba-tiba makcik sebelah tu tengok benda yang CZ pegang tu. Dia cakap "Eh cantik. Sesuai untuk budak-budak muda. Kecik2 macam ni" Sambil memandang muka CZ yang tengah confius nak pilih design yang mana. Serius saya memang blur. Rasa macam cepat-cepat-la-beli. Nak keluar dari kedai ni! Haaa macam tu. Bila makcik tu dah cakap maca tu, terus laju je saya ambil seraya membayanya di counter. Eh nampak mudah kan? Hahaha entah hape2 je mentang-mentang bukan duit sendiri ;P

Tapi yang geram 2-3-4 hari lepas beli, tengok2 harga dah turun sikit. Apakah perasaan yang perlu saya hadapi ini? Mula-mula tu geram sangat tapi bila mengadu domba dengan EF dia cakap takpela. Dulu masa dia beli dinar tahun lepas, harga terus jatuh. Tapi now makin lama makin naik. Just fikirkan for long term, then u akan happy. Ok sayang. Saya terima alasan itu. Jadi saya pon terus senyum sampai telinga sampai sekarang. Hari-hari kalau boleh nak tengok senjata rahsia tu.

Oh saya belum bagitau lagi ye? Actually senjata rahsia itu adalah rantai tangan emas pemberian EF kepada CZ nanti. Senjata rahsia la sangat. Hahah mesti semua dah dapat agak kan?


Okla nak memasak. Harini kitorang main masak-masak gearbox daging lembu. Mooooooooo. Bai.

Friday, August 26, 2011

From Bangi With Love

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

It's my last day at workkkkkk. Bukan resign. Tapi cuti selama 6 hari je. Hihihi.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




SALAM AIDILFITRI UNTUK SEMUA BLOGGERS, B2B, SILENT READERS dan KAWAN-KAWAN yang skodeng blog ni (I know who you are!! Ekekeke)
MAAF ZAHIR & BATIN kalau ada salah dan silap (Macam takde je kan). Yang dapat DIY kad raya daripada I tu bagitau la ye cantik ke idok. Hihihi


Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan di pagi Syawal
Semoga kita sama-sama dapat mengeratkan silaturahim antara sanak-saudara
Semoga bertambah-tambah jalinan ukhuwah antara kita
Semoga yang jauh dapat didekatkan
Semoga kita dapat saling memaafkan antara satu sama lain

:)


Take care ye korang. Hati2 di jalan raya buat yang balik kampung tu. Drive safely. Don't sleep and drive. Ehhhh :P Cik Zimie beraya kat KL aje. Jadi tuan rumah dan ketua pasukan. Sedara mara belah Bonda pulak yang datang sini. Weeee

p/s: Teringat zaman skolah dulu, pi kutip duit raya dari taman ke taman di kampung halaman best sangat!!!! Now bagi $$$ kat kanak-kanak pulak. It's their turn. Till then!

(^_^)


Hantaran Masa E-Day

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Since, dalam banyak2 review, ramai suruh review pasal hantaran kan. Takla ramai, 2 bebudak ni je. Hahah To Lijah and Nida, here goes for you!! Sebok je nak tau hantaran orang kan. Hihihi by the way memang takde yang special pun hantaran untuk tunang kali ni. We keep it simple to the fullest!!! Macam kelakar pun ada. Dahlah tangan kejang kejung, ada hati nak DIY hantaran kan? Grrr tak suka tengok hantaran sendiri. Kahwin nanti nak suruh mak andam buatkan. Boleh? (-__-)

Gambar2 pulak si OP ni tak amik semua gambar hantaran. Dia amik sikit2 je. T_T. Macam mana nak tunjuk kat korang. Errr ada ke nak tengok ni? (*_*)



Hantaran to EF (Tema : Hijau Putih)
1) Sireh Junjung
2) Kain Nikah
3) Cake in a jar (Baked and sponsored by lovely friend, Gendut)
4) Chocolates
5) Towel
6) Fruits
7) Sejadah





Hantaran to CZ (Tema : Cream Putih)
1) Sireh Junjung
2) Kain Nikah
3) Cakes
4) Chocolates
5) Towel
***i wonder why untuk cincins, belah lelaki takde letak dekat hantaran. Means mak dia pegang kotak tu, simpan dalam beg. Bila majlis, keluarkan from kotak. I thought dia kena masukkan dalam salah satu hantaran. Hahah nvw, settel dah pun ;P



Kan Cik Zimie dah cakap simple je. Takde langsung beg, kasut, perfume. Nanti lah tunggu time kahwin kot. Malas nak memikirkan sebenarnya. Yang penting Cik Zimie punya jari tu kan tengah 'bling-bling' disinari cahaya keemasan. Muahahaha gelak jahat.

Tenkiu sayang for the lovely cincins, hantaran dan semua2 yang dilakukan selama ni. Thanks again for all the things you've done. Tetiba teringat singer The Killers. Psssttt dirty little secret is, Cik Zimie memang peminat TK dari dulu sampai sekarang. Shhhhhh!!

Okai till then, I tau semua sibuk nak raya kan. Woooho it's my last day today kerja. Tak sabar nak cuti. Nak cuti puas2.

..and plus it's my LAST YEAR BERAYA AS GADIS. Oh sungguh sadis secara tiba-tiba. T_T Okla nak layan perasaan kejap. Bye.


Thursday, August 25, 2011

Door Gift Masa E-Day

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Oh ke manakah Cik Zimie menghilangkan diri? Dikala sibuk tanya2 nak review yang mana satu, tibe2 beliau menyepi. Macam cipsbanyak. Kejap ada kejap takde kan? Ada sesapa rindu dekat I ke? Ekeke Actuallyyyyyy, si CZ tu kan sangat la busy macam semut 2 hari ni. Sobsob. Ni semua pasal kerja,bisnes,kerja,bisnes. Akhirnya blog pon terabai. Tima kaceh banyak2 dekat Kina sebab tolong jadi promoter yang berjaya untuk blogshop CZ yang tak seberapa tu. (Maluuuu. Masuk muka dalam bantal) Tapi singgah la ke sini ye. (Nak gak promot tu. Ekeke)

Ok jom zaaassss to the topic. Banyak pulak Cik Zimie tu bebel petang-petang kan. Takut orang yang baca pon boring. Pfttttttt. Mula2 kan nak cerita satu persatu. Oleh itu, resepi masakan kita pada hari ini adalah berkaitan Door gift!!!! masa majlis tunang tempoh hari. Bebudak yang baca belog ni mesti tau kan pasal post ni {LINK} Ala yang pasal teaser-teaser gedik tu. Hihi. Hanya ada beberapa bebudak je yang jawab betul. Sama taste la kite. Kehkehkeh hige ten!!!

Nak tau ke mana satu yang CZ pilih? Inilah dia.

Dalam banyak-banyak design, pi amik design thank you tag ni. Ekeke terasa macam suweet gitu. Kahkah. Ada cerita di sebalik paper bag ni. Malas nak cerita. Buat malu je. Btw, Door Gift ni a.k.a Paper Bag ni saya DIY sendiri. Tapi memang betul terasa kepuasan di dada. Hihi. Hello buat 20 keping boleh la. Kalau 1000 pcs, alamatnya masuk hospital lah tangan dan jari ini. Huahua.

Dalam Paper bag tu, CZ just letak gula-guli, cokelat-cekelat dan sebiji MUG. Hahaha si CZ tu kan tak habis-habis dengan MUG. Nanti masa kahwin pon nak bagi Telur + Mug katanya. Kikikih

CZ letak MUG ni..

Beli dekat Ayer Hitam, Johor. Masa tu tak ingat sebab pe pergi sini. Maybe sebab balik kampung kot. 2 bulan selepas majlis uuuuu i beli mug ni. Excited tak excited i. Hahah yang ni bonda sponsor. Ala beli 20 ketul je. RM1.90 seketul Murah tak? Tak tau la belah lelaki buat apela dengan Mug ni. Entah2 letak pensel dengan pen tak? Itu CZ.

Kemudian, letak la cekelat-cekelat dan gula-guli tu. Yang ni CZ beli dekat Jusco je. Takde brand pon. Jimat punya pasal. Keskeskes. Untuk kanak-kanak oren dan ribena pon CZ kasi ni. Yang ni pon DIY sendiri. Time tunang boley la nak DIY, setakat sehelai dua kan?

Jadinya, itu lah alkisah tentang Door Gift ku di hari yang berbahagia ini. Simple je kan? Semua DIY ok. Beli bahan mentah je. Happy sangat bila DIY ni. Rasa macam berbaloi-baloi je mengalami luka-luka di tangan bila tengok hasil ni. Hahah dasar tangan tak bedung memang gini kotttt ;P



p/s: Selamat berbuka puasa kepada semua. Harini CZ berbuka dengan Nasi Kerabu my favourite. Namnamnam :D

Tuesday, August 23, 2011

Mana Satu Nak Review Ni?

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Ok nampaknya album gambar dah dapat. Softcopy pun dah dapat. Ade riban-riban dalam lappy ni. Macam nak review yang mana satu eh?? Poyo je statement. Its just engagement event ok. Belum kahwin lagi. Pftttt.

Masih memikirkan mana satu nak direview. Baju tunang? Handbouquet? Doorgift? Pelamin??? MUA??? Sebab baru tadi shopping 'senjata rahsia' untuk majlis nikah nanti. Maybe ada a few BBF yang dah tahu. Wink wink.



Btw majlis biasa-biasa je. Tak gah pun. Pelamin pun takde. ;)

Monday, August 22, 2011

Album Tunang :)

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Akhirnya penantian yang sungguh menyeksakan jiwa ini berakhir sudah. Hihihi.

Ada 4 orang tukang MUA merangkap Kak Nam, tukang penyibok, tukang lari ke bawah rumah. Ekeke tu semua my lovely cousins. Did I ever tell ya that I didn't invite my friends?

Campak2 handbouquet yang Hana Yoriee buatkan. My cousins jugak jadi pelakon tambahan yang tak berbayar. Hihihi.

Atas: CZ
Bawah: EF
:)

Sarung cincins. Time ni la, kaki ku bergetar. Jantung ku berdegup kencang. Hahaha thanks kepada bakal-mama-mertua sebab jadikan ini semua kenyataan. ;P


I have no words to describe. It is so lovely. Cantik sesangat. Kemas. Penuh teliti. Cuma yang tak best sebab CZ demok. Kata EF takpe sebab sama-sama demok. Errrrr.

Our OP bagi sticky album. Sebab tu je paling murah. Ada 50pcs gambar yang dicuci. Bagi DVD juga yang ada thousand of unedited pictures version. Kalau nak tengok dengan lebih mendalam, boleh click my EF punya Facebook. {LINK} Yang OP dah edit,dia tak bagi. Pftttttttt. EF cakap dia bayar RM350. Harga kawan-kawan. Bestnya ada geng2 OP ni kan.

Apa pun time kaceh Mr Fiance!!!<3 sebab bagi kawan-dia-a.k.a-photoG-yang-peram-gambar-ni-selama-2bulan1minggu. Hahah dramatis sungguh!! Thanks to Mear & Mat to make this happened. Eventough saya tau dia tak baca blog ni.

Kalau dapat tengok album ni secara live memang best. Rasanya dah 80x belek2 gambar ni. Perasan sendiri. Ekekeke biorlah.

*senyum sampai telinga*

Sunday, August 21, 2011

6 Signs of Bridezilla

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Bridezilla ke Godzilla?(Actually Godzilla tu gelaran utk Bonda kalau nak takutkan kucing sebab kucing tu takut kalau Bonda pergi dekat2 dia. Kitorang cakap maybe sebab Bonda tu Godzilla kott) Ok ke mana arah tujuku?

Si ticker dekat projectwedding.com ni suka menakut-nakutkan orang tau. Ada pulak tiba2 CZ dapat email macam ni, Are You Bridezilla? - 293 Days Until the Big Day..

Cuba jangan menakutkan orang boleh? Huahua

Then, dia bagitau 6 signs of bridezilla yang MUNGKIN terkena pada batang hidungku sendiri. Lets cekidaut!!

Buat yang pertama kali mendengar/melihat words bridezilla, sebenarnya bridezilla bermaksud bakal pengantin yang terlalu menumpukan perhatian terhadap persiapan perkahwinan sehingga tidak dapat berfikir secara logik. Sama juga seperti Godzilla yang tidak putus-putus menyebabkan kemusnahan kepada alam sekitar. Contohnya dengan menyakitkan hati pasangan, keluarga, rakan-rakan dan orang lain. Permintaannya yang tinggi (high demand) menyebabkan orang lain kurang selesa dengannya. (Haha boleh paham tak ayat ni. Ayat Kamus Dewan. Try translate from BI-BM)

Kejap tengah pikir, aku kah bridezilla ini? Ada sesapa boleh jawab tak? Hihi.

6 signs of bridezilla:

1) Tidak bersyukur dengan pertolongan yang diberikan oleh keluarga dan kawan-kawan. Seorang yang sangat tidak sabar dan bersikap bossy,semua nak kena dengar cakap dia. Huahua. (Sometimes saya begini. Kesian Bonda dan Ayahanda. Tak pepasal di cop anak XXXX. T_T. Ampunkan zimie. Sobs)

2) Micro management - Semua benda dia nak pikir. TOO details!! Dah ada wedding planner (WP) biar jela WP tu yang fikir. Yang kau nak sibuk2 fikir tu kenapa? Huahua.

3) Ketagih pada Online Wedding Registries (Macam aku je tuh. Ngeheh)

4) Kehilangan kawan-kawan - Sebab? Kawan-kawannya pun takmo layan dia yang banyak songeh. Asyik bercerita pasal kahwin, honeymoon, kahwin, honeymoon. Bosan barangkali. Akhirnya mereka menjauhkan diri daripada bridezilla ini. Sadis kan?

5) Mudah emosi dan cepat je nak gaduh kalau ada benda yang tak meet-the-expectation (Kind of perfectionist)

6) Tidak pernah puas dengan apa yang ada. Daripada baju kahwin sampai lah ke manicure. Hukhuk.


Jika ada ciri-ciri di atas ni, maknanya anda adalah seorang Bridezilla. Nasib tak jadi Godzilla kan. Badan besar kulit keras kering macam dinasor (gambar) atas ni. Siap dengan api. Mana2 yang tak disukai, di fire nya orang tu. Kehkeh.



p/s: Kejap lagi nak tengok album Tunang. Oh nervous yang sangat!! Doa-doa lah ok ye.

Saturday, August 20, 2011

Nervous

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***
Ada orang tu kan, semalam dia SMS cakap album tunang dah dapat dah.

Mood: Happy sesangat (^^,) thanks syg sebab tak henti-henti melayan kerenah budak kecik ni. ;P

tapi...

berdebar-debar. Cantik ke album tunang ku agak-agak? Camne la rupa nya ye.

Boleh pulak dia sms macam ni
"Banyaknya dugaan nak dapat album tunang ni. Harap-harap dia suka la"

Apa maksudnya??? Tapi takley nak tengok harini sebab dia balik kampung. Ok esok jumpa. Tak sabar! Tak mengharap pun tapi NAK SANGAT tengok gambar tu. Nervous!! Tetiap minggu menanti tau. Sampai stress-stress dibuatnya. Hihi

Ade sesapa nak tengok album tunang ni ke? Kalau takde, malas nak tepek kat sini. Hik hik :P

Happy weekends to als. Jom shopping raya!!!


Thursday, August 18, 2011

Survey oh Survey

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Mood ni kan menjadi-jadi time puasa. Boleh tak, tadi just kerja selama beberapa jam. Lepas tu, 'buat benda lain' ok nampaknya CZ telah menderhaka kepad bos. Sobsob. Sebab bos takde (outstation) tu jadi gini. Pelik kan. Semua orang tak suka bos ada. Tapi saya suka. Serius pelik dengan diri sendiri. (+_+)


Tadi tengahari, my old-primary-school-mate, Aliya tiba2 call. Dia tanya pasal tracing paper untuk wedding card dia. So lepas dah quot, setel dah part tu. Then, CZ pun tanya pasal wedding prep dia. Dia kahwin bulan November ni.So far okla. Dia just tinggal nak buat wedding card je. Yang lain2 macam baju nikah, baju sanding, OP, pelamin, catering semua dah setel.


Sempat la risik2 OP mana yang dia pilih. Sebab dalam otak ni memang tengah nak survey
BUTIK/TAILOR mana yang boleh jahit baju kahwin dan Photographer. Videographer? Macam tak mampu. Ada orang nak bagi percuma tak? Kehkeh

So teruskan cerita, berkata lah si Aliya itu..

"Aku amik yang muda-muda yang baru-baru nak naik. Sebab diorang charge murah. Dulu akak aku amik RM2000 ke atas. Mahal."

"Berapa murah tu?"


"RM1300"


"Biar betul???Itu cover apa???"
Aku terkejot cimpanzi.

"Nikah, sanding, bertandang, pre-wedding semua2 tuhla"


"Serius murah. Kau taulah sekarang photoG je dekat 3K keatas. Ape nama OP kau tu??"


"Cube check dekat FB. Nama dia Hafiz Hazizi. Cantik gak dia shoot"
Dalam hati boleh percaya ke tak ni. So CZ baru je add dia tadi. Just menunggu untuk diapprove sebagai friends. Penuh harapan ni. Dia pulak hide kan semua photos. Haih.

Kita bukan apa. Selagi kita boleh cut cost, apa salahnya. Nanti lepas kahwin, LAGIIIII banyak guna duit. Betul tak Ex-B2B? Hukhuk. Cuma CZ tak details sangat. Sebab harga tu
'macam murah' tersangat. Adakah dia tak bagi album? Atau just shoot and burn je? Risau ada hidden charges je. Takpe2 nanti CZ akan survey2 dan risik2 OP tu lagi. Dan nak jugak tengok hasil kerja dia baru boleh decide.

dan my Aliya tu remind lagi

"Tapi itu harga masa aku booked bulan Januari. Aku tak sure harga masih sama atau tak. Deposit pun dia just mintak RM100 je. Bagi aku ok. Kau try la tanya ye"

Tengah keluar tanduk untuk survey OP secara sendirian berhad. Nak tanya EF? Emosi sebab gambar tunang tak dapat lagi. Jeles orang lain yang kahwin/tunang sebulan lepas dah dapat album. Mentang-mentang saya bukan anak Dato'.


:'(



Wednesday, August 17, 2011

DIY Kad Kahwin:Doa Untuk Pengantin

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)
***

Ini untuk CZ yang DIY kad kahwin sendiri. Design n print sendiri memang menjimatkan i tell u. Hihih actually kad dah siap (Ok saya tahu masih awal. Memang hover the limit kan? Itu namanya taknak rushing last minute. Ecece). Tapi belum print lagi lah coz majlis ada lagi beratus-ratus hari. Teaser? Nanti dulu la. Tunggu la dekat2 majlis, boleh? :P
Saya hanya nak kongsi a few ungkapan/doa untuk pengantin untuk tatapan semua. Biasa orang letak dekat bawah peta. I Googled as usual. Hihi
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Datanglah menunaikan jemputan apabila kamu dijemput kepadanya "
- Daripada Abdullah Ibni Umar r.a.
Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :
" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan
dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya
untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman
hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat
di hatinya untuk dicintai “
“Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “
Doa Nabi Muhammad
pada hari pernikahan puterinya
Fatimah Azzahra dengan Ali bin Ali Talib
*Suka yang ni. Rngkas dan padat maksudnya :)
Ya Allah, berkatilah majlis perkahwinan ini, limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada kedua mempelai ini,
(nama pengantin) dan (nama pengantin).
Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkanlah jodoh mereka di dunia dan di akhirat dan sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini.
"Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku, satukan hatinya dengan hatiku, titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi.
Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera, sepertimana yang Engkau kehendaki."
~ Amin Ya Rabbal 'Alamin ~
" Ya Allah
Satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah.
Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat “
“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat "
- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -
Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan Rahmat Kepada (pengantin) Suami Isteri Agar Kekal Abadi, Aman Damai Yang Berkekalan Di Alam Rumahtangga, Sihat Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dilanjutkan Usia Dengan Mendapat Zuriat Yang Soleh Serta Mendapat Syafaat Daripada Junjungan Besar
Nabi Muhammad SAW.
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~
“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~
Ya allah ya Tuhan kami, kurniakan rahmat kepada (pengantin) suami isteri agar kekal abadi, aman damai yang berkekalan di alam rumahtangga, sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia dengan mendapat zuriat yang soleh serta mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad saw.
~ Amin ya Yabbal Alamin ~
p/s: Harini 17 Ramadhan cuti sempena Nuzul Quran sempena penurunan ayat Al Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga Ramadhan kali ini membawa rahmat kepada kita semua. Amin ;)

Tuesday, August 16, 2011

Muslimah Bridal Dress

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Kelmarin dan kelmarin jenuh CZ godek2 dan try survey dress/gaun untuk Majlis Resepsi. Namun, tangkapan kurang memuaskan. Yang ada hanya dress/gaun untuk Al-kafirun punya. Macam tak sesuai sangat sebab terdedah sana dan sini. Katakan tidak pada itu. So dimanakah muslimah wedding dress? Serius susah nak dapat inspirasi kalau macam ni.

Dan tiba2, saya didatangi dengan picca2 Muslimah Bridal Dress by Hana Tajima. Tak perlu nak cerita panjang lebar. Mesti semua dah tau siapa dia Fashion Icon itu. Walaupun i bukan kaki fesyen mahupun kaki lima, i tetap mengikuti perkembangan fesyen tau. Cuma tak praktikkan pun. Tak reti. Saya memang seorang yang pemalu (serius.tak caya tanya EF) dan biasa-biasa sahaja orangnya. Jenis tak reti berfesyen. Jenis pakai jeans dan baju blouse besar-besar. Jenis pakai tudung ekin berharga RM10 dekat pasar malam. Proud of the cheap-skate-ness of myself. Thankyou. Hihi.

By the way, thats not the point (panjang mukadimah harini). Harini, CZ just nak kongsi a few concepts of muslimah bridal dress yang ada dalam koleksi. Inspirasi dari Hana Tajima dan beberapa orang puan-puan Google. Mari perhatikan.


Inilah Hana Tajima. Masa Wedding beliau tahun 2009 if not mistaken. Dia cantik kan (^^,) Simple je baju kahwin macam tu kan? Simplicities is the best!!


atau macam dress2 bawah ni ke?

Dress by Vera Wang. Actually dia ni siapa? Takpela abaikan tak penting pun. Hahah yang saya tau saya suka bahagian bawah dress tu. Tapi, sesuai ke dengan badan dan saiz bentuk badan ku ini? Dan sesuai ke dengan Tabung 3K ini? Meninggalkan seribu satu persoalan..(-_-')


atau pun ini?

Part ni CZ just suka yang lace/patch/xxx (taktau ape kebenda nama tu. Sungguh buta fesyen kan)
Design baju ni simple je dan kombinasi warna yang bagi saya WOW :)


CZ suka yang belah kanan tu. Luar macam lace. Betul ke lace? Hahah kena banyak study. Macam masuk exam pereka fesyen plak ni. Grrrr. Dalam tu, boleh buat effect warna lain. Jengjeng.


Love the Green-turquoise dress. Terasa cantik model tu pakai. Mungkin sebab dia tinggi kottt (*_*)


Koleksi dariapda Butik Udaimatunnur. Suka bahagian bawah tu ala-ala kipas. Berapa $$$ agaknya yang perlu dileburkan kali ini? (-_-'')


Warna dia sangat soft. Lemah gemalai je rasa.


Ini sangat lah gorgeous!!!!!!


ataupun susah-susah sangat, dress yang macam ni. Its from our BBF friends. Ecece
Ex-B2B, Nana
Sorry Nana, pinjam kejap ye. Kena bayar royalti ke hape ni? Ngehehe

Baju Nana ni lebih kurang la macam yang atas-atas tu. Haih susah sangat, i tiru jelah design u ni. Takpe kan Nana i tiru u. (Tibe2 bagi jawapan sendiri) :P

Yang best, murah pulak tu Nana jahit baju ni. Of course la beads dengan flower tu beliau DIY kan. Errr mampukah saya?. Tulah cakap $$$ ada, semua jalan. Huahua. Next!!!

















Wants more? Lets feed your eyes. (^^,)



Saya tau saya ketinggalan keretapi. Design2 ni maybe outdated. Tahun 2009 kotttt. Tapi who cares. AAK.

:)

Monday, August 15, 2011

Pinggan Mangkuk Corelle Best Ke?

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Tajuk tu sounds makcik-makcik tak? Hihihi Actually CZ just want to figure out any market for Pinggan Mangkuk Corelle from US tu. Kat bumi M'sia ni ramai ke yang berminat? Ok dah start mood berjiwa jual-beli ni. Hahah Hal ini terjadi kerana adikanda CZ akan tamat pengajian di US tahun depan. Jadi, CZ ingat nak angkut-pinggan-mangkuk-yang-best-best dari sana. Boleh juga buat koleksi untuk rumah sendiri bila dah kahwin nanti. :P

Ehem2 mari lihat kelebihan beliau..

Kelebihan Corelle:

1) Tahan panas ( Boleh masuk microwave)
2) Ringan
3) Tidak mudah pecah
4) Design yang cantik
5) Berkualiti

Rasa2 kalau jual kat sini, ada orang nak beli tak? Anyone? Hihih saja try testing tanya2. CZ nak try brand Corelle dulu. Kalau ada yang nak beli, boleh nak songlap banyak2 set ke dalam Malaysia :P Juga untuk tabung 3K. Hip hip horray!!

Harga? Of course la murah compare dari sini. Kalau tengok2 kat Jusco, dalam RM300-500 ke atas. Langkawi i'm not sure. Sebab tu cakap, if ada yang nak beli, boleh CZ belikan. Nanti CZ akan sumbat dalam kontena adikanda banyak2 (Ambil kesempatan).:P

Gambar rajah set pinggan mangkuk lebih kurang gini.
4 each:-

10-1/4-inch dinner plate
6-3/4-inch bread-and-butter plate
18-ounce bowl
11-ounce mug


Ada banyak design menyusul. Jika ada yang berminat, sila respon ye. Email pun boleh. zme.ayd@gmail.com Tapi beli tahun depan la ye :P

Kalau takde orang nak, takmau la beli. Nak beli 2 set je untuk rumah sendiri nanti. Hihih