Thursday, July 28, 2011

Hunting for Wedding Theme!

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Tengah2 takde keje ni. Baru lepas tengok bola. Ok seri. FYI, esok sampai la hari Rabu busy macam semut. Esok ke selatan tanah air menghadiri majlis mandi laut dan BBQ bersama keluarga tersayang. Tulat terus ke Tanah Temasek ada training selama 4 hari. Sedih. Pertama kali berpuasa di negara orang. (Eleh orang lain duduk lagi jauh. Bukan jauh sangat Msia dengan Temasek. Baikkkk)

Ok lupakan hal itu. Semalam dan kelmarin, saya tercari2 tema apakah sesuai untuk majlis saya. Of couse la untuk Nikah (Solemnization) = Putih. Tetapi untuk Bersanding (Reception) saya ternanti2 dan tercari2 tema apakah yang sesuai. Perlu ke kita fikir warna-tema-yang-mana-sesuai-untuk-tahun-2012? ataupun ikut-suka-aku-lah-nak-pilih-tema-apa-pun-dan-tak-payah-ikut-trend. Hahah panjang tak suku sakat kata-kata itu?

Dan!! Perkara yang perlu dipertimbangakan adalah Bonda dah awal-awal sound HARUS, WAJIB, MESTI ada colour GOLD.

Itu saya tak kisah la. Sebab nanti dekat dewan,memang ada aura-aura gold sikit. Contoh langsir dewan dah sedia ada memang gold dan tak boleh ditukar bak kata orang dewan tu. Fine.

Oh kejap, warna gold tu warna orang-orang tua ke? My cousin la takut-takutkan i. Dia cakap gold ni untuk orang tua. Nanti kau nampak tua. Katanya lah. Hurm malas aku nak fikir kata-katanya itu. Aku tak kisah sangat warna tu. Actually kalau kita pandai blend colour tu, tak lah nampak tua kan! Tengok wedding Nana haritu, cantik je. Exclusive gitu. So i memang la tak kisah sangat. Cumaaaaaa saya tengah fikir colour apa yang nak di blend dengan gold itu?


I was thinking GOLD-TURQUOISE. Ok ke korang rasa? Actually saya minat sangat4x warna ini. Cuma taktau boleh direalisasikan atau tidak. Takut tersalah tengok, nampak macam biru pulak. Hihih tu mata bole bak kata orang Kelate.

or GOLD-TURQUOISE-PINK? haha nak jugak turquoise tu

Dah lah bonda taktau idea jahat ku. Gila kau kalau dia tak setuju. Bonda ni suka warna coklat-coklat, lembut2. Agak2 mesti dia bangkang turquoise tu kan? Sobs. Ok later will discuss with her.

Goodnite all.

p/s: Will not update blog sehingga diberitahu kelak. T_T. Take care all. Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di mana jua anda berada. To BBF, friends, silent reader. Semoga kita mendapat Ramadhan yang barakah pada tahun ini. Xoxo.

Tak Habis-Habis Dengan Guestbook

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Haritu kan. Err kelmarin kot, saya TERblogwalking dan ternampak ada satu website b2b ni cik Rai ala yang bitbitterbutter tu. Beliau ada menyediakan perkhidmatan freebies guestbook template itu!! Sungguh lambat saya menyedari page nya itu. Yelah time tu belum bukak wedding blog lagi. Boleh dimaafkan betul tak?;P

So dalam hati bila dah tengok2 design beliau, sangat lah jatuh cintan megi. Suka sangat dengan design tersebut dengan words yang sangat unik! So saya download template tu cepat2. Nasib 4shared belum kena blocked. Lega sekali! Ok saya keluar tanduk. Nak design yang semacam tu. Maksud saya, edit2 la yang patut. Tapi design secara kasar nya dah ada la. Idea tu yg penting. Cececeh.

Oh nak tau tak design Guestbook tu macam mana? Begini ceriteranya.

Guestbook ala orang Inggeris



Guestbook ala orang Melayu (dah macam bunyik resepi nasik ala kampung pulak!)
Ini lah yang Rai tu design.

MasyaAllah jatuh cinta nya. Macam nak comel kan? Tiba2 ada '3 perkara menarik tentang pengantin sepanjang yang anda kenal'. Wah gitu. Kalau nak ala-ala Guestbook ala Inggeris pun boleh gak. Siap tanya 'Your prediction: Date of first child' Alamakkkk soalan apakah ini yang sangat lahhhh advance ini??Grrrr. Tapi still cute dowh.

Ape pun, saya sudah terjatuh terus ke dalam gaung kali ini. Boleh tak nak prepare Guestbook ni dulu? Hahah ya Allah lambat lagi wedding kau. Over betul kan?

Words tu memang nak tiru yang macam Rai buat tu. Cuma design nak ubah sikit. Boleh tak Rai? Ahaks mintak kebenaran lah pulak. I hope kat sini takde la jenis-marah-marah-kalau-kita-copy-and-paste-idea. Semua kat sini baik-baik belaka kan kan kan? ;)

Saya mahu design macam ni kot. Siap ada two lovely-dovey-birdie-couple.

Haaa nampak tak burung-burung berkicauan di pagi yang indah itu? Kehkeh. Cuma taktau nak print hitam putih atau colour. Belum kira costing lagi.

Korang, ni idea je tau. Kang kalau saya tak buat jangan marah. Saya nak berangan je PLUS merealisasikan nya. InsyaAllah doa-doakan tau. Maklumlah kadang-kadang saya boleh jadi lalang mahupun rumput. Eh apakah? Hahah

Kalau nak tau lebih lanjut pasal template, pergi je ke blog Rai ok. Lagi banyak details. Apa yang diperlukan untuk DIY guestbook ni, etc. Eh dah macam promoter plaks. ;P

Err itu baru guestbook dalaman (content). Yang luaran (cover) belum fikir lagi nak gayakan camne. Gaya mutu samy vely kottt. Kalau dah malas sangat, buat begini je. Maybe.


Till then. Bai.


Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday : Untuk Minda yang Cerdas

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Belum habis khatam buku ni...


.
.
.
.
.
.
.


Dah pergi beli buku ni...


Mana satu harus diutamakan? Mestilah anda dah tahu kan.

Ok bai.


Tuesday, July 26, 2011

Entri Yang Mengemukkan Badan

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***
Entri yang 150% tiada kaitan dengan persediaan perkahwinanku. Ia hanya melibatkan penambahan berat badan sahaja.

Nak wordless hari Selasa boleh tak? ;P

Siapa ingat entry ni?

.
.
.
.
.
.

Inilah hasilnya...

Sebelum pintu kotak Pizza dibuka


.
.
.
.


Selepas pintu kotak dibuka. Yummmmm tahu tak kenapa lompong di situ? Kerana telah selamat dikebumikan ke dalam perutku. Hahah sedar2 'alamak lupa nak tangkap gambar bahan bukti' (-_-')


Buy yang ni..Original Crust Chicken and Beef Peperoni.



Free yang ni..
Thin Crust Super Chicken Papa. Oh thin crust sangat my favourite! Sebab tu lompongkan yang ni dulu. Hihi bekas kuning tu bukan cheese tetapi cecair marjerin kot. Memang menyihatkan badan ok!! Grrrrr.

Time kaceh Ira sebab bagi voucher haritu. ;) Hanya RM23.20 sahaja untuk kedua2 pizza sebesar 9'' ini.

Ok nak sambung makan. Nom nom nom.



p/s: Macam tak wordless je. Errrrrrkk

Monday, July 25, 2011

Lagu Sepoi-sepoi Bahasa..

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Actually saya takde benda nak update. Boleh tak macam tu. Penat. Penat. Letih. Penat. Letih. Menanti my OP tak bagi2 gambar tunang yang haritu. Dekat 1 bulan ++. Ok alasan nya, ramai sangat client dia. Maklumlah time tu bulan 6. Musim mengawan. Ramai sangat kahwin time tu. OP yang tengah nak meningkat naik. Macam tu la kan. Baikkkk.

Hujung minggu kami sekeluarga ke Sungai Petani visit the one and only Aunty sekeluarga yang menetap di sana. Saja2 visit sebab mengenangkan itu je time yang ada. Plus adik masih ada di Msia. Nanti dia dah fly ke us susah pula nak jumpa. Plus the one and only anak dia baru diterima masuk ke USIM, Nilai. So my adik konon-konon nak bagi semangat la tu. Anak dia si Syamim dapat course agama. Sesuai dengan kerperibadian dia tu. Ustaz moden ok. Aritu mak dia cakap boleh pulak menari gelek-gelek depan TV. Ustaz apakah itu? Hahah

Ape pun, memang respect dengan my aunty ni. Even dia tak kerja, husband tak kaya sangat kerja kat kedai hardware jadi kerani, tapi hidup mereka sangat bahagia. Anaknya insyaAllah bergelar Ustaz nanti. Bahagia hendaknya sampai ayahanda cakap "Bagus la aunty ni. Bila si Nazir (Uncle kitorang) dia keluar keje, dia salam tangan Nazir" Aku dah pelik2. Errr memang dalam Islam macam tu kan. Saling menghormati. Even Uncle aku ni 2 tahun lebih muda dari Aunty ku, tapi dia penyabar, penyayang, tak berkira, tak kedekut (walau muka tak hensem mana pun). Aku nak laki aku camni gak la. Boley tak? Sang lelaki ku, sila baca ini. I nak U macam my Uncle ni. Haha

Aunty ni la yang menjaga ku masa kecik2. Dia ni pembersih sikit sebab tu aku banyak terikut-ikut aunty aku ni (Bajet nak puji kau tu pembersih ke hape. Haha) Dia jugak yang jaga kami 3 beradik sepeninggalan parents ke luar negara selama sebulan. Hari2 masak kek. Letih agaknya melayan kami ni. Makan je koje. Sebab tu badan bulat. Oh tiba-tiba kenapa air mata bergenang. Sambil dengar2 lagu-lagu piano instrumental kat sidebar. Emo lebih kau ni zimie :')

Malam Sabtu sebelum pulang ke KL, sempat la aku dan my adik ni minta dia ajarkan cara-cara buat kek. Mula-mula nak ajarkan buat kek prun tapi kekangan masa dan masa terlebih mencemburui kami, kami kansel hal itu. Last2 masak kek batik je. Nyummeh. Senang je masak dia. Serius. Dulu buat keras kejung. Konon nak test market tangan ni. Haha. Dekat rumah aunty ni jadi lah pulak. Tak keras sangat. Tak lembik sangat kek batik dia. Suka sangat. Konon-konon perasan nak buat time raya ni. Kek bodoh2 boley la. Kek susah2 malas hambe. Ya Allah apa nak jadi si zimie ni.

Sempat jugak la masa ronda2 kawasan SP tu, pergi ke Tesco. Ce teka beli ape. Ce teka. Ce teka. Tak pepasal TERbeli lulur. Korang tau ke ape kebenda lulur ni? Agagaga lulur ni dalam bahasa omputihnya scrub. Ni gara-gara terpengaruh dengan post Amy haritu. Memang nak beli lulur pun. Bos pulak advise suruh pakai awal-awal sebelum kahwin. Haaa so masa tu jenuh nak cari lulur SARI AYU. Tapi tidak dijumpai nya. Last2 beli lulur PUTERI BINARI. Bajet lepas pakai jadi lah puteri santubung ke puteri gunung ledang ke. Haha akak tu lah promot bagai nak rak. Siap aku tanya akak tu "Bagi akak kan, lulur mana yang best dan berkesan? " So inilah hasilnya. Terbakar wang sebanyak RM13.00. Cantik punya pasal. Nasib tak mahal sangat. Masih sesuai dengan tangga gajiku.

Pakai 2 kali je. Kesan nya? Lembut nya kulit ku. Rasa ala2 kulit baby gitu. Ok mak perasan lagi sekali. Iyelah sebab lulur ni lulur SUSU BERAS. Oleh itu, macam mandi susu je rasa kan. Padahal tak pernah mandi susu pun. Bila dah baca review akak NoAini, makin semangat nak pakai lagi dan lagi. Gian ke hape nak scrub satu badan. Haha katanya pakai seminggu sekali pun dah bagus. Ok nanti kalau dah dekat setahun pakai, mak bagitau kesan dan kebaikan lulur ini ya. Nak dekat2 kahwin ni pandai pakai lulur. Dulu haremm. Ingatkan lulur ni tok orang2 dah kahwin je. Kehkeh. Sungguh lampi nye saya.


p/s: Korang nak dengar lagu-lagu-ala-ala-feeling-sepoi-sepoi bahasa-instrumental-piano boleh dengar dekat saya punya minipod hijo dekat sidebar. Jangan lupa klik play. Bukan saya yang compose. Saya suka feeling diri sendiri je. Haha Till then. Bai.

Thursday, July 21, 2011

Kenapa Kad Kahwin dia begini?

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***
Oleh sebab hari ni Hari Khamis yang sejuk. Bukan sejuk salji tapi sebab hujan kat luar tu. Suka gila after all those days yang panas-sampai-saya-mahu-demam-mengada-ngada.

Masa lunch, tak ke mana-mana. Konon nak tidur dalam ofis tapi takley pulak. Meronta-ronta nak Google idea kononnya. Suka google benda2 yang tak masuk dek akal. Ngahaha. Kali ni, I just google a few things pasal wedding (of course la kan). Saya TERgoogle kad kahwin. Walau kahwin lambat lagi, pedulik hape saya. Ngeh.

Now jum kita rongeng2kan mata dengan kad kahwin yang indah lagi unik ni. Nak buat taklah kot. Maklumlah budaya Malaysia ni mana pernah tengok benda peliks2 ni. Kang Mak Bedah berkata-kata sampai kita rasa nak lempang beliau laju-laju dan print atas kertas keras biasa yang harganya doploh sen sekeping.

Inilah kad kahwin yang pelik-pelik tu.

Ala-ala Star Wars pun ado. Hihi


Bertemakan games 80's Atari. Games apakah itu? Saya juga tidak mengerti. Masa tu kecik2 lagi. Masih dalam buaian. Kehkeh.


Serius???Design macam ni pun ada gak???Kreatif gila diorang ni.


Full of picture of bride and groom. Ada sapa2 nak buat ke??


Mentang-mentang sekarang dunia cyber-IT-teknologi tinggi. Macam ni pon ada. Soooo unique!!


Entah kenapa saya suka yang ini. Ala-ala 3D card. Nak buat mahal pulak!!! Ngahah

Sumber : Encik Mark

Ok till then. Nak sambung buat kerja. Nanti bos marah.

Wednesday, July 20, 2011

pleaselovemeunconditionally 1st Giveaway - Lagu Jiwa Lagu Cinta

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Alamak tiba-tiba teringat CT kasut pink ada TAG saya kelmarin. Maaf CT. Saya teruja untuk upload gambar kahwin retis petang tadi. Ngahaha.

Contest ini dibuat oleh B2B Plain Jane. Namun diTAG daripada B2B CT KP. Boleh tak panggil kamu CT KP? Ringkas sikit. Panjang lah nak taip kasut pink. Gedik betul kan? Ngihihi

Mari saksikan syarat-syarat penyertaannya.

  1. be my follower
  2. make a simple post tentang GA ini dan link back kepada blog ini / entry ini.
  3. upload 1 music video lagu CINTA kegemaran anda (tak kira la bahasa apa sekalipun) dalam entry yg anda buat tu.
  4. tag 2 org rakan, dan make sure mereka tau di tag.
Hadiah-hadiahnya berupa.

Tempat ke3: 2 keping kupon Groupon bernilai RM48 setiap satu
Hydro Spa Theraphy + Aromatherapy Facial
di Spring Dew, Amcorp Shopping Mall, PJ
Exp date: 9 Oct 2011

Tempat ke2: 2 keping kupon I Love Discounts bernilai RM65 setiap satu
Sothys Instant Glow Facial + Extraction + Eye & Neck Therapy + Scalp & Shoulder Massage + Foot bath + Refreshment
di Glow Beauty Sanctuary, The Strand Kota Damansara, PJ
Exp date: 18 Aug 2011

Tempat pertama: 2 keping kupon Milkadeal bernilai RM68 setiap satu
Balinese Full Body Massage + Full Body Scrub + Herbal bath
di Emperor Spa, Damansara Utama, PJ
Exp date: 26 Aug 2011

Tarikh Tutupnya adalah pada
20 July 2011

***

Inilah LAGU CINTA kegemaran Sang Perempuan & Sang Lelaki.

Once (Dewa) - Dealova



aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati tlah letih

aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan-akan

reff: kau seperti nyanyian dalam hatiku
yg memanggil rinduku padamu
seperti udara yg kuhela kau selalu ada

hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi, dan sepi

repeat reff [2x]

selalu ada, kau selalu ada
selalu ada, kau selalu ada

Sebab lagu ini? Oh kerana lagu ini keluar pada tahun 2006. Pada tahun itulah kami secara rasminya bergelar lovy-dovy-birdie ni. Masa tu, dia lah intan. Dia lah kaca. Sekarang? Entahlah intan payung kot. Kehkeh. Ala tetiba teringat dia yang tengah training di atas kaki buki genting itu. Sobs. Ku Merindu!! Nak nyanyi lagu Shah dan Ella boleh tak? Hahah off topik la plak.

Bila dengar lagu ni, membuatkan kami teringat pada awal perkenalan dan percintaan kami. Eceh skema betul ni. Jangan geli ok. Masa sama-sama pergi ke kuliah. Masa sama-sama pergi makan di seksyen 15 Bangi. Masa tu saya dah pakai kereta cabuk. Rompak kereta mak. Sampai sekarang pakai kereta ni lagi. Nak beli kereta baru? Tak kot sebab gara-gara nak penuhkan my tabung 3K. (-_-)

Bila teringat lagu cinta ni, lagi2 setelah 4 tahun ++ kami bersama, pasti masing2 berpandangan berjelingan bermalu-maluan (errk ayat ape ni. haha)

Ape pun, LAGU CINTA kami pasti akan terpatri abadi di dalam hati dan sanubadi sampai bila-bila. Selagi kami bersama dan selagi hayat di kandung badan, dia lah Dealova saya sampai bila-bila ;)


TAG:
;)

Majlis Perkahwinan Farah AF2 & Johan

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Rata-rata semua dah pernah tengok gambar Majlis Perkahwinan Farah AF2 kan? Aku ni masih gatal tangan nak letak gambar2 diorang gak. Takmo kalah! Cuma dari persepsi lain la. (Maybe korang dah pernah tengok gambar-gambar ni) Yang dah tengok tu, senyap2 sudah.

Saya suka tengok Farah. Sejak zaman AF lagi. My Ayahanda pun suka gak. Siap SMS mengundi. Over kan? Time tu saya lak sibuk undi Zahid. Ngehngeh. Suka tengok Farah dekat rancangan masakan Rasa Halal Orient di ASTRO Oasis. Lagi2 dah pakai tudung sekarang. Suka sangat. Pendek kata, ala-ala peminat diam-diam la ni. Hihi

Oleh tu, suka untuk saya meletakkan sedikit gambaran tentang Majlis Perkahwinan beliau. Diambil dari email my cousin, Kak Fariza (orang yang sama forwardkan artikel suami-isteri akhirat tu) Kehkeh kuat gosip kakak sorang ni.

Mari sama-sama cuci mata dengan majlis pernikahan Farah dan Johan di atas kapal Cruise Tasik dan majlis bersanding di Tasik Pullman Putrajaya ini. Kalau tak salah, majlis ini menelan belanja sebanyak RM200K!! (Im not sure this rumors is true or not)

Baju Nikah Off White. Busana moden Farah rekaan Zery Zambry.



Gelang emas putih kah itu? Mesti mahal. (-_-')



Sangat suka hantaran2 Farah. Seriussss! Mutiara kah itu? Geram tengokkkkk! Kaki hantaran tu ala-ala seramik. Uish mesti mahal kan?


Pelamin di kala siang. Full of flowery.


Pelamin di kala malam. Transparent Canopy Tent. Cantik sangat2!! Sesuai untuk majlis di waktu malam. Nampak bintang2 di langit.
Cake Kahwin bertemakan Garden theme! Nampak tak canopy tu? Cantik nyeeeeeeee.

Baju Bersanding. Harus la bertemakan Garden jugak kan? Nice sangat ;)


Kata-kata terakhir : Tahniah diucapkan kepada Farah dan Johan. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. Sama cantik sama padan ok! Meowwww~~
Eh tetiba keluar suara kucing. Apehal. Twins kot kita ni Renee. Hahah

Tuesday, July 19, 2011

DIY Doorgift : CD Love Songs

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Cerita ni dah lama. Adalah kira-kira 2 tahun yang lalu. Masa tu memang kitorg masih budak hingusan lagi (??) Means takde la nak pikir pasal kahwin kan. Time tu, saya ambil job buat CD sticker for my ex-officemate yang akan melangsungkan perkahwinan. So tiba2 teringat. This is the good idea for my wedding doorgift as well!! Ting ting!

DIY Doorgift=CD Love Songs

Masih tidak mengerti apakah ia? Mari saya tonjolkan wajahnya.

CD

CD ni senang je. Beli CD kosong. Burn lagu2 tangkap cintan (Bukan Megi Cintan ok) Boleh juga isi lagu2 cinta korang sepanjang tahun. Macam kitorang pulak memang banyak lagu cinta-kenangan-terindah itu. Semua lah lagu tema. Hahah Kemudian korang boleh print dan tepek sticker. Mudah bukan? Saya juga belum survey berapa harga CD kosong. Kalau kat KL rempuh je Low Yat pasti jumpa CD kosong yang murah2. Dulu suka beli brand Ridata. Itu 5 years back lah. Ada lagi ke jenama ni lagi? Haha ontahlah.


CD Cover (front)


CD (inside)


CD Cover (back)

Semuanya memerlukan costing. Printing. CD plastik cover. (Kalau ada budget boleh guna idea ni)

.
.
.
.
.

Don't you think it's interesting??? Cepat angguk!

Bila kita dah bagi dekat kawan2. Or maybe boleh buat untuk kawan2 terdekat sahaja or VVIP. Lepas diorang balik, mesti diorang akan dengar lagu2 LOVE SONGS yang sangat everlasting tu. Kalau dengan encik hubster atau encik buster ke , boleh la feeling2 gitu dalam kereta. Betul tak?? Hahah Saya rasa idea ni bijak dan bermanfaat kan kan! Masuk bakul naik lif! Bila lagi? Hahah

Cuma sadly, saya tidak mempunyai masa untuk DIY sekarang. So i just put my idea here in this lovely blog. Boleh share dengan others jugak. :)

Dari segi CD Cover tu, I would prefer like this (gambar seperti di bawah). Murah, mudah dan senang (to me la) nak buat. Macam ni. Siap bagi template lagi. Contoh DIY CD Cover yang hanya print atas kertas keras. Tak perlu CD cover plastik tu bagai. Cuma maybe cepat-rosak kalau ada tangan miang gatal letak dekat luar kena hujan sebab ia bukan water resistant! Hoho. Its depends. Kalau nak lagi details, boleh klik sini.


Contoh template


Hasil selepas di gam-gam. Letak reben? Auweeeee. Nice.



Tapi yang ni saya takde Template pulak. Maybe korang boleh reka cipta sendiri? Ngahah.

Selamat mencoba!


~Updated~ I just found this. Hahah sempat lagi tu. Pada sesiapa yang nak template untuk DIY CD cover yang comels, boleh klik sini. Tutorial macam mana nak buat, gunting, gam semua ado. ;)


p/s: Mampukah saya realisasikan nye? Kita tunggu dan lihat. (^^,)

p/s2: Ct kasut pink, I owe you a contest. Nanti eh saya buat. Terexcited dengan yang ni. Hahah

Monday, July 18, 2011

Saja nak BUMB

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Hai semua. Rasanya dah nak masuk 48 jam++ tak update my belog. Oh sungguh busy hari weekend ku. Isnin jua begitu. Orang lain monday bulus-bulus. Saya monday=hari kuat bekerja (hari ni jela) haha. Nak dijadikan cerita, dekat ofis, air takde (nak kata opis aku tak bayar bil air, itu aku tak sure) dan tiba2 balik rumah, elektrik pulak takde. Dugaan apakah ini?(-_-')

Tak kisah la pasal tu. Saya masih tabahkan hati sambil menaip ini belog.

Weekend lepas adalah hari paling best sebenarnya. Saya tak dating pun. Err cuma kejap jela jumpa sang tunang hari Ahad tu. Hihi. Sabtu diisi dengan acara memanaskan dan mengoyang2kan satu badan. Vakum, mop rumahku syurgaku ini. Membasuh baju bajuan. Ah sungguh selesa bila rumah dah berkemas. Kan kan?

Bila rumah dah bersih, boley la keluar rumah. (Keluar tanduk) Hihi ada appointment jam 6.15ptg menonton wayang di MidV with my BFF, ila. Kitorg tengok cerita perempuan-perempuan (bak kata my bff) iaitu Monte Carlo. Aaah kitorg sejak dari matrik suka cite2 tak-membangunkan-otak ni. Sangat best hokeh! I wish to go to monte carlo yang dekat Monaco tu. (haha Tq bff sebab betulkan) Jauhhhhh. Best hangout kejap je with her. She's b2b also. Her wedding is on 25th November. Sobs. Then, dalam 8.30 lepas maghrib terus saya pulang ke rumahku syurgaku. End of the story. Weee. Malam tu sampai2 rumah layan free-downloaded-movie pulak. Adoi tak reti penat ke zimie oi? Tengok movie Sekali Lagi lakonan Lisa Surihani, Sam Shahiezy dan Mia Sara yang comels. Omg!! Cerita ni sangat menusuk ke dalam kalbuku yang anih. Sedih ade, kelakar ade, comel ade. You better watch yourself. :)

Kemudian semalam pula hari Ahad=hari berbisnes. MasyaAllah saya ada 4 customer yang nak datang jumpa untuk buat macam2. Ini bersangkut paut dengan part time bisnes printing ku. Sampai membuatkan saya mengambil keputusan buka belog baru. Ok fine. Dari pagi sampai ke lewat petang entertain diorang dekat OU. Ada yang nak buat sticker, bunting, etc. Alhamdulillah. Tapiiii penat. Ni semua gara-gara tabung 3K. (Read:Kira-Kira Kahwin) Sebab itulah, saya tidak meninggikan gula di dalam BBF. Ngahah bak kata Yati dan Hani lah.

Ah well, bila dah ada bisnes kecil-kecilan, nak juga lah advertise kan. Tempoh hari nampak Kina ada buat post pasal advertising. Minat gela. Dah mintak T&C dari Kina. Sekarang baru ada masa nak review t&c kina tu. Busy tak busy kau! Kina ada bagi promo best pasal advertise tu. I think I should grab it. Yeai. Okla nanti kalau kerjasama dengan Kina tu dah berjaya, I'll definitely tell u ols! Ngeheh.

Till then end of Monday yang tak berapa nak bulus. Bai.


p/s: Tajuk tu bermaksud Bring Up My Blog. Ngahah

Friday, July 15, 2011

Masih Suami-Isteri kah di Akhirat kelak?

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Suka untuk saya sharing maring benda2 yang baik. Lagi2 soal suami-isteri ni (errr bakal ok!! over mak) . Di forward oleh my cousin di dalam e-mail. Tqsm akak fariza ku (errr dia mana baca belog ni) Hihi

Ok harini ustazah Zimie nak mulakan tazkirah. Mari kita renung-renung dan tenung-tenung bersama2 di hari Jumaat yang barakah ini.

.
.
.
.
.

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia "

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin Sesudahnya. Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga. <--harap2 tak lah macam ni. minta dijauhkan. amin. Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan dikahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin. Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga. <--kalau dah kahwin nanti. :')

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya. Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali di aberkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.


Rasullullah SAW bersabda
"wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir"
.


Wednesday, July 13, 2011

Tadi Sedih, Sekarang Gembira

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Sebenarnya malam tadi, balik2 kerja aku dihambat rasa sedih teramat. Yelah ditinggalkan seorang diri dalam rumah. Adik, abang pergi Stadium Bkt Jalil tengok bola. Bonda outstation. Ayahanda masih lecture. So siapa yang tinggal dalam rumah? Aku dan kucing gemuk jela. Duk diam2. Alarm dah on. Scary takutkan perompak. Bukan takut hantu. (Alasan) Tibe2 nak benci kat abang, sanggup tinggalkan adik dia yang comel ni seorang diri. Buatnya diculik camne? Apa aku merepek malam-malam pikir bukan-bukan. Dia tak tau ke adik dia ni penakut???Sobs.

Lepas mandi, makan, tengah2 tengok Berita tibe2 didatangi seketul SMS. Ce teke ce teke. FMIL (Future Mother-in-law) a.k.a bakal Mak Mertuaku yang SMS. Pelik ni. Rupanya dia nak cakap terima kasih sebab bagi beg, blablabla. (Belikan beg masa pergi Spore haritu) Panjang SMS tu. Hati berbunga2. (^.^) Dah la keseorangan, ada juga mengingati diri ini. Sedar2 mengalir air mata. Ye saya cengeng. Nak buat camne. Hati selembut sutera. Hihi

Kemudian, macam nak call ke taknak. Ok fine. Angkat telefon, call FMIL. Bertanya khabar, etc etc, gelak2. Padahal aku jarang gila call FMIL. Ada la dekat setahun tak berbual (kecuali masa majlis Tunang tu la). Maaf kan zimie makcik. Zimie terkadang rasa segan. Macam tak tau nak berbual apa dengan makcik. Walau ape pun, zimie sentiasa doakan makcik sihat-sihat sentiasa :') Suka sangat dapat berbual dengn my FMIL. Mengadu nasib cakap nanti anak dia dah kerja jauh. Tapi my FMIL ni macam tak paham je. Dia cuma cakap 'Nak buat macam mana. Dah ayad dapat kerja situ' Makcik tak paham ke?? Tak paham takpela. Saya pun tak paham gak. Huahua.

Memang la, kita sebagai bakal anak menantu kena la juga start the engine. Tanya khabar, etc. Yela kata nak jadi anak menantu kesayangan. Kan??? Hahah over gitu. Ape pun, lepas dah berbual dengan my FMIL, terus rasa bersemangat. Dah tak sedih2. Dan tup tup ayahanda pun pulang ke rumah. Yeay ada kawan nak gaduh ;P

Dan...

Lagi satu perkara yang mengumbirakan diri ini adalah saya dapat hadiah kereta!!! Hahah oh tidak. Rupanya Ira a.ka Put down the pen bagi saya voucher sempena entah-ke-berapa-followers dia tu. Haha. Dia nak bagi kat Farah, last2 terbagi dekat Zimie. Jauh benor bezanya. ;P

Ingatkan Ira main2. Sekali betul kau dia pos!! Sanggup Ira menghabiskan wang tabungan perkahwinan sebanyak 60 sen beli setem semata-mata bagi voucher ni!! Jumpa zimie nanti claim tau. Zimie belanje eskrem Paddle Pop. Hihi. TQ so much Ira. Suka sangat!! You make my day. Siap ade ayat-ayat chenta lagi. Haha itu tipu. Jom jom dating kat Putrajaya (mentang2 rumah dekat). I beli, u tolong makan ye. I cepat kenyang, perut kecil macam semut. Haha

p/s: Happy sangat hari ni. Kesayangan kesemua kebloggeran. Xoxo!

Wordless Wednesday : Wedding Signage

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Wedding signage?

Menarik gak. Letak depan pintu masuk ke. Macam mana nak buat ni. Tebuk polistrin ke?

(o.O)

Monday, July 11, 2011

Countdown 333 days to go..

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Tengah2 melayari internet, blogwalking, tetiba ternampak ticker i yang kecil itu
(Letak kat bawah post sebab segan jauh lagi perjalanan. Beratus ratus kilometer lagi baru sampai ke destinasi)

Orang lain countdown 100 hari. Aku?

333 days to go

Ok.

Reason countdown?

Nombor cantik. Memang gedik la kau. ;P

Ok pasni nak tunggu countdown 222 to go pulak. 111 to go dan seterusnya.

Go go go ale ale ale!

Eh tepat jam 12 tengah malam, dah boley ushar2 AA. Ada promo. Travel period till 20 June 2012. Ehem2. Nak keluar tanduk lah boleh tak? Bak kata AAR, Jangan Tidur Lagi.

Thanks to Nida busyuk for the info.

Bai selamat malam. Mimpi indah semua.


Hari Isnin yang BIRU

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Bila mana hari ni takde mood. Isnin memang biru kan?

Sunyi.

Sepi.

Sang lelaki dah mendaftar di tempat kerja baru. 3 minggu training di Genting. Lepas tu baru attach dekat Banting. Ok taklah jauh mana. Kau ni gedik betul la. Bukan gedik tapi sebab tak biasa berjauhan. Takpela. Lama2 biasa la kan. Pujuk hati ini :')

Pagi tadi SMS beliau. 'Selamat kenal-kenalan dengan orang baru. Jaga lupa jaga adab' Sempat la bagi 'warning'. Gaya serupa queen control tak? Ke mak-mak? Haha takdela saje je cakap. Takutla dah bekerja nanti, lupekan i yang jauh di sini kan? ;P

..tapi dugaan bertunang memang akan ada kan?

Hurm.

Ape pun, masing2 kena kuat bekerja! Kumpul duit. Soal remeh harus diketepikan. Jangan biarkan emosi melangkau diri ini. Kan?

Ok bai nak kerja kuat².